Menjenguk kembali blog yang sunyi sepi dari 3 minggu yang lepas. Saya tidak masuk pejabat hampir sebulan....asyik kursus sahaja. Hari ni mula masuk pejabat semula...dan saya termenung panjang sebab tak boleh open PC.....terlupa password. Untuk protection, kami dikehendaki menukar password secara berkala so kebiasaannya perkataan yang saya gunakan adalah sama tetapi hanya angka sahaja saya ubah...lama jugaklah menekan satu persatu angka kat keyboard sebelum boleh bukak PC.
Penyakit 'terlupa'...dulu saya ada buat entri tentang topik nie dan macam-macam nasihat saya terima. Masa saya berkursus, salah seorang pengajar ada bercerita tentang penyakit lupa. Dia bagi teorinya ' saya nie mudah sangat lupa....mungkin sebab banyak kali masuk bilik operation". Jangan tanya saya apa kaitan 'terlupa' dengan operation...sampai sekarang saya sendiri tak nampak lojik kat situ. Kalau diri saya memang saya beberapa kali memasuki operation theater. Lupa....selain disebabkan oleh faktor umur....bagi saya ia adalah disebabkan sikap saya sendiri apabila menghadapi tekanan. 10 tahun yang lepas....Allah uji saya dengan dugaan yang sangat teruk....saya terlalu tertekan dan beberapa kali dimasukkan ke ICU kerana tidak boleh bernafas....semuanya disebabkan oleh hypertension. Salah satu cara yang saya buat untuk hadapi realiti adalah dengan 'padamkan ingatan yang menyakitkan'...saya akan menangis teresak-esak sehingga tertidur dan apabila bangun keesokkan harinya....saya terus lupa apa yang berlaku. Malah saya langsung tidak ingat apa-apa yang berlalu pada hari yang 'menyakitkan' saya tersebut. Ia penyelesaian yang baik (pada masa itu) tetapi kesan jangka panjangnya....saya mula mudah lupa.
Pengajar saya nie suka bercerita....masa dia mengajar, rasanya banyak kali dia tanpa bagi signal terus ubah topik....tengah khyusuk tengok nota kuliah tiba-tiba dia bercakap pasal hal lain yang tak ada kena mengena...menyebabkan saya selalu terpinga-pinga. Susah juga dapat pengajar macam nie....kita tengah consentrate....tiba-tiba dia ubah topik dan mula bercerita dari hal peribadi sehinggalah hal-hal lain. Sampaikan saya berbisik dengan kawan sebelah....kalau macam nie topik nie tak habis sehari.
Salah satu cerita pengajar tu yang saya rasa logik dan ingin kongsi bersama anda adalah berkenaan dengan topik pengaruh drama dalam pembentukan akhlak manusia (wah ayat ilmiah dah keluar). Pengajar tu kata " anda semua nak tahu 40 tahun yang lepas....cara hidup rakyat Korea adalah kasar". Bagaimana mereka boleh berubah sehingga anda lihat sekarang nie?. Para pemikir di Korea berbincang bagaiman hendak mengubah cara hidup rakyat mereka....salah satu caranya adalah dengan memaparkan cara hidup yang sepatutnya melalui drama-drama. Daripada drama mereka tunjukkan cara bagaimana hendak menghormati ibubapa....menghormati orang tua...dan bertutur dengan lebih lemah lembut dan bersopan. kalau tak percaya...cuba tengok drama korea....mereka titik beratkan bagaimana hendak menghormati ibu bapa. Dan hasilnya 40 tahun kemudian....iaitu sekarang....dunia nampak kejayaan Korea....kita nampak mereka seolah-olah lembut dan bersopan....ia adalah hasil penerapan nilai-nilai tersebut yang dibuat berterusan oleh kerajaan melalui DRAMA.
Malaysia??????.......inilah drama kita. Tak habis-habis dengan cerita macam nie....rempit.....gengster. Jika inilah drama yang anak-anak anda duduk tonton kat TV setiap malam.....anda mungkin boleh bayang bagaimana anak-cucu dan cicit kita 40 tahun akan datang. Drama kita mengajar bagaiman hendak melakukan sihir atas seseorang.....kalau marah atau dendam dah tak perlu ambik parang lagi....pergi aje jumpa bomoh pastu sah-sah menderita musuh kita tu....drama kita tunjukkan caranya dan kita biarkan anak-anak kita tengok. Drama kita seronok tunjukkan cara hidup mat-mat rempit....gangster.....sosial yang keterlaluan. Kadang-kadang sedih bila tengok pelakon yang bawak watak yang melakukan perkara syirik (wp dia berlakun) sebab dia seorang yang beragama islam.
Cerita kedua yang saya ingin kongsikan adalah berkenaan dengan teori pokok bunga puding. Dia kata kehidupan manusia nie adalah macam pokok bunga puding. kalau anda lihat pokok puding...dalam satu daun ada pelbagai warna dan itulah yang menjadikan pokok puding menarik walaupun dia tidak menghasilkan bunga yang cantik. Peribadi manusia adalah berbeza-besa sebagaimana puding yang mempunyai pelbagai warna. Dia bercerita tentang bagaimana susahnya ibu dia membesarkan adik lelakinya yang tidak mempunyai lelangit/ sumbing. Masa adiknya itu masih baby....setiap malam ibunya terpaksa bangun dan memastikan adiknya itu di tegakkan kepalanya dan badannya sebelum dimasukkan botol susu supaya dia tidak tersedak sebab dia tidak mempunyai lelangit. Memang perit ibu membesarkan anak istimewa begini. Ini adalah salah satu warna dalam pokok puding. Anda tahu tak anak yang anda susah nak bela masa kecil inilah yang satu hari nanti akan menjaga anda dengan baik bila anda tua. Menurut pengajar tu, adiknya walaupun sumbing tetapi Allah berikan dia satu kelebihan iaitu dia sangat yakin dan tidak malu bercakap serta berani kedepan walaupun orang akan ketawakan dia dan tidak faham apa yang dia cakap. Semua ini adalah didikan ibu yang mengajarnya supaya tidak malu dengan kurniaan Allah. Adiknya sekarang adalah jurutera yang berpangkat tinggi disebuah syarikat minyak gegasi dan adiknya inilah yang sentiasa memastikan ibunya hidup selesa. Jadi kepada ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa begini.....jadilah ibu yang akan disebut dan dibanggakan anak tersebut sebab anda beri mereka keyakinan untuk terima kekurangan yang Allah berikan. Semasa pengajar itu bercerita....saya terasa ingin sekali melihat wajah ibunya sebab bagi saya ibunya adalah wanita hebat walaupun hanya surirumah seorang nelayan. Inilah yang dimaksudkan oleh pepatah ' tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia".....semuanya bermula dari peranan seorang ibu.
Selepas balik daripada asrama, rakan ofis mesej yang hari keluarga jabatan akan diadakan pada 13hb. So dalam jam 4 sabtu baru saya bertolak ke lokasi hari keluarga....sengaja pergi lewat sebab nak kemas rumah dahulu selepas 3 minggu tinggalkan rumah. Dengan mengharapkan GPS akhirnya setelah sesat barat selama 2 jam lebih....akhirnya saya sampai jugak kat lokasi. Sebagai satu-satunya orang bujang kat pejabat.....hari keluarga terasa bukan aktiviti untuk saya yang tidak berkeluarga. Semua rakan-rakan sibuk dengan anak-anak dan keluarga mereka....saya memang terasa terpinggir. Masa nie terasa diri serba kekurangan.....terasa tidak seronok (bukan tidak seronok dengan hari keluarga tu tetapi jiwa saya yang tidak seronok). Mungkin ini akan jadi hari keluarga terakhir yang saya akan pergi.
Walauapapun berita gembira tetap ada buat saya. Alhamdulillah tahun nie pelarasan gaji agak tinggi diluluskan oleh organisasi. Dengan kenaikkan gaji sebanyak hampir RM1500 lagi.....terasa sedikit lega terutama dengan kenaikan harga barang sekarang nie. Bulan 11 nie bila gaji tertunggak dibayar utk 10 bulan....mungkin ramai rakan-rakan saya yang akan tukar kereta baru. Tidak terkecuali saya....'niat jahat' tu boleh muncul terutama bila tengok Nissan Teana parking kat sebelah kereta saya tapi saya tetap sayang Toyota Vios yang tidak pernah meragam sejak hari pertama pakai so say No to kereta baru. Bila dapat tahu pelarasan gaji baru maka buku 2013 budget commentary and tax information terus dibukak sebab CUKAI......gaji besar....cukai besar tambah pulak untuk orang bujang macam saya. Dalam budget 2013....tak banyak kesan terhadap cukai individu. Kadar cukai dikurangkan sebanyak 1% bagi kadar 1 hingga 12% tetapi tetap sama bagi kadar 19% hingga 26%. Wahhhhh tahun nie kadar cukai saya masuk dalam 24%.

4 comments:
semoga awak sentiasa dlm kebaikan bdaria... teringin nak jumpa suatu hari nanti.
dah jumpa dr pakar?
assalamualaikum bdaria..
saya peminat celoteh awk no 1 tau..sume celoteh2 awk tu cam sesuai je dgn saya..jln cerita yg simple dan senang di fahami mmbuat kn saya ingin tahu cerita2 smbungannya..sume celoteh2awk saya dh baca..siap boleh hafal sbb slalu baca ulang2..best plak..dh mcm novel seram n realiti..keep it up..chaiyookk2 bdaria..
asslamualaikum bdaria..uii..lme beno nak tggu celoteh trbaru dri awk..sy mmg peminat no 1 celoteh awk tau..sbb saya rase gaya penceritaan awk yg simple dan senang di fahami..lg satu saya ni pun pelupa cam awk..dulu2 sy pun slalu nangis2 smpai tido sbb nk hilang kan tension..teruskan dgn cerita celoteh ye..saya mmg intai blog awk tiap2 ari..dh jatuh cinta plak dgn blog awk ni..
Post a Comment