

Cadangnya nak buat cucur
                                            udang makan dengan kuah kacang. Setiap kali pergi ke supermarket asyik
                                            terlupa nak beli kacang tanah, last2 buat cucur udang makan dengan sos cili
                                            saja. Setakat nie cucur udang yang paling sedap yang pernah saya makan kat
                                            kelana jaya nie adalah dekat restoran tepi tasik kelana jaya. Kat situ cucur
                                            udang kuah kacangnya boleh tahan sedap. 
Cucur Udang
                                        Bahan-bahannya;-
                                        200gm tepung gandum
                                        
                                        50gm tepung beras
                                        
                                        200gm udang (saya buang ekor
                                            dan kepalanya sbb saya masukkan sekali dalam tepung)
                                        1 ikat daun kucai-dipotong
                                          
                                        1 biji cili merah-dihiris
                                            halus
                                        1/2 tsp baking powder
                                        
                                        1 biji telur
                                        sedikit serbuk kunyit
                                        
                                        1/2 tsp cili boh
                                        1/2 tsp gula
                                        sedikit garam
                                        air secukupnya
                                        Cara-caranya:-
                                        - 
                                            Satukan tepung dengan semua bahan kecuali air dan telur. Gaul rata
- 
                                            Masukkan telur dan gaul sebentar
- 
                                            Masukkan air biasa sedikit, cukup untuk basahkan tepung sahaja
- 
                                            Kemudian baru masukkan air panas sedikit demi sedikit didalam bancuhan tepung.
- 
                                            Kacau dengan senduk kayu sehingga tepung sebati
- 
                                            Biarkan sebentar selama 15 minit.
- 
                                            Goreng sehingga kekuningan
- 
                                            ia amat sedap dimakan bersama dengan kuah kacang atau sos cili
 
                         
                                              
1 comments:
tq..cheff kecikk.....kalau aderr resepi harian macam niii boleh la kongsii lagi dgn kami yang tak berkesempatan belajar cara terbaik dan mudah macam nii..terima kasihhhh
dr inafazilah sgbuloh
Post a Comment