 Sebenarnya saya tak tahu
                                              nama roti nie. Saya selalu makan roti nie bila keluar lepak kat kedai
                                              mamak dengan kawan-kawan lepas mereka habis buat overtime masa dulu-dulu
                                              kat Balakong. My fren always order roti kaya goreng telur n saya pun cuba
                                              jugak pastu terus jadi habit bila gi kedai mamak tu. Oleh kerana masa
                                              order tu, mamak tu faham kami nak roti so ini lah kot nama roti
                                              nie.
 Sebenarnya saya tak tahu
                                              nama roti nie. Saya selalu makan roti nie bila keluar lepak kat kedai
                                              mamak dengan kawan-kawan lepas mereka habis buat overtime masa dulu-dulu
                                              kat Balakong. My fren always order roti kaya goreng telur n saya pun cuba
                                              jugak pastu terus jadi habit bila gi kedai mamak tu. Oleh kerana masa
                                              order tu, mamak tu faham kami nak roti so ini lah kot nama roti
                                              nie.Ini satu dish untuk menambahkan ketebalan
                                                inci lemak kat badan. Makan sekali sekala bolehlah....jangan selalu. Ini
                                                adalah sarapan saya pagi nie. pagi nie sanggup tak gi gym sbb nak buat
                                                photo light box sbb selalu bila saya masak, saya akan masak waktu malam
                                                jadi gambar bila ambil waktu malam tak cantik sangat. jadi inilah
                                                hidangan pertama guna photo light box. nanti saya masukkan step by step
                                                cara nak buat photo light box.
                                            Roti Kaya Goreng telur
                                            Bahan-bahannya:-
2 keping roti gardenia
                                                atau roti putih 
                                            1 biji telur
                                            sedikit kaya (saya guna kaya pandan yang
                                                dibuat 2 hari lepas)
                                            sedikit butter
                                            sedikit minyak untuk mengoreng
                                            
                                            Cara-caranya:-
                                            - 
                                                Sapukan butter pada satu keping roti dan sapukan kaya pada roti yang satu lagi. telangkupkan bersama. Ketebalan kaya dan butter terpulang pada anda tapi kalau letak banyak kaya memang sedap.
- 
                                                pecahkan telur, pukul sedikit. Masukkan dalam pinggan leper
- 
                                                Letakkan roti tadi dan biar ia serap telur sebentar dan terbalikkan sebelah lagi
- 
                                                Ada lebihan telur boleh buat untuk sekeping lagi
- 
                                                Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, jangan banyak. Guna api sederhana supaya ia masak rata
- 
                                                Masukkan roti celup telur tadi dan biarkan ia perang dan terbalikkan sebelah lagi.
- 
                                                Angkat dan letakkan atas tuala masakan supaya minyak berlebihan diserap. potong dan hidangkan.



Ini gambar tanpa guna light box, gambar ambil waktu siang so x de problem sgt

Ini gambar diambil dalam light box yg baru siap sebentar
                                                  tadi wp masih belum lengkap sepenuhnya.
 
                         
                                              
0 comments:
Post a Comment