Monday, May 31, 2010

Cucur kembong



Ini adalah resepi cucuq kembong yang saya masukkan dalam entry sebelum ini. Sedap makan kuih nie dengan kopi panas atau teh panas.

Cucuq kembong
Sumber: resepi mak

Bahan-bahannya

200gm gula
1000 gm tepung gandum
1/4 tsp garam
1 biji telur
1/3 cawan marjerin (cairkan)
1 tsp ibu roti
1 tsp soda bicarbonat
air secukupnya

Cara-caranya:-
  1. Satukan tepung, soda bicarbonat, ibu roti, gula, garam dan telur. masukkan telur dan kemudian marjerin cair. Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga seperti bancuhan membuat jemput2. Gaul sebati.
  2. perapkan selama 30 - 40 minit atau sehingga bancuhan kembang.
  3. panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas sangat nanti tidak masak dibahagian dalam.
  4. Goreng sehingga kekuningan. bentuk terpulang kepada anda. Ada yang buat dalam betuk bulat2 dan ada yang buat dalam bentuk memanjang @ lonjong.

Cuti bersama keluarga

Seronoknya dapat bercuti 3 hari bersama mak dan adik2 serta anak2 saudara saya. Hari khamis saya ambil cuti dan pulang ke Pahang untuk ambil adik dan anak saudara saya dan sama-sama balik ke Terengganu. Cuti 3 hari nie tak ada kerja lain lah selain makan....makan....makan.

Ini kuih yang mak saya buat untuk sarapan pada pagi jumaat. Happy sungguh bila mak bagitau dia tengah perap bancuhan cucuq kembong. Saya tak tahu kalau ada nama lain bagi kuih nie. mak saya kata nama kuih nie kuih bom...tu yang pelik sebab kuih onde2/kuih bijan pun dipanggil kuih bom tapi senang sebut sajalah cucuq kembong. bagi orang2 utara kuih nie memang biasa dibuat dan paling sedap dimakan bersama kopi panas terutama bila petang2 lepas balik dari bendang. fuhhh.....sedapnya. Teringat arwah datuk saya....ini kuih favorite beliau. Kalau dapat kopi panas pekat, sebekas besar kuih nie dia boleh habiskan cicah dengan kopi.

Cucuq kembong


Saya yang buat kuih tu jadi bulat2...cewah dah lama tak asah skill buat kuih nie. Untuk pengetahuan anda semua, mak saya adalah tukang masak di Tahfiz Al-Quran yang dimiliki oleh adik saya ipar saya. Jadi bancuhan kuih ini adalah sebanyak 5 kilo tepung gandum so dekat 40 minit jugaklah berdiri depan dapur mengoreng kuih nie.

Buah ara


Lauk tengahari mak saya masak gulai kambing dengan buah ara. First time saya makan buah ara. Inilah buah ara, anda pernah tengok buah nie. Ada orang suka buah nie dimasukkan bila masak kambing tapi saya kureng sikit mungkin pertama kali makan. Bila petang saya buat colek ....buah mempelam epal bergayut2 kat pokok belakang dapur. Memang kegilaan saya dari kecil makan asam nie....pantang ada mangga mesti saya akan buat colek. Puaslah makan dengan anak2 saudara saya. Adik2 saya yang lain tak minat.

Colek mempelam epal


Sarapan hari sabtu mak saya buat nasi lemak. Tengahhari pulak mak tak masak diasrama so kami buat keputusan untuk memasak dirumah adik saya. Semua adik2 saya berkumpul disitu. Saya masak tom yam campur, adik perempuan saya masak tempoyak ikan patin manakala mak saya buat kerabu perut dengan pucuk paku. Seronok betul kami makan beramai2 sampai habis nasi seperiuk besar. Empat orang adik dan lapan anak saudara saya ada bersama berkumpul dirumah adik (inilah rumah adik saya yg berkerja sebagai guru di Pahang manakala suaminya guru di Terengganu).

Sebelah petang kami makan keropok lekor dan popia sata yang dibeli di Dunggun oleh adik lelaki bongsu saya. Kalau anda biasa makan keropok lekor di tanjung lumpur, kuantan. Keropok nie rasa seakan2 keropok lekor disana. Saya rekemenkan anda beli keropok lekor nie kalau singgah ke Dunggun, ramai orang luar datang cari keropok nie.

Keropok lekor


Popia sata

Wednesday, May 26, 2010

Kuih Lapis Pisang



Ada beberapa biji pisang montel sudah terlalu lembik dan tidak sedap lagi hendak dimakan. Saya cadang nak buat kek pisang sbb anak saudara saya minat sungguh dengan kek pisang. Malangnya telur dan minyak sayur tak ada. Saya teringat kuih lapis pisang semasa jenguk rumah kak ummi. Tak pernah makan lagi kuih lapis pisang so saya decide nak buat kuih nielah memandangkan baki santan kotak masih ada separuh kotak lagi dalam peti.
Semasa buat bancuhan, terkhayal agaknya saya masukkan 3 cawan air dalam bancuhan sedangkan dalam resepi air + santan hanya 2 cawan sahaja. Alamak nak buat macammana nie...terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak bubuh air.....alamatnya rosaklah bancuhan. Nak tambah tepung lagi....isk tebal sangat nanti. Akhirnya saya cuba masak adunan seperti kuih talam iaitu masak sehingga naik wap. Alhamdulillah....ok jugak wp agak lembik sikit. itulah masa memasak berangan....inilah jadinya. ok inilah resepinya...resepi nie diambil dari rumah kak ummi. Resepi nie terdapat dalam buku Aneka Talam & kuih Lapis Chef Hanieliza.



Kuih Lapis pisang (loyang bulat 7 inci)
Sumber: Aneka Talam & kuih lapis Chef Hanieliza, disumbangkan oleh kak ummi (ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com)

Bahan-Bahannya:-

Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (saya guna gula castor)
2 sm tepung beras
2 sm tepung kastard/jagung (saya guna tepung kastard)

Bahan B
1 cawan pisang - dilecek
1/4 cawan air

Bahan C
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah (saya guna sirap rose)

Cara-caranya:-
  • campurkan semua bahan A dan kacau sehingga sebati. bahagikan kepada 2 bahagian.
  • campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata
  • campurkan satu bahagian lagi dengan bahan C dan kacau rata
  • Guna loyang bulat 7 inci, sapu sedikit minyak.
  • Tuang hampir 3/4 cawan adunan B. kukus selama 8 minit
  • Kemudian tuang 1/3 cawan adunan merah dan kukus selama 8 minit.
  • ulang sehingga habis.

jika anda hendak detail sila ke blog kak ummi. beliau menerangkan dengan terperinci. saya guna kukus elektrik dan dulang saya alas dengan plastik. saya juga masak adunan terlebih dahulu maka cara saya agak berlainan dengan cara diatas. Saya terpaksa buat begitu sebab saya tersilap masukkan air dalam adunan. sirap rose saya guna sedikit sahaja sebab kat ofis saya ada kawan-kawan berbangsa cina dan mereka tidak suka kepada pewarna tiruan.

My fren puji kuih lapis pisang nie sedap. mereka kata pertama kali makan kuih lapis macam nie. saya pun suka dan memang sedap.

Today is my birthday

Jam 5.15 petang tadi saya pergi gym FF The Curve. Sesampai sahaja dikaunter depan gym, saya leretkan kad gym di pintu pengadang kaca tetapi tidak terbuka. saya dah pelik kenapa nie....saya tak bayar ke...macam2 bermain difikiran. Saya leretkan kad sekali lagi...masih tidak boleh bukak. Akhirnya saya berpaling melihat staff di bahagian kaunter....bermaksud nak tanya mengapa. Saya lihat tiga pekerja kaunter depan senyum pada saya dan dengan serentak " happy birtday to you".
Satu perkataan yang mudah diucapkan kepada saya oleh ketiga-tiga orang yang begitu asing dalam hidup saya telah menjadikan saya gembira pada petang itu. Saya tersenyum sehingga ke bilik persalinan. why.....sebab seharian hari ini tiada seorang pun rakan-rakan sekerja atau kawan2 saya mengucapkan 'happy birthday' kepada saya.

Tuesday, May 25, 2010

Baked Coconut Cheese Cake

Ini adalah resepi yang dipelajari dari kelas pizza dan cake Chef Steven Goh. Janji dengan Asma untuk masukkan dalam blog lepas saya mencuba. Lepas balik gym semalam saya pergi supermarket beli barang2 kononnya nak bakelah malam tu supaya boleh bawak keofis esoknya tapi lepas test dulang 9 inci dalam oven kecil dan dulang tu tak muat maka saya batalkan niat nak bake. Nak keluarkan oven Fagor tu malas pulak nak tarik keluar dari stor. Bukan senang lepas tu nak repack balik dan masuk semula dalam bilik stor. Berat beb...kena heret keluar. nak buat dalam dulang kecil(dulang kecil pun tak ada), baki thickenel cream bukan boleh disimpan lama apabila dibuka. Alang2 nak balik ke Terengganu hujung minggu nie maka saya buat kat sana sajalah.

Saya paparkan resepi baked coconut cheese cake dengan guna gambar tangkap masa kat kelas ajelah sbb dah janji dengan Asma. Asma nie rajin betul memasak, bertuah anak2 dia dapat mak macam Asma nie. so inilah resepinya, kepada asma dan anda semua yang ingin mencuba silakanlah dan nanti bagitaulah hasilnya ye.




Baked Coconut Cheese Cake
Sumber: Chef Steven Goh



Bahan-bahannya:-


Bahan A
  • 500gm Tatura cream cheese
  • 130gm gula merah
  • 30ml air panas
  • 3 biji telur (whole egg)
  • 5 biji kuning telur
  • 50gm tepung jagung
  • 125gm Thickenel cream
  • 200ml santan kelapa (santan kotak)
  • 100gm roasted dry coconut
Bahan B
  • 200gm Biscuit crumb
  • 150gm butter (dicairkan)
  • 50gm tepung jagung
  • 50gm roasted dry coconut
Penting: Jika guna biskut Digestivest maka butter kena kurangkan kepada 100gm sahaja. Jika mengunakan biskut marie atau lain2 jenis maka butter 150gm.

Cara-caranya:-

Langkah 1: Cheese cake base making
  1. Cairkan butter
  2. Ramas biskut sehingga halus (biskut digestivest senang diramas sbb lembut).
  3. Combine serbuk biskut, tepung jagung dan dry coconut. Masukkan butter cair dan gaul rata
  4. Siapkan mould 9 inci. Masukkan campuran serbuk biskut dan tekan-tekan sehingga padat. ketepikan sebentar.
Langkah 2
  1. Masukkan air panas kedalam gula merah dan hancurkan. tekan2 gula merah sehingga hancur. biarkan sejuk
Langkah 3
  1. Masukkan cream cheese kedalam mangkuk penguli. Dengan mengunakan kelajuan medium, putar sehingga creamy
  2. Setelah cream cheese creamy, masukkan gula merah dan putarkan sebentar.
  3. Masukkan pula tepung jagung dan putar lagi selama 2 minit.
  4. kemudian masukkan pula telur sedikit demi sedikit, masukkan thickenel cream dan santan pekat. putar lagi selama 3 minit.
  5. keluarkan bekas penguli dari mesin.
  6. Masukkan roasted coconut dan kacau rata


Langkah 4

  1. Masukkan cream cheese kedalam base biskut tadi.
  2. Guna aluminium foil dan balut bahagian bawah dulang. (guna dulang yang boleh dibuka tapaknya ye). pastikan kemas supaya air tidak menyerap masuk kedalam cheese cake
  3. Bakar guna kaedah steam bake pada temperature 150 C selama 80 minit
(Steam bake : panaskan oven terlebih dahulu. guna tray, masukkan air panas kedalamnya dan letakkan dulang 9 inci diatasnya)



Nota:


  1. saya beli roasted coconut di bakewithyen Taman Megah dengan harga RM10 untuk 500gm. Kalau Bakewithyen puchong ada packing 250gm dengan harga RM5.50. Banyak betul 500gm nie, saya kena cari resepi biskut pulak untuk habiskan.

  2. saya beli semua barang seperti yang digunakan oleh chef seperti gambar diatas. so anda boleh follow brand tersebut jika mahu

  3. dalam resepi chef tulis gula merah tapi pada hari mengajar chef guna gula melaka sbb itu yang ada kat BWY Puchong sbb tu warna cheese cake chef agak lembut sedikit. Anda boleh gantikan gula merah dengan gula melaka jika mahu. Gula melaka harus dihiris halus terlebih dahulu. jangan masak gula merah nanti ia jadi pekat dan bila dibiarkan sejuk ia akan keras.

  4. Guna mould 9 inci yang boleh dibuka alas bawahnya ye
  5. Jika hendak tahu cheese cake dah masak atau belum, bukak oven dan guna jari tepuk sedikit atas permukaan kek jika rasa macam ada pergerakan maka cheese belum masak lagi tapi jika ditepuk sedikit rasa padat maka sudah boleh angkat. Jangan cucuk cheese cake spt kek biasa sbb memang cheese akan melekat di pencucuk (ini pesan chef).

Sunday, May 23, 2010

Tom Yam Kai

Ini menu saya pada tengahari nie. Tom Yam Kai, resepi nie diperolehi dari majalah sedap bil 23. Majalah resepi yang telah bertapak hampir setahun lebih tapi baru kali ini mendapat perhatian saya. Itupun sebab menunggu kawan saya dibank. Turn untuk no giliran beliau masih panjang lagi so sayapun pergi ke 7 eleven dan terpandang majalah nie. Setelah ambil baca, resepinya nampak ada sesuatu kelainan berbanding dengan majalah masakan yang telah lama bertapak dipasaran. Penyampain dan resepinya simple dan mudah. banyak info2 dan tip2 berguna didalamnya. saya sudah jatuh hati dengan majalah ini, bila serve kat webside saya dapati ramai blogger kita juga mengambil resepi dari majalah ini seperti resepi Enoki Goreng Keju Pedas.

Setelah mencuba resepi nie, saya amat berpuas hati dengan Tom Yam Kai ini wp ia masih tidak dapat menandingi kesedapan tom yam kat restoran santai. Resepi nie memang sempoi, saya juga rasa terkejut masa buat rempah tom yam ini sbb terlalu mudah. Dalam hati berkata ' betul ke macam nie' tapi bila dah masak memang terasa seperti rempah tom yam dikedai. Masa tengah masak memang saya happy with the result so bila akhir proses semasa memasukkan santan....alamak hilang 'sedikit' kesedapan tadi sbb saya tak berkenan dengan kehadiran santan dalam tom yam. Ok inilah resepinya...cubalah memang saya rekemenkan.


TOM YAM KAI

Sumber: Majalah Sedap Bil 23
(utk 8 orang makan)

Bahan-bahannya:-

  • 250gm dada ayam, rebus dan siat panjang (saya rebus terus je, tak siat pun)
  • 200gm cendawan straw, belah dua (saya guna grey oyster mushroom)
  • 2000ml stok ayam
  • 3 batang serai, ambil putihnya dan hiris serong
  • 5 helai daun limau, buang tulangnya
  • 2cm lengkuas, hiris
  • 12 biji cili padi merah
  • 2 sudu makan kicap ikan 9saya tak bubuh sbb tak ada)
  • 1 sudu makan garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 1/4 sudu teh gula pasir
  • 3 sudu makan air asam (daripada 1 1/2 sudu teh asam jawa dan 3 sudu makan air, larutkan)
  • 4 tangkai daun ketumbar (saya tak masukkan sbb tak ada)
  • 50ml santan pekat segera (santan kotak)
  • 1 sudu makan air perahan lemon

Bahan rempah tom yam:

  • 3 sudu makan minyak masak
  • /2 sudu makan udang kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili kering
Cara membuat rempah tom yam:
  1. Goreng udang kering, bawang putih dan cili kering sehingga terbit aroma.
  2. Angkat dan kisar halus
  3. Jaga2 jangan sampai cili terhangus

Cara membuat tom yam:

  1. Rebus stok ayam (saya rebus ayam dan air sekali), rempah tom yam, serai, daun limau dan lengkuas sehingga terbit aroma
  2. Masukkan isi ayam yang telah disiat, sendawan straw, cili padi merah, kicap ikan, garam, seruk lada sulah dan gula pasir. Masak sehingga mendidih
  3. Masukkan air asam, daun ketumbar dan santan. kacau rata
  4. tutup api. Masukkan air perahan lemon. kacau rata. angkat.

Pesan sedap

  • Jika suka rasa lebih pedas, ketuk sebahagian cili padi merah

Nota:

  • jika anda suka lebih masam, lebihkan perahan lemon.

Saturday, May 22, 2010

Kelas Pizza & Cake Chef Steven Goh

Ini pulak kelas pizza dan kelas cheese cake yang dijalankan pada jam 2.30 petang. Kelas dikendalikan oleh Chef Steven Goh, chef yang baru kali pertama mengajar di bake with yen. sebelum nie chef banyak mengajar di Bagus. Kelas dijalankan di Room 2. ketika jam 2 petang, seorang pekerja BWY baru hendak mengemop lantai. bilik nie kotor sangat. bila kami masuk ke kelas, kerusi masih bertindan ditepi dinding, lantai basah. kami ambil jugak kerusi dan aturkan didepan meja panjang. Keadaan meja kerja juga amat kotor dan berabuk. jam 2.30 chef dok kalut menyiapkan barangan sebab dalam bilik nie apapun tak ada hatta peti ais punlangsung tidak dipasang. Chef goh sibuk mencari plag penyambung untuk pasang peti ais dan mesin penguli. Madam yen datang hantar kertas resepi yang baru difotokopi dan baru nak stapler. Chef cari dapur, dapur langsung tak ada dalam bilik masak nie. Madam kata beliau akan pergi beli. kami agak terkejut jugak, jam dah 2.40 petang tapi baru nak pergi beli stove.

Chef terpaksa lap sendiri meja kerja dan kain lap tersebut digunakan untuk lap bekas2 masakan yang berabuk. kami jadi rimas tengok chef sekejap kehulu kehilir cari barang dapur sampaikan sudupun tak ada. chef mulakan jugak mengajar dengan membuat baked cocunut cheese cake sbb resepi nie tak guna dapur. Akhirnya dapur dihantar tapi dapur buruk yang hanya ada satu stove aje yang menyala.

Kelas di BWY sudah tidak semeriah dulu. Kelas nampak kotor dan serabut. Lipas berlari-larian di dalam kelas. Jika keadaan ini berterusan maka rasanya ramai chef tidak akan mengajar lagi disini dan kelas tidak akan semeriah dulu. Oleh kerana 'kesibukan' chef mencari alatan dapur maka kami tamat kelas dalam jam 5.30 petang dan masa nak balik tu baru nak suruh kami gi cari kotak untuk bawak balik makanan yg dibuat. kami hanya 5 orang dalam kelas, ingatkan bolehlah bawak balik lebih sikit sbb tak ramai orang tapi chef nie jenis kedekut. Pizza 3 biji hanya dipotong sebiji dan dibahagiakan 12 bahagian. 2 biji lagi dia bawak balik. Cheese cake dibahgikan separuh dan separuh tu pulak dipotong 6. Kami memang hampa sangat tengok 'kedekutan' chef dah lah kami bayar agak mahal RM60 untuk kelas nie.



Chef menggunakan pencucuh api untuk 'melonggarkan' bahagian tepi yoghurt mouse bagi memudahkan ia dikeluarkan dari love shape mould. kalau kita tak ada pencucuh nie guna aje hairdryer untuk melonggarkan mousse dari acuan.

gambar kanan, chef sedang mengeluarkan mousse dari acuan.











Chef mengeluarkan yoghurt mousse dari acuan dan menghias dengan coklat triangle.















Chilled starwberry yoghurt mousse sedang dihiasi oleh chef dengan coklat. Yoghurt mousse nie paling sedap. Rasa seperti ais krim stawberry, memang tidak puas makan. Chef potong dibahagian bawah mousse nie saja untuk dibahagiakan kepada kami berlima supaya stawberry kat atas tu tidak disentuh.







Ini pula Baked coconut cheese cake. Selalunya saya kurang sikit dengan cheese cake nie sbb muak tapi yang nie memang best sebab guna baked coconut. memang wangi kelapa bakar dan paling best sekali ia tidak terlalu manis sbb guna gula melaka.








Inilah sepotong yang diberi bawak balik oleh chef nie. sempatlah saya posingkan dalam light box saya. Cuma latar biru nie rasanya tidak sesuai sangat.









Pizza italian. sos pizza memang sedap dan memuaskan hati saya cuma dohnya kurang sikit. ia hanya sedap masa panas tapi bila sejuk, dohnya keras dan boleh baling ke dinding. Kami hanya dapat seorang sepotong pizza ini, kesian kami kan. dia sanggup simpan lebihan pizza nie dan 2 biji lagi pizza yang belum dipotong.

Walau apa pun saya memang berpuashati dengan Chilled strawberry yoghurt mouse. kesedapannya membuatkan saya lupakan 'keserabutan' dikelas tadi dan 'kedekutan' chef. Atleast berbaloi jugaklah bayaran RM60 tu untuk 3 resepi nie.

Kelas biskut chef Asma


Hari nie satu hari saya kat bake with yen. Pagi jam 10 saya masuk kelas biskut chef asma. Kami belajar 6 jenis biskut. So inilah aktiviti saya seharian hari nie.
























6 jenis biskut yang kami belajar pada pagi nie. Tayang gambarlah dulu, nanti bila saya dah cuba resepi nie saya akan paparkan kat blog.



Spa Q Cookies

Cashewnut drizzle


Raferro Nutty

Coconut Melting Cookies
Hazelnut Praline Cluster

French Rocher

Friday, May 21, 2010

ubah suai blog

lega rasanya, kerja-kerja 'renovation' blog nie dah selesai. Bukan senang nak ubah 'rupa' baru blog untuk orang yg bukan 'IT person' macam saya. Harap-harap rupa blog nie dapat bertahan lama sikit sbb kalau saya rasa bosan saya akan ubah lagi.

Alhamdulillah saya dah saya dah dapat belajar cara nak buat gambar besar dalam blog. Puas belajar cara dalam tutorial tak boleh2 tapi akhir sekali saya berjaya ubah sendiri guna html. Dah lama saya cari template yang kosong macam nie, kalau lepas nie bosan dengan gaya nie saya boleh ubah dengan tukar color dan gambar sahaja tanpa perlu tukar rangka lagi. kerja2 ubah suai nie makan masa lama sikit sbb celcom berukband sentiasa dalam mood macam nie.

tengoklah ia sentiasa berada di 0.00 kbps sebab tu lama nak siapkan ubahsuai blog nie. Malam nie ok pulak sbb tu boleh siap. Celcom nie kadang-kadang ok kadang2 buat hal, ia tidak segah namanya. Nak langgan pakej mahal tak berbaloi sbb hanya guna malam saja. So kepada yang tinggalkan pesanan kepada saya, maaf kalau saya reply lambat. Saya hanya jenguk blog dalam jam 8 -10 mlm sahaja.

Sunday, May 16, 2010

Talam Cendol






Sudah lama tidak mengukus, oleh kerana masa mengemas peti ais tadi ada sebungkus cendol yang telah lebih sebulan dibeli maka saya buat Talam Cendol pada malam ini. Esok boleh bawa ke pejabat. Trick, untuk elakkan diri dari makan banyak sbb tu saya buat malam ahad supaya boleh bawak ke pejabat on monday.









TALAM CENDOL

Sumber: Kelas talam chef asma

Publish by: Resepidaria.blogspot.com



Lapisan bawah


Bahan A



  • 200gm tepung beras*

  • 250ml santan pekat*

  • 450ml air*

  • 1 tbsp tepung jagung*

  • 150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)

  • 1 tsp garam

Bahan B


200gm cendol @ 1 paket kecil


Cara-caranya:-


  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A

  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)

  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata

  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik

  5. Kukus selama 25 minit

  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu

Lapisan Atas


Bahan-bahannya:-


Bahan A


  • 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)

  • 50gm gula castor

  • 500ml air

Bahan B


  • 150gm tepung gandum

  • 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)

  • 250ml santan pekat

  • 1/2 tsp garam

Cara-caranya:-




  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar

  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati

  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk

  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)

  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit



Pulut Kuning dan nasi kukus



Sebelum masuk tidur semalam, saya dah rendam beras pulut sebab teringin sangat nak makan pulut kuning sebagai sarapan pada pagi hari ini. Saya buat sambal sardin sebagai pelengkap pulut kuning. Simple saja sarapan saya pagi nie. Resepi pulut kuning saya dah pernah postkan dulu manakala sambal sardin, mudah sangat....anda lebih pandai buat dari saya. Telur tu saya buat telur dadar nipis dan kemudan potong halus

Kalau dah masak untuk makan seorang, selalunya saya akan buat sesuatu yang amat-amat simple. Nasi selalunya saya masak sekali sekala sahaja. Kalau saya teringin nak makan nasi, saya akan buat nasi kukus sebab kalau masak guna rice cooker, kena masak banyak sedangkan saya cuma nak makan sikit saja. Lagipun nasi kukus lebih sedap dan gebu.

Nasi Kukus
Sumber: Buku Mudahnya memasak nasi, nukilan Chef Hanieliza


Bahan-bahannya:-

1/2 cwn beras- dibersihkan dan direndam 4 jam
1/2 cwn air


Cara-caranya:-
  1. Masukkan beras dan air dalam bekas tahan panas dan kukus selama 30 minit
  2. Selepas 30 minit, tutup api dan biarkan ia sebentar didalam periuk kukus.

Ini nasi kukus yang saya buat tengahhari tadi. Kalau anda peminat filem korea, anda pasti pernah terlihat adegan dimana jika pelakon makan seorang diri mereka akan masukkan semua lauk pauk dalam bekas besar dan kemudian gaulkan. Hari nie saya buat macam tu, bukan hari nie je memang selalu.....saya panaskan lauk2 baki yang disimpan dalam peti ais dan kemudian masukkan kedalam nasi kukus dan gaul rata.

Hari nie saya ubah template blog nie, saya suka yang simple dan tidak 'berat' dan sarat. Template nie nampak agak 'kosong' dan lapang, template sebelum nie cantik tapi agak berat. Bila kita meletakkan terlalu banyak widget kat blog, blog akan jadi berat dan ada beberapa blog yg dalam list saya, saya tidak boleh open bila mengunakan komputer kat umah sbb akan selalu 'tersangkut' sebab terlalu berat.

Saturday, May 15, 2010

Cornflakes Crunchy

Tengah excited untuk ambil gambar dengan photo light box yang saya tekun membuatnya sampai tengah malam semalam dan pagi tadi perkemaskan sedikit. Masih kekurangan sebab saya guna kertas putih A 3 saja. Sanggup buat something supaya dapat ambil gambar. So terhasillah biskut nie. Resepi nie saya dah pernah postkan dahulu, oleh kerana tak bubuh lorekan coklat maka saya buang perkataan dizzled kat nama biskut nie. Bahan guna apa yang ada kat dapur je.

Cornflakes Crunchy
Sumber: Nota kelas masakan chef Asma di Bakewithyen

BAHAN-BAHAN

Bahan A

150gm butter
100gm gula castor

Bahan B

1 tsp esen vanilla
1/4 cup air sejuk

Bahan C

170gm tepung gandum
1/8 tsp cinnamon powder (saya tak masukkan)
1 tsp bicarbonate of soda (ayak semuanya)

Bahan D

80gm cornflakes - dikisar (saya tambah lagi 20gm)
30gm chocolate rice (saya tak masukkan sbb tak de)


CARA-CARANYA
  • Bahan A diputar sehingga kembang dan masukkan bahan B
  • Ayak bahan C dan digaul bersama bahan D

  • campurkan kedalam bancuhan pertama tadi. Adun sehingga sebati

  • Ambil 1/2tbsp dan bulatkan. letakkan atas loyang dan tekan dengan garpu

  • Bakar sehingga masak dan sejukkan



Roti Kaya Goreng telur

Sebenarnya saya tak tahu nama roti nie. Saya selalu makan roti nie bila keluar lepak kat kedai mamak dengan kawan-kawan lepas mereka habis buat overtime masa dulu-dulu kat Balakong. My fren always order roti kaya goreng telur n saya pun cuba jugak pastu terus jadi habit bila gi kedai mamak tu. Oleh kerana masa order tu, mamak tu faham kami nak roti so ini lah kot nama roti nie.

Ini satu dish untuk menambahkan ketebalan inci lemak kat badan. Makan sekali sekala bolehlah....jangan selalu. Ini adalah sarapan saya pagi nie. pagi nie sanggup tak gi gym sbb nak buat photo light box sbb selalu bila saya masak, saya akan masak waktu malam jadi gambar bila ambil waktu malam tak cantik sangat. jadi inilah hidangan pertama guna photo light box. nanti saya masukkan step by step cara nak buat photo light box.


Roti Kaya Goreng telur

Bahan-bahannya:-

2 keping roti gardenia atau roti putih
1 biji telur
sedikit kaya (saya guna kaya pandan yang dibuat 2 hari lepas)
sedikit butter
sedikit minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-
  • Sapukan butter pada satu keping roti dan sapukan kaya pada roti yang satu lagi. telangkupkan bersama. Ketebalan kaya dan butter terpulang pada anda tapi kalau letak banyak kaya memang sedap.
  • pecahkan telur, pukul sedikit. Masukkan dalam pinggan leper


  • Letakkan roti tadi dan biar ia serap telur sebentar dan terbalikkan sebelah lagi
  • Ada lebihan telur boleh buat untuk sekeping lagi


  • Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, jangan banyak. Guna api sederhana supaya ia masak rata

  • Masukkan roti celup telur tadi dan biarkan ia perang dan terbalikkan sebelah lagi.
  • Angkat dan letakkan atas tuala masakan supaya minyak berlebihan diserap. potong dan hidangkan.


    Ini gambar tanpa guna light box, gambar ambil waktu siang so x de problem sgt


    Ini gambar diambil dalam light box yg baru siap sebentar tadi wp masih belum lengkap sepenuhnya.