Sebenarnya tiada perancanganpun tahun nie saya nak buat korban. Tahun-tahun sebelum nie selalunya saya akan tumpang korban yang dibuat setiap tahun oleh maahad tahfiz milik adik ipar(opsssss....bekas adik ipar). Oleh kerana tahun nieeeee.....pertama kali kami akan merayakan raya haji tanpa para pelajar tahfiz dan kemeriah memasak bersama-sama ibubapa pelajar selepas lembu dikorbankan dan diagih-agihkan kepada penduduk....tahun nieeeee kami sekeluarga sendirian beraya di pahang. Selalunya raya haji....kami akan berkumpul di Terengganu tapi tahun nie kami akan berkumpul di Pahang.
Untuk makluman para pengikut blog ini yang mengetahui kisah berkenaan sakit adik saya. Keadaan adik saya semakin teruk....sekarang dia hanya terbaring dirumah....berkeadaan lemah. Anak saudara saya iaitu Mariam....sedang berubat tetapi masih belum sembuh dan kadang-kadang keadaannya teruk sehinggakan kami terpaksa ambil keputusan untuk menghantar mariam kepada bapanya selepas sepupu kami iaitu Hafiz yang selama ini menjaga keluarga adik saya turut sakit. Hafiz juga dirasuk dan berkeadaan seperti Mariam.
Dalam minggu saya berkursus, ketika dalam kelas sedang mendengar kuliah tiba-tiba sms masuk...saya bukak dan baca. Adik perempuan saya yang ke4 memaklumkan keadaan adik saya yang semakin teruk. Dari sms tu...ia seolah-olah mengatakan bahawa 'adik saya dalam keadaan nazak'. Hati saya sepanjang kelas berlangsung tidak tenang. Selepas kelas tamat saya terus telefon mak dan mak maklumkan bahawa keadaan adik memang teruk tetapi dia bukan nazak so mak minta supaya saya jangan bimbang dan balik masa raya haji sahaja.
dalam minggu yang sama juga, saya dimaklumkan akan kenaikkan gaji pelarasan yang agak tinggi dan bayaran pelarasan gaji akan dibuat dalam bulan Nov so dari kiraan kasar yang saya buat dalam anggaran beribu-ribu juga saya akan terima (selepas potongan pcb cukai) maka pada hari itu juga iaitu semasa dalam kelas ketika pengajar tengah dok mengajar kat depan.... saya terus berkata kepada rakan sebelah saya 'saya nak buat korban tahun nie'. Kawan sebelah saya berkata 'lagi 2 minggu nak raya haji....mana nak ada lembu".
Saya mesej adik ke 4, saya minta dia tolong carikan lembu untuk dibuat korban. Dia terkejut sebab tiba-tiba saja saya call dan terus mintak cari lembu sampaikan dia tanya "semalam mimpi apa....".
Bukan mimpi cuma saya terasa agak 'sesak nafas' dengan ujian yang menimpa adik ke 2 saya....jika ini adalah ujian Allah untuk menguji keimanan dan kesabaran adik saya....saya mohon agar Allah permudahkan ia.....kuatkan adik saya untuk hadapinya. Berat mata memandang....berat lagi bahu yang memikul.
Setelah seminggu berlalu....berita lembu tidak kedengaran. Adik ke 4 saya gagal mendapatkan lembu untuk korban (lojiklah....mana nak ada lembu lagi....lagi 2 minggu nak korban baru nak cari).
Ketentuan Allah, semalam tiba-tiba adik ke 3 saya call. Dia bagitau....nak jadi reseki saya maka ada lembu yang boleh dijadikan korban....itupun selepas bapa saudara pujuk tuan lembu tu. Alhamdulillah....2 ekor lembu akan dikorbankan untuk raya haji nie. Alhamdulillah....syukur sangat-sangat sebab tuan lembu tu begitu baik hati....tidak mengenakan caj yang mahal walaupun hanya lagi seminggu nak korban.....semoga Allah murahkan reseki tuan lembu tu...amin.

5 comments:
Assalamualaikum bdari..sedih sy dgar berita terkini tang adik,ank sdare dan hafiz juga sudah trkene rasuk juga..Astaghfirullahalazimm..berat sungguh dugaan yg keluarga dan awk trpaksa hadapi..sjak sy mula baca kisah ni setiap kli solat sy pasti doa kan agar mereka beroleh rahmat Allah dan terselamat dri prkara2 yg di hadapi skrg..sedih baca bila sesama umat saya berkeadaan begini..pada rkn2 bloggers,same2 la kita doa kan kesejahteraan adik bdaria,ank sdare nya dan hafizz.
Alhamdulillah..Tahniah dri saya kerna awk dpt juga menunaikan hajat korban untuk tahun ini wlaupun dlm kepayahan mncari lembu.Allah Maha Berkuasa Di atas Segala2 nya..mmg dh tercatat rezeki awk untuk menunaikannya..Alhamdulillah..Selamat Hari Raya Qurban dari saya skeluarga..berhati2 di jln raya masa pulang ke kg nnti..(jgn balik last2 minit cam raya pose ari tu ye..tkut kjadian yg sme brulang plak..hihi)
Salam Adil Adha, moga semua urusan di permudahkan jika niat kita mmg ikhlas demi agama.
semoga bdaria sekwluarga sentiasa mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
Assalamualaikum,
semoga semua urusan dipermudahkan dan sentiasa tabah dengan dugaan yang menimpa adik akak.
sesungguhnya sangat berat dugaan yang diberikan.
selamat hari raya haji dan menunaikan ibadah qurban.
Post a Comment