Sebenarnya bukan mudah saya
                                            nak dapatkan resepi kuih goreng bakawali nie. Dah bertahun saya dok mintak
                                            kat makcik saya yang sorang nie tapi tak diberinya. Dia buat cukup
                                            sedap....kalau raya kami mesti mintak bawak balik sebalang. Tahun nie saya
                                            nak buat jugak dan kebetulan dia mintak saya tolong belikan pengukus Trio
                                            untuk dia so masa nie nak bodek mintak resepi (dia kedekut tahap gaban bab
                                            nak kongsi resepi dengan orang). 
                                        Saya: Pengukus dah ada kat
                                            umah, bila nak datang ambik. Mak Cik X boleh bagi resepi kuih 'maruku manis'
                                            yang mak Cik X selalu buat tu?
                                        Mak Cik X: Alah senang
                                            je....pakai satu pek tepung pulut bla bla bla......lepas tu tuang air.
                                            bancuh AGAK-AGAKLAH sampai boleh tekan.
                                        Saya: Yelah AGAK-AGAK tu
                                            macam mana. Banyak mana air, banyak mana gula?
                                        Mak Cik X: hang agak-agak
                                            jelah
                                        Macam mana puan-puan
                                            sekelian......rasa-rasa boleh buat ke kalau instruction dia banyak
                                            "AGAK-AGAK LAH".
                                        2 hari lepas tu saya call
                                            lagi sebab pengukus trio tu dia belum datang ambik lagi dan belum bayar duit
                                            kat saya lagi.....kot-kotlah dia lembut hati nak bagi resepi betul-betul dan
                                            lepas tu saya pulak lembut hati dan kata "tak apalah mak cik X, saya
                                            sedekahkan pengukus tu tak yah bayarlah cehhhhhhh"
                                        Saya: Alah.....mak cik X,
                                            cadang nak buat kuih tu hari nie tapi resepi yang tulis haritu hilang pulak.
                                            Boleh bagi tau sekali lagi resepi tu.
                                        Mak cik X: alah hang nie. Ni
                                            salin bahan-bahannya bla....bla....bla.
                                        Masa tu kat tangan saya ada
                                            kertas resepi tulisan awal.....sahaja nak double confirm ternyataaaaa ada
                                            satu bahan dia tak sebut masa awal dulu....bila tanya sukatan atau
                                            cara-caranya dia jawap AGAK-AGAKLAH.
                                        Hari rabu saya cuba buat
                                            bancuhan......tekan-tekan dalam acuan maruku sampai tegang urat leher sebab
                                            tepung tak mahu keluar dari acuan dan kuih pulak tak garing.....lembik kat
                                            belah dalam....macam lemau. Cuba jugak berkali-kali untuk dapatkan hasil
                                            yang elok namun tak berjaya jugak maka saya ambik tepung tu dan masuk
                                            peti.
                                        Petang semalam singgah kedai
                                            beli lagi tepung lagi dan dalam jam 5.30 petang, saya buat bancuhan
                                            lagi.....mula2 memang naik urat-urat leher saya menekan acuan lepas tu
                                            tambah air lagi....tekan ok tapi tekstur tak sama.....tambah tepung
                                            pulak....lepas tu tambah air....last2 sekali habis jugaklah satu bancuhan tu
                                            saya tekan dan mujur tak kekejangan urat-urat leher dan tangan sebab menekan
                                            acuan maruku. Inilah hasilnya.......
                                        Resepi kuih nie saya tak dapat berikan sebab saya buat dengan cara try n error, masa tu tak ingat nak bersukat atau timbang sebab instrution yang saya terima "agak-agak" je. nanti kalau saya publish dan ada yang cuba tapi tak menjadi.....mengamuk kat saya pulak.
 
                         
                                            
2 comments:
kak, saye bace tergelak2 part " AGAK-AGAKLAH ". tp akak buat guna try n error jadi jugak ye. hehe.
salam hakimi,
sebenarnya cubaan pertama tak menjadi. Buang satu bancuhan tepung. Cubaan kedua, puas jugaklah menekan acuan sampai rasa fed up tapi oklah boleh makan dan ranggup. Nanti sy cuba buatlah lagi utk cubaan ketiga...lepas tu sy masukkan resepi.
Post a Comment