Dah lama betul tidak memasak.....sekarang kami
                                            semua tengah sibuk nak buat 5S, jadi bila balik rumah memang dah tak larat
                                            nak ke dapur. Semalam my fren bawak daun pandan ke pejabat untuk dijadikan
                                            bahan pewangi semula jadi. Banyak betul pokok daun pandan yang berdaun halus
                                            yang dibawak....saya ambil sepokok daun pandan untuk dibuat kuih seri muka
                                            pandan. Bawak pergi ofis pagi tadi.....potong kat pantri dan ambik gambarpun
                                            kat pantri jugak. Kalau nak buat food presentation memang tak bolehlah kalau
                                            kat pantri ofis sebab bila setiap kali staf masuk pantri dia akan
                                            tanya 'mengapa ambik gambar kuih tu....."....jenuh nak menjawap. Sorrylah
                                            food presentation fail.....cepat-cepat potong pastu pakai letak je atas
                                            pinggan dan terus ambik gambar.
                                        
                                        
                                          Alhamdulillah kuih serimuka nie tak lembik dan
                                            tak keras.....sedang-sedang aje. Bila potong dengan pisau pun(pisau kat ofis
                                            tu, potong jaripun tak putus).....cantik je. Resepi nie adalah salah satu
                                            resepi dari kelas talam Chef Asma part 1. 
                                        
                                        
                                        
                                          Ini kali kedua saya buat seri muka guna resepi
                                            nie, jadi ada sedikit adjustment yang saya buat sebab saya tak suka makan
                                            pulut yang lembik....jom tengok resepi seri muka pandan nie.
                                        
                                        Sumber: Kelas Talam Chef Asma part 1
LAPISAN BAWAH
Bahan-bahannya:-
- 500gm beras pulut
- 250ml santan pekat (asal 300ml)
- 250ml air (asal 300ml)
- 1 1/2 tsp garam halus (asal 2 tsp)
- Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam 2 jam sahaja)
- Basuh bersih dan toskan sehingga air kering
- Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit
- Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati
- Masukkan dalam loyang dan tekan padat...contoh seperti gambar dibawah.
- Sapukan sedikit bancuhan lapisan bawah
                                          LAPISAN ATAS
                                        
                                        
                                          Bahan-bahannya:-
                                        
                                        
                                          Bahan A
                                        
                                        - 
                                            250gm gula castor @ 200gm gula pasir (asal 300gm)
- 
                                            80gm tepung kastard
- 
                                            400ml santan pekat
- 
                                            400ml air
- 
                                            20gm daun pandan (diblender dengan air diatas
                                          Bahan B
                                        
                                        - 
                                            3 biji telur-dipukul rata (asal 5 biji)
- 
                                            1/2 tsp garam halus
- 
                                            1/4 tsp pandan esen
- 
                                            pewarna hijau secukupnya (jenama starbrand)
                                          Cara-caranya:-
                                        
                                        - 
                                            Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata.
- 
                                            Masukkan bahan-bahan B dan kacau sehingga rata
- 
                                            Tapis dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap
- 
                                            Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
                                          Sukatan diatas adalah untuk loyang 10 x 10 x
                                            2
                                        
                                        
                                          Nota:-
                                        
                                        - 
                                            Saya guna sekotak santan pekat 500gm jadi saya cuma guna 200ml santan pekat dan 300ml air untuk lapisan bawah. Lapisan atas pula saya kurangkan santan pekat menjadi 300ml dan air ditambah menjadi 500ml.
- 
                                            Saya sapukan sedikit minyak diatas loyang 10 x 10, lepas tu saya lapik sekeping plastik diatasnya.
                                          
                                        
                                       
                         
                                              
2 comments:
Alhamdulillah saya telah cuba buat kuih seri muka ini dan ia menjadi dengan cantik dan rasanya memang sedap. Terima kasih sudi berkongsi resepi ini dengan kami semua. Teringin juga ikuti kelas chef Asma tu tapi saya tinggal di Terengganu jadi susah sikit ke sana sebab tak kenal jalan. Terima kasih sekali lagi bdaria (tadi telah cuba komen tapi hilang, ini cuba sekali sebab amat menghargai apa yang bdaria berikan..terima kasih). Suraya Ahmad.
Salam Suraya,
Alhamdulillah menjadi serimuka yang suraya buat. Selalunya bahagian atas yang akan lembik kalau tersilap sikit...tapi yang pasti memang sedapkan. Saya suka sangat resepi nie. Klu suraya ada peluang, masuklah sekali kelas chef nie. Sy banyak masuk kelas masakan tapi sy tak pernah puji klu sy rasa tak puas hati. Anda dpt lihat dari tulisan saya bila sy tulis pasal kelas tapi kelas chef asma lain.....saya banyak puji...betul tak.
Post a Comment