Wednesday, May 12, 2010

Homemade Pandan Kaya


Homemade Pandan Kaya nie saya buat selepas melawat blog nasilemaklover.blogspot.com. Homemade Pandan Kaya nie dibuat secara teknik double boiled. Nampak menarik sangat kaya pandan di blog nasilemaklover. Petang tadi lepas pulang dari pejabat saya singgah di supermarket beli daun pandan dan santan. Seperti mana yang dinyatakan oleh penyumbang resepi, teknik ini sangat mudah. Saya tidak perlu kacau selalu dan boleh biarkan di dapur dan kemudian buat kerja lain. Cuma sekali sekala saya akan kacau kaya pandan ini dan selepas 1 jam, kaya saya telah pekat dan boleh diangkat. Dengan kemanisan yang sederhana, bau harum daun pandan dan tanpa pewarna tiruan.....kaya nie memang sedap.


Homemade Pandan Kaya
Sumber: Nasilemaklover.blogspot.com


Bahan-bahannya:-


3 biji telur saiz L
250gm gula caster (220gm gula pasir)
350ml santan (200ml santan kotak + 150ml air)
8 helai daun pandan


Cara-caranya:-

  • Blender daun pandan dengan sedikit air, tapis dan ambil 150ml pati pandan. Campurkan dengan santan dan kacau sebati

  • Masukkan telur dan gula dalam bekas tahan panas dan kacau rata dengan handwhisk sebentar.

  • Panaskan kuali dan masukkan air secukupnya. letakkan bekas bancuhan kaya diatas kuali yang berisi air tadi.


Bancuhan kaya dimasukkan kedalam bekas tahan panas dan diletakkan diatas kuali yang berisi air. Teknik dauble boiled. Guna api sederhana.


Bancuhan kaya selepas 15 min berada diatas dapur, warna hijau pandan mula menyerlah.

Bancuhan kaya selepas 30 minit. Tidak perlu kacau selalu hanya sekali sekala sahaja. Apabila sudah pekat, boleh angkat dan sejukkan sebelum disimpan didalam bekas dan dimasukkan kedalam peti. Tempoh memasak adalah lebih kurang sejam lebih.

Selepas kaya saya sudah pekat, saya tidak sabar-sabar lagi terus menyapukan sedikit keatas roti bersama butter. Memang best....tak rugi mencuba.




Saya masukkan kedalam bekas container plastik kecil nie. Bahan diatas boleh dapat 1 1/2 bekas kecil ini. Mungkin hujung minggu nie saya boleh buat pau inti kaya pandan. Jika ahli keluarga anda hanya 2 @ 3 orang, buat separuh dari bahan diatas dah cukup banyak, boleh dapat 1 bekas kaya yg macam dijual kat kedai.

0 comments: