Wednesday, September 5, 2012

Celoteh

Masih dalam mood beraya kan....rata-rata rakan-rakan sibuk buat rumah terbuka....kat ofis juga juga akan buat jamuan hari raya. Hari ahad lepas, saya telah bertolak ke sebuah hotel (nama sahaja hotel tetapi ia lebih kepada chalet) yang terletak di kawasan pendalaman sikit. Dah check in....lepas sembahyang pastu join kawan-kawan makan kat restoran hotel....  duduk lepak sambil sembang-sembang dan ulang-ulang makan (tak habis-habis makan). Makanan lak malam tu adalah segala jenis makanan laut dibakar (udang bakar, ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, lala bakar, daging bakar, sosej bakar dll) di tambah pulak dengan nasi goreng kampung yang begitu sedap sebab ikan bilisnya banyak. Kawasan nie adalah berdekatan dengan kawasan perikanan so ikan segar dan ikan bilis memang banyak kat sini. Lepas duduk kat 2 jam...saya mintak diri untuk ke bilik.

Sesampai kat bilik...saya cuba pasang TV tapi siaran tak ada satupun yang clear. Saya bukak komputer dan dapat serve internet (mujur line ok jugak wp slow sikit)... saya buat blogwalking dan saya baca entri nie berkenaan makanan halal. Cuba baca disini. Saya bersetuju dengan pendapat beliau. Saya tidak mahu memanjangkan pendapat tersebut dan anda boleh baca sendiri sebab saya ingin menceritakan sesuatu yang tidak mempunyai kaitan dengan topik tersebut.

Semasa saya kecil, pengasuh kami adalah berbangsa india yang merupakan jiran sebelah rumah. Mak dan ayah terpaksa bekerja ladang dan tinggallah kami 2 adik beradik (saya dan adik kedua) dirumah jiran. Disebabkan saya membesar dengan anak-anak jiran saya maka saya boleh faham bahasa Tamil walaupun saya tidak boleh bertutur kecuali mengira satu hingga 10 sahajalah yang saya pandai. Kenapa emak dan arwah ayah menghantar kami ke sini sebab arwah ayah sangat percayakan jiran kami ini. Appa & Aci sangat baik....sangat bersih malah jenis manusia yang terlalu bersih...mereka sangat hormat kepada kami sebagai orang islam contohnya jika mereka hendak masak ayam....Appa akan mintak arwah ayah sembelihkan terlebih dahulu(sebelum ayah pergi kerja) dan Aci akan masak kari bersama kacang ponggal (makanan kegemaran saya). Dalam rumah Appa, saya dan adik mempunyai koleh kami sendiri sebagaimana anak-anak mereka yang lain....bila Aci buat teh maka saya dan anak-anak Aci akan ambik koleh kami dari rak dan tunggu Aci tuangkan teh susu yang dibuatnya kemudian kami akan minum cicah biskut kering.

Anak-anak Appa yang merupakan kawan baik kami adalah Chandra (kami panggil Abang), Ravi, Malini (sebaya saya) dan Santa (sebaya adik kedua). Sekolah rendah ada dua sessi pagi dan petang...pagi Abang akan hantar Malini dan saya naik motor ke sekolah, Abang pula bersekolah disekolah menengah. Bila habis waktu persekolahan kami akan berjalan menuju ke sekolah menengah untuk tunggu Abang. Masa menunggu kami akan main batu seremban atau tin ting. 

Bila memasuki sekolah menengah....bila dah tahu malu dan segan....saya tidak lagi menaiki motor Abang tetapi berjalan kaki bersama-sama kawan-kawan lain. Kalau hari hujan lebat Abang akan tunggu depan sekolah dengan baju hujan  (masa tu ayah saya sudah meninggal dunia so tidak ada siapa yang akan jemput saya dari sekolah). Malini hy tamat tingkatan 3 kemudian pindah ke KL dan tinggal saya seorang sambung tingkatan 4.  Bila kawan-kawan tengok Abang datang jemput saya...mereka akan ejek "boyfren u dah datang'. Saya tak marah malah saya senyum sambil berlari ke arah abang. 

Abang sangat sayangkan adik-adik dan keluarga dia. Dia hanya tamat tingkatan 5 dan tidak sambung belajar sbb nak bantu Appa di ladang. Bila sy memasuki universiti...abang masih belum berkahwin....dia tunggu semua adik-adik perempuannya kahwin. Kemudian Aci meninggal dunia dan diikuti oleh Pati (emak Aci). Tinggal Appa dengan abang sahaja dirumah tu. Umur abang ketika itu sudah 35 tahun....saya selalu tertanya-tanya mengapa Abang tidak mahu berkahwin. Abang adalah lelaki yang mempunyai rupa dan dia adalah jenis India yang berkulit cerah begitu juga dengan semua adik beradiknya.

Satu hari saya terima surat dari Malini menyatakan bahawa Abang akan berkahwin dan minta saya pulang jika kelapangan. Keluarga saya uruskan kenduri meraikan perkahwinan Abang untuk jiran-jiran berbangsa melayu. Semasa sy duduk bersembang bersama Malini, saya berkata kenapa abang tunggu begitu lama untuk berkahwin. Malini kata keluarga mereka selalu perkenalkan calon utk abang tetapi dia tolak. Ada ramai kawan-kawan Appa yang mahukan Abang jadi menantu mereka. Malini kemudian berkata "abang sebenarnya suka pada seorang perempuan melayu tapi Appa kata jika Abang tidak ada niat hendak masuk islam maka Appa tidak benarkan". "siapa" saya bertanya dalam nada terkejut sambil otak duduk berfikir siapakan wanita tersebut sebab setahu saya Abang tidak pernah berkawan dengan perempuan. Malini tidak menjawap tetapi dia hanya pandang saya.

Selepas berkahwin Abang berpindah ke KL. Saya pula mula bekerja selepas tamat U. Saya hanya terima berita Appa meninggal dunia tetapi saya tidak sempat balik sebab outstation. Rumah Appa sunyi sepi...dan menjadi usang. Sejak dari hari perkahwinan Abang saya sudah tidak nampak muka dia lagi begitu juga dengan Malini, Ravi dan Santa. Mereka semua sudah berkeluarga dan tidak kembali lagi ke kampung terutama selepas kematian Appa.

Raya aidilfitri tahun nie....kami dikejutkan apabila menerima kunjungan Abang bersama-sama dengan anak bininya. Kali pertama saya tengok wajah anak-anak dia...3 orang semuanya. Dua perempuan dan seorang lelaki. Anak lelaki mempunyai wajah iras abang dan berkulit agak cerah manakala anak perempuan lebih kepada wajah isterinya. Isterinya bermulut bising....bersembang tanpa merasa kekok. Abang sekali sekala menyampuk perbualan isterinya.  Tiba-tiba isterinya berkata "abang nie dulu ada minat kat budak melayu tapi dia tak cakap siapa...saya nak kenal juga". Wajah Abang berubah terkejut sambil matanya menjeling  kearah saya...saya pula pura-pura gelak dan kata " kami pun nak tahu siapa...Abang tak pernah cakap pun". "kami dengan Abang dah rapat macam adik beradik sebab tu kami panggil dia Abang sebab bagi kami dia adalah abang kami", terang saya panjang lebar sambil mak saya sokong dan berkata "ucu nie manja sungguh dengan Abang...kemana abang pergi ucu akan ikut". kami semua gelak. saya jeling tengok Abang...dia diam dan hanya senyum kecil kemudian dia ajak ucu keluar untuk berbual di veranda.

Selepas Abang dan keluarganya balik....saya dengan emak berdiri pandang sehingga kelibat mereka tidak kelihatan lagi. Emak berkata "kesian kat Abang, isterinya terlalu kawal dia sampaikan semua adik-adiknya marah dan tidak mahu pulang lagi kerumah pusaka Appa sebab isteri abang tamakkan ladang dan rumah Appa nie. Malini, Santa dan Ravi dah tak jenguk lagi ke kampung nie...mereka marahkan Abang. Abang yang saya jumpa pada hari raya ini bukan lagi Abang yang saya kenal ketika masa kecil-kecil dulu...dia lebih banyak berdiam diri. Dulu dia periang dan suka bergurau...manjakan adik-adiknya. Tiba-tiba saya rindukan Malini dan Santa yang senyap tanpa khabar...Ravi yang setiap kali raya akan mintak Emak sediakan rendang kerang untuk dia. Abang yang sukakan dodol dan kalau kami kacau dodol dialah yang akan datang tolong. 

Tentang wanita melayu itu...ia adalah saya. Bila Malini pandang saya...saya tahu wanita itu adalah saya...selama nie saya hanya mengesyaki perasaan Abang tu...malah saya pernah tanya Emak 'kalau saya kahwin dengan orang bukan melayu...mak terima tak". Mak saya jawap "kalau dia masuk islam atas sebab dia cintakan islam maka mak terima tetapi kalau dia masuk islam sebab nak kahwin...maka mak tentang". Lepas dengar jawapan mak saya diamkan diri dan biarkan perasaan itu berlalu begitu sahaja sebab selama kami rapat dengan mereka...hati mereka tidak terbuka untuk islam. 

Jadi sekarang anda sudah tahu mengapa saya 'code' kan pendapat dari blog tersebut sebab saya tidak mahu anda judge saya bila dapat tahu pengasuh saya adalah berbangsa india dan saya makan minum dirumah mereka tanpa batasan. Kami mengenali mereka sgt rapat dan kami tahu bagaimana kehidupan mereka sebab itu arwah ayah suruh Aci menjaga saya dan adik-adik saya. Bila saya bekerja...lapan tahun lepas, rakan baik saya adalah lelaki india juga. Setiap kali keluar kerana bertugas di luar kami akan singgah ke kedai Nasi daun pisang...kedai vegetarian. Saya tidak kekok makan diatas daun pisang bersama kari pekat, sayur kobis kuning dan peria goreng. Bila dituang kuah didalam nasi saya oleh pelayan kedai...saya teringat Aci yang menuang kuah kari dalam pinggan tin kepada saya dan anak-anaknya. Dia duduk ditengah-tengah dan pastikan kami cukup lauk dan sayur. Saya lebih suka makan disini berbanding dengan kedai mamak yang belum terjamin kebersihannya. 

Halal makanan bukan atas tukang masak tetapi atas bahan yang dia gunakan. mengapa pula haram jika dia juga membeli dengan peniaga islam dikawasan yang majoriti islam. Adakah makanan halal jika tukang masaknya melayu tetapi mengunakan mee, fishball atau bahan masakan yang belum tentu disahkan kehalalannya. 

6 comments:

CitarasaKu said...

Salam Bdaria...saya sangat suka dengan persepsi awak pada kaum lain. Sebab saya pun pernah berjiran dengan jiran india sebelah rumah yang juga mengamalkan makanan secara islam dan bersih rumahnya. Sangat bersih dari rumah orang melayu di sekitar kejiranan. Hehe saya dulu selalu menolong Aci buah kuih india ketika perayaan. Bila Bdaria bercerita saya pun terkenang kembali saat saat itu.

Mama Mirza said...

Salam, lagi satu yang kita turut kena perhatikan ialah segala barangan dalam tin/botol.. yang kadang² masa kita nak beli pon ragu².. bila makan di kedai melayu dan dia gunakan bahan tersebut.. bagaimana?? itu sebabnya.. terkadang saya masak sendiri walau sangat letih..

gelangtembaga said...

Airmata saya menitis lagi bila baca entri u kali ini.... Bdaria... semoga u sentiasa dalam kebaikan di dunia dan akhirat...

Anonymous said...

salam..

kak,selama ni sy just baca je blog akak..sy terjumpa blog akak sbb search pasal pindah rumah aritu..dari entry2 berkenaan ngan rumah tu,sy terus melekat & jadi silent reader blog akak..sy sukaaaaaa sgt baca celoteh akak..sgt menarik & gaya bahasa juga buatkan sy boleh imagine situasi dan keadaan yg akak ceritakan tu..kalau kelakar,tergelak2 sy baca..kalo sedih2,bergenang air mata..

hari ni,sy saje nak tinggalkan komen utk akak..teruskan menulis ya..akak mmg berbakat..setiap apa yg akak ceritakan bnyak teladannya.. :)

tq for sharing.. :)

~keen~

Lin said...

Bes la akk ni,sy mmg xpenah miss entri akk..byk y sy blja dr akk,thanks a lot atas sume pandangan dah celoteh bharga tu;)

Angah said...

best pualk bacakisah ni,saya baru mai ke blog ni,tp kisah ni kalao arwah yasmin pengarah iklan tu masih ada,kisah awakni harus dibuat iklan sempena merdeka atau hari raya..sedih,gembira smua ada,kisah kasih sayang,eratnya hubungan tanpa mengirakaum,kepercayaan sesama kaum,yang kini makan pupus ditelan zaman...la ni payah la nak cari situasi mcmni,munkin ada tp jarang2...