Mak saya baru call dan ajak balik ke Kedah pada hari jumaat nie bersama dengan anak-anak saudara yang lain. Semua anak-anak saudara (8 orang semuanya wp kecik2 lagi) nak ikut balik ke Kedah tapi Toyota Hiace tentu tak selesa kalau nak disumbat kesemuanya. Saya suruh mak bawak balik MPV sebab toyota hiace tak selesa untuk perjalanan jauh tapi mak kata kalau bawak balik MPV tak muat....budak-budak semua merengek nak ikut balik Kedah sebab tu mak mintak saya bawak kereta saya supaya dia boleh bawak balik MPV. Saya berbelah bagi...nak balik ke tidak...kalau tak balik...kesian kat mak.
Sebenarnya saya berat hati nak balik...sudah bertahun-tahun sya tak balik dan salah satu sebab mengapa saya berat hati nak balik adalah disebabkan soalan diatas. saya akan diterjah dengan soalan tersebut macam peluru mesigan sebaik sahaja muka saya muncul depan pintu rumah sedara mara...hati saya masih terluka dengan komen dari bapa saudara saya beberapa tahun lepas...kata-kata pedih yang keluar dari mulut beliau masih terdengar ditelinga saya malah bapa saudara saya sanggup offer kawan dia (penagih dadah) untuk dijadikan suami saya kalau saya terdesak nak berlaki. Air mata saya mengalir sebaik sahaja kata-kata itu dilemparkan kepada saya.....mak pegang tangan saya sambil berbisik 'jangan dengar cakap pak su hang....dia tu bukan betul sangat'.
Beberapa bulan yang lepas ketika blogwalking...saya ada termasuk satu blog dan membaca entri tulisan beliau berkenaan mengapa terlalu ramai andartu dan dia buat andaian serta cadangan dan nasihat kepada andartu. Andaian mengapa ramai yang tidak berkahwin adalah berdasarkan beberapa orang kawan dia yang belum berkahwin dan dia buat kesimpulan mengapa wanita lambat berkahwin adalah disebabkan terlalu memilih. penulis blog tu adalah wanita yang telah berkahwin dan dia berkahwin diusia muda...yeee tahniahlah pada dia kan sebab dia kahwin muda...easy to you to say anything.
pepatah orang tua-tua "jangan jadi katak bawah tempurung". Katak yang berada dibawah tempurung hanya nampak dunia pada pandangannya melalui lubang tempurung. Jika lubang tempurung menghala ke laut maka dia berkesimpulan bahawa dunia hanya dikelilingi oleh laut. Katak buat kesimpulan berdasarkan lubang sempit tempurung tersebut. So janganlah jadi seperti katak dibawah tempurung atau orang buta mengambarkan gajah.....jangan mudah buat kesimpulan dan sentiasalah berfikiran terbuka.
Mengapa saya tidak berkahwin??????
Mak saya kata jodoh lelaki dan perempuan adalah seperti sepasang selipar kiri dan kanan....telah ditentukan...telah dipadankan sejak awal lagi...so mungkin padanan selipar saya telah hilang(mati) dan sebab itu saya sendirian hahahaha.....just joking.
Sejak kecil...anda dan saya....kita dimomokkan dengan kisah-kisah dongeng seperti cinderella, snow white dll...sehingga kita membesar dengan angan bahawa kita juga akan bertemu dengan 'prince charming' dan berkesudahan 'happy ever after' atau bahagia selama-lamanya.
Semasa remaja bila diminta disenaraikan ciri-ciri lelaki idaman maka saya akan senaraikan lebih lima ciri berdasarkan momokan cinderella
1. Lelaki yang beriman dan taat kepada Allah
2. lelaki yang mencintai diri saya dan saya juga mencintai beliau
3. lelaki yang bijak
4. lelaki yang menghormati ibubapa saya
5. lelaki yang bertanggungjawap
6. lelaki yang berkemampuan mencari rezeki halal (kaya adalah bonus)
7. lelaki yang baik dan bersifat lemah lembut
8. lelaki yang penyayang
9. lelaki yang kacak (bonus)
10. lelaki yang tinggi atau berketinggian melebihi sedikit daripada saya
11. lelaki yang berambut panjang seperti takenouchi yukata (pengaruh drama 'with love' masa zaman muda remaja dulu)
Bila dewasa dan berdepan dengan realiti....rupa-rupanya 'prince charming' tidak wujud...sebab tiada manusia yang sempurna. lelaki yang merupakan cinta pertama saya adalah lelaki yang hanya memiliki hanya 3 ciri kat atas tu dan dia juga tidak tinggi tetapi saya mencintai dia sepenuh hati saya. 3 tahun saya mencintai dia...kami buat akaun simpanan bersama untuk belanja majlis perkahwinan, beli rumah dengan nama saya (duit deposit rumah dikongsi dua) dan kami mula melakarkan angan-angan keluarga impian yang akan kami wujudkan. Mimpi dongeng cinderella saya hancur apabila 'prince charming' berkata dia akan berkahwin pada bulan hadapan tetapi pengantin perempuan itu bukan saya. Saya keluarkan duit simpanan dalam akaun bersama kami dan tukar nama rumah atas nama dia....serahkan semuanya kepada dia (bahagian saya...saya ambillah).
It's so painful....very...very painful sehingga saya berkata jika saya diberi satu permintaan...saya mahu belah dada dan keluarkan hati saya....basuh bersih dan masuk ia balik sebab hati saya terlalu sakit dan saya mahu lupakan dia secepat mungkin. Dia hanya menangis bila saya berkata begitu.
Still no happy ever after....oh cinderella....
lelaki kedua yang hadir dalam hidup saya adalah lelaki yang mencintai saya...sebagaimana orang selalu kata baik berkahwin dengan orang yang menyintai anda. Lelaki kedua memiliki banyak ciri-ciri kat atas tu...dia kacak, tinggi, berambut panjang dan segak, muda (5 tahun lebih muda drp saya) dan yang paling penting dia menghormati emak saya dan emak saya sukakan dia. Saya mula mencintai dia perlahan-lahan dan akhirnya menerima dia sepenuhnya dalam hati saya.
Hidup seperi roda.....tiba masa saya berada dibawah. Saya kehilangan syarikat dan kilang yang saya 'lahirkan dan besarkan' bagai anak kandung....ia dirampas daripada saya dengan kejam dan saya dihalau keluar (sebab itu masa menonton drama jepun 'rich man poor women' saya menangis teresak-esak bila Hyuga dihalau keluar dari syarikatnya dan dikhianati oleh orang yang paling dia percayai....paling menyakitkan bila orang yang paling kita percayai...tikam kita dari belakang...ia amat menyakitkan). Saya kehilangan pangkat pengarah....dan dalam proses mendapatkan kembali 'anak' saya itu....saya habiskan wang simpanan saya. Dalam pergelutan tersebut....saya harapkan sokongan daripada teman lelaki saya tetapi satu hari iaitu tarikh yang sepatutnya dia pulang kepada saya.....dia tidak pulang...saya tunggu di airport selama 2 hari berturut-turut. Saya tunggu dengan linangan airmata....dia tinggalkan saya dan dia tinggalkan saya hanya beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan kami...kad undangan sudah dihantar....ia amat-amat menyakitkan.
Masih tiada happpy ending.....happy ever after????
Saya kalah dalam kes mahkamah dalam perebutan syarikat dan saya habis semua simpanan saya bayar peguam. Sudah jatuh ditimpa tangga dan kali ini saya dihempap batu pula. Saya terpaksa menanggung hutang bank teman lelaki yang berjumlah puluhan ribu ringgit (saya penjamin). Saya jual rumah...jual kereta dan dalam dompet hanya ada RM3 dan dalam akaun bank hanya ada RM10....saya telefon mak supaya bawa saya balik.
saya jadi 'mayat hidup'....hati dan jantung saya tidak boleh terima kesakitan tersebut....it's very...very painfulllll....so painful...so painfulllllll. Saya dikejarkan ke ICU beberapa kali disebabkan hypertension dan kemudian saya down.....murung dan menangis sebaik sahaja bangun pagi sebab saya masih hidup (moga Allah ampunkan dosa saya ketika ini).....selama 3 tahun saya hidup dalam kemurungan.
Satu hari saya bangun dari tidur dan bertanya 'apa yang saya sudah buat atas diri saya". Saya pergi semula ke KL bila dapat kerja dibidang yang saya tidak pernah duga akan ceburi....pertama sekali bersihkan diri dari muflis...saya pergi bank dan tunjukkan slip gaji dan tawaran kerja.....saya berjanji akan membayar sedikit demi sedikit....mula-mula RM1,000 sebulan dari gaji selama setahun dan kemudian saya buat pinjaman bank dan bayar hutang tersebut sepenuhnya. Alhamdulillah....saya terlepas daripada muflis tapi bila saya lihat potongan biro angkasa sebanyak RM657 sebulan untuk tempoh selama 20 tahun....hati saya pilu....inilah hadiah dari lelaki yang menyintai saya.
Sekarang jika ditanya ciri lelaki pilihan saya....saya akan senaraikan seperti ini
1. lelaki yang boleh buat saya respect pada dirinya dari hari demi hari
hanya satu...satu saja yang saya minta setelah setelah saya dapat pengajaran dari kesakitan sebelum ini....hanya lelaki yang buat saya respect kepadanya.
Rupa-rupanya ia susah nak ditemui. Jika disebabkan ciri lelaki ini saya tidak temui lagi dan anda nak kata saya memilih.....terpulang kepada anda sebab bukan susah nak buat tuduhan dan mengata orang sebab paling mudah buat kesimpulan berdasarkan perasaan bukan akal fikiran.
Kerjaya saya menyebabkan saya menemui terlalu banyak lelaki-lelaki yang tidak boleh dihormati...menjijikkan dan sehingga menyebabkan saya berkata 'saya tidak akan berkahwin dengan ahli politik'. Manusia dua watak dan hipokrit....makan rasuah....jual bangsa sendiri....jual maruah diri hanya kelaparan duit menyebabkan lelaki yang muncul sebagai gentlemen dihadapan orang ramai tetapi jijik dan jelak dibelakang. Saya tidak bercakap disebabkan omongan dalam blog politik atau akhbar tetapi disebabkan bukti yang ditemui semasa melaksanakan tugas. Boleh bilang dengan jari sebelah tangan...berapa orang ahli politik malaysia yang bersih....tidak takutkah mereka dengan api neraka Allah....tidak terfikirkan mereka akan nasib anak-bini yang diberikan makan rezeki haram.
Seorang lelaki usahawan Melayu berjaya (kononnya) bergambar hebat disebelah limboghini dengan ribuan pujian atas kebijaksanaan beliau mengendalikan perniagaan dalam sebuah majalah dan pernah terbit disebuah akhbar tempatan dan apabila kami menemui ribuan naskah longgokan majalah tersebut dalam sebuah bilik dalam pejabatnya ketika mengeledah....kami pura-pura tidak nampak wp wajah beliau merah padam tetapi bila masuk dalam kereta....kami ketawa berguling-guling. Limbogini pinjam.....orang lain punya.....business hebatttttt!!!!!!....hebat sangatlah sebab pakai nama sahaja untuk dapatkan kontrak (sebab Melayu) tetapi syarikat tu sebenarnya milik cina. majalah tu dibayar untuk tulis entri berkenaan dengan dirinya sebab tu dia terpaksa beli ribuan naskah majalah tersebut. Ada gossip dengan artis pulak tu....bodohnya artis tu....gilakan orang macam nie.....lelaki yang tidak layak sedikitpun untuk dihormati.
Kerjaya saya menyebabkan saya takut dengan masa depan bangsa saya sendiri. Bila kami para pegawai diberikan kes....dan dalam fail sulit tersebut adalah sipolan yang berbangsa melayu maka dengan sendirinya terpancul perkataan 'alamak melayu lah' tak kira samaada pegawai itu india, cina atau melayu. Terasa hinakan...
Disebabkan kerja saya juga....anda jangan promote atau sebut produk MLM depan saya. Bukan disebabkan saya baca tulisan aididmuaddib dan saya tidak mempertikaikan 'kemujarapan' produk MLM tu tetapi modus operandi syarikat tersebut. Kami tengah nak kesan tokey cina MLM yang melarikan duit puluhan juta ringgit setelah beliau tipu orang ramai yang kebanyakannya MELAYU....dan ramailah melayu yang sanggup buat pinjaman bank ribuan ringgit dengan Bank Rakyat untuk bayar duit keahlian MLM nie dan dapat produk yang harga sebenarnya tak sampai RM500. Saya tipu.....terpulang pada anda nak percaya atau tidak. Saya tidak rugi tetapi saya rasa bertuah sebab berpeluang tengok sendiri invois produk tersebut. Anda hanya dengar cakap-cakap gah promoter-promoter MLM tetapi kami rampas dokumen mereka dan kami lebih mengetahui hakikat sebenar daripada promoter tersebut sebab tokey cina kat atas mereka tu tidak sebut benda nie kat promoter mereka dan promoter tu kebanyakannya melayu....ya Allah selamatkanlah bangsa aku.
Jumlah lelaki melayu yang boleh dihormati semakin mengecil.....so siapa pilihan saya yang tinggal. Sebagaimana kata orang lelaki yang baik telah jadi milik orang.....so hanya tinggal 'sampah' seperti penagih dadah yang pak su saya offer untuk saya kahwin. Saya benci pak su saya nie......adik emak yang bongsu.
Anda masih nak kata saya memilih.....yeee.....saya terpaksa memilih sebab saya ingin hidup bersama dengan orang yang saya respect....macammana nak hidup dengan orang yang kita sendiri tidak boleh nak respect....beritahu saya. Jika lelaki itu hanya pengutip sampah tetapi dia lakukan untuk dapatkan rezeki halal dan kerana Allah maka jika dia ingin mengahwini saya..... saya terima sebab saya respect dia....dia tidak makan duit haram...dia tidak tipu bangsa sendiri....dia tidak gadai maruah diri wp kerjanya berada ditempat kotor.
Selepas nasib buruk menimpa adik saya....lagilah saya takut....kalau ustaz yang belajar ilmu agama tinggi-tinggi pun tidak boleh jadi lelaki yang dihormati....makin mengecil lagilah potensi wujudnya jodoh untuk saya.
Saya tidak hidup susah sebab tidak berkahwin....saya tidak mintak makan dan minum dengan orang lain...saya tidak menumpang orang lain....saya hanya hidup sendirian dengan gaji sendiri, rumah sendiri dan kereta sendiri. Kenapa nak kecoh sebab saya tak kahwin. Saya nak sebut dan jerit semua nie kepada orang yang tanya saya tetapi disebabkan saya dilahirkan sebagai bangsa melayu yang diajar sopan santun....saya simpan dalam hati.
Jauh disudut hati saya....saya berdoa kepada Allah supaya diberikan peluang untuk hidup bersama dengan lelaki yang mencintai diri saya dan saya juga mencintai beliau walaupun hanya sehari. Inilah janji saya dengan 1st ex-BF, jika satu hari nanti....bila kita berdua sudah tua dan masing-masing keseorangan...we married and take care each other until we died. Inilah janji kami ketika itulah...
Saya tidak bercerita untuk anda bersimpati dan tolong jangan bersimpati dengan saya (sebab semua ini adalah masa silam wp air mata saya masih mengalir ketika menaip entri ini)....i'm happy sebab hidup saya colorful....cuma berdoalah untuk saya supaya saya jumpa sebelah lagi selipar supaya saya juga dapat memakai selipar kanan dan kiri seperti anda.


48 comments:
selama ni Suya hanya membaca di sini.tapi kali ni suya menulis pulak..sebab suya macam trut cembeng dan ada satu perasaan sayu di hati..bertabahlah kak.. Hidup, memang tak terduga..
saya suka dengan nukilan awak. Benar atau tak benar ..tepuk dada tanya pada diri sendiri perlu sangat kah kita berkahwin semata mata utk memuaskan hati org sekeliling. Bagi saya lah... saya rasa perlu jika kita sendiri dah jumpa tapi tak perlu jika tak ada hati utk kearah itu apatah lagi dgn org yang kita paksa hati untuk suka pada dia.
Walaupun saya dah bersuami tapi saya masih memandang kehadapan ...perjalanan masih samar. Percaya kepada pasangan tapi bukan 100 peratus.
Salam,
sekian lama menjadi silent reader di sini, terpanggil meninggalkan komen di sini.
Saya sering diajukan persoalan begini dari adik2 dan rakan2 yang tidak bersuami, tapi pendapat saya mungkin berbeza dari yang lain. Kurang yang tidak bersuami mungkin pada teman hidup tapi lebih mereka banyak, kecekalan, masa, tanggungjawab, & control over yourself adalah antaranya.
Benar, jangan berkahwin kerana kita nak puaskan orang lain, tidak salah memilih dan selidik dulu, kita yang akan menanggung di kemudian hari ..
Semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada anda kerana, dari penulisan anda, saya seolah2 dapat merasakan anda seorang yg sangat baik hati dan telus dalam menulis.
InsyaAllah akan sampai masanya Allah anugerahkan pasangan terbaik untuk anda, jika tidak di sini .. diSana nanti. Wallahualam ...
Mudah-mudahan selipar yang sebelah lagi akan berada di sebelah seliparmu dik...
Walaupun tidak minta simpati, tapi hati ini tercuit, sangat terharu....
Salam kenal. Tiada kata yg boleh diucapkan. Moga terus tabah.
mana ada manusia yg puas hati...
tak kawen - org sibuk suruh kawen...
dah kawen, takde anak - org tanya bila nak ada anak...
dah ada anak (perempuan) - org sibuk tanya anak lelaki...
cukup lelaki perempuan - org sibukkan bilangan 'tak nak tambah lagi ker?'...
haih... sebab apa diorg tak puas hati - saya pun tak faham...
Salam sis,
Saya percaya tiap ketentuan Allah ada hikmah di sebaliknya.
Samada berkahwin atau tidak,jodoh pertemuan kita DIA yang menentukan.
ANIS
bertuah anda kerana mempunyai blog yang boleh dijadikan sebagai tempat meluahkan isi hati tetapi percayalah bila jodoh sampai ianya seperti membalikkan tapak tangan. Bersabarlah kerana tidak salah jika hidup berseorangan tetapi bahagia, apa nak dikira pandangan orang sebab bukan mereka yang meyuapkan makan
salam
sebuah perkongsian yg jujur dan berani.
saya pun blum tentu setelus ini nak bercerita di blog
The purpose of life? To worship Allaah alone. Ada suami, kenalah tunaikan hak yg telah diperintahkan selain menunaikan tgjawab lain2, such as being a trustworthy worker, a good friend, a good daughter, etc. Lain kata jadi seorang yg Allaah sayangi.
So kalau takde suami pun, the purpose of life is still the same. Boleh jugak jadi a good muslimah. Cuma kalau takde suami yg soleh utk tegur kesalahan kita aje. Jadi kalau takde suami yg soleh, cuba cari kwn2 yg boleh ingatkan & dekatkan kita dgn our Creator.
Kita lupa apa tugas sebenar kita kat dunia ni. One sahabiyah asked our holy prophet saw apa hak2 seorg suami. Bila rasullaah saw mentioned betapa besarnya hak2 suami, beliau (sahabiyah) terus cakap dia taknak kwain sebab dia rasa tak mampu. Jadi tak salah pun kalau kawin kalau jodoh belum smpai. Cuma berdoalah moga2 Allaah makes u an excellent muslimah & when u enter jannah u will not remember any of ur miseries in this life at all. I make duaa for you sister...
Assalamualaikum.
Entri ini buat saya mahu meninggalkan komen. :) Saya kagum dengan akak.
Kak.. saya juga masih mencari sebelah selipar saya. Walaupun kawan-kawan, sepupu2 sudah berkawin muda (ada yg bercerai dan berkahwin semula)..kaum kerabat yang memandang.. bertanya. cuba menjodohkan dan saya tolak dengan baik. Saya cuma senyum. saya masih gembira dengan kehidupan saya, mak dan abah berada di kiri kanan saya, yang tidak pernah sesekali mempertikaikan kenapa saya belum berkahwin, walhal adik saya melangkaui saya. Apa lagi yang saya mahu?
mungkin benar jodoh saya belum sampai. Atau pasangan selipar saya masih belum jumpa jalan pulang..
Atau mungkin saya ditakdirkan untuk menjaga kedua orang tua saya sehingga nafas saya yang terakhir. Saya redha. Kerana mereka adalah syurga saya.
Mahu mencari lelaki yang menerima diri kita apa adanya amatlah sukar. :)
Semoga hidup akak akan terus diberikan rahmat dan kasih sayang Ilahi.
:)
kn... suka hati dia je kn nk ngata2 kite
teruskan nikmati hidup anda dengan gembira. bdaria bertuah masih ada mak n adik beradik. jangan simpan cakap2 org dlm hati, xde faedah. anggap je angin lalu..sentiasa senyum.
setuju 100% dgn bdaria...kita berhak utk memilih...pedulikn cakap2 org...alhamdulillah la kpd org2 yg dah mngumpat n mngata kita (sbb pahala mereka telah brpindah kpd kita)...kalau kita susah, bkn mereka yg nak menolong...mengata n memadankn muka kita lg ada la...ajal maut jodoh pertemuan di tgn Allah swt...mgkn jodoh bdaria adalah bidadara di syurga...waullahua'lam...
Salam Kak. Saya Silent Reader. (Hari2 sy akak buka blog akak)Tersentuh hati membaca kisah akak. Akak jgn jd mcm sy, org kawin sy pun nak kawin, tp apa yg sy dpt? Sy mmg dah bersuami tp hidup sy seumpama ibu tunggal, semua sy lakukan sendiri dari A-z. Harap akak tabah...pekakkan aje teliga.
cik bdaria,
Besar sungguh dugaan hidup & tdk semua org akan dpt mengatasinya dgn secekal anda. Ia menjadikan anda what u r 2day, a better, matured, strong, understanding, independent person. Not all marriage hv a happy ending,at d end of day, kita akan tetap keseorangan juga.
Rgds,
Chan
slm..kak,sy sangat2 kagum dgn akk.tahniah kerana akk dpt bangkit semula dan berjaya seperti sekarang.
Assalamualaikum Cik Bdaria,
saya salah seorang silent reader, tak pernah2 komen, tapi isu ini membuatkan sya terpanggil utk menulis.
Pertama sekali, terima kasih sebab menulis ttg topik ini.. Seolah2 bagai satu wake up call utk saya.
Saya juga belum berkahwin, dah masuk 30-an. Bukan sekali dua diajukan soalan ttg hal kahwin. Biasanya jawapan klise yg saya beri adalah InsyaAllah sambil tersenyum. Bukan sekali dua diajukan soalan, dan bukan sekali dua diperli sesuka hati, malah ada yang kata 'nanti kalau lambat kahwin, tak bolehla kamu nak beranak, dah expired', 'anak nor tu tak laku ke?'
Allahuakbar, sakit dan remuknya hati saya. Kesan dari soalan2 ini, saya biasanya lebih suka menjadi pendiam dan menjauhkan diri dari family gathering, kenduri pun jadi takut nak pergi. saya lebih rela bermuka masam daripada manis tersenyum supaya orang lain takut untuk bertanya. Perlukah saya bercerita tentang semua kisah hidup saya agar orang memahami mengapa saya masih belum berkahwin. Perlu ke saya umumkan bahawa pengalaman saya dicabul dan ditipu membuatkan saya takut? Saya tidak ada hak kah utk tubuh dan diri saya sendiri?
Saya tidak menolak perkahwinan, saya mendambakannya. Namun ia masih belum hadir dalam hidup saya. Saya mahu semua orang sedar, jangan sesuka hati menyakiti hati wanita yang dikatakan andartu. Kami juga punya perasaan. Artikel cik membuatkan saya tersenyum dan mengalirkan air mata. Tersenyum mengenangkan saya juga pernah mengimpikan prince charming, mengalirkan air mata kerana saya juga berhadapan dengan soalan dan perlian yang hampir sama. Saya ada semuanya cuma suami, tapi saya tidak menganggap hidup saya malang, dan saya tidak putus berdoa. Semoga artikel Cik boleh menyedarkan kita semua betapa perlunya untuk berhati-hati berkata-kata agar tidak melukai hati sesiapa. Assalamualaikum.
-Nina-
Salam bdaria, saya juga antara silent reader yang sentiasa menunggu-nunggu celoteh bdaria. Celoteh hari ini menarik perhatian saya. Sebagai seorang wanita, iteri dan ibu saya terkilan dengan komen kaum hawa diluar sana. Jodoh pertemuan ketentuan Allah s.w.t, namun sebagai hamba Allah kita perlu berusaha. Berusaha mencari dan meneliti suami yang boleh membimbing kita ke jalan yang diredai Allah, bukan main redah and sambar ajer. Allah beri kita akal untuk berfikir kalau dah tau bakal suami tu penagih dadah kenapa perlu kita menyerah diri untuk disiksa dan zuriat juga akan tersiksa. Kadang2 terdengar juga ada ibu bapa yang mempunyai anak teruna yang bermasalah cepat2 dikahwinkan dengan harapan selepas ini isteri pulak yang kena menanggung bebanan tersebut. Tetapi sebenarnya mereka menambahkan lagi masalah kerana akan lahirnya insan yang kurang nilai insaniahnya akibat dari didikan yang bercelaru(bapak makan anak, anak makan bapak). Saya bersetuju dengan mak bdaria anggaplah mereka2 itu sakit. Bersabarlah dan yakinlah dengan qada dan qadar Allah. Mungkin ini adalah yang terbaik untukmu, Allah Maha Mengetahui. Kasih sayang Allah kekal selamanya.
Salam Bdaria,
Kak jg kwin lewat usia 34thn.jalani hdup ini ikut rentak kita.kita yg tentukn halatuju kmana kita nk pergi.Adat hidup d dunia tidak sempurna dan Allah dah bfirman bhawa manusia akan d uji sepanjang hidup ini.setiap insan ada bahagian masing2 atas dunia ini.lelaki dn wanita sempurna tiada cuma kita perlu bertolak ansur dn berdoa pd Allah mohon d prmudahkn kehidupan d dunia dn akhirat.Dlm prkahwinan tidak ada menang atau kalah sbb kita akn sentiasa di uji Allah selagi nyawa d kandung badan.Maaf kalau ada trkasar bahasa.
Kak Ha.
salam bdaria..
setiap nukilan yg dicoretkan amat mberikan kesan di hati..semoga hati bdaria akan terus teguh, mberikan kebahagian pd ibu, adik2 dan keluarga..jgn difikirkan omongan manusia diluar sana krn kesempurnaan bkn dtg dari kita yg hanya hambaNYA.. Kecederaan hati yg pernah dilalui byk mnjadikan kita jd manusia yg lbh berhati2 dlm hidup..semoga Bdarian akan terus berjuang demi insan2 tersyg. dan teruskan menulis krn sy amat meminati tulisan bdaria.
Tersentuh hati baca kisah cik bdaria ni. Sebab akk pernah alami satu ketika dulu. Putus tunang, putus kasih ntah berapa kali sebelum kahwin. Bila dah kawin, dugaan masih melanda, takde anak pula. Bila takde anak, lagi panjang kisah hidup akk. Melibatkan mertua dan perempuan diluar sana. Ahh.....sungguh menyakitkan.
Jadi, tak perlu runsing kalau kita belum kahwin. Amalkan doa dan lebih dekatkan diri dgnNya. InsyaAllah, Dia sentiasa bersama kita. Akk amalkan bacaan lakadjaakum rasulluminanfusikum azizun alaihimaanittum harisun alaikum bilmukminin narafurrahim. Fa in tawallau fakulhasbiyaallahhu lailahailawaalaihi tawakaltu wahuwarabbul arsyiladzim.
Assalammualaikum..Bdaria,
Hidup kita ni memang banyak warna, seperti juga saya yang masih belum berkahwin. Namun Alhamdulillah saya bersyukur nikmat dan dugaan yg Allah berikan, tahniah kepada Bdaria berfikiran positif seperti juga yg selalu saya amalkan. Hidup ni indah, w/pun tiada pasangan tak semestinya kita tak berhak menikmati bahagia dan gembira...tak gitu..hihi. wasalam..
Saya pun berpandangan yg sama...perkahwinan seboleh mungkin dgn pasangan yg kita rasakan terbaik...jgn sebab terdesak, namun ibu saya berpendapat sebaliknya kerana kerisauan melampaunya takut sakit demam anak perempuan yg belum berkahwin tiada yg menjaga...mungkin ibu melihat kehidupan bahagia anak-anak perempuan yg sudah berkahwin jadi dia mengimpikan anak perempuannya yg lain juga akan ada pasangan utk menumpang hidup hari tua...ibu saya menangis bila anak perempuan sakit teruk di rantauan terpaksa menumpang di rumah adik/kakaknya yg sudah berkahwin..wpun adik/kakak semuanya ikhlas...saya doakan semua yang belum menemui pasangan yg baik InsyaAllah akan menemui suatu hari nanti.
Terkadang saya llihat isteri tak hargai suami yg baik sampaikan saya terfikir perempuan yg baik masih tak berkahwin yg dah kahwin sibuk buat perangai, agaknya dugaan Allah jua utk kita semua.
Saya juga amat berharap kepada yg mempunyai suami yg baik jaga la suami dgn baik kerana syurga isteri melalui suaminya.
kak sari
Sabar dan tabahkan hati... Org mmg sanpai kiamat pun takkan faham situasi kita...
sya tiap2 ari bukak blog akak sebab suka baca celoteh akak,sya dh kawen ada anak... mak cik sya adik bongsu abah saya umur awal 40an masih belum berkahwin bila baca celoteh akak sya terus teringat kan kat mak cik sya cerita ye hampir sama ngan akak bdria... semoga mak cik sya n akak kuat dan dapat selipar tu....
sya tiap2 ari bukak blog akak sebab suka baca celoteh akak,sya dh kawen ada anak... mak cik sya adik bongsu abah saya umur awal 40an masih belum berkahwin bila baca celoteh akak sya terus teringat kan kat mak cik sya cerita ye hampir sama ngan akak bdria... semoga mak cik sya n akak kuat dan dapat selipar tu....
As Salam sis..
Setiap mulut pasti pandai berkata-kata.. setiap akal pasti dengan andaian.. setiap perbuatan pasti dgn kata nista.. semua tidak akan pernah luput selagi mereka bergelar manusia.. dan sesungguhnya mereka tiada apa2 dan tidak berhak menilai kerana yang lebih berhak menilai adalah Allah swt yang Maha Bijaksana dari segala-galanya. Mengadu dan menangislah padaNya kerana DIA adalah pemilik segala isi alam waima sebesar zarah yang berada di muka bumi ini. Sepasang selipar yang bertakhta berlian malah lebih dari itu akan menunggu disyurga. Insya Allah.. saya juga banyak kali diperdaya lelaki dan ubat saya hanya menitiskan airmata di atas sejadah.. Allah pemilik segalanya.. "Ya Allah berikanlah ketenangan, kebahagiaan dan perlindungan kepada temanku ini didunia & diakhirat kelak.. Amin..Amin.. Amin...
Salam,
Insyaallah satu hari nanti jodoh itu akan datang, yg penting jgn putus asa berusaha mencari & berdoa kpd Allah, semoga jodoh yg diberikan adalah yg terbaik. Apabila kita makin berusia, pemikiran semakin matang & kita sudah ada matlamat & tujuan dlm hidup, jadinya tak perlu nak ambil hati apa yg org kata & tanya pasal bila nak kahwin. Bukannya tak nak kahwin cuma belum ada calon yg sesuai & kita ada hak utk memilih teman hidup kita sebabnya bila sudah berkahwin, tanggungjawab bukannya utk sehari dua tetapi sepanjang hidup kita & seboleh2nya ingin bersama hingga ke syurga. Oleh itu, utk mencari pasangan yg sesuai bukannya 'tangkap muat' sahaja. Walaupun saya sudah berkahwin tapi saya sgt memahami situasi bila perempuan lambat berkahwin. Mesti saudara mara akan sentiasa berbicara & bertanya seolah2 suatu perbuatan yg tidak elok. Padahal bukannya dia org tak tahu yg jodoh & pertemuan ditentukan Allah. Apa2 pun jangan berputus asa berusaha & berdoa, insyaallah akan sampai masanya.
SALAM
Salam dik. Akak respect ngan adik. Insyaallah selipar yg sebelah lagi tu Allah swt simpan. Belum sesuai dgn masanya. Berdoalah. Apa yg adik buat tu dah betul. Pedulikan cakap orang. Kita yg mengharunginya. Selagi kita menjalankan perintah Allah swt jgn risau. Allah swt akan pelihara kita dunia n akhirat.
Salam,
Ya allah besar sungguh dugaan utk awak..moga allah bukakan jalan yang terbaik untuk awak. selama ni sy ingat nasib sy teruk tp rupanya ada lagi insan yang lebih malang dari saya. saya harap kakak tabah dan terus berdoa moga diberi kekuatan dan serahkan jodoh kepada allah.. (saya menangis ketika baca entri ini)
Salam,
Ya allah besar sungguh dugaan utk awak..moga allah bukakan jalan yang terbaik untuk awak. selama ni sy ingat nasib sy teruk tp rupanya ada lagi insan yang lebih malang dari saya. saya harap kakak tabah dan terus berdoa moga diberi kekuatan dan serahkan jodoh kepada allah.. (saya menangis ketika baca entri ini)
Assalamualaikum, smoga Bdaria sentiasa dilindungiNYA. Terlalu ramai kwn disekeliling akak yg masih belum berkahwin, dan akak memahami situasi tersebut. Sedih n pilu membaca tulisan adik, tahniah kerana berjaya bangkit dari kepedihan. In Sha Allah, pastikan ditemukan selipar yg sebelah lagi selagi kita percaya janji Allah pd yg selalu memohon n bersabar.KZie
Walau berapa pun umur kita...kita masih perlu memilih jodoh kita....
Assalam, sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan dugaan yg hanya Allah mengetahui hikmahnya dan kasih sayangnya. Kesabaran dan ketabahan adik dalam menghadapinya adalah tanda kekuatan yang diberikan Allah sebagai kasih sayangnya untuk kita lebih mendekatinya. Hanya orang-orang yang diberi dugaan lebih mengingati dan mendekatkan diri pada Allah.
Assalam, Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan dugaan.Dugaan adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita kerana dengan dugaan lebih mendekatkan diri kita denga Allah. Kekutatan dan ketabahan adik dalam mengharunginya adalah hadiah kasih sayang Allah pada hamba yang dipilihnya. Kalau tak salah Rabiatul Adawiyahpun tak kawin, tapi ia adalah kekasih Allah. Kuatkan imanmua,
".. to love is to care, to care we must share..."
get some and be awesome at BBC MARDI Station CH39000
Kisah benar yang amat menakjubkan..pertama kali terjengah ke sini sebab nak cari resepi pau gebu..tak sangka tuan rumah punya karisma tersendiri..untuk yang memahami, tidak akan mengeluarkan soalan sebegitu dan semumpamanya.."bila nak kawin?..dah ada 'isi' ke belum?..bila nak tambah anak?..bla..bla...bukankah soalan sebegini sensitif dan menyinggung mereka-mereka yang masih belum memperoleh apa yang ditanya itu..haish..manusia..jarang yang cuba nak masuk kasut orang lain dan cuba rasa jalan..hmmm..setiap yang tersurat ada hikmah yang Allah sudah tentukan..hanya masa yang akan menentukan bila hikmah itu akan datang..dalam kita sedari atau tidak..teringat kata-kata seorang ustzah masa belajar dulu..jodoh perlu diusaha..dan tidak boleh putus asa..kerana setiap yang kita jumpa dalam hidup mungkin jodoh dari Allah..sekiranya ketika itu kita putus asa, maka jodoh akan menjadi sukar..saya doakan yang terbaik buat tuan jurnal..tiada jaminan berkahwin awal atau lambat boleh bahagia ke akhir hayat..harap nukilan saudari menjadi pengajaran pembaca di luar sana..agar lebih berhati-hati dalam menilai kehidupan seseorang..langit tidak selalu cerah..doa, usaha dan tawakkal kunci kepada segala-galanya..insyaallah..
Your life experiences and challenges have made you a stronger,wiser and better person. Be brave, let go the past because the past is gone. Set new goals and build a wonderful live for yourself. Don't give up, live in the present one day at a time.
“It is important that we forgive ourselves for making mistakes. We need to learn from our errors and move on.”
“Renew, release, let go. Yesterday’s gone. There’s nothing you can do to bring it back. You can’t “should’ve” done something. You can only DO something. Renew yourself. Release that attachment. Today is a new day!”
― quotes from Steve Maraboli, Life, the Truth, and Being Free
"The past does not equal the future unless you live there".
“It is your decisions, and not your conditions, that determine your destiny.”
“Focus on where you want to go, not on what you fear.”
-Quotes from Anthony Robbins, Awaken the giant within.
I dedicate this song to you from Bruno Mars "today my life begins"
http://www.youtube.com/watch?v=BQaM5KhndhI
biasa la hidup di dunia ada cabaran. jika mudah ramai ..... yg penting kita sayang allah pasti diberkati hidup kita. banyak lah berdoa. angap musibah yang berlaku telah meragut ego kita agar kita perlu ingat ALLAh atau sujud akan NYA
Bersyukurlah sebab kehidupan anda penuh warna-warni.Setiap nafas yang disedup dan dihembus kembali ada hikmahnya. Allah sayang anda sebab tu jika bukan pasangan "selipar anda" ia tidak akan terjadi,kena percaya itu. InsyAllah akan ada JODOH nanti...AMINNNNNNNN
Salam..
Smoga akk sntiasa tabah dlm menghadapi ranjau hidup. sbnarnya, nie first time sy trbuka blog akk.sy trkjut dan trharu dgn apa yg akk critakan. dr penulisan akk, sy tau akk seorang yg brjiwa kental. sy respect. sy tak nafikan bhw kwen lambat nie memang menyerabutkan kepala. sy pun salah seorang diantaranya.jd disini, akk bukanlah keseorangan. sy doakan tuk akk dan rakan2 yg senasib dgn sy akan mendapat jodoh yg trbaik. mungkin ini hanya ujian Allah untuk menduga sejauh mana keimanan kita. Sebab Allah lebih tau yg mana yg trbaik tuk hidup kita.perancangan Allah itu cukup cantik apabila kita perhatikan hikmah2 yg trsembunyi disbaliknya.percayalah, qadak dan qadar sudah trmaktub utk hamba2Nya.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya -tanya, kemana hilangnya sinar
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...
kak, kerana lelaki kita jatuh, sekurang-kurangnyer akak jatuh ketika tiada pengikat (anak)... saya kagum dgn akak.. saya juga ingin bangkit dr kesakitan tu...
tak sedar air mata ku menitis.. moga bdaria bertemu dengan selipar yg sebelah lagi... selipar yg masih elok & selipar yg tidak tembus maupun yg hampir putus.. amin..
Saya suka membaca luahan hati anda. Nasihat saya, nikmatilah hidup anda dengan cara anda sendiri. Saya bahagia sehingga kini (Insya'Allah) kerana saya tidak peduli dengan apa yang orang kata, sebab mereka tidak tahu apa yang kita lalui. Saya doakan semoga anda bahagia dan semoga Allah melindungi dan memurahkan rezeki anda kerana sentiasa mengutamakan ibu anda. (itu yang penting...salam dari saya...yati ghazali (silent reader)
Post a Comment