Mak saya baru call dan ajak balik ke Kedah pada hari jumaat nie bersama dengan anak-anak saudara yang lain. Semua anak-anak saudara (8 orang semuanya wp kecik2 lagi) nak ikut balik ke Kedah tapi Toyota Hiace tentu tak selesa kalau nak disumbat kesemuanya. Saya suruh mak bawak balik MPV sebab toyota hiace tak selesa untuk perjalanan jauh tapi mak kata kalau bawak balik MPV tak muat....budak-budak semua merengek nak ikut balik Kedah sebab tu mak mintak saya bawak kereta saya supaya dia boleh bawak balik MPV. Saya berbelah bagi...nak balik ke tidak...kalau tak balik...kesian kat mak.
Sebenarnya saya berat hati nak balik...sudah bertahun-tahun sya tak balik dan salah satu sebab mengapa saya berat hati nak balik adalah disebabkan soalan diatas. saya akan diterjah dengan soalan tersebut macam peluru mesigan sebaik sahaja muka saya muncul depan pintu rumah sedara mara...hati saya masih terluka dengan komen dari bapa saudara saya beberapa tahun lepas...kata-kata pedih yang keluar dari mulut beliau masih terdengar ditelinga saya malah bapa saudara saya sanggup offer kawan dia (penagih dadah) untuk dijadikan suami saya kalau saya terdesak nak berlaki. Air mata saya mengalir sebaik sahaja kata-kata itu dilemparkan kepada saya.....mak pegang tangan saya sambil berbisik 'jangan dengar cakap pak su hang....dia tu bukan betul sangat'.
Beberapa bulan yang lepas ketika blogwalking...saya ada termasuk satu blog dan membaca entri tulisan beliau berkenaan mengapa terlalu ramai andartu dan dia buat andaian serta cadangan dan nasihat kepada andartu. Andaian mengapa ramai yang tidak berkahwin adalah berdasarkan beberapa orang kawan dia yang belum berkahwin dan dia buat kesimpulan mengapa wanita lambat berkahwin adalah disebabkan terlalu memilih. penulis blog tu adalah wanita yang telah berkahwin dan dia berkahwin diusia muda...yeee tahniahlah pada dia kan sebab dia kahwin muda...easy to you to say anything.
pepatah orang tua-tua "jangan jadi katak bawah tempurung". Katak yang berada dibawah tempurung hanya nampak dunia pada pandangannya melalui lubang tempurung. Jika lubang tempurung menghala ke laut maka dia berkesimpulan bahawa dunia hanya dikelilingi oleh laut. Katak buat kesimpulan berdasarkan lubang sempit tempurung tersebut. So janganlah jadi seperti katak dibawah tempurung atau orang buta mengambarkan gajah.....jangan mudah buat kesimpulan dan sentiasalah berfikiran terbuka.
Mengapa saya tidak berkahwin??????
Mak saya kata jodoh lelaki dan perempuan adalah seperti sepasang selipar kiri dan kanan....telah ditentukan...telah dipadankan sejak awal lagi...so mungkin padanan selipar saya telah hilang(mati) dan sebab itu saya sendirian hahahaha.....just joking.
Sejak kecil...anda dan saya....kita dimomokkan dengan kisah-kisah dongeng seperti cinderella, snow white dll...sehingga kita membesar dengan angan bahawa kita juga akan bertemu dengan 'prince charming' dan berkesudahan 'happy ever after' atau bahagia selama-lamanya.
Semasa remaja bila diminta disenaraikan ciri-ciri lelaki idaman maka saya akan senaraikan lebih lima ciri berdasarkan momokan cinderella
1. Lelaki yang beriman dan taat kepada Allah
2. lelaki yang mencintai diri saya dan saya juga mencintai beliau
3. lelaki yang bijak
4. lelaki yang menghormati ibubapa saya
5. lelaki yang bertanggungjawap
6. lelaki yang berkemampuan mencari rezeki halal (kaya adalah bonus)
7. lelaki yang baik dan bersifat lemah lembut
8. lelaki yang penyayang
9. lelaki yang kacak (bonus)
10. lelaki yang tinggi atau berketinggian melebihi sedikit daripada saya
11. lelaki yang berambut panjang seperti takenouchi yukata (pengaruh drama 'with love' masa zaman muda remaja dulu)
Bila dewasa dan berdepan dengan realiti....rupa-rupanya 'prince charming' tidak wujud...sebab tiada manusia yang sempurna. lelaki yang merupakan cinta pertama saya adalah lelaki yang hanya memiliki hanya 3 ciri kat atas tu dan dia juga tidak tinggi tetapi saya mencintai dia sepenuh hati saya. 3 tahun saya mencintai dia...kami buat akaun simpanan bersama untuk belanja majlis perkahwinan, beli rumah dengan nama saya (duit deposit rumah dikongsi dua) dan kami mula melakarkan angan-angan keluarga impian yang akan kami wujudkan. Mimpi dongeng cinderella saya hancur apabila 'prince charming' berkata dia akan berkahwin pada bulan hadapan tetapi pengantin perempuan itu bukan saya. Saya keluarkan duit simpanan dalam akaun bersama kami dan tukar nama rumah atas nama dia....serahkan semuanya kepada dia (bahagian saya...saya ambillah).
It's so painful....very...very painful sehingga saya berkata jika saya diberi satu permintaan...saya mahu belah dada dan keluarkan hati saya....basuh bersih dan masuk ia balik sebab hati saya terlalu sakit dan saya mahu lupakan dia secepat mungkin. Dia hanya menangis bila saya berkata begitu.
Still no happy ever after....oh cinderella....
lelaki kedua yang hadir dalam hidup saya adalah lelaki yang mencintai saya...sebagaimana orang selalu kata baik berkahwin dengan orang yang menyintai anda. Lelaki kedua memiliki banyak ciri-ciri kat atas tu...dia kacak, tinggi, berambut panjang dan segak, muda (5 tahun lebih muda drp saya) dan yang paling penting dia menghormati emak saya dan emak saya sukakan dia. Saya mula mencintai dia perlahan-lahan dan akhirnya menerima dia sepenuhnya dalam hati saya.
Hidup seperi roda.....tiba masa saya berada dibawah. Saya kehilangan syarikat dan kilang yang saya 'lahirkan dan besarkan' bagai anak kandung....ia dirampas daripada saya dengan kejam dan saya dihalau keluar (sebab itu masa menonton drama jepun 'rich man poor women' saya menangis teresak-esak bila Hyuga dihalau keluar dari syarikatnya dan dikhianati oleh orang yang paling dia percayai....paling menyakitkan bila orang yang paling kita percayai...tikam kita dari belakang...ia amat menyakitkan). Saya kehilangan pangkat pengarah....dan dalam proses mendapatkan kembali 'anak' saya itu....saya habiskan wang simpanan saya. Dalam pergelutan tersebut....saya harapkan sokongan daripada teman lelaki saya tetapi satu hari iaitu tarikh yang sepatutnya dia pulang kepada saya.....dia tidak pulang...saya tunggu di airport selama 2 hari berturut-turut. Saya tunggu dengan linangan airmata....dia tinggalkan saya dan dia tinggalkan saya hanya beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan kami...kad undangan sudah dihantar....ia amat-amat menyakitkan.
Masih tiada happpy ending.....happy ever after????
Saya kalah dalam kes mahkamah dalam perebutan syarikat dan saya habis semua simpanan saya bayar peguam. Sudah jatuh ditimpa tangga dan kali ini saya dihempap batu pula. Saya terpaksa menanggung hutang bank teman lelaki yang berjumlah puluhan ribu ringgit (saya penjamin). Saya jual rumah...jual kereta dan dalam dompet hanya ada RM3 dan dalam akaun bank hanya ada RM10....saya telefon mak supaya bawa saya balik.
saya jadi 'mayat hidup'....hati dan jantung saya tidak boleh terima kesakitan tersebut....it's very...very painfulllll....so painful...so painfulllllll. Saya dikejarkan ke ICU beberapa kali disebabkan hypertension dan kemudian saya down.....murung dan menangis sebaik sahaja bangun pagi sebab saya masih hidup (moga Allah ampunkan dosa saya ketika ini).....selama 3 tahun saya hidup dalam kemurungan.
Satu hari saya bangun dari tidur dan bertanya 'apa yang saya sudah buat atas diri saya". Saya pergi semula ke KL bila dapat kerja dibidang yang saya tidak pernah duga akan ceburi....pertama sekali bersihkan diri dari muflis...saya pergi bank dan tunjukkan slip gaji dan tawaran kerja.....saya berjanji akan membayar sedikit demi sedikit....mula-mula RM1,000 sebulan dari gaji selama setahun dan kemudian saya buat pinjaman bank dan bayar hutang tersebut sepenuhnya. Alhamdulillah....saya terlepas daripada muflis tapi bila saya lihat potongan biro angkasa sebanyak RM657 sebulan untuk tempoh selama 20 tahun....hati saya pilu....inilah hadiah dari lelaki yang menyintai saya.
Sekarang jika ditanya ciri lelaki pilihan saya....saya akan senaraikan seperti ini
1. lelaki yang boleh buat saya respect pada dirinya dari hari demi hari
hanya satu...satu saja yang saya minta setelah setelah saya dapat pengajaran dari kesakitan sebelum ini....hanya lelaki yang buat saya respect kepadanya.
Rupa-rupanya ia susah nak ditemui. Jika disebabkan ciri lelaki ini saya tidak temui lagi dan anda nak kata saya memilih.....terpulang kepada anda sebab bukan susah nak buat tuduhan dan mengata orang sebab paling mudah buat kesimpulan berdasarkan perasaan bukan akal fikiran.
Kerjaya saya menyebabkan saya menemui terlalu banyak lelaki-lelaki yang tidak boleh dihormati...menjijikkan dan sehingga menyebabkan saya berkata 'saya tidak akan berkahwin dengan ahli politik'. Manusia dua watak dan hipokrit....makan rasuah....jual bangsa sendiri....jual maruah diri hanya kelaparan duit menyebabkan lelaki yang muncul sebagai gentlemen dihadapan orang ramai tetapi jijik dan jelak dibelakang. Saya tidak bercakap disebabkan omongan dalam blog politik atau akhbar tetapi disebabkan bukti yang ditemui semasa melaksanakan tugas. Boleh bilang dengan jari sebelah tangan...berapa orang ahli politik malaysia yang bersih....tidak takutkah mereka dengan api neraka Allah....tidak terfikirkan mereka akan nasib anak-bini yang diberikan makan rezeki haram.
Seorang lelaki usahawan Melayu berjaya (kononnya) bergambar hebat disebelah limboghini dengan ribuan pujian atas kebijaksanaan beliau mengendalikan perniagaan dalam sebuah majalah dan pernah terbit disebuah akhbar tempatan dan apabila kami menemui ribuan naskah longgokan majalah tersebut dalam sebuah bilik dalam pejabatnya ketika mengeledah....kami pura-pura tidak nampak wp wajah beliau merah padam tetapi bila masuk dalam kereta....kami ketawa berguling-guling. Limbogini pinjam.....orang lain punya.....business hebatttttt!!!!!!....hebat sangatlah sebab pakai nama sahaja untuk dapatkan kontrak (sebab Melayu) tetapi syarikat tu sebenarnya milik cina. majalah tu dibayar untuk tulis entri berkenaan dengan dirinya sebab tu dia terpaksa beli ribuan naskah majalah tersebut. Ada gossip dengan artis pulak tu....bodohnya artis tu....gilakan orang macam nie.....lelaki yang tidak layak sedikitpun untuk dihormati.
Kerjaya saya menyebabkan saya takut dengan masa depan bangsa saya sendiri. Bila kami para pegawai diberikan kes....dan dalam fail sulit tersebut adalah sipolan yang berbangsa melayu maka dengan sendirinya terpancul perkataan 'alamak melayu lah' tak kira samaada pegawai itu india, cina atau melayu. Terasa hinakan...
Disebabkan kerja saya juga....anda jangan promote atau sebut produk MLM depan saya. Bukan disebabkan saya baca tulisan aididmuaddib dan saya tidak mempertikaikan 'kemujarapan' produk MLM tu tetapi modus operandi syarikat tersebut. Kami tengah nak kesan tokey cina MLM yang melarikan duit puluhan juta ringgit setelah beliau tipu orang ramai yang kebanyakannya MELAYU....dan ramailah melayu yang sanggup buat pinjaman bank ribuan ringgit dengan Bank Rakyat untuk bayar duit keahlian MLM nie dan dapat produk yang harga sebenarnya tak sampai RM500. Saya tipu.....terpulang pada anda nak percaya atau tidak. Saya tidak rugi tetapi saya rasa bertuah sebab berpeluang tengok sendiri invois produk tersebut. Anda hanya dengar cakap-cakap gah promoter-promoter MLM tetapi kami rampas dokumen mereka dan kami lebih mengetahui hakikat sebenar daripada promoter tersebut sebab tokey cina kat atas mereka tu tidak sebut benda nie kat promoter mereka dan promoter tu kebanyakannya melayu....ya Allah selamatkanlah bangsa aku.
Jumlah lelaki melayu yang boleh dihormati semakin mengecil.....so siapa pilihan saya yang tinggal. Sebagaimana kata orang lelaki yang baik telah jadi milik orang.....so hanya tinggal 'sampah' seperti penagih dadah yang pak su saya offer untuk saya kahwin. Saya benci pak su saya nie......adik emak yang bongsu.
Anda masih nak kata saya memilih.....yeee.....saya terpaksa memilih sebab saya ingin hidup bersama dengan orang yang saya respect....macammana nak hidup dengan orang yang kita sendiri tidak boleh nak respect....beritahu saya. Jika lelaki itu hanya pengutip sampah tetapi dia lakukan untuk dapatkan rezeki halal dan kerana Allah maka jika dia ingin mengahwini saya..... saya terima sebab saya respect dia....dia tidak makan duit haram...dia tidak tipu bangsa sendiri....dia tidak gadai maruah diri wp kerjanya berada ditempat kotor.
Selepas nasib buruk menimpa adik saya....lagilah saya takut....kalau ustaz yang belajar ilmu agama tinggi-tinggi pun tidak boleh jadi lelaki yang dihormati....makin mengecil lagilah potensi wujudnya jodoh untuk saya.
Saya tidak hidup susah sebab tidak berkahwin....saya tidak mintak makan dan minum dengan orang lain...saya tidak menumpang orang lain....saya hanya hidup sendirian dengan gaji sendiri, rumah sendiri dan kereta sendiri. Kenapa nak kecoh sebab saya tak kahwin. Saya nak sebut dan jerit semua nie kepada orang yang tanya saya tetapi disebabkan saya dilahirkan sebagai bangsa melayu yang diajar sopan santun....saya simpan dalam hati.
Jauh disudut hati saya....saya berdoa kepada Allah supaya diberikan peluang untuk hidup bersama dengan lelaki yang mencintai diri saya dan saya juga mencintai beliau walaupun hanya sehari. Inilah janji saya dengan 1st ex-BF, jika satu hari nanti....bila kita berdua sudah tua dan masing-masing keseorangan...we married and take care each other until we died. Inilah janji kami ketika itulah...
Saya tidak bercerita untuk anda bersimpati dan tolong jangan bersimpati dengan saya (sebab semua ini adalah masa silam wp air mata saya masih mengalir ketika menaip entri ini)....i'm happy sebab hidup saya colorful....cuma berdoalah untuk saya supaya saya jumpa sebelah lagi selipar supaya saya juga dapat memakai selipar kanan dan kiri seperti anda.


