Tuesday, September 25, 2012

mengomel sekejap

Sekarang saya tengah berkursus so blog nie nampaknya akan kesunyian untuk beberapa minggu akan datang. Minggu lepas saya berkursus di Melaka...hanya masuk ofis hari jumaat sahaja lepas tu minggu nie dan 3 minggu akan datang...saya akan berada di kelas Undang2 bahagian 2. Malam nie sepatutnya saya tidur di bilik asrama tetapi ada tertinggal barang so terpaksa balik dan esok pagi seawal subuh saya akan bertolak ke sana semula.

Hari nie pengajar yang mengajar Law 2 agak membosankan. Satu penyeksaan mengikuti kelas beliau....sepanjang dia mengajar...saya hanya merenung slaid seolah2 khusyuk tetapi sebenarnya fiikiran saya entah kemana.  Masa rehat jam 10 pagi... saya letakkan kepala di meja untuk melelapkan mata sebentar Tiba-tiba ada suara lelaki menegur saya....'sakit ke'. hahhhhhh...saya angkat muka....dan sedikit tergamam sebab muka dia agak dekat dengan saya...'ohhh...tak, saya mengantuk je" saya jawap sambil cuba mengingati nama lelaki nie. Dia duduk dikerusi depan saya.

Dia macam boleh baca je fikiran saya " Ingat tak...saya hakim, dari tadi nak tegur tapi takut salah orang...saya mintak tukar masuk kelas nie...tak sangka sekelas dengan akak". Ohhhh hakim....baru saya ingat. Dia nie pegawai yang bertugas di Sibu, Sarawak....lima tahun lepas kami satu pasukan dalam induksi pegawai baru. 

Personaliti saya yang susah mesra dengan orang terutama jika baru kenal memang menyebabkan saya tidak banyak kawan...tetapi si Hakim nie sejak hari pertama kami satu pasukan dalam induksi, dia memang rajin bersembang dengan saya wp kadang-kadang saya lebih banyak senyum dan mendengar daripada bercakap. Selepas induksi, kami pegawai baru terpaksa mengambil peperiksaan untuk 6 paper bagi membolehkan jawatan disahkan. Saya terpaksa ulang 2 kali exam baru lepas keenam-enam paper dan disahkan jawatan 6 bulan kemudian tetapi Hakim gagal sehingga 4 kali dan dia mempunyai 1 kali lagi peluang untuk ambik satu paper yang dia sangkut. Selepas induksi kami jarang berhubung walaupun melalui email sebab saya bukanlah  manusia yang jenis mesra alam.

Tiba-tiba satu hari saya terima email dari Hakim, dia mintak nasihat saya bagaimana hendak lulus paper kewangan yang dia tersangkut tu. Mula-mula masa baca email tu...saya sangkakan dia salah hantar tapi bila tengok nama singkatan saya kat email tu...betullah, mintak nasihat saya macammana nak lulus memang peliklah sebab sayapun ulang 2 kali baru lulus. Lama saya berfikit bagaimana nak jawap email tu. nak nasihatkan dia supaya lebih tekun study....emmmm lagi sehari dia nak ambik exam...memang tak sempat....nak bagi topik2 penting....saya pun KO jugak dulu.

So inilah nasihat saya

" Hakim, ini nasihat saya......agak pelik tetapi sometime kita perlu 'be smart'. Masa exam kita dibenarkan bawa ketetaapan umum....so buat nota dengan mengunakan font dan saiz tulisan yang sama dengan kertas ketetaapan umum tu....taip semua nota-nota penting topik Finance dan letakkan diantara kertas ketetapan umum tu. Topik finance nie kita tak guna masa kerja....kita pegawai teknikal...kenapa perlu tahu hal ehwal jabatan Finaance so jangan rasa bersalah jika buat begini.....yang penting Hakim lulus".

Anda percaya itulah tulisan email saya kepada Hakim.

Beberapa minit kemudian Hakim reply " saya terkejuttttttttt!!!!!!!!".

Beberapa bulan kemudian saya dapat email sekali lagi dari Hakim

" terima kasih banyak-banyak....akhirnya saya lulus paper tu. Saya sudah boleh confirm kerja. Saya buat sebagaimana yang akak cakap.....mulanya saya tidak percaya bila baca email akak.....betul ke akak bagi nasihat macam tu tapi bila fikir semula...saya ketawa sorang-sorang sebab saya cuma ada 12 jam sebelum exam...kalau akak tulis, study lebih kuat memang saya lagi tertekan...."

Mungkin anda pelik kenapa saya bagi nasihat macam tu....dia adalah pegawai teknikal...dipaksa ambil exam untuk paper yang tak ada kena mengena dengan kerja asasi kami.....dia telah mencuba sebanyak 4 kali dan ini kali terakhir.....kalau dia tidak lulus, dia terpaksa diberhentikan kerja. Dia hanya ada 12 jam....dan dia buntu sebab tu dia mintak nasihat saya. Kadang-kadang kita perlu work smart bukan work hard....kalau anda tengok pegawai atasan anda...adakah dia work hard.....tidakkkkkk mereka semua tu work smart....orang lain buat kerja, dia dapat nama...akhirnya dia yang naik pangkat.....itu realiti...betul tak.

Berbalik kepada Hakim nie....selepas kami bertanya khabar (5 tahun tak jumpa), tiba-tiba dia berkata " akak nampak lain sekarang....badan akak nampak kecik " saya terdiam. ahhhhhhhh badan saya kecik....dulu saya besar sangat ke.....biar betul mamat nie. 

Sebenarnya saya tak tahu samada nak gembira atau tak sebab terasa janggal bila dengar lelaki cakap 'badan awak kecik dari dulu'. ishhhhhhh.....mungkin saya patut gembira kot sebab kebelakangan nie saya terasa saya semakin gemuk tiba-tiba ada orang cakap saya kecik...tapiiiiiiii..........kenapa dia sebut kecik bukan kurus?. tanda tanya untuk diri saya....

7 comments:

ferus said...

Seriously i selalu tertunggu2 entri baru from sis... Plsss jgn rehat lama sgt.. :)

wawo said...

Anggap jer la maksud kecik & kurus tu serupa...hehehe...Ok la tu.

za said...

saya juga org yg sifatnya mcm hakim, masa dkat itm dulu, saya kena repeat paper yg sama sampai 2x, bila tgk kwn2 buat toyol selamba je malah dpt anugerah dekan lg, sy jd geram sgt..bila fikir balik, saya setuju sgt dgn akak, kita kena be smart!!

gelangtembaga said...

rindu nak baca coretan u... work smart... heee

CitarasaKu said...

Salam..hehe jangan rehat lama lama ye...kita suka baca catatan awak tau.

Anonymous said...

salam, kak bdaria..sy suka membaca kata2 yang akak coretkan.
"Kadang-kadang kita perlu work smart bukan work hard....kalau anda tengok pegawai atasan anda...adakah dia work hard.....tidakkkkkk mereka semua tu work smart....orang lain buat kerja, dia dapat nama...akhirnya dia yang naik pangkat.....itu realiti...betul tak."
realitinya berlaku pada diri sy..sy seorang guru biasa yang boleh dikatakan dibebani dengan pelbagai tugas pengkeranian sehingga some part of my job x dpt disempurnakan dgn baik but not at all.itu sy akui tetapi sy cuba lakukan tugas/amanah yg diberi oleh pihak pentadbir.. demi sekolah,demi rezeki.sy masuk kerja jam 7.30am n sanggup balik jam 5 ke atas di kala sesetgh teman2 lain pulang awal hanya utk menyiapkan kerja2 pengkeranian(bkn mengajar).semua sy lakukan atas dasar tgjawab sebagai seorang yang makan gaji demi nama baik sekolah.(risau jika nama sek naik ke atas kerana x akur dgn arahan, n surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kpd pihak sek n pihak sek boleh diambil tindakan khususnya pengetua)..tapi akhirnya pihak pentadbir(bkn semua) boleh mengata di belakang sy, hanya kerana sy bersikap jujur mengatakan bhawa sy x sempat nak siapkan analisis item bagi setiap org pelajar di bwah kendalian sy semasa debriefing peperiksaan.tau kah mereka kerana apa sy x sempat siapkan semua itu? sedih juga ati sy..xpelah..ALLah Taala lebih tahu..
work smart..sepatutnya sy ambil aje analisis item yang lama, tukar aje tajuk n ubah data sikit2, n then ckp dgn yakin mcm bagus...baru lah work smart!

Anonymous said...

kata2 akak tu jadi inspirasi..