Friday, September 14, 2012

Pelupa

Anda jenis pelupa???....anda selalu lupa dimana anda letak barang-barang apabila ia hendak diguna. Saya nak cerita beberapa kejadian yang berlaku pada saya akibat selalu sangat lupa.

Perkara yang paling kerap berlaku adalah terlupa dimana saya letak kepit kuku, minyak cap kapak, kerosang kecil dan juga pengikat rambut. Inilah benda-benda yang sering saya hilang dan sentiasa kena beli baru. Rasanya tiap-tiap bulan saya akan beli pengepit kuku yang baru....bila demam...minyak cap kapak tak jumpa cari....boleh hilang?? sedangkan tiap kali masuk farmasi....minyak cap kapak mesti saya beli. 

Sikap pelupa yang paling teruk sekali adalah kehilangan kunci kereta + kunci rumah yang terikat sekali. Perkara nie berlaku beberapa bulan lepas (sebelum puasa). Hari tu saya puasa ganti so bila balik kerja petang....saya masuk rumah dan terus pergi bukak peti ais untuk keluarkan ayam dari tempat beku. Alamak....plastik ayam tu susah lak nak keluar so saya guna kedua-dua belah tangan saya untuk tarik plastik tu dari tempat beku. Handbag masih dibahu. Lepas keluarkan ayam beku tu...saya letakkan dalam singki dan kemudian masuk dalam bilik. Sangkut handbag dan keluarkan handphone letakkan di tepi katil.

Keesokkan paginya...macam biasa nak pergi kerja. Jam sudah 6.35 pagi....dah tiba masa untuk keluar rumah...saya ambik handbag dan pakai kasut lepas tu bukak pintu. Bukak handbag nak ambik kunci kereta (kat kunci kereta ada kunci gril dan padlock). Selepas rumah kena pecah, saya pasang 2 padlock. Kunci kereta tak ada....hehhhhhhh mana pulak???????.

Saya teraburkan isi perut handbag dilantai....memang sah tak ada. Saya cuba fikir balik kat mana saya letak. Saya masuk semula dalam bilik dan kemudian cari kat setiap sudut yang berkemungkinan saya letak...tak jumpa jugak. Saya cari kat ruang tamu...angkat bantal-bantal di sofa....cari kat dapur...kat laci dapur tapi tetap tak jumpa...wahhhh hampir sejam setengah saya dok cari. Saya dah putus asa....dah blurrrrr....nak cari kat mana lagi kunci kereta + rumah tu. Akhirnya saya call ofis bagitau yang saya cuti segera. Saya masuk bilik dan terus tidur....frustttttttttt sungguh. Lepas bangun saya cuba bertenang dan fikir balik kat mana saya letak....siap buat lakonan semula....mula-mula pergi dapur...bukak peti ais...pastu keluarkan ayam tapi plastik ayam tu terlekat so saya letak kunci tu yang masih dalam gengaman saya dalam handbag...ohhhh bukan dalam handbag....so saya cari lokasi potensi yang saya berkemungkinan letak.....yehhhhhh...... atas peti ais rupanya...peti ais dua tingkt tu tinggi so sebab tu saya tak nampak. Pastu gelak sorang-sorang.....nyanyuk teruk rupanya saya nie sampai terpaksa cuti segera sebab tak boleh keluar rumah nak pergi pejabat.



 Itu kisah kunci kereta + kunci rumah, dua tiga hari lepas....sekali lagi kejadiaan nyanyuk melampau berlaku kat saya. Item yang paling suka salah letak dan kemudian terlupa kat mana saya letak adalah handphone. Bukan sekali dua saya terlupa kat mana saya letak hp tetapi kerappppppp sangat-sangat

Hari rabu saya ambik cuti rehat sbb nak temankan adik pergi NCI. Kebiasaan saya adalah mengeluarkan handphone dari handbeg sebelum sangkut handbeg bila balik rumah tapi petang selasa tu saya terlupa sangat-sangat. Keesokkan pagi rabu...saya nak call adik untuk tanya pukul berapa dia akan sampai KL. Masa nie baru perasaan hp tak ada dalam handbeg......

Memang problem kalau hp hilang sebab dalam kepala otak saya nie....satu nombor hp atau telefon saya tak ingat/hafal. Saya terduduk kat sofa....dok fikir macammana nak contact adik saya....dia bukannya tahu nak datang sendiri ke rumah saya...selalunya saya akan suruh dia tunggu kat tol gombak dan kemudian saya akan jemput dia. Sekali lagi....saya geledah habis satu rumah cari hp...saya betul-betul tak ingat samada saya keluarkan atau tidak hp dari beg...rasa-rasa macam keluarkan. Penat mencari....saya duduk semula kat sofa. 

Masa nie saya ketuk-ketuk kepala...kenapalah boeh terlupa kat mana letak....saya memang blurrrr langsung...langsung tak ingat bila kali terakhir saya pegang hp...sampai ketahap tu sekali keterlupaan saya. Dasyatttttttt. Sebab tu kali nie saya tak boleh buat lakonan semula utk refresh balik memori.

Sekarang nie dalam kepala otak saya nie....hanya satu nombor sahaja yang saya ingat....nombor phone ex-bf yang pertama. Hanya nombor dia sahaja....malah dalam hp saya...nombor phone dia tidak ada dalam contact list. Dalam setahun hanya sekali sahaja saya dail nombor phone dia iaitu selepas terima surat panggilan AGM syarikat....saya call untuk memaklumkan dia supaya jadi proxy saya dalam meeting tu dan dia call saya juga hanya sekali sahaja dengan ayat yang sama setiap tahun " cheque dividen awak ada kat tangan saya nie....bagi no akaun bank, saya tolong bank- in kan". Panggilan telefon yang mengembirakan saya....bukan gembira dia call tapi gembira dapat duit. Wp hanya sekali setahun saya dail nombor tu tetapi entah mengapa (saya pun tak faham mengapa).....hanya nombor tu sahaja....dah 11 tahun....tapi nombor tu saya tak perlu rekod dalam hp....saya boleh dail terus. Yaaaaaa....memang kasihan kat saya....dalam memori otak saya hanya boleh hafal satu no phone sahaja. No phone mak saya......tak ingat sbb orag tua tu tukar no phone sentiasa....kejap pakai maxis...pastu tukar celcom....anak ramai...ada sahaja yang nak belikan hp baru...siap tukar no sekali...family plan kononya....jimat buat panggilan.

Tengok memalut sampai phone nombor....hp tak jumpa lagi tu. Setelah penat mencari...baru terpandang  telefon rumah TM yang dipasang bersama Unify...saya tekan redail....yessss ada orang angkat....no phone rumah adik ke 3....so dialah yang jadi penghubung antara saya dengan adik ke 2. Seksakan hilang hp.

Hari khamis.....selongkar pulak bilik pejabat. Semua sudut dan lokasi saya cari....habis saya selongkar tapi tak jumpa jugak. Dalam tandas...dalam bilik meeting...tak jumpa jugak. So saya buat kesimpulan...hp saya dah kena curi...kenalah beli hp baru. Lepas balik kerja...memang nak singgah The Curve sbb nak tengok hp baru. Bila masuk dalam kereta....baru terfikir...dalam kereta tak cari lagi. Maka saya menyelongkar pulak kereta......akhirnyaaaaaaaa.....hp saya dijumpai terselit dicelah kerusi pemandu.

Terukkan......kenapalah teruk sangat tahap pelupa saya. Dulu saya pernah terbaca artikel bahawa untuk elak sifat pelupa....otak kenalah sentiasa diaktifkan...salah satu caranya adalah main soduku. Ini memang buku waajib saya kalau outstation....nak tunggu flight...saya bukak soduku sampaikan kat rumah ada berpuluh buku soduku....tapi saya tetap pelupa....malah sekarang makin teruk lak. tak mujaarab rupanya petua tu kat saya.

11 comments:

gelangtembaga said...

masyaallah...yur problem same pulak dengan saya... sampai pernah sebulan tidak berhp... kawan saya cadangkan minum air halia selalu... emak saya suruh banyakkan solat sunat tasbih dan dhuha... sama2 kita usaha ya...

~~zana@pb~~ said...

Assalammualaikum bdaria...faktor umur dan bnyk sgt kerja kat office tu, akk ni yg kat rumah pun gitu juga. Handphone, kunci rumah dan spec dah jd rutin mencari. No tel sendiri mmg tak ingat, spec kat mata pun tak perasan. Ada doa utk elak nyanyuk tp belum hafal lg...hehe...cuba la kita amalkan kismis minda yg biasa bg kt bebudak tu, insyaallah berhasil kot.

kak rus said...

Salam Bdaria....teruja untuk respond dengan 'Pelupa'.....kak rus pun sama suka lupa.Selalunya kak rus lupa dengan spek mata....melilau-lilau cari dalam kekaburan lagi teruk jadinya,nak buat apapun tak jelas dan tak puas kalau spek mata lupa letak kat mana....jadi kak rus pun kena berlakon mcm Bdaria.....kadang-kadang jumpa tapi kalau tak jumpa kak rus biarkan saja tanpa spek mata.....tup-tup dia jelma depan mata,kita cari dia sembunyi,kita tak cari dia muncul...hehehee.Kak rus dengar makan Gingko bagus...cubalah kot,kot mujarab.

Anonymous said...

hi,org cakap kena taru brg2 tu tiap2 hari di tpt yg sama, mcm sya, suami selalu hilang kunci kereta, so i sedia kan satu bakul dkt pintu rumah, semua kunci simpan sana, anak selalu hilang klip rambut, di dressing table, i sedia kan satu bakul utk taru semua alatan utk ikat rambut.

Rgds,
Chan

syirah_8920 said...

sama sangat masalah kita... pelupa... perkara wajib yang lupa bila time kunci kereta.... time sebelum tido... saya jadi was2... betul ke saya dah kunci kereta... memang betul2 lupa... so keluar la check kereta. hampir tiap2 hari la.... pastu satu lagi hp x ingat letak kat mana... saya suka letak kat rata2.... padahal bendanya depan mata je.. tapi di sebabkan sikap pelupa ni.... jadi haru biru... then sekarang ni saya amalkan.. buat sesuatu benda tu kena fokus... macam kunci kereta... lepas tekan punat kunci saya akan biasakan tarik pemegang pintu untuk pastikan kereta berkunci. then hp pula saya letak dekat rak tv... senang nak capai dan nampak.... kalau bunyi pun dengar coz saya banyak habiskan waktu duduk kat ruang tamu... itu je la tips saya dapat bagi... buat sesuatu benda pastikan fokus ok..

wawo said...

Bdaria...aiyooo umur muda lg tu...hehehe. Try mkn NATURALLE OMEGA-3 FISH OIL 1000MG & NATURALLE GINGKO FORTE. Hehehe...last week CCM sewa dewan siap promote product tu yg tau...wawo pun dah beli :-)

rita_532 said...
This comment has been removed by the author.
rita_532 said...

salam kak bdaria, selalunya jika masalah tu berlaku pada saya...saya akan istigfar sepanjang pencarian tanpa henti..dan cepat aje jumpa barang yg lupa tempat letak.cubalah petua ni di ajar oleh mak saya...:)

ZalinZalina said...

samalah macam saya...sekarang ni semakin menjadi2 pelupa saya ni...

Angah said...

say pun sama,selalu pelupa dan was2..tiap kali keluar nak kunci pintu umah mesti masuk balik tgk iron,dapor,kettle air dah off kan ke blum..huhu...tu pun kes kunci keta lupa letak tang mana lagi..sgt pelupa...

Anonymous said...

salam Bdria,bila lupa cuba amalkan istighfar atau selawat moga di permuadahkan....mengikut dari cerita Bdria ternyata ada gangguan ,terpulang pada anda untuk percaya.Iktiarlah cari perawat islam sebenar.