Tengah packing tisu Non Woven Facial Cotton dalam kotak. Hanya muat 4 pack sahaja...kena buat pos laju petang nie. dalam kotak nie juga saya masukkan 2 ketul lilin wangi yang diminta oleh Angah.
Ahad petang...jam 3.30 pm satu sms saya terima...sms dari Angah.
" Slm Yong. Ada tak jumpa tisu cuci tu, sbb ada lagi 1 pek shj. Klu ada yong tlg pos sekali dgn lilin tu. Skrg nie 'dia' buat klu ada orang dtg..bau kuat tp bila x de ok pula, sabar jelah kerja syaitan laknatullah. Berapa hrg yong msg nanti org bank in. Jazakillah moga Allah merahmati kakakku...Amin."
Tukar pakaian...ambil kunci kereta dan drive pergi Tesco Mutiara Damasara. Parking kat Tesco dan berjalan pergi ke Watson The Curve....terus ke kaunter farmasi...tunjukkan gambar tisu Non Woven kat pharmacist sebab tisu nie hanya digunakan oleh pesakit tetapi jawapan acuh tak acuh "pergi tengok kat rak tisu tu...ada kat situ". Agak kecewa dengan jawapan acuh tak acuh begitu.....pergi ke rak tisu yang dia tunjukkan tetapi yang ada hanya facial tisu biasa (dalam hati menyesal jadi member watson). Pergi pula kat Watson tesco....kali nie dah tak tanya kat kaunter tapi terus cari kat rak....tak jumpa jugak. Keluar dari tesco sambil berfikir kat mana nak cari lagi.
Teringat kat farmasi Caring kat Kelana Jaya. Drive ke Kelana Jaya dan sampai ke Caring....hujan mula turun dengan lebat....saya berlari masuk ke farmasi. Seorang pekerja farmasi terus datang kat saya dan bertanya 'boleh saya bantu"....saya tunjukkan gambar tisu nie kat dia. 'Oh kami ada tisu nie....akak nak berapa". Saya minta sepuluh pek....dan bila tengok harga RM5.20 satu pek....kat farmasi Dungun...harga satu pek tisu nie adalah RM8 dan hanya satu farmasi sahaja yang ada jual...stok sentiasa tak ada pulak tu.
Tisu Non Woven nie...Angah akan guna untuk lap lelehan air bisa yang keluar dari bengkak barah payudaranya yang semakin teruk sekarang nie. Satu minggu sebanyak 2 pek dia terpaksa guna....tisu nie tidak melekat kat bahagian bernanah.
Angah sekarang terlantar di katil....sudah sebulan tidak mampu bergerak. Berat badannya tidak sampai 30kg sekarang nie....tinggal rangka. Biarpun begitu....terdapat seri diwajah Angah....muka dia sejuk dan tenang dipandang. Sejak sakit....Angah tidak berenggang dengan Al-Quran....mulutnya sentiasa membaca Al-Quran dan sembahyang. Sekali sekala air matanya menitis laju bila dia bercerita tentang bertapa selama nie dia sebagai penghafal Al-Quran tinggalkan Al-Quran kerana terlalu sibuk menguruskan tadika dan taska dan sekarang jika dia ditakdirkan Allah tidak panjang umur maka dia ingin pergi dengan keredhaan Allah. Dia ingin membaca Al-Quran...dia ingin sembahyang. Dia berdoa kepada Allah supaya tidak tarik dua nikmat ini daripadanya.....dia tidak kisah sakitnya cuma dia takut dia tidak mampu baca Al-Quran. Bila saya dengar percakapan dia....air mata saya mengalir laju...semoga Allah makbulkan permintaannya dan saya hormat atas apa jua keputusannya dan saya takan paksa dia terima rawatan jika dia tidak mahu....hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk Angah. Angah paling risau kalau dia tidak mampu membaca Al-Quran dan tidak mampu menunaikan sembahyang.
6 comments:
sebak sy membaca perenggan yg akhir .... pernah dengar ttg APRICON ? diperbuat drpd biji buah apricot dan setau sy hny dijual di farmasi bumiputera sbb buatan bumiputera. sy pernah dgr ia digunakan utk melawan kanser ..... mungkin boleh membantu
Salam kak, ada kisah sedih disebalik tisu ni rupanya...Semoga Angah terus tabah menjalani kehidupan ini..
Salam Bdaria. Saya baru jer kehilangan ibu tersayanng 20 okt lalu due to lung cancer. Kami dan arwah sendiri pun xtahu yg dia ada cancer.
Jika ditakdirkan Allah menarik suara Angah mcm yg terjadi kat arwah ibu beberapa hari seblm meninggal (suara dia jadi serak), teruskan membaca AlQuran untuknya kerana mungkin dia dapat baca dalam hati. Kalau boleh jangan ditinggalkan dia keseorangan kerana syaitan akan sentiasa mengganggu. Semoga Angah terus tabah dan redha.
-Ijip-
ya bdaria.. saya pernah jumpa pesakit kanser payu dara tika jaga mak mertua saya sakit.. dia makan biji aprikot.. katanya boleh juga jika beli biji aprikot.. keringkan dengan cara panaskan dlm oven..kisar dan masukkan dlm kapsul.. tapi saya tidak peelu mengambil no ctc dia.. saya juga mendoakan bdaria sekeluarga akan sentiasa dlm kebaikan dan rahmatNYA didunia mahupun akhirat.. boleh PM saya di fb Sapiah Ali jika perlukan telinga utk mendengar..
Semoga disembuhkan dan diringankan Allah penderitaannya...
Ada yang mencadangkan Gerson therapy, pernah dengar? Boleh google untuk maklumat lanjut, ianya terapi berasaskan jus sayuran.
Saya sendiri suka menggunakan facial cotton non-woven ni. Saya biasa beli banyak2 di Guardian pharmacy, selalu ada stock insha Allah.
salam kak...sedihnye saya baca..meleleh airmata kat opis..semoga Allah bagi kekuatan pada angah..dan anak2 dia..Ya Allah, saya teringatkan anak2 angah yang masih kecil..semoga tabah..
Post a Comment