Thursday, April 3, 2014

Perhatian kepada pelanggan post paid Digi, Maxis atau Celcom

Saya ingin berkongsi maklumat dengan anda yang melanggan perkhidmatan postpaid dengan telco seperti Digi, Celcom dan Maxis. 

Bagi pelanggan post paid, untuk mengelakkan caj RM3 dikenakan atas bil maka kita memilih online bil. Saya pelanggan lama Digi, saya guna Digi hampir 12 tahun dan tiap2 bulan saya terima rebat sebanyak RM15 bagi pakej internet RM58. Ok nampak jimatkan....bila dah ada kemudahan internet, wasap dll, saya amat jarang buat panggilan telefon atas sms....kalau nak buat panggilan, saya guna telefon TM dan menghubungi mak yang juga guna TM so jimat dari segi bil.

Tiap2 bulan saya buat bayaran secara tetap ke akaun DIGI untuk amaun RM58. Tiba-tiba akhir bulan lepas Digi hantar peringatan yang tunggakan bil saya sudah melebihi had kredit. Saya pelik....tiap2 bulan payment dibuat secara tetap mengunakan Maybank2U, bagaimana ada tunggakan.

Inilah jawapannya.......







Saya mempunyai tunggakan melebihi RM300. Saya tidak pernah menghantar atau menerima apa-apa perkhidmatan daripada nombor 32338.

Bila terima sms dari nombor-nombor 5 angka, saya akan terus delete tanpa membuka sms untuk membaca. Sangkakan bila saya mengabaikan sms tersebut saya terselamat tetapi inilah musibah yang saya terima akibat mengabaikan sms mereka. Mereka caj terus dalam akaun bila kita tidak taip STOP ALL.

Saya call DIGI, jawapan standard yang diberikan 'pihak kami tidak bertanggungjawap atas caj tersebut, puan boleh buat tuntutan kembali duit puan kepada syarikat tersebut" "untuk berhenti menerima SMS dari kod singkat 3 siri, puan kena taip STOP ALL dan hantar ke 32338

Bila kita taip STOP ALL maka caj 0.15 dikenakan. SALAH KITA KE SEBAGAI PENGGUNA?


inilah jawapan yang saya terima bila taip STOP ALL ke nombor 32338. Saya tidak subscribed service tetapi kenapa saya dicaj oleh mereka.

Saya tidak akan berhenti disini, Saya akan buat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna sebagai seorang pengguna. Kepada syarikat (saya dah kenalpasti syarikat haram jadah nie) dan 3 pengarah syarikat haram jadah yang berbangsa cina tu.....saya akan pastikan anda terima padahnya.

Kepada DIGI...kesetiaan saya kepada perkhidmatan anda sampai saat ini sahaja. Celcom dan Maxis pun sama sahaja....hai kesian jadi rakyat Malaysia....kena 'rompak' tak kira masa.

Kepada rakan-rakan sekelian...sila masukkan no 32338 dalam phone anda dan kemudian pergi kepada setting dan di call setting setkan kepada Call Rejection atau tambahkan terus kepada reject list. 

9 comments:

QASEEH HATIKU QASEEH said...

awak sm dgn sy..sy da kena ni..x sure brapa ratus sy da kena..balik2 g kaunter bt aduan..x seorang pn staf digi infom me..to stop mcm mn..luckly 1 day sy dtg lg..seorg staf pompuan situ ajar sy send msj stop all..mmg digi maxis or watever servis..d msia ni..mencekik darah rakyat marhaen yg x mampu x bt pa2..sy letih nak ke hulu hilir bt repot n claim back my duit..sy x halal kn semua tipu daya yg mnybbkn sy mmbyr servis yg sy x mnta n x guna..

||alis|| said...

salam..

sy pun penah kena mcm ni. waktu guna prepaid awl2 tahun 2003-2005 mcm tuh. topup masa tu yg ada cuma jual rm60. smpai sy naik trauma nk topup.. sbb bila topup je.. alih2 scammer ni dh deduct itu ini.. sehari dekat rm10.. by 1 week.. crdit sy habis mcm tu je. lama bru keadaan jdi ok. sy x kira brapa kerugian sy. sbb kalau kira.. sy bleh jadik x tido mlm nnti. hurmm..

sama jugak mcm astro.. di australia.. pengguna cuma perlu bayar one time saja seumur hidup utk siaran berbayar seperti astro.

sayur2 mentah di UK pon lebih murah dri sini.

barangan yg kita dapat pula.. baik petrol atau tepung atau gula pasir sekali pun.. semuanya kualiti tahap x memuaskan.. sabarlah hati. ini tmpat tumpah darah kita..

INA said...

samalah kes kita nie..saya terus tutup line nie..sakit hati..kenakan caj yg mengarut-garut..

bdaria said...

Kepada rakan-rakan yang pernah terkena caj mengarut spt diatas, boleh tak tolong berikan nama syarikat third party yg buat caj tersebut. bila anda call telco, mereka akan berikan nama syarikat yg buat tuntutan. Tolong berikan nama syarikat tersebut kpd saya...sy akan lakukan apa yg termampu utk ajar mereka ini.

shah_izan said...

Sya pakai prepaid, jadi lebih senang nak detect kredit.
Pernah kena lebih kurang mcm tu, bile top up , kredit trus kurang
Sya mgadu kt center (celcom), mereka check n minta pengenalan diri dan terus buang nombor yg telan top up sya tu
Alhamdulilah, dah xde kes mcm nie lg. :)

AziE said...

Saya pernah kena ni. Saya ngadu dgn call center n ngadu kat forum jg. Lupa la nama forum tu. Mereka refund saya.

Sutila Rizan said...

Saya akan terima Push Message setiap hari pd sekitar pukul 6 ptg... Bil Digi postpaid saya pula skrg ni mencecah RM150.00 w/pun jarang guna phone utk call & msg... saya guna Digi Smart Plan RM88... tak tau mn dtg msg2 tu sbb takde nombor, just tulis Push Message... saya syak msg2 ni yg increase bil saya...

bdaria said...

Salam Sutila.

Anda boleh semak perincian bil di Digi OCS. Dekat detailed Bil, semak Mobile Services. Kalau ada caj VAS, terus call digi center untuk dapatkan nombor shortcode dan batalkan langganan tersebut. Dalam OCS juga kita boleh semak bil semasa (bil yang belum keluar statement).

e-fun said...

Salam,
Sy ingin terminate postpaid digi,di mana area kajang@bangi? Urgent