Tuesday, September 25, 2012

mengomel sekejap

Sekarang saya tengah berkursus so blog nie nampaknya akan kesunyian untuk beberapa minggu akan datang. Minggu lepas saya berkursus di Melaka...hanya masuk ofis hari jumaat sahaja lepas tu minggu nie dan 3 minggu akan datang...saya akan berada di kelas Undang2 bahagian 2. Malam nie sepatutnya saya tidur di bilik asrama tetapi ada tertinggal barang so terpaksa balik dan esok pagi seawal subuh saya akan bertolak ke sana semula.

Hari nie pengajar yang mengajar Law 2 agak membosankan. Satu penyeksaan mengikuti kelas beliau....sepanjang dia mengajar...saya hanya merenung slaid seolah2 khusyuk tetapi sebenarnya fiikiran saya entah kemana.  Masa rehat jam 10 pagi... saya letakkan kepala di meja untuk melelapkan mata sebentar Tiba-tiba ada suara lelaki menegur saya....'sakit ke'. hahhhhhh...saya angkat muka....dan sedikit tergamam sebab muka dia agak dekat dengan saya...'ohhh...tak, saya mengantuk je" saya jawap sambil cuba mengingati nama lelaki nie. Dia duduk dikerusi depan saya.

Dia macam boleh baca je fikiran saya " Ingat tak...saya hakim, dari tadi nak tegur tapi takut salah orang...saya mintak tukar masuk kelas nie...tak sangka sekelas dengan akak". Ohhhh hakim....baru saya ingat. Dia nie pegawai yang bertugas di Sibu, Sarawak....lima tahun lepas kami satu pasukan dalam induksi pegawai baru. 

Personaliti saya yang susah mesra dengan orang terutama jika baru kenal memang menyebabkan saya tidak banyak kawan...tetapi si Hakim nie sejak hari pertama kami satu pasukan dalam induksi, dia memang rajin bersembang dengan saya wp kadang-kadang saya lebih banyak senyum dan mendengar daripada bercakap. Selepas induksi, kami pegawai baru terpaksa mengambil peperiksaan untuk 6 paper bagi membolehkan jawatan disahkan. Saya terpaksa ulang 2 kali exam baru lepas keenam-enam paper dan disahkan jawatan 6 bulan kemudian tetapi Hakim gagal sehingga 4 kali dan dia mempunyai 1 kali lagi peluang untuk ambik satu paper yang dia sangkut. Selepas induksi kami jarang berhubung walaupun melalui email sebab saya bukanlah  manusia yang jenis mesra alam.

Tiba-tiba satu hari saya terima email dari Hakim, dia mintak nasihat saya bagaimana hendak lulus paper kewangan yang dia tersangkut tu. Mula-mula masa baca email tu...saya sangkakan dia salah hantar tapi bila tengok nama singkatan saya kat email tu...betullah, mintak nasihat saya macammana nak lulus memang peliklah sebab sayapun ulang 2 kali baru lulus. Lama saya berfikit bagaimana nak jawap email tu. nak nasihatkan dia supaya lebih tekun study....emmmm lagi sehari dia nak ambik exam...memang tak sempat....nak bagi topik2 penting....saya pun KO jugak dulu.

So inilah nasihat saya

" Hakim, ini nasihat saya......agak pelik tetapi sometime kita perlu 'be smart'. Masa exam kita dibenarkan bawa ketetaapan umum....so buat nota dengan mengunakan font dan saiz tulisan yang sama dengan kertas ketetaapan umum tu....taip semua nota-nota penting topik Finance dan letakkan diantara kertas ketetapan umum tu. Topik finance nie kita tak guna masa kerja....kita pegawai teknikal...kenapa perlu tahu hal ehwal jabatan Finaance so jangan rasa bersalah jika buat begini.....yang penting Hakim lulus".

Anda percaya itulah tulisan email saya kepada Hakim.

Beberapa minit kemudian Hakim reply " saya terkejuttttttttt!!!!!!!!".

Beberapa bulan kemudian saya dapat email sekali lagi dari Hakim

" terima kasih banyak-banyak....akhirnya saya lulus paper tu. Saya sudah boleh confirm kerja. Saya buat sebagaimana yang akak cakap.....mulanya saya tidak percaya bila baca email akak.....betul ke akak bagi nasihat macam tu tapi bila fikir semula...saya ketawa sorang-sorang sebab saya cuma ada 12 jam sebelum exam...kalau akak tulis, study lebih kuat memang saya lagi tertekan...."

Mungkin anda pelik kenapa saya bagi nasihat macam tu....dia adalah pegawai teknikal...dipaksa ambil exam untuk paper yang tak ada kena mengena dengan kerja asasi kami.....dia telah mencuba sebanyak 4 kali dan ini kali terakhir.....kalau dia tidak lulus, dia terpaksa diberhentikan kerja. Dia hanya ada 12 jam....dan dia buntu sebab tu dia mintak nasihat saya. Kadang-kadang kita perlu work smart bukan work hard....kalau anda tengok pegawai atasan anda...adakah dia work hard.....tidakkkkkk mereka semua tu work smart....orang lain buat kerja, dia dapat nama...akhirnya dia yang naik pangkat.....itu realiti...betul tak.

Berbalik kepada Hakim nie....selepas kami bertanya khabar (5 tahun tak jumpa), tiba-tiba dia berkata " akak nampak lain sekarang....badan akak nampak kecik " saya terdiam. ahhhhhhhh badan saya kecik....dulu saya besar sangat ke.....biar betul mamat nie. 

Sebenarnya saya tak tahu samada nak gembira atau tak sebab terasa janggal bila dengar lelaki cakap 'badan awak kecik dari dulu'. ishhhhhhh.....mungkin saya patut gembira kot sebab kebelakangan nie saya terasa saya semakin gemuk tiba-tiba ada orang cakap saya kecik...tapiiiiiiii..........kenapa dia sebut kecik bukan kurus?. tanda tanya untuk diri saya....

Friday, September 14, 2012

Pelupa

Anda jenis pelupa???....anda selalu lupa dimana anda letak barang-barang apabila ia hendak diguna. Saya nak cerita beberapa kejadian yang berlaku pada saya akibat selalu sangat lupa.

Perkara yang paling kerap berlaku adalah terlupa dimana saya letak kepit kuku, minyak cap kapak, kerosang kecil dan juga pengikat rambut. Inilah benda-benda yang sering saya hilang dan sentiasa kena beli baru. Rasanya tiap-tiap bulan saya akan beli pengepit kuku yang baru....bila demam...minyak cap kapak tak jumpa cari....boleh hilang?? sedangkan tiap kali masuk farmasi....minyak cap kapak mesti saya beli. 

Sikap pelupa yang paling teruk sekali adalah kehilangan kunci kereta + kunci rumah yang terikat sekali. Perkara nie berlaku beberapa bulan lepas (sebelum puasa). Hari tu saya puasa ganti so bila balik kerja petang....saya masuk rumah dan terus pergi bukak peti ais untuk keluarkan ayam dari tempat beku. Alamak....plastik ayam tu susah lak nak keluar so saya guna kedua-dua belah tangan saya untuk tarik plastik tu dari tempat beku. Handbag masih dibahu. Lepas keluarkan ayam beku tu...saya letakkan dalam singki dan kemudian masuk dalam bilik. Sangkut handbag dan keluarkan handphone letakkan di tepi katil.

Keesokkan paginya...macam biasa nak pergi kerja. Jam sudah 6.35 pagi....dah tiba masa untuk keluar rumah...saya ambik handbag dan pakai kasut lepas tu bukak pintu. Bukak handbag nak ambik kunci kereta (kat kunci kereta ada kunci gril dan padlock). Selepas rumah kena pecah, saya pasang 2 padlock. Kunci kereta tak ada....hehhhhhhh mana pulak???????.

Saya teraburkan isi perut handbag dilantai....memang sah tak ada. Saya cuba fikir balik kat mana saya letak. Saya masuk semula dalam bilik dan kemudian cari kat setiap sudut yang berkemungkinan saya letak...tak jumpa jugak. Saya cari kat ruang tamu...angkat bantal-bantal di sofa....cari kat dapur...kat laci dapur tapi tetap tak jumpa...wahhhh hampir sejam setengah saya dok cari. Saya dah putus asa....dah blurrrrr....nak cari kat mana lagi kunci kereta + rumah tu. Akhirnya saya call ofis bagitau yang saya cuti segera. Saya masuk bilik dan terus tidur....frustttttttttt sungguh. Lepas bangun saya cuba bertenang dan fikir balik kat mana saya letak....siap buat lakonan semula....mula-mula pergi dapur...bukak peti ais...pastu keluarkan ayam tapi plastik ayam tu terlekat so saya letak kunci tu yang masih dalam gengaman saya dalam handbag...ohhhh bukan dalam handbag....so saya cari lokasi potensi yang saya berkemungkinan letak.....yehhhhhh...... atas peti ais rupanya...peti ais dua tingkt tu tinggi so sebab tu saya tak nampak. Pastu gelak sorang-sorang.....nyanyuk teruk rupanya saya nie sampai terpaksa cuti segera sebab tak boleh keluar rumah nak pergi pejabat.



 Itu kisah kunci kereta + kunci rumah, dua tiga hari lepas....sekali lagi kejadiaan nyanyuk melampau berlaku kat saya. Item yang paling suka salah letak dan kemudian terlupa kat mana saya letak adalah handphone. Bukan sekali dua saya terlupa kat mana saya letak hp tetapi kerappppppp sangat-sangat

Hari rabu saya ambik cuti rehat sbb nak temankan adik pergi NCI. Kebiasaan saya adalah mengeluarkan handphone dari handbeg sebelum sangkut handbeg bila balik rumah tapi petang selasa tu saya terlupa sangat-sangat. Keesokkan pagi rabu...saya nak call adik untuk tanya pukul berapa dia akan sampai KL. Masa nie baru perasaan hp tak ada dalam handbeg......

Memang problem kalau hp hilang sebab dalam kepala otak saya nie....satu nombor hp atau telefon saya tak ingat/hafal. Saya terduduk kat sofa....dok fikir macammana nak contact adik saya....dia bukannya tahu nak datang sendiri ke rumah saya...selalunya saya akan suruh dia tunggu kat tol gombak dan kemudian saya akan jemput dia. Sekali lagi....saya geledah habis satu rumah cari hp...saya betul-betul tak ingat samada saya keluarkan atau tidak hp dari beg...rasa-rasa macam keluarkan. Penat mencari....saya duduk semula kat sofa. 

Masa nie saya ketuk-ketuk kepala...kenapalah boeh terlupa kat mana letak....saya memang blurrrr langsung...langsung tak ingat bila kali terakhir saya pegang hp...sampai ketahap tu sekali keterlupaan saya. Dasyatttttttt. Sebab tu kali nie saya tak boleh buat lakonan semula utk refresh balik memori.

Sekarang nie dalam kepala otak saya nie....hanya satu nombor sahaja yang saya ingat....nombor phone ex-bf yang pertama. Hanya nombor dia sahaja....malah dalam hp saya...nombor phone dia tidak ada dalam contact list. Dalam setahun hanya sekali sahaja saya dail nombor phone dia iaitu selepas terima surat panggilan AGM syarikat....saya call untuk memaklumkan dia supaya jadi proxy saya dalam meeting tu dan dia call saya juga hanya sekali sahaja dengan ayat yang sama setiap tahun " cheque dividen awak ada kat tangan saya nie....bagi no akaun bank, saya tolong bank- in kan". Panggilan telefon yang mengembirakan saya....bukan gembira dia call tapi gembira dapat duit. Wp hanya sekali setahun saya dail nombor tu tetapi entah mengapa (saya pun tak faham mengapa).....hanya nombor tu sahaja....dah 11 tahun....tapi nombor tu saya tak perlu rekod dalam hp....saya boleh dail terus. Yaaaaaa....memang kasihan kat saya....dalam memori otak saya hanya boleh hafal satu no phone sahaja. No phone mak saya......tak ingat sbb orag tua tu tukar no phone sentiasa....kejap pakai maxis...pastu tukar celcom....anak ramai...ada sahaja yang nak belikan hp baru...siap tukar no sekali...family plan kononya....jimat buat panggilan.

Tengok memalut sampai phone nombor....hp tak jumpa lagi tu. Setelah penat mencari...baru terpandang  telefon rumah TM yang dipasang bersama Unify...saya tekan redail....yessss ada orang angkat....no phone rumah adik ke 3....so dialah yang jadi penghubung antara saya dengan adik ke 2. Seksakan hilang hp.

Hari khamis.....selongkar pulak bilik pejabat. Semua sudut dan lokasi saya cari....habis saya selongkar tapi tak jumpa jugak. Dalam tandas...dalam bilik meeting...tak jumpa jugak. So saya buat kesimpulan...hp saya dah kena curi...kenalah beli hp baru. Lepas balik kerja...memang nak singgah The Curve sbb nak tengok hp baru. Bila masuk dalam kereta....baru terfikir...dalam kereta tak cari lagi. Maka saya menyelongkar pulak kereta......akhirnyaaaaaaaa.....hp saya dijumpai terselit dicelah kerusi pemandu.

Terukkan......kenapalah teruk sangat tahap pelupa saya. Dulu saya pernah terbaca artikel bahawa untuk elak sifat pelupa....otak kenalah sentiasa diaktifkan...salah satu caranya adalah main soduku. Ini memang buku waajib saya kalau outstation....nak tunggu flight...saya bukak soduku sampaikan kat rumah ada berpuluh buku soduku....tapi saya tetap pelupa....malah sekarang makin teruk lak. tak mujaarab rupanya petua tu kat saya.

Friday, September 7, 2012

eiiii lipassss

 Cerita nie berlaku pagi semalam dalam jam 9 pagi gitu. Masa saya tengah duduk khusyuk depan komputer kat dalam bilik pejabat saya, tiba-tiba saya dengar suara lelaki menjerit....lipasssss....lipasss......sambil melompat-lompat geli. 'lipasss.....kat situ...kat situ...tu dia keluar lagi'. Saya bangun dari kerusi dan keluar dari bilik. Rakan sekerja S sedang menjerit-jerit sebut lipasssss...lipasssss sambil berlari ke arah bilik dia disebelah kanan manakala rakan sekerja N pula lari ke arah kiri.....masing-masing takut lipas.


beberapa ekor lipas keluar dari laci kabinet terbiar yang terletak ditepi dinding. Mungkin si S atau N telah bukak laci tu dan apalagi lipas tu lari lah bertempiaran. Beberapa ekor lipas bertempiaran lari di lantai mungkin terkejut dengan jeritan kedua-dua lelaki nie.

Saya dan seorang pegawai senior lelaki berlari ke arah kabinet tu dan pijak mati lipas-lipas tu. Mujur saya pakai selipar bukan kasut tinggi so senang saya kejar lipas-lipas tu. Ok 2 ekor lipas mati ditangan saya dan 3 ekor mati kat pegawai senior tu. Saya ambik bangkai lipas dan masukkan kedalam plastik kemudian ikat dan masukkan kedalam tong sampah.

"Okkkkk...lipas dah tak ada" jerit saya kepada 2 jejaka yang berbadan tegap nie. Saya masuk bilik, tutup pintu dan tutup mulut supaya suara gelak saya tak didengari oleh mereka berdua. Kalau tidak disebabkan bilik saya berdinding kaca....dah lama saya gelak berguling kat lantai.

Apa punya ceritaa.....ada ka patut perempuan yang tolong bunuhkan lipassss untuk kedua-dua lelaki nie. badan sahaja tegap....menjerit terkejut tengok lipas mengalahkan perempaun.... siap melatah lagi tu. Yang pasti mereka berdua memang malu sakan kat saya....muka mereka merah padam bila tengok saya dengan selambanya pijak lipas-lipas tu kemudian ambik bangkai (ambik dengan kertas lah) dan masukkan dalam plastik.ishhhhh la, tak kena langsung dengan status tugas depa....adaka patut officer yang digeruni..... takutkan serangga sekecik nie. 

Wednesday, September 5, 2012

Kuih siput sedut

 Kuih siput sedut...sebenarnya kuih siput tetapi kali nie ia adalah kuih siput yang dibuat berbeza dengan kebiasaan yang selalu kita nampak. Saya tidak buat kuih nie...adik perempuan saya beli kat kawan dia. Saya tunjukkan kat blog sebab saya suka kreativiti orang yang membuat kuih siput nie.

Bancuhan tepung adalah seperti bancuhan kuih siput...so anda boleh guna resepi kuih siput milik anda cuma anda ubah bentuknya sahaja...kalau selalunya buat guna sarang kuih siput kali nie guna mesin pasta pulak.
 Close up gambar kuih siput sedut.
 Tepung dicanai nipis mengunakan mesin pasta dan kemudian masukkan tepung tadi kebahagian tengah mesin. Ambil sekeping tepung dan kemudian balut ikan bilis yang dibelah dua. Lilit bermula dari kepada ikan bilis dan kemudian turun keekornya.

So kalau ada sesiapa yang rajin untuk mencubanya bolehlah cuba buat kudapan nie dan kemudian boleh kongsi samaada resepi anda itu menjadi. Kuih siput nie sangat ranggup dan sedap...itu sahaja yang saya boleh katakan.

Saya sengaja letakkan gambar disini sebab nak bagi idea untuk orang yang rajin untuk memcuba.

Celoteh

Masih dalam mood beraya kan....rata-rata rakan-rakan sibuk buat rumah terbuka....kat ofis juga juga akan buat jamuan hari raya. Hari ahad lepas, saya telah bertolak ke sebuah hotel (nama sahaja hotel tetapi ia lebih kepada chalet) yang terletak di kawasan pendalaman sikit. Dah check in....lepas sembahyang pastu join kawan-kawan makan kat restoran hotel....  duduk lepak sambil sembang-sembang dan ulang-ulang makan (tak habis-habis makan). Makanan lak malam tu adalah segala jenis makanan laut dibakar (udang bakar, ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, lala bakar, daging bakar, sosej bakar dll) di tambah pulak dengan nasi goreng kampung yang begitu sedap sebab ikan bilisnya banyak. Kawasan nie adalah berdekatan dengan kawasan perikanan so ikan segar dan ikan bilis memang banyak kat sini. Lepas duduk kat 2 jam...saya mintak diri untuk ke bilik.

Sesampai kat bilik...saya cuba pasang TV tapi siaran tak ada satupun yang clear. Saya bukak komputer dan dapat serve internet (mujur line ok jugak wp slow sikit)... saya buat blogwalking dan saya baca entri nie berkenaan makanan halal. Cuba baca disini. Saya bersetuju dengan pendapat beliau. Saya tidak mahu memanjangkan pendapat tersebut dan anda boleh baca sendiri sebab saya ingin menceritakan sesuatu yang tidak mempunyai kaitan dengan topik tersebut.

Semasa saya kecil, pengasuh kami adalah berbangsa india yang merupakan jiran sebelah rumah. Mak dan ayah terpaksa bekerja ladang dan tinggallah kami 2 adik beradik (saya dan adik kedua) dirumah jiran. Disebabkan saya membesar dengan anak-anak jiran saya maka saya boleh faham bahasa Tamil walaupun saya tidak boleh bertutur kecuali mengira satu hingga 10 sahajalah yang saya pandai. Kenapa emak dan arwah ayah menghantar kami ke sini sebab arwah ayah sangat percayakan jiran kami ini. Appa & Aci sangat baik....sangat bersih malah jenis manusia yang terlalu bersih...mereka sangat hormat kepada kami sebagai orang islam contohnya jika mereka hendak masak ayam....Appa akan mintak arwah ayah sembelihkan terlebih dahulu(sebelum ayah pergi kerja) dan Aci akan masak kari bersama kacang ponggal (makanan kegemaran saya). Dalam rumah Appa, saya dan adik mempunyai koleh kami sendiri sebagaimana anak-anak mereka yang lain....bila Aci buat teh maka saya dan anak-anak Aci akan ambik koleh kami dari rak dan tunggu Aci tuangkan teh susu yang dibuatnya kemudian kami akan minum cicah biskut kering.

Anak-anak Appa yang merupakan kawan baik kami adalah Chandra (kami panggil Abang), Ravi, Malini (sebaya saya) dan Santa (sebaya adik kedua). Sekolah rendah ada dua sessi pagi dan petang...pagi Abang akan hantar Malini dan saya naik motor ke sekolah, Abang pula bersekolah disekolah menengah. Bila habis waktu persekolahan kami akan berjalan menuju ke sekolah menengah untuk tunggu Abang. Masa menunggu kami akan main batu seremban atau tin ting. 

Bila memasuki sekolah menengah....bila dah tahu malu dan segan....saya tidak lagi menaiki motor Abang tetapi berjalan kaki bersama-sama kawan-kawan lain. Kalau hari hujan lebat Abang akan tunggu depan sekolah dengan baju hujan  (masa tu ayah saya sudah meninggal dunia so tidak ada siapa yang akan jemput saya dari sekolah). Malini hy tamat tingkatan 3 kemudian pindah ke KL dan tinggal saya seorang sambung tingkatan 4.  Bila kawan-kawan tengok Abang datang jemput saya...mereka akan ejek "boyfren u dah datang'. Saya tak marah malah saya senyum sambil berlari ke arah abang. 

Abang sangat sayangkan adik-adik dan keluarga dia. Dia hanya tamat tingkatan 5 dan tidak sambung belajar sbb nak bantu Appa di ladang. Bila sy memasuki universiti...abang masih belum berkahwin....dia tunggu semua adik-adik perempuannya kahwin. Kemudian Aci meninggal dunia dan diikuti oleh Pati (emak Aci). Tinggal Appa dengan abang sahaja dirumah tu. Umur abang ketika itu sudah 35 tahun....saya selalu tertanya-tanya mengapa Abang tidak mahu berkahwin. Abang adalah lelaki yang mempunyai rupa dan dia adalah jenis India yang berkulit cerah begitu juga dengan semua adik beradiknya.

Satu hari saya terima surat dari Malini menyatakan bahawa Abang akan berkahwin dan minta saya pulang jika kelapangan. Keluarga saya uruskan kenduri meraikan perkahwinan Abang untuk jiran-jiran berbangsa melayu. Semasa sy duduk bersembang bersama Malini, saya berkata kenapa abang tunggu begitu lama untuk berkahwin. Malini kata keluarga mereka selalu perkenalkan calon utk abang tetapi dia tolak. Ada ramai kawan-kawan Appa yang mahukan Abang jadi menantu mereka. Malini kemudian berkata "abang sebenarnya suka pada seorang perempuan melayu tapi Appa kata jika Abang tidak ada niat hendak masuk islam maka Appa tidak benarkan". "siapa" saya bertanya dalam nada terkejut sambil otak duduk berfikir siapakan wanita tersebut sebab setahu saya Abang tidak pernah berkawan dengan perempuan. Malini tidak menjawap tetapi dia hanya pandang saya.

Selepas berkahwin Abang berpindah ke KL. Saya pula mula bekerja selepas tamat U. Saya hanya terima berita Appa meninggal dunia tetapi saya tidak sempat balik sebab outstation. Rumah Appa sunyi sepi...dan menjadi usang. Sejak dari hari perkahwinan Abang saya sudah tidak nampak muka dia lagi begitu juga dengan Malini, Ravi dan Santa. Mereka semua sudah berkeluarga dan tidak kembali lagi ke kampung terutama selepas kematian Appa.

Raya aidilfitri tahun nie....kami dikejutkan apabila menerima kunjungan Abang bersama-sama dengan anak bininya. Kali pertama saya tengok wajah anak-anak dia...3 orang semuanya. Dua perempuan dan seorang lelaki. Anak lelaki mempunyai wajah iras abang dan berkulit agak cerah manakala anak perempuan lebih kepada wajah isterinya. Isterinya bermulut bising....bersembang tanpa merasa kekok. Abang sekali sekala menyampuk perbualan isterinya.  Tiba-tiba isterinya berkata "abang nie dulu ada minat kat budak melayu tapi dia tak cakap siapa...saya nak kenal juga". Wajah Abang berubah terkejut sambil matanya menjeling  kearah saya...saya pula pura-pura gelak dan kata " kami pun nak tahu siapa...Abang tak pernah cakap pun". "kami dengan Abang dah rapat macam adik beradik sebab tu kami panggil dia Abang sebab bagi kami dia adalah abang kami", terang saya panjang lebar sambil mak saya sokong dan berkata "ucu nie manja sungguh dengan Abang...kemana abang pergi ucu akan ikut". kami semua gelak. saya jeling tengok Abang...dia diam dan hanya senyum kecil kemudian dia ajak ucu keluar untuk berbual di veranda.

Selepas Abang dan keluarganya balik....saya dengan emak berdiri pandang sehingga kelibat mereka tidak kelihatan lagi. Emak berkata "kesian kat Abang, isterinya terlalu kawal dia sampaikan semua adik-adiknya marah dan tidak mahu pulang lagi kerumah pusaka Appa sebab isteri abang tamakkan ladang dan rumah Appa nie. Malini, Santa dan Ravi dah tak jenguk lagi ke kampung nie...mereka marahkan Abang. Abang yang saya jumpa pada hari raya ini bukan lagi Abang yang saya kenal ketika masa kecil-kecil dulu...dia lebih banyak berdiam diri. Dulu dia periang dan suka bergurau...manjakan adik-adiknya. Tiba-tiba saya rindukan Malini dan Santa yang senyap tanpa khabar...Ravi yang setiap kali raya akan mintak Emak sediakan rendang kerang untuk dia. Abang yang sukakan dodol dan kalau kami kacau dodol dialah yang akan datang tolong. 

Tentang wanita melayu itu...ia adalah saya. Bila Malini pandang saya...saya tahu wanita itu adalah saya...selama nie saya hanya mengesyaki perasaan Abang tu...malah saya pernah tanya Emak 'kalau saya kahwin dengan orang bukan melayu...mak terima tak". Mak saya jawap "kalau dia masuk islam atas sebab dia cintakan islam maka mak terima tetapi kalau dia masuk islam sebab nak kahwin...maka mak tentang". Lepas dengar jawapan mak saya diamkan diri dan biarkan perasaan itu berlalu begitu sahaja sebab selama kami rapat dengan mereka...hati mereka tidak terbuka untuk islam. 

Jadi sekarang anda sudah tahu mengapa saya 'code' kan pendapat dari blog tersebut sebab saya tidak mahu anda judge saya bila dapat tahu pengasuh saya adalah berbangsa india dan saya makan minum dirumah mereka tanpa batasan. Kami mengenali mereka sgt rapat dan kami tahu bagaimana kehidupan mereka sebab itu arwah ayah suruh Aci menjaga saya dan adik-adik saya. Bila saya bekerja...lapan tahun lepas, rakan baik saya adalah lelaki india juga. Setiap kali keluar kerana bertugas di luar kami akan singgah ke kedai Nasi daun pisang...kedai vegetarian. Saya tidak kekok makan diatas daun pisang bersama kari pekat, sayur kobis kuning dan peria goreng. Bila dituang kuah didalam nasi saya oleh pelayan kedai...saya teringat Aci yang menuang kuah kari dalam pinggan tin kepada saya dan anak-anaknya. Dia duduk ditengah-tengah dan pastikan kami cukup lauk dan sayur. Saya lebih suka makan disini berbanding dengan kedai mamak yang belum terjamin kebersihannya. 

Halal makanan bukan atas tukang masak tetapi atas bahan yang dia gunakan. mengapa pula haram jika dia juga membeli dengan peniaga islam dikawasan yang majoriti islam. Adakah makanan halal jika tukang masaknya melayu tetapi mengunakan mee, fishball atau bahan masakan yang belum tentu disahkan kehalalannya.