.jpg) 
                                        .jpg) 
                                          Ada beberapa biji pisang
                                              montel sudah terlalu lembik dan tidak sedap lagi hendak dimakan. Saya
                                              cadang nak buat kek pisang sbb anak saudara saya minat sungguh dengan kek
                                              pisang. Malangnya telur dan minyak sayur tak ada. Saya teringat kuih lapis
                                              pisang semasa jenguk rumah kak ummi. Tak pernah makan lagi kuih lapis
                                              pisang so saya decide nak buat kuih nielah memandangkan baki santan kotak
                                              masih ada separuh kotak lagi dalam peti.
                                           
                                           
                                          
                                          Semasa buat bancuhan,
                                              terkhayal agaknya saya masukkan 3 cawan air dalam bancuhan sedangkan dalam
                                              resepi air + santan hanya 2 cawan sahaja. Alamak nak buat macammana
                                              nie...terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak bubuh air.....alamatnya
                                              rosaklah bancuhan. Nak tambah tepung lagi....isk tebal sangat nanti.
                                              Akhirnya saya cuba masak adunan seperti kuih talam iaitu masak sehingga
                                              naik wap. Alhamdulillah....ok jugak wp agak lembik sikit. itulah masa
                                              memasak berangan....inilah jadinya. ok inilah resepinya...resepi nie
                                              diambil dari rumah kak ummi. Resepi nie terdapat dalam buku Aneka Talam
                                              & kuih Lapis Chef Hanieliza.
                                          
.jpg)
                                          
                                          Kuih Lapis pisang (loyang bulat 7
                                                inci)
                                          Sumber: Aneka Talam & kuih lapis Chef Hanieliza, disumbangkan oleh
                                            kak ummi (ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com)
                                          Bahan-Bahannya:-
                                          Bahan A
                                          2 cawan santan 
                                          1 cawan tepung gandum
                                          1 cawan gula (saya guna gula castor)
                                          
                                          2 sm tepung beras
                                          2 sm tepung kastard/jagung (saya guna
                                              tepung kastard)
                                          Bahan B
                                          1 cawan pisang - dilecek
                                          1/4 cawan air
                                          Bahan C
                                          1/4 cawan air
                                          sedikit pewarna merah (saya guna sirap
                                              rose)
                                          Cara-caranya:-
                                          
                                            - campurkan semua bahan A dan kacau sehingga
                                                sebati. bahagikan kepada 2 bahagian.
- campurkan bahan B dalam satu bahagian dan
                                                kacau rata
- campurkan satu bahagian lagi dengan bahan
                                                C dan kacau rata
- Guna loyang bulat 7 inci, sapu sedikit
                                                minyak.
- Tuang hampir 3/4 cawan adunan B. kukus
                                                selama 8 minit
- Kemudian tuang 1/3 cawan adunan merah dan
                                                kukus selama 8 minit.
- ulang sehingga habis.
jika anda hendak detail sila
                                              ke blog kak ummi. beliau menerangkan dengan terperinci. saya guna kukus
                                              elektrik dan dulang saya alas dengan plastik. saya juga masak adunan
                                              terlebih dahulu maka cara saya agak berlainan dengan cara diatas. Saya
                                              terpaksa buat begitu sebab saya tersilap masukkan air dalam adunan. sirap
                                              rose saya guna sedikit sahaja sebab kat ofis saya ada kawan-kawan
                                              berbangsa cina dan mereka tidak suka kepada pewarna tiruan. 
                                          My fren puji kuih lapis pisang nie sedap.
                                              mereka kata pertama kali makan kuih lapis macam nie. saya pun suka dan
                                              memang sedap. 
                                          
                                         
                                      
                                    
0 comments:
Post a Comment