Sunday, May 27, 2012

Clay craft, Phalaenopsis

 Akhirnya siap jugak satu pasu orkid jenis phalaenopsis. Ia ambik masa yang lama untuk saya siapkan bunga nie sebab dalam tempoh 3 minggu lepas....saya berkursus. Dapat jenguk kelas clay hanya ada hari sabtu sahaja. Hari nie akhirnya berjaya jugak saya menyiapkan satu pasu orkid putih ini. 

 Ini semasa dalam kelas.....tengah touch up serba sikit. Semua peserta kelas clay tengah tekun menyiapkan rekabentuk clay mereka. Ramai kanak-kanak masuk kelas nie....kebanyakannya anak-anak cina, mereka belajar buat doll. Ada ibubapa yang buat birthday party disini.....rakan anak-anak mereka akan diberikan kelas untuk buat craft clay mereka sendiri. 


Balik rumah....saya letakkan craf tangan nie kat tepi dinding. Wahhhhh.....berbangga sungguh sebab bunga nie hasil tangan sendiri. Pengajar kat kelas tu puji bunga saya kemas dan cantik. Gambar tak berapa terang sebab ambik guna kamera handphone sahaja. Maaf banyak-banyak sebab sekarang nie saya sibuk sangat-sangat....inipun ambik masa tulis entri.....esok pagi-pagi, jam 6 pagi....saya dah kena drive pergi kat tempat kursus. Manaa-mana komen kat blog yang tidak sempat saya balas....saya mintak maaf banyak-banyak.

Friday, May 4, 2012

Kuih Kasui @ Kaswi

Sebenarnya ini entry tertunggak....baru perasaan bila tengok gambar dalam folder. Saya buat kuih kasui nie pada hari sabtu lepas.....makan separuh (asyik ulang dari pagi sampai malam) pastu masukkan baki dalam peti kononnya nak makan hari ahad tapi terlupa so petang semalam terpaksa buang baki kuih nie. So kepada anda yang hanya buat untuk makan seorang atau dua....buatlah separuh daripada bahan kat bawah.

Resepi kuih kasui nie saya ambik kat rumah Mat Gebu tapi saya ada adjust sikit sebab saya nak rasa perbezaan. Kuih kasui yang paling sedap saya pernah makan adalah kat sebuah kedai nyonya stall di Mine Wonderland dalam tahun 2001 kalau tak silap saya. Masa tu orang belanja so dengan 'malu-malu kucing' saya hanya ambik seketul sahaja kuih kasui....lepas makan seketul tu dan terasa kesedapannya....nak ambik seketul lagi malu. Rasa kuih kasui dia berlainan dengan kuih kasui yang biasa saya makan malah wangi kuih dia pun lain sikit Sekarang dah tak jenguk Mine lagi so saya tak tahulah samaada kedai nyonya tu ada lagi atau tidak.

Saya suka kuih kasui nie sebab teksturnya tidaklah terasa tepung gandum sangat dan kenyal serta lembut. Sukatan gula dah cantik....tak begitu manis sangat.

Kuih Kasui @ Kaswi
Resepi asal dari sini

Bahan-bahannya:-

Bahan A

5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun padan
sedikit kicap pekat

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (yang nie saya tambah)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sudu teh kapur makan (bancuhkan dengan sedikit air untuk dapatkan paste pekat)
kelapa parut putih
sedikit garam

Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan A kecuali kicap kedalam periuk dan masak sehingga gula larut. Angkat dan tapi untuk buang bendaasing dalam gula merah. Masukkan sedikit kicap pekat dan biarkan sejuk
  2. Alas loyang 4 segi berukuran 10 x 10 x 3 inci dengan plastik dan ketepikan. Saya guna loyang 11 x 11 sebab tu kuih kasui saya nampak nipis.
  3. Masukkan semua tepung dalam bekas dan kemudian masukkan bancuhan gula tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan mengunakan whisk. Masukkan air kapur dan kacau rata
  4. Tapiskan bancuhan dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap. Kacau sentiasa mengunakan sudip kayu.
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit sehingga masak
  6. Bila kuih sudah sejuk baru potong dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
  7. Hidangkan.



Thursday, May 3, 2012

Mee Kari Ala Nyonya

Mee kari Ala Nyonya nie saya buat guna resepi kat blog kak jee. Macam kak jee tulis kat blog dia.....mee kari nie memang sedap giler. Resepi simple tapi sedap sangat. Saya buat hari selasa lepas. Teringin nak makan mee kari so pergilah kedai runcit dan belilah ayam 1/2 ekor (RM6.50), kerang RM2, mee kuning sepeket, kelapa parut sebijik RM2.00, taupok RM2 satu pek. Habis lebih RM14 hanya untuk masa mee kari dan yang makannya hanya seorang. Lepas habis semangkuk mee kari.....terus masukkan baki kari dalam bekas besar dan bekukan dalam peti ais. Tak tahulah berapa lama kari tu nak berada dalam peti ais sebelum saya nak panaskan dan makan. Tengok....sebab tulah malas nak masak....kalau masak dan makan sorang-sorang nie memang tak syok....dahlah kos bahan sahaja tidak berbaloi dengan sorang makan tapi disebabkan nak rasa keenakan mee kari resepi kak jee....masak jugak. Oh ye mee kari saya nie tak banyak bahan sampingan sebab saya tak nak beli bahan mentah banyak2 pastu terbiar dalam peti ais so saya hanya beli yang perlu sahaja. Resepi boleh ambik kat blog kak jee kat sini.

Clay Flower Classes, part 2

Semalam masuk bengkel clay flower untuk hari kedua. Kali nie pengajar ajar buat kelopak-kelopak bunga orkid putih. Selama 2 jam duduk buat kelopak bunga nie sahaja....dari proses mencanai clay sehinggalah terap ikut bentuk kelopak dan kemudian bentuk2 kelopak yang diterap ikut acuan di tekan atas sejenis alat untuk dapatkan bentuk garisan kelopak orkid. Kerja remeh dan perlu ketelitian....tapi saya suka sebab dah lama tidak buat kerja-kerja macam nie. Masa saya kecil mak saya selalu kata yang tangan saya nie berseni...saya suka gubahan bunga, buat bunga. Kalau ada jenis bunga terbaru yang dibuat oleh jiran-jiran....mak saya akan bawak saya ke rumah jiran tu untuk tengok lepas tu bila balik rumah saya dah boleh tiru. Bakat saya....saya tidak perasaan bakat saya nie sebab saya tidak pernah ambik berat....dan saya tidak pernah pupuk bakat nie.....ia terperap sekian lama....tiba-tiba sahaja baru-baru nie tergerak hati nak mencuba buat kerja kraf semula.

Kali kedua masuk kelas....saya dah mula jumpa kawan. Chinese lady dalam kelas semuanya friendly....seronok berbual dengan mereka. Seorang rakan sekelas datang berbual dengan saya....dia kata dia ambil tempoh 2 minggu untuk siapkan sepasu bunga Phalaenopsis (orkid putih). Bila dia tengok hasil kerja saya...dia kata "u buat kemas sangat......bukan macam orang baru masuk kelas". Saya sengeh ajelah....wahhhhh kemas ke kerja saya nie....tengok macam nak terkoyak je kelopak bunga tu. Bila dah siapkan kelopak....rasa tak sabar nak tunggu pengajar ajar cara nak cantum dan color bunga.









Inilah hasil kerja saya untuk tempoh 2 hari....masih belum nampak bunga lagi sebab baru buat kelopak sahaja. Clay atau tanah liat yang kami guna untuk buat bunga nie bukan tanah liat yang macam budak-budak main tu. Ia macam sejenis getah....bila kelopak bunga kat atas tu dah kering....ia akan jadi keras dan liat. Patutlah clay yang digunakan ini berharga mahal.

Seperti biasa selepas sahaja nampak saya mengemas untuk balik sebab dah 7.30 malam....nak pergi surau maka pengajar datang letak bil. Ok kali nie RM50 untuk 2 tools yang digunakan.

Kos saya setakat ini   RM405 + RM50 = RM455

Kos diatas adalah kos kelas, kos tools dan kos material. Bila nampak bil datang....hati saya selalu berdebar....kali nie barapalah pulak caj yang kena....kenapalah tools dan acuan kat sini mahal sangat.

Wednesday, May 2, 2012

Clay Flower Classes, part 1


Sekarang nie dah ada minat baru. Mintak maaaf banyak-banyak sebab sekarang nie 'mood rajin memasak' dah hilang.....dapur rumah saya bersih sentiasa sebab tuan dia jarang masuk dapur....hanya masuk untuk bancuh milo sahaja. Banyak resepi-resepi yang dibelajar dan yang hendak dicuba duduk dalam file. Kadang-kadang saya masak juga tapi selalunya resepi simple dan resepi ulangan so rasa macam malas nak masuk dalam blog banyak-banyak kali.

Saya selalu lepak kat Popular bookstore kat Ikano dan setiap kali naik exclator untuk ke tingkat 3, saya akan lalu depan kedai nie Yenyi Clay Craft. Kadang-kadang masuk jenguk....ambik pamplet pastu senyum kat cashier sebelum berlalu dari situ. hampir setahun saya teragak-agak nak masuk dalam kelas nie.

Hari Ahad lepas....saya ke Popular sekali lagi sebab nak beli hadiah harijadi anak jiran depan rumah. Sebenarnya tak tahu nak beli apa kat budak....so saya fikir buku adalah hadiah terbaik untuk mereka. Lepas keluar dari Popular saya tergerak hati untuk singgah kat Yenyi.....bagusnya ketika ini ada seorang staff lelaki kat sini datang berbual dengan saya. Dia tunjukkan kelas belajar dan selama 20 minit dok berbual akhirnya saya daftar untuk masuk kelas clay craft. Saya ambil pakej 3 jenis bunga so kena bayar RM270. Jika anda daftar online dapat diskaun 20%....saya daftar walk-in hanya dapat diskaun 10% sahaja. Anda boleh jenguk ke laman web nie untuk mengetahui berkenaan Yenyi.

Bunga pertama yang kena buat adalah Phalacnopsis Flower ....gambar tak ada kat sini. nanti bila kerja tangan saya dah siap.....saya akan tunjukkan. Jika anda lihat gambar-gambar dibawah....tentu anda tidak sangka bahawa bunga-bunga dibawah dibuat daripada tanah liat (clay). Bermula dari putik bunga sehinggalah ke daun dan batang bunga semuanya dibuat daripada tanah liat.






Bunga pilihan saya yang kedua mungkin bunga Hyacint kat atas tu. Bunga ke tiga saya belum pilih lagi sebab bunga pertama adalah orkid putih.

Hari isnin yang lepas, saya masuk bengkel untuk tempoh 2 jam sebab lepas balik kerja dan saya tamatkan dalam jam 7.30 malam. Dalam bengkel nie saya diajar untuk buat putik bunga dan kelopak bunga orkid putih...selama 2 jam saya hanya dapat siapkan 9 kelopak dan 5 putik bunga sahaja.....kerja tangan yang perlu ketelitian.

Tempoh masa untuk bengkel adalah bebas....kita boleh masuk bila-bila masa yang kita suka. Pengajar sentiasa berada dalam bengkel tu. Duduklah berapa jam pun tak kisah.

Sebelum anda decide nak join jugak kelas nie....pertama sekali anda perlu tahu adalah:-

1. Kelas nie mahal

Mahal....bukan sahaja yuran belajar tu. Bayaran package RM150 (untuk satu jenis bunga) adalah untuk bayaran kelas dan pengajar. Bayaran nie belum termasuk material.

Saya duduk sahaja kat meja dibengkel....pengajar akan letakkan material untuk bunga pilihan kita dan kemudian dia tanya...nak besar mana gubahan bunga tu....pasu besar atau pasu kecil. Saya pilih pasu kecil. Dia letakkan bahan-bahan serta mould untuk bunga orkid putih. Lepas 2 jam duduk kat bengkel dan nak balik....dia bagi bil....jumlah bil adalah RM135. So hari pertama saya dah habis:-

                                RM270 + RM135 = RM405

Nie belum habis lagi ye.....nie baru kali pertama saya masuk bengkel.....masih ada banyak material kena beli. Clay sahaja yang hanya seberat 200-300gm berharga RM30. Untuk satu pasu bunga orkid putih saya anggar dalam 3 clay nak guna. Itu belum masuk pewarna lagi....satu tiub kecil pewarna berharga RM18++.

2. Saya tak ada kawan. Semua peserta kat yenyi dan para pengajar adalah berbangsa cina dan saya adalah satu-satunya peserta melayu (pada hari tulah....hope lepas nie adalah jumpa bangsa melayu). Agak kekok sikit.

3. Masa belajar....walaupun dia kata boleh masuk bila-bila masa. Bagi yang bekerja....masa terluang adalah hari sabtu dan ahad tapi kebiasaannya hari nie bengkel penuh dan kalau nasib kita baik maka dapatlah tumpuan dari pengajar.

Saya akan cuba buat entri pengalaman saya belajar kat sini dan saya akan tunjukkan hasil kerja tangan serta kos yang saya kena bayar untuk dapatkan satu pasu bunga tersebut. Mungkin ambil masa untuk siapkan satu pasu bunga tu sebab saya terlupa yang minggu kedua bulan May....saya kena kursus sebulan.