Thursday, April 10, 2014

Apakah tindakan sepatutnya bila terima SMS/MMS Spam-Scam


Selepas menyedari saya terkena sms scam dan kehilangan sebanyak RM285 selepas menyemak kembali bil Digi untuk 5 bulan yang lepas....saya mula berminat untuk mengkaji tentang kes sms spam ini.

 Anda masih ingat kisah seorang pegawai bank Hock Hua Bank dalam tahun 1991, Aman Shah Bin Ahmad. beliau hanya mengambil 5 sen atau nilai sen terakhir untuk setiap baki akaun pelanggan pada setiap hari. Beliau berjaya mengumpul RM4.01 juta dan apabila didapati bersalah beliau dihukum 5 tahun penjara. Sekarang dah bebas kot. 

 Dizaman sekarang semua orang ada handphone, tak kira peringkat umur. Kalau rakyat Malaysia kini berjumlah 30 juta orang, diandaikan 10 juta adalah bayi dan kanak-kanak berumur bawah 9 tahun. 20 juta rakyat Malaysia mengunakan perkhidmatan telekomunikasi menerusi telco yang dipelopori oleh Maxis, Celcom, Digi dll. Bayangkan jika RM3 diambil dari setiap sorang tanpa disedari melalui sms spam ini?. Telco pulak kenakan caj 0.15 sen kepada anda kalau nak batalkan langganan yang anda langsung tak buat tu. Kalau sehari 3000 orang mengadu 3000 x 0.15 =RM450x30x12=162,000. Sekarang anda faham mengapa anda disuruh memberhentikan sendiri dengan taip STOP ALL.

 1juta orang x RM3 = RM3juta sehari 'dirompak' dari poket rakyat, bayangkan kalau setahun....beratus-ratus juta masuk poket syarikat Content Provider (CP) nie...oppppp dan juga syarikat Telco. 

 Bagi pelanggan prepaid, anda hanya akan sedari jika kredit anda berkurang (jika anda jenis yang beri perhatian). Bagi pelanggan postpaid, anda hanya akan sedar selepas sebulan kemudian apabila bil telefon anda tiba. Dah terlambat untuk anda...RM48 telah dicaj dalam akaun anda. Apa yang anda boleh lakukan, anda hubungi telco anda iaitu DIGI, Celcom atau Maxis. Apa yang mereka jawap "untuk memberhentikan langganan tersebut sila taip "STOP ALL" dan hantar ke nombor 3xxxx". Itu jawapan mereka....kalau anda tanya lebih lanjut barulah mereka beri nama Content provider untuk anda minta diskaun atas caj anda. 

Tahukah anda Telco (Maxis, Digi, Celcom)akan mengutip caj sms tersebut dan kemudian akan dibahagikan bersama Content Provider. Anda selalu tertanya-tanya bagaimana CP tahu tentang nombor telefon anda. Jika bukan dari telco anda siapa lagi. Menurut Presiden MMCP, telco mengambil 50% daripada caj-caj sms tersebut. Ini cakap beliau, betul atau tidak.....mereka sahaja yang tahu.

 Saya bagi contoh kepada anda...saya meniaga kek, setiap pagi saya letakkan kek di pintu pagar rumah anda. Cukup sebulan saya hantarkan bil kepada anda. Anda beritahu yang anda tak order pun kek tersebut...saya jawap "kalau anda tidak mahu langgan, anda kena tekan STOP All, barulah saya tidak hantar". Sekarang anda berhutang dengan saya. Anda marah...anda rasa dianiaya bukan. Hak anda sebagai penguna telah dicabuli.



Lihat SMS nie....apa bezanya dengan contoh saya diatas. Perbuatan yang tidak bermaruah.....jangan ingat bila anda tidak layan SMS spam ini anda akan selamat. Mereka dah bijak.

Apakah tindakan anda.

1. Tolonglah print scrin sms tersebut dan buat laporan kepada SKMM. Biarlah susah sikit asalkan dengan satu laporan/aduan kita...aduan tersebut akan diberi perhatian oleh Kerajaan. Bila terlalu banyak aduan yang diterima, lesen yang dikeluarkan oleh SKMM kepada syarikat Content Provider diharapkan akan ditarik balik. Tahukah anda kerajaan Indonesia telah menarikbalik lesen CP apabila terlalu banyak aduan dibuat oleh rakyat Indonesia. Kita mahu lesen terhadap CP ini juga ditarik balik...tak guna SKMM hanya denda RM50 ribu atau gantung satu shortcode....hari nie mereka bayar denda esok mereka buat lagi. Apa bezanya satu shortcode digantung sedangkan mereka ada berbelas lagi shortcode yang diluluskan oleh SKMM.

2. Jika anda tidak sedar yang CP telah mengenakan caj kepada anda selama berbulan-bulan lama sehingga menjadikan ia beratus-ratus ringgit sedangkan anda tidak pernah langgan atau tidak pernah terima sms yang didakwa dilanggan oleh anda.

a)  Cetak borang 1 di sini untuk masukkan kes anda ke Tribunal Tuntutan Pengguna


b) Call telco anda, dapatkan no shortcode  cth 33316 dan nama syarikat serta nombor telefon untuk dihubungi.

c) Buat carian SSM atau di internet untuk dapatkan nombor pendaftaran syarikat dan alamat terbaru syarikat.

d) Isi borang 1, buat pernyataan tuntutan atas kertas A4 (anda boleh taip)

contoh pernyataan tuntutan

Pada 02/04/2014, saya telah mendapati bil telefon bulan March 2014 yang bertarikh 21/03/2014 terdapat caj sebanyak RM48 untuk perkhidmatan Value Added Servis yang saya tidak pernah bersetuju untuk melanggan dan saya juga tidak pernah menerima sms/mms atas perkhidmatan yang kononya saya langgan. Saya menghubungi Digi pada jam 2.35 petang dan dimaklumkan bahawa perkhidmatan tersebut dicaj oleh syarikat XYZ. Saya menuntut caj tersebut dikembalikan. Jumlah tuntutan saya RMxxx. Rujuk lampiran untuk perincian bil-bil untuk bulan semasa dan bulan-bulan terdahulu.

e) Buat 4 salinan pernyataan tuntutan, bil-bil telefon anda, jika anda simpan sms/mms....boleh print sekali. Borang 1 juga buat 4 salinan. Susun kemas dan cari alamat KPDNK yang terdekat dengan anda yang menguruskan Tribunal Tuntutan Pengguna

f) Serahkan Borang 1 yang lengkap tadi berserta bayaran RM5. Tempoh perbicaraan ditetapkan sebulan dari tarikh penghantaran borang 1 (lebih atau kurang). 2 salinan borang yang telah lengkap dengan cop dikembalikan kepada anda.

g) Serahkan by hand atau buat surat berdaftar kepada alamat CP tersebut. Pastikan anda simpan slip surat berdaftar dan jika buat serahan tangan, Borang 1 salinan anda di cop terima dan terdapat nama serta IC penerima.

h) Dalam 30 minit anda akan terima panggilan telefon daripada pekerja syarikat CP tersebut. Beliau memaklumkan bahawa syarikat bersetuju untuk memulangkan caj tersebut.

i) Keesokkan harinya anda akan terima satu lagi panggilan dari pekerja tersebut, anda diberitahu bahawa bayaran telah disediakan semalam tetapi bayaran hanya akan release dalam masa 3 atau 4 minggu. Anda diminta supaya menarik balik tindakan ke mahkamah Tribunal tersebut. Jangan terpedaya.....celaka nie penipu. Beritahu mereka dengan tegas....saya hanya akan tarik balik tindakan ke tribunal selepas saya lihat bayaran masuk kedalam akaun saya....pastikan bayaran dibuat sebelum tarikh perbicaraan. Celaka nie akan mintak anda isi borang jika ingin menuntut bayaran. See.....teknik mereka, mula2 kata bayaran telah dibuat lepas tu kata akan buat bayaran dalam 4 minggu lepas tu suruh kita isi borang pulak. Ingat anda bukan pengemis.....nak isi2 borang bagai....anda hanya hendak tuntut balik duit anda yang dirompak oleh mereka.

j) Buat satu salinan Borang 1 yang telah dicop terima dan buat surat aduan.....tolonglah hantar kepada SKMM.


Kenapa saya perlu bawa kes ke Tribunal Tuntutan Pengguna sedangkan saya boleh call syarikat CP dan minta dipulangkan caj tersebut?. Kenapa nak susah-susah

1. Dengan buat tuntutan melalui Tribunal, hak anda terjaga. Nama syarikat mereka telah ada dalam rekod Tribunal. Mereka tidak berani bermain tarik tali dengan anda. Anda lebih berani berhadapan dengan syarikat celaka nie sebab anda tahu ada tribunal dibelakang anda. Anda belum tahu mereka benar-benar buat bayaran seperti yang dijanjikan......mungkin kawan anda dapat bayaran tapi belum tentu anda. Anda harus ada backup....belajar pertahankan hak anda...belajar jadi kurang ajar.

2. Untuk kukuhkan aduan anda di SKMM. Aduan anda, aduan pengguna-penguna lain....biar satu lepas tu beribu dan puluhan ribu aduan diterima oleh pegawai SKMM. Jangan terlalu soal banyak dan tanya samaada SKMM akan ambil tindakan atau tidak....anda laksanakan sahaja tugas anda untuk dapatkan hak anda. Ingat...'usaha' tidak pernah akan mengecewakan anda.


Saya tulis berdasarkan apa yang lalui beberapa hari lepas...ambik cuti setengah hari pergi ke KPDNK dan kemudian pergi ke syarikat CP untuk serahan Borang 1. Saya hanya disambut oleh cleaner untie india tua yang asyik tanya "ini apa?". Mahu apa?. Saya suruh dia serahkan borang tu kepada staff...dia syik tanya "nak buat apa?. Panggil staf datang sini...saya naikkan suara. Beberapa pekerja cina lalu depan kami dengan hidung tinggi seolah-olah kami nie datang nak mintak derma...langsung tak tanya tujuan kedatangan kami....harapkan cleaner yang asyik tanya ' apa nie.....apa nie....apa nie".

Cleaner masuk dalam ofis dan hampir 15 minit barulah keluar bersama seorang pekerja melayu. Saya hanya senyum....kalau yang jadi tukang 'cuci tahi' nie mesti melayu. Pekerja melayu tu datang dan tanya saya "ini apa?". "tak tahu baca ke?" saya jawap. Saya suruh dia turunkan tandatangan, tulis nama dan cop syarikat atas salinan Borang 1 kepunyaan saya dan serahkan Borang 1 kepunyaan syarikat. Saya beritahu jumpa pada tarikh nie dipejabat Tribunal.

Sebelum keluar, saya pandang papan tanda syarikat tu....anda silap buat hal dengan saya. Dalam minggu ini sehari suntuk saya berada dimeja menyiapkan fail merah jambu berpalang. Saya  kasihan kepada pengguna yang mengadu nasib 'dirompak' oleh syarikat CP nie di forum Lowyatt.....di blog, di laman web getstatifaction Celcom yang kononnya perihatin. Rakan sekerja saya berkata " mereka pilih silap orang" apabila melihat saya begitu tekun menyiapkan laporan untuk dimasukkan dalam fail merah jambu, mungkin ini hidayah disebaliknya....atleast bila kena batang hidung sendiri saya tergerakhati untuk menolong orang lain.
=====================================================
Update terkini. 18/06/2014....saya telah tunaikan janji saya kepada mangsa-mangsa sedut duit sms scam. Kepada yang terlibat...anda tahu siapa saya?. Selamat berkenalan.
========================================================================

Untuk anda yang ingin ambil tindakan terhadap syarikat CP, ini ada sedikit maklumat untuk anda

IKOGO Sdn Bhd
No Pendaftaran 636324-T
Alamat : B-6-5 Strauss Tower Mont Kiara Sophia, Jalan Kiara 1 Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur


iSentric Sdn Bhd
No Pendaftaran : 183309-K
Alamat : No 3, Jalan 51A/227, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya
Tel: 03 78751000/037875 1134 Fax: 03-7874 2908


Mexcomm Sdn Bhd
No Pendaftaran 777810-D
Suite 20.04-20.05, 20th Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 1300223228/03-21633208/03-2163 3228
Fax: 03-2163 2998


Everworks Solutions (M) Sdn Bhd
No Pendaftaran syarikat: 704528-K
Alamat: G-1-28, Jalan PJU 1/45 Aman Suria Damansara 47301 Petaling Jaya

 ( contoh sms diatas adalah dari shortcode 33316 adalah milik Everworks)

Ini adalah beberapa syarikat yang kerap menghantar sms spam dan mengenakan caj atas bil anda walaupun anda tidak pernah langgan. Kalau anda perlukan nama lain, beritahu shortcode ( nombor 5 angka), saya akan beritahu nama syarikat CP tersebut.

9 comments:

INA said...

bagus tu kak..ajar dorang nie..geram tau..dulu saya pakai digi..termenung saya bila dpt. bil..yg heran bila saya tanya rakan cina saya dorang x de pon kena cam saya..

bdaria said...

Salam Ina,

Bila sebut rakyat Malaysia, kita tidak harus pandang bangsa...semua sama. Jika anda masuk forum yg dibuat dalam bahasa cina, anda akan dapati mereka juga amat ramai mengadu ttg ini...ramai yang terkena. saya print semua forum ini samada dlm bahasa malaysia, inggeris atau cina sbb nak tulis lapuran bukan boleh main agak2 sahaja tanpa bukti.


Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita kena buat aduan spy lesen CP ini ditarik balik jika mereka salahguna dan aniaya rakyat. hanya kebetulan dalam situasi Malaysia, busines dimiliki oleh bangsa cina so syarikat CP dimilki oleh 90% bangsa cina dan penguna melayu paling ramai kena sebab bangsa melayu adalah majoriti. Bila orang tebar jala, secara logiknya ikan yang paling banyak disitu akan tertangkap.

Zee Kelasik said...

my mom selalu terkena.. bila tanya dia,"mak ada langgan apa-apa ke dari xxxxx ni?". tapi dia kata tak ada. huhuhuh.. saya suruh dia pergi check, belum berkesempatan katanya.

bdaria said...

Ms Zee,

Tolong mak u call telco yg dia guna utk dapatkan no 5 series dan nama syarikat CP. Klau dapat no 5 series pun dah cukup..anda boleh email sy bagitau. Saya akan tolong berikan nama dan alamat penuh mereka.

Yang penting tolong taip "STOP ALL' dan hantar pada nombor tu. Kesian mak u bayar sia2 duit tu...kalau u ambik duit tu dan sedekah kat rumah anak yatim lebih berfaedah drp bagi pada perompak cyber nie.

rita_532 said...

kenapa saya tak leh komen

rita_532 said...

kenapa saya tak leh komen

azhariahzuber said...

No 36555 dari companymana

bdaria said...

Salam azhariah,

Maaf terlepas pandang mesej anda. Shortcode 36555 bukan dimiliki oleh syarikat content provider. ia mungkin milik Maxis, Celcom atau Digi. U pakai line apa?. Ia milik syarikat Telco anda. Syarikat telco diberikan lebih 5000 shortcode oleh SKMM dan mereka akan sewakan kpd sykt atau org perseorangan.

bdaria said...

Salam Rita,

Jika anda tulis komen, komen anda akan masuk dalam box saya dulu untuk saya tick publish. Komen tidak dipublish terus slps anda tulis. harap maklum