Sunday, November 3, 2013

Kuih Getas-getas


Entri pertama masakan saya untuk tempoh yang begitu lama menyepikan diri dalam tahun nie. Kuih getas-getas, kuih yang paling mudah nak disediakan. 

Bila saya balik kampung saya akan bawa balik kelapa parut, satu plastik kelapa parut muda dan satu plastik kelapa parut untuk santan. Rasanya dah hampir 3 bulan kelapa parut tu membeku dalam peti ais. Semalam semasa belek-belek bekas tepung, ada setengah bungkus tepung beras (baki bulan puasa). Saya bancuh doh dan keesokkan paginya barulah saya buat bentuk lonjong, leper dan goreng. Senangkan....tak banyak kerenah.

Harga gula diistihiarkan naik 35sen, sebaik sahaja harga gula naik....esoknya harga kuih yang dijual kat cafe ofis naik 3 biji RM2. Ambik ko......dah lah kecik pastu nak jual 3 biji RM2. Harga nasi bungkus pun dah naik....bawak RM5 dah tak dapat nasi separuh, ikan goreng seekor dan sesenduk kecil sayur. Harga nasi bungkus dah naik paling rendah RM6.50 kalau ambik ikan goreng (ikan jenis murah). Saya bercakap tentang harga kat cafe saya....harga kat Mutiara Damansara bukan harga kat warung tepi jalan kat kampung. Sekarang saya lebih suka bawak bekal....bukan masak lauk hebat pun selalunya telur goreng masak kicap je. 



Kuih Getas-Getas

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
1/2 cawan kelapa parut (bubuh lebih kalau nak lagi sedap)
1 cawan air (jangan tuang semua)
sedikit garam

Bahan untuk sira

1 cawan air
2 sudu gula

Cara-caranya:-

  1. Satukan tepung pulut, kelapa dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  2. Rehatkan doh selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dibentuk. (Paling elok, buat malam pastu bentukkan bujur dan goreng esok paginya)
  3. Bentukkan bujur dan leperkan.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan
  5. Toskan
Proses menyira
  1. Sediakan kuali, masukkan air dan gula
  2. Masak sehingga ia menjadi pekat  (buih2 gula naik penuh dan kecil-kecil)
  3. Tutup api
  4. Masukkan kuih dan kacau sehingga terbit bunga gula.
  5. Angkat dan hidangkan.

6 comments:

asyifa mustaffa said...

mmg sedap kuih ni...:)

begerlady said...

Salam puan,rindu dgn coretan puan setelah sekian lama..
Arwah mak sy slalu buat kuih lbh kurg kuih ni,tp pakai tpg beras pulut n cket tpg beras..bentuk cam donut n sira air gula gak..kami kt Kelate ni pggil "kuih badak"..pakai klapa muda lg sedap..nk kna buat ni

myda_ahmad said...

resepi yg nie x yah letak tpg gandum sikit ea...saya ada baca entry blog nie yg lepas2,ada letak sikit tpg gandum....boleh jugak ea..?

ummiaisyah said...

rindu nk bc tulisan akak..keep on writing pls ..suka gler kuih ni

MARIA AWI said...

orang ganu mcm saya sgt suka kuih ni..
lama dah xmakan... :)

Jemput ke blog saya jugak...

http://jomsihatjomgojes.blogspot.com

zana fahmi said...

Kakpb pun suka kuih ni, senang dan sedap.