Ini kuih yang mak saya buat untuk sarapan pada pagi jumaat. Happy sungguh bila mak bagitau dia tengah perap bancuhan cucuq kembong. Saya tak tahu kalau ada nama lain bagi kuih nie. mak saya kata nama kuih nie kuih bom...tu yang pelik sebab kuih onde2/kuih bijan pun dipanggil kuih bom tapi senang sebut sajalah cucuq kembong. bagi orang2 utara kuih nie memang biasa dibuat dan paling sedap dimakan bersama kopi panas terutama bila petang2 lepas balik dari bendang. fuhhh.....sedapnya. Teringat arwah datuk saya....ini kuih favorite beliau. Kalau dapat kopi panas pekat, sebekas besar kuih nie dia boleh habiskan cicah dengan kopi.
Cucuq kembong
Saya yang buat kuih tu jadi
                                            bulat2...cewah dah lama tak asah skill buat kuih nie. Untuk pengetahuan anda
                                            semua, mak saya adalah tukang masak di Tahfiz Al-Quran yang dimiliki oleh
                                            adik saya ipar saya. Jadi bancuhan kuih ini adalah sebanyak 5 kilo tepung
                                            gandum so dekat 40 minit jugaklah berdiri depan dapur mengoreng kuih
                                            nie.
Buah ara
Lauk tengahari mak saya
                                            masak gulai kambing dengan buah ara. First time saya makan buah ara. Inilah
                                            buah ara, anda pernah tengok buah nie. Ada orang suka buah nie dimasukkan
                                            bila masak kambing tapi saya kureng sikit mungkin pertama kali makan. Bila
                                            petang saya buat colek ....buah mempelam epal bergayut2 kat pokok belakang
                                            dapur. Memang kegilaan saya dari kecil makan asam nie....pantang ada mangga
                                            mesti saya akan buat colek. Puaslah makan dengan anak2 saudara saya. Adik2
                                            saya yang lain tak minat.
Sarapan hari sabtu mak
                                            saya buat nasi lemak. Tengahhari pulak mak tak masak diasrama so kami buat
                                            keputusan untuk memasak dirumah adik saya. Semua adik2 saya berkumpul
                                            disitu. Saya masak tom yam campur, adik perempuan saya masak tempoyak ikan
                                            patin manakala mak saya buat kerabu perut dengan pucuk paku. Seronok betul
                                            kami makan beramai2 sampai habis nasi seperiuk besar. Empat orang adik dan
                                            lapan anak saudara saya ada bersama berkumpul dirumah adik (inilah rumah
                                            adik saya yg berkerja sebagai guru di Pahang manakala suaminya guru di
                                            Terengganu).
Sebelah petang kami makan keropok lekor dan popia
                                            sata yang dibeli di Dunggun oleh adik lelaki bongsu saya. Kalau anda biasa
                                            makan keropok lekor di tanjung lumpur, kuantan. Keropok nie rasa seakan2
                                            keropok lekor disana. Saya rekemenkan anda beli keropok lekor nie kalau
                                            singgah ke Dunggun, ramai orang luar datang cari keropok nie.
                                        
Keropok lekor 
Popia
                                            sata
 
                         
                                              
0 comments:
Post a Comment