Tuesday, October 30, 2012

Korban 2012

Alhamdulillah.....berjalan lancar majlis korban yang dibuat oleh keluarga saya. Tidak ada sebarang kesulitan yang dihadapi. Dua ekor lembu dihantar kepada kami pada petang rabu. Kedua-dua ekor lembu ditambat di belakang rumah dan adik ipar(suami adik ke 4) menjamu pucuk-pucuk ubi kepada lembu-lembu yang bakal dikorbankan ini sebagai hidangan terakhir mereka.


lembu coklat nie dalam kesayuan menunggu turn untuk disembelihkan

Saya bagi kamera kat anak saudara dan minta dia tolong ambil kan gambar sepanjang korban berlangsung sebab saya nie penakut dan saya takut darah. Majlis korban berlangsung dibelakang rumah saya. Kami hanya panggil jiran-jiran terdekat untuk membantu.

 Jiran-jiran membantu menumbangkan lembu diatas batang kayu sebelum tukang sembelih lembu iaitu adik lelaki saya menjalankan tugasnya. Alhamdulillah....dalam keluarga kami ada seorang ustaz yang boleh memnyembelih lembu. Kebolehannya ini kami tidak pernah tahu....sebelum2 ini beliau tidak pernah menunjukkan kebolehannya sebab bekas abang iparnya tidak pernah bagi peluang dia menyembelih lembu korban tetapi tahun nie dia minta untuk menyembelih lembu korban. Kami mulanya ragu jugak tapi dia kata semasa belajar luar negeri selama 6 tahun....dialah tukang sembelih lembu/kambing korban kat universiti. So tak perlulah kami menunggu tukang sembelih iaitu iman kampung yang ketika ini teramatlah buzy sekali.
 
  Lembu hitam dikorbankan dan pasukan korban beralih pula ke lembu coklat yang diletakkan agak jauh dari lembu hitam. Menurut adik lelaki saya pisau yang digunakan untuk menyembelih haruslah sangat-sangat tajam supaya lembu tidak terseksa dan jika pisau tajam.....darah akan mengalir banyak dan ini lah faktor utama supaya daging lembu lembut dan tidak liat.


Pasukan melapah pula mengambil alih. Masa nie saya sudah  berani turun melihat lembu dilapah....saya hanya memandang dari jauh sahaja. Dari sini saya nampak kelakuan para pasukan melapah. Apabila telah siap melapah kulit...seorang lelaki terus memasukkan ekor lembu dalam plastik dan letakkan didalam raga motor dia. Masa tu saya lihat bapa saudara saya hanya pandang terkejut tanpa berkata apa-apa. begitu juga dengan beberapa lelaki lain.....terus mengambil perut-perut lembu dan masukkan dalam plastik.

Pokok durian kesayangan mak saya dijadikan sebagai tempat mengantung paha-paha lembu.



Jiran-jiran sekitar rumah sedang bergotong royong memotong daging yang telah siap dilapah tadi untuk dimasukkan kedalam plastik. Tugas membahagikan daging-daging korban di uruskan oleh adik lelaki bongsu saya. Dia menghantar kepada keluarga-keluarga miskin serta jiran-jiran tetangga.

Syukur sangat-sangat.....tahun nie saya dan keluarga diberi kesempatan oleh Allah untuk melaksanakan ibadah korban. Saya memohon kepada Allah moga tahun depan keluarga saya terutamanya adik perempuan kedua dipanjangkan umur dan diberi kesempatan sekali lagi untuk melaksanakan ibadah korban....amin.

Thursday, October 25, 2012

Rat Race 2012


Setelah hampir setahun tidak aktif bersenam....timbul beribu kerisauan ketika memasukkan nama sebagai salah seorang peserta rat race. Dalam ofis nie hanya ada 4 orang pegawai perempuan....so salah satu syarat pertandingan adalah salah seorang peserta dalam satu pasukan haruslah perempuan. Satu kumpulan ada 4 orang dan salah seorangnya mesti perempuan.

Kebanyakan pegawai lelaki adalah pegawai-pegawai yang masih muda dan kebanyakan mereka adalah aktif bersukan...tu yang kecut perut sebab risau nanti kekalahan mereka adalah disebabkan oleh saya. Dalam pertandingan Rat Race ini, jarak larian adalah 5km dan ada 7 checkpoint. Di checkpoint ke 7, semua keempat-empat peserta dalam satu pasukan haruskah ada....barulah boleh lari ke garisan penamat dan dianggap menyempurnakan larian. Jika salah seorang ahli kumpulan tidak sampai di checkpoint ke 7 maka ahli yang lain kena tunggu. Dan seperti yang dijangka....ketika dicheckpoint ke 7, 2 rakan lelaki sudah menunggu saya manakala seorang rakan dalam pasukan berlari sebelah saya sambil beri semangat ' u can do'it'.......

Pasukan kami berjaya menghabiskan larian sejauh 5km itu walaupun tidak memenangi apa-apa hadiah. Yang penting keseronokan berlari bersama-sama beratus-ratus pekerja kolar putih dan berlari dengan memakai pakaian pejabat. Pasukan saya adalah pasukan 1 malaysia, 2 pegawai lelaki berbangsa india, 1 pegawai lelaki berbangsa cina dan saya wanita melayu. Kami bersama-sama menhabiskan larian....apabila sampai kegarisan penamat...kami sama-sama ketawa dan ucap tahniah sebab kami berjaya habiskan larian wp tanpa apa-apa hadiah. kekalahan adalah disebabkan oleh saya....saya yang lambat tetapi mereka tetap tunggu saya.
Saya selalu tertanya kenapa larian ini dinamakan Rat Race. Rat race....jika diikutkan ia adalah fenomena pekerja kolar putih yang makan gaji. Keluar dari universiti dan memasuki dunia pekerja dan berdiri dikaki sendiri. Memasuki dunia pekerjaan....masuk kerja jam 8 pagi dan pulang 5 petang setiap hari. keluar diwaktu yang sama....jalan yang sama dan sampai diofis....melakukan kerja yang sama. Esok atau lusa dan seterusnya ia adalah perkara yang sama dilakukan.

Setiap bulan menunggu gaji.....setiap tahun meninggu kenaikkan gaji. Kita mengulangi perkara yang sama setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun....itulah rat race. Berlari diputaran yang sama. Kita takut meninggalkan gelung tu sebab komitmen dah tinggi....loan kereta dan rumah kena bayar tiap-tiap bulan....kita akan bekerja sehingga pencen.


Monday, October 22, 2012

Lembu dan korban


Sebenarnya tiada perancanganpun tahun nie saya nak buat korban. Tahun-tahun sebelum nie selalunya saya akan tumpang korban yang dibuat setiap tahun oleh maahad tahfiz milik adik ipar(opsssss....bekas adik ipar). Oleh kerana tahun nieeeee.....pertama kali kami akan merayakan raya haji tanpa para pelajar tahfiz dan kemeriah memasak bersama-sama ibubapa pelajar selepas lembu dikorbankan dan diagih-agihkan kepada penduduk....tahun nieeeee kami sekeluarga sendirian beraya di pahang. Selalunya raya haji....kami akan berkumpul di Terengganu tapi tahun nie kami akan berkumpul di Pahang.

Untuk makluman para pengikut blog ini yang mengetahui kisah berkenaan sakit adik saya. Keadaan adik saya semakin teruk....sekarang dia hanya terbaring dirumah....berkeadaan lemah. Anak saudara saya iaitu Mariam....sedang berubat tetapi masih belum sembuh dan kadang-kadang keadaannya teruk sehinggakan kami terpaksa ambil keputusan untuk menghantar mariam kepada bapanya selepas sepupu kami iaitu Hafiz yang selama ini menjaga keluarga adik saya turut sakit. Hafiz juga dirasuk dan berkeadaan seperti Mariam.

Dalam minggu saya berkursus, ketika dalam kelas sedang mendengar kuliah tiba-tiba sms masuk...saya bukak dan baca. Adik perempuan saya yang ke4 memaklumkan keadaan adik saya yang semakin teruk. Dari sms tu...ia seolah-olah mengatakan bahawa 'adik saya dalam keadaan nazak'. Hati saya sepanjang kelas berlangsung tidak tenang. Selepas kelas tamat saya terus telefon mak dan mak maklumkan bahawa keadaan adik memang teruk tetapi dia bukan nazak so mak minta supaya saya jangan bimbang dan balik masa raya haji sahaja.

dalam minggu yang sama juga, saya dimaklumkan akan kenaikkan gaji pelarasan yang agak tinggi dan bayaran pelarasan gaji akan dibuat dalam bulan Nov so dari kiraan kasar yang saya buat dalam anggaran beribu-ribu juga saya akan terima (selepas potongan pcb cukai) maka pada hari itu juga iaitu semasa dalam kelas ketika pengajar tengah dok mengajar kat depan.... saya terus berkata kepada rakan sebelah saya 'saya nak buat korban tahun nie'. Kawan sebelah saya berkata 'lagi 2 minggu nak raya haji....mana nak ada lembu".


Saya mesej adik ke 4, saya minta dia tolong carikan lembu untuk dibuat korban. Dia terkejut sebab tiba-tiba saja saya call dan terus mintak cari lembu sampaikan dia tanya "semalam mimpi apa....".

Bukan mimpi cuma saya terasa agak 'sesak nafas' dengan ujian yang menimpa adik ke 2 saya....jika ini adalah ujian Allah untuk menguji keimanan dan kesabaran adik saya....saya mohon agar Allah permudahkan ia.....kuatkan adik saya untuk hadapinya. Berat mata memandang....berat lagi bahu yang memikul.

Setelah seminggu berlalu....berita lembu tidak kedengaran. Adik ke 4 saya gagal mendapatkan lembu untuk korban (lojiklah....mana nak ada lembu lagi....lagi 2 minggu nak korban baru nak cari).

Ketentuan Allah, semalam tiba-tiba adik ke 3 saya call. Dia bagitau....nak jadi reseki saya maka ada lembu yang boleh dijadikan korban....itupun selepas bapa saudara pujuk tuan lembu tu. Alhamdulillah....2 ekor lembu akan dikorbankan untuk raya haji nie. Alhamdulillah....syukur sangat-sangat sebab tuan lembu tu begitu baik hati....tidak mengenakan caj yang mahal walaupun hanya lagi seminggu nak korban.....semoga Allah murahkan reseki tuan lembu tu...amin.

Wednesday, October 17, 2012

Kuih Keria @ kuih gelang


Wahhh ini adalah entri masakan saya yang pertama setelah berehat begitu lama dari memasak....inilah baru namanya blog masakan...sebelum nie saya ubah dan jadikan ia blog cacamarba. Lamanya saya tidak memasak......bukan tak masak langsung tapi kalau setakat buat telur dadar, goreng sosej tu buat malu je publish kat blog kan. Dasyat sungguh kemalasan saya....itu untungnya orang bujang tak dak sapa nak marah kalau tak masak kan.

Saya beli 2 ketul ubi keledek (rasanya 3 minggu lepas) kat pasar malam dan 2 ketul tu terbiar begitu sahaja sehinggalah petang semalam....bila bukak tempat simpan sayur kat peti ais....satu ketul dah rosak dan tinggal satu ketul sahaja. Keluarkan dan kupas kulit, potong kecil dan rebus. Maka terhasillah 6 ketul kuih keria atau kuih gelang nie yang mana 3 ketul lagi masih ada kat dalam tupperware dan tunggu saya habiskan petang nie.

Untuk resepi kuih keria nie saya guna resepi dari Quinnie. Dalam resepi nie ada dimasukkan tepung ubi...so saya ingin sekali nak lihat hasil kuih keria apabila dimasukkan tepung ubi. Memang ada perbezaan....bagi peniaga kuih, rupa bentuk kuih amat penting dalam menarik minat orang membeli so itulah fungsi tepung ubi. Ia menjadikan kuih keria nie sentiasa nampak 'tegang' dan tidak lembik malah lebih ranggup diluar dan lembut didalamnya.

Sebut pasal 'tegang' nie kan....anda dah tengok gambar terbaru Raja Ema dalam Nona keluaran bulan nie?. Saya 'speechless' bila tengok gambar Raja Ema nie. Don't say anything atau komen tentang hal dia bertudung atau bagaimana wajah dia berubah sebab saya taknak blog nie menjadi tempat mengumpat dan fitnah orang tetapi yang saya nak ketengahkan adalah BAGAIMANA DIA KURUS. Wahhhh jelesnya....tengok badan dia kurus.


saya nak kurus macam nie jugak!!!!!!!!! jerit kuat-kuat tapi pagi tadi baru habiskan semangkuk laksam (kuang3). Jika anda masih ingat kat Raja Ema, dia nie masa zaman anak-anak daranya....badan dia cubby dan gempal kan malah masa dia menjadi isteri Sheqal....badan dia besar tapi sekarang .....dia buat saya 'speechless'.

Kembali semula ke topik asa iaitu kuih keria. So kepada Quinnie yang sedang menyepikan diri dari dunia blogging....terima kasih atas resepi nie ye.....so inilah resepi kuih keria yang diambil dari Myresepi sumbangan Quinnie.

Kuih Keria
Resepi dikongsikan oleh Quinnie, Myresepi (sila rujuk di sini)
  • 500gm keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
Cara-caranya:-
  1. Ubi keledek dikupas, dipotong kecil dan direbus sehingga empuk
  2. Toskan keledek dan kemudian lecek hingga lumat
  3. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama dengan keledek dan uli sehingga menjadi ketulan doh yang tidan melekat kat tangan.
  4. Sapu sedikit minyak dan sapu ditangan anda.
  5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan kemudian leperkan sedikit dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan jari telunjuk anda dan buat bulat seperti gelang.
  6. Susun atas bekas yang telah disapu dnegan sedikit minyak dan buat sehingga habis doh
  7. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Toskan
  8. Panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali yang lain dan kacau sehingga ia likat kemudian masukkan kuih yang telah digoreng tadi.
  9. Padam api dan kacau atau golek-golek kuih tadi sehingga terbentuk bunga gula diatas kuih. Angkat.
Nota:-
  • Pastikan keledek tidak direbus sehingga terlalu empuk sebab nanti doh akan menjadi terlalu lembik dan kuih tak berapa sedap.
  • Saya hanya guna 1 sudu makan gula sahaja sebab tak suka manis sangat
  • Untuk lebih cepat, saya selalunya akan panaskan 2 kuali sekali gus. 1 kuali untuk mengoreng dan satu kuali untuk masak air gula. Saya akan masukkan air dalam anggaran 1/2 cawan dan masak dengan api perlahan. Apabila kuih siap digoreng, air gula saya sudah likat dan saya terus sahaja masukkan dalam kuali kuih yang telah ditos tadi.





Monday, October 15, 2012

Celoteh

Menjenguk kembali blog yang sunyi sepi dari 3 minggu yang lepas. Saya tidak masuk pejabat hampir sebulan....asyik kursus sahaja. Hari ni mula masuk pejabat semula...dan saya termenung panjang sebab tak boleh open PC.....terlupa password. Untuk protection, kami dikehendaki menukar password secara berkala so kebiasaannya perkataan yang saya gunakan adalah sama tetapi hanya angka sahaja saya ubah...lama jugaklah menekan satu persatu angka kat keyboard sebelum boleh bukak PC.

Penyakit 'terlupa'...dulu saya ada buat entri tentang topik nie dan macam-macam nasihat saya terima. Masa saya berkursus, salah seorang pengajar ada bercerita tentang penyakit lupa. Dia bagi teorinya ' saya nie mudah sangat lupa....mungkin sebab banyak kali masuk bilik operation". Jangan tanya saya apa kaitan 'terlupa' dengan operation...sampai sekarang saya sendiri tak nampak lojik kat situ. Kalau diri saya memang saya beberapa kali memasuki operation theater. Lupa....selain disebabkan oleh faktor umur....bagi saya ia adalah disebabkan sikap saya sendiri apabila menghadapi tekanan. 10 tahun yang lepas....Allah uji saya dengan dugaan yang sangat teruk....saya terlalu tertekan dan beberapa kali dimasukkan ke ICU kerana tidak boleh bernafas....semuanya disebabkan oleh hypertension. Salah satu cara yang saya buat untuk hadapi realiti adalah dengan 'padamkan ingatan yang menyakitkan'...saya akan menangis teresak-esak sehingga tertidur dan apabila bangun keesokkan harinya....saya terus lupa apa yang berlaku. Malah saya langsung tidak ingat apa-apa yang berlalu pada hari yang 'menyakitkan' saya tersebut. Ia penyelesaian yang baik (pada masa itu) tetapi kesan jangka panjangnya....saya mula mudah lupa.

Pengajar saya nie suka bercerita....masa dia mengajar, rasanya banyak kali dia tanpa bagi signal terus ubah topik....tengah khyusuk tengok nota kuliah tiba-tiba dia bercakap pasal hal lain yang tak ada kena mengena...menyebabkan saya selalu terpinga-pinga. Susah juga dapat pengajar macam nie....kita tengah consentrate....tiba-tiba dia ubah topik dan mula bercerita dari hal peribadi sehinggalah hal-hal lain. Sampaikan saya berbisik dengan kawan sebelah....kalau macam nie topik nie tak habis sehari.

Salah satu cerita pengajar tu yang saya rasa logik dan ingin kongsi bersama anda adalah berkenaan dengan topik pengaruh drama dalam pembentukan akhlak manusia (wah ayat ilmiah dah keluar). Pengajar tu kata " anda semua nak tahu 40 tahun yang lepas....cara hidup rakyat Korea adalah kasar". Bagaimana mereka boleh berubah sehingga anda lihat sekarang nie?. Para pemikir di Korea berbincang bagaiman hendak mengubah cara hidup rakyat mereka....salah satu caranya adalah dengan memaparkan cara hidup yang sepatutnya melalui drama-drama. Daripada drama mereka tunjukkan cara bagaimana hendak menghormati ibubapa....menghormati orang tua...dan bertutur dengan lebih lemah lembut dan bersopan. kalau tak percaya...cuba tengok drama korea....mereka titik beratkan bagaimana hendak menghormati ibu bapa. Dan hasilnya 40 tahun kemudian....iaitu sekarang....dunia nampak kejayaan Korea....kita nampak mereka seolah-olah lembut dan bersopan....ia adalah hasil penerapan nilai-nilai tersebut yang dibuat berterusan oleh kerajaan melalui DRAMA.




Malaysia??????.......inilah drama kita. Tak habis-habis dengan cerita macam nie....rempit.....gengster. Jika inilah drama yang anak-anak anda duduk tonton kat TV setiap malam.....anda mungkin boleh bayang bagaimana anak-cucu dan cicit kita 40 tahun akan datang. Drama kita mengajar bagaiman hendak melakukan sihir atas seseorang.....kalau marah atau dendam dah tak perlu ambik parang lagi....pergi aje jumpa bomoh pastu sah-sah menderita musuh kita tu....drama kita tunjukkan caranya dan kita biarkan anak-anak kita tengok. Drama kita seronok tunjukkan cara hidup mat-mat rempit....gangster.....sosial yang keterlaluan. Kadang-kadang sedih bila tengok pelakon yang bawak watak yang melakukan perkara syirik (wp dia berlakun) sebab dia seorang yang beragama islam.

Cerita kedua yang saya ingin kongsikan adalah berkenaan dengan teori pokok bunga puding. Dia kata kehidupan manusia nie adalah macam pokok bunga puding. kalau anda lihat pokok puding...dalam satu daun ada pelbagai warna dan itulah yang menjadikan pokok puding menarik walaupun dia tidak menghasilkan bunga yang cantik. Peribadi manusia adalah berbeza-besa sebagaimana puding yang mempunyai pelbagai warna. Dia bercerita tentang bagaimana susahnya ibu dia membesarkan adik lelakinya yang tidak mempunyai lelangit/ sumbing. Masa adiknya itu masih baby....setiap malam ibunya terpaksa bangun dan memastikan adiknya itu di tegakkan kepalanya dan badannya sebelum dimasukkan botol susu supaya dia tidak tersedak sebab dia tidak mempunyai lelangit. Memang perit ibu membesarkan anak istimewa begini. Ini adalah salah satu warna dalam pokok puding. Anda tahu tak anak yang anda susah nak bela masa kecil inilah yang satu hari nanti akan menjaga anda dengan baik bila anda tua. Menurut pengajar tu, adiknya walaupun sumbing tetapi Allah berikan dia satu kelebihan iaitu dia sangat yakin dan tidak malu bercakap serta berani kedepan walaupun orang akan ketawakan dia dan tidak faham apa yang dia cakap. Semua ini adalah didikan ibu yang mengajarnya supaya tidak malu dengan kurniaan Allah. Adiknya sekarang adalah jurutera yang berpangkat tinggi disebuah syarikat minyak gegasi dan adiknya inilah yang sentiasa memastikan ibunya hidup selesa. Jadi kepada ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa begini.....jadilah ibu yang akan disebut dan dibanggakan anak tersebut sebab anda beri mereka keyakinan untuk terima kekurangan yang Allah berikan. Semasa pengajar itu bercerita....saya terasa ingin sekali melihat wajah ibunya sebab bagi saya ibunya adalah wanita hebat walaupun hanya surirumah seorang nelayan. Inilah yang dimaksudkan oleh pepatah ' tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia".....semuanya bermula dari peranan seorang ibu.

Selepas balik daripada asrama, rakan ofis mesej yang hari keluarga jabatan akan diadakan pada 13hb. So dalam jam 4 sabtu baru saya bertolak ke lokasi hari keluarga....sengaja pergi lewat sebab nak kemas rumah dahulu selepas 3 minggu tinggalkan rumah. Dengan mengharapkan GPS akhirnya setelah sesat barat selama 2 jam lebih....akhirnya saya sampai jugak kat lokasi. Sebagai satu-satunya orang bujang kat pejabat.....hari keluarga terasa bukan aktiviti untuk saya yang tidak berkeluarga. Semua rakan-rakan sibuk dengan anak-anak dan keluarga mereka....saya memang terasa terpinggir. Masa nie terasa diri serba kekurangan.....terasa tidak seronok (bukan tidak seronok dengan hari keluarga tu tetapi jiwa saya yang tidak seronok). Mungkin ini akan jadi hari keluarga terakhir yang saya akan pergi.

Walauapapun berita gembira tetap ada buat saya. Alhamdulillah tahun nie pelarasan gaji agak tinggi diluluskan oleh organisasi. Dengan kenaikkan gaji sebanyak hampir RM1500 lagi.....terasa sedikit lega terutama dengan kenaikan harga barang sekarang nie. Bulan 11 nie bila gaji tertunggak dibayar utk 10 bulan....mungkin ramai rakan-rakan saya yang akan tukar kereta baru. Tidak terkecuali saya....'niat jahat' tu boleh muncul terutama bila tengok Nissan Teana parking kat sebelah kereta saya tapi saya tetap sayang Toyota Vios yang tidak pernah meragam sejak hari pertama pakai so say No to kereta baru. Bila dapat tahu pelarasan gaji baru maka buku 2013 budget commentary and tax information terus dibukak sebab CUKAI......gaji besar....cukai besar tambah pulak untuk orang bujang macam saya. Dalam budget 2013....tak banyak kesan terhadap cukai individu. Kadar cukai dikurangkan sebanyak 1% bagi kadar 1 hingga 12% tetapi tetap sama bagi kadar 19% hingga 26%. Wahhhhh tahun nie kadar cukai saya masuk dalam 24%.