Hari pertama kami
menaiki angkutan kota (Rp3,000 seorang) menuju ke Pasar Baru dari pasar Dago
iaitu lebih kurang 5 minit dari homestay kami. Pelancongan kami ke Bandung
lebih kepada “adventure travelling” sbb kami tidak mengunakan
khidmat agen pelancongan. Sesampai di Pasar Baru yang baru sahaja hendak di
buka dalam jam 9 pagi (pagi disini terasa amat panjang, waktu subuh lebih
kurang jam 5 pagi dan selepas mandi dan sembahyang, sarapan….kami
masih menpunyai masa terluang yang panjang sbb semua kedai beroperasi jam 9
pagi). Barangan yang patut anda beli disini adalah kain telekung sembahyang,
kain sulaman, busana
muslim. Ada
beratus-ratus lot-lot kedai menunggu anda disetiap tingkat sehinggalah
ketingkat 6. Pada awal ketibaan disini saya merasakan tiada apa yang menarik
tetapi hanya rasa serabut dengan penjaja jalanan yang sentiasa mengelingi
kita. Tapi bila kita betul-betul explore setiap lot kedai disetiap tingkat,
banyak benda-benda menarik yang boleh kita temui selain kain telekung dan
baju-baju kebaya sulam. Disini urusniaga berakhir jam 6 petang. So
seharianpun anda belum tentu akan habis melawat lot kedai disetiap tingkat.
Waktu pagi dan
tengahhari kami habiskan di Tangkupan Perahu dan Kampung Baru, kami meminta
supir membawa kami ke Factory Outlet (FO)yang menjual tas tangan. Kami
dibawa ke satu FO (tak ingat nama) harga barang mahal tapi boleh tawar,
tiada yang menarik maka kami ke Rumah Tas di No 30 Jalan Lembong, disini wp
harga tas adalah tetap (tidak boleh tawar) tapi harganya adalah logik
berbanding FO lain. Harga sekitar Rp260.00 sehingga Rp1.5 juta mengikut
jenama dan kualiti Gred. Kami rekemenkan anda untuk terus beli tas tangan di
sini kerana harganya boleh tahan juga wp di Pasar Baru anda boleh tawar lagi
dengan harga yang lebih murah Hari ini kami menaiki angkutan kota menuju ke Jalan Dago dengan bayaran sebanyak Rp2500 (RM0.75). Sebenarnya jika kami hendak berjalan kaki dari pasar Dago pun boleh tapi oleh kerana disini pavement tepi jalannya tidak diurus baik oleh kerajaan tempatan sehingga ianya rosak dan slippery akibat berlumut. Apa yang kami perhatikan kemudahan asas amatlah minimum, jejantas untuk melintas jalannya begitu nyeri bila tengok.
Kami turun di GMC iaitu money changer yang terletak di sebelah Kartika Sari (Jika hendak berhenti sebut sahaja "kiri" sbb dalam angkutan tiada loceng dan jika anda sebut'stop' atau 'berhenti' supir buat tak tau ajelah). Jika ingin menukar wang di GMC kena datang awal iaitu dalam jam 8 pagi kerana kat sini ramai orang dan kena menunggu agak lama sebelum tiba turn tukar wang. Kadar tukaran pada hari ini adalah Rp 1000 = RM0.366. Kadar yang lebih rendah dari kadar tukaran di Malaysia. Oleh itu jika anda hendak ke Bandung, tukar sedikit dulu di M'sia dan tukar selebihnya di GMC....hanya di GMC sahaja tau sbb kat tempat lain tak dapat kadar nie.
Selepas selesai sahaja menukar wang, kami memulakan projek ' mengeledah' FO yang begitu banyak disekitar jalan Dago ini.
Jika anda ke FO Jalan Dago, jangan lupa singgah di Grande. Baju kanak-kanak perempuan amat cantik disini. Anda boleh mendapatkan gaun-gaun cantik jenama Burberry disini dengan harga sekitar Rp100.000.
Apa yang pasti sepanjang 4 hari di sini, 2 kali ke Pasar Baru, 2 kali ke FO di Jalan Dago sbb bila balik ada saja yang masih nak dibeli. Kami tidak pergi ke tempat lain seperti Rumah Mode atau Heritage kerana di Jalan Dago dan Pasar baru sahaja dah tak larat nak 'jelajah'. Oh ye kat sini teksi agak mahal ye....mereka tidak guna meter, anda hanya akan bernasib baik kalau dapat tahan teksi 'bluebird' tapi agak jarang nampak. Tambang minima adalah Rp20.000. Pengangkutan angkutan kota menguasai 90% dari pengangkutan awam disini....merekalah yang sebenarnya menyebabkan bandar Bandung sesak teruk sbb mereka akan berhenti dan ambil penumpang sesuka hati.
Mungkin anda tidak akan percaya jika saya beritahu inilah kos saya selama 4 hari 5 malam di bandung (tidak termasuk kos yang habis untuk shopping) :
-
Tambang Airasia + bus ke LCCT pergi dan balik =RM154 seorang
-
van dan makan di Tangkuban Perahu dan Kg Daun= RM 66 seorang
-
Penginapan (Homestay) =RM112 (4 hari 5 malam-nie portion utk seorang)
-
Pengangkutan (angkutan kota) =RM 8 seorang
-
Van ke airport =RM8 (portion utk seorang)
-
Jumlah keseluruhan RM348
Walaubagaimanapun dengan kadar tukaran matawang kita yang semakin tinggi berbanding matawang rupiah kemungkinan harga di bandung tidak akan menjadi murah pada masa akan datang so harga diatas adalah berdasarkan kadar tukaran yang saya buat pada tarikh semasa. My friends pernah cerita bahawa ketika beliau ke Bandung dulu, beliau dapat membeli telekung yg cantik dengan harga RM20 sahaja....puaslah saya cari telekung RM20 yang cantik tapi hampa sbb yang berharga murah berkualiti rendah so masa tu baru terfikir bahawa semasa dia datang 8 tahun yg lepas kadar tukaran wang kita dalam sekitar Rp1000=RM0.220. Dah tentulah murah....
Oh ye saya ada beli telekung kain kapas jepun sulam penuh RM75 sepasang tapi kat KL dijual dengan harga RM250 sepasang so kalau beshopping tu belilah yang berkualiti sbb harganya tidaklah semahal KL, kalau yang kualiti murah kat KL pun banyak.

