
Citarasa saya dengan
                                                serimuka nie pelik sikit. Saya suka bahagian atasnya agak lembik. Saya
                                                juga tak suka kepada pewarna yang digunakan dalam makanan. Kalau nak
                                                beli serimuka saya akan pastikan bahagian atasnya tidak diletakkan
                                                pewarna hijau yg banyak. Balik dari kampung saya bawak balik banyak daun
                                                pandan. So hari nie saya buat Serimuka pandan guna resepi kelas Talam
                                                chef asma. Masa dalam kelas kami ada buat serimuka nie, bahagian atasnya
                                                memang menepati citarasa saya cuma bahagian bawah(pulut) resepi chef
                                                lebihkan air. Bahagian pulut nie terpulang kepada individu, ada yg suka
                                                pulut agak lembik dan ada yg suka pulut agak keras.
                                            
Saya buat 1/2 dari
                                                sukatan resepi dan dapatlah satu loyang kecil diatas. Ketika hendak
                                                membancuh bahagian lapisan atas, baru saya perasan yang saya kehabisan
                                                tepung kastard. Saya gantikan dengan tepung gandum tapi ikut sukatan
                                                tepung kastard so jadilah terlembik bhg atasnya. Untuk makan sendiri
                                                memang best sbb kena citarasa saya tapi kalau nak hidang kat orang,
                                                kuranglah sikit.
                                            Warna hijau lapisan atas
                                                serimuka yang saya buat, saya guna jus daun pandan sahaja. Wp bau daun
                                                pandan agak kuat sbb tapi berbaloilah daripada saya masukkan pewarna
                                                tiruan dalam tubuh badan saya. 
                                           
                         
                                              
0 comments:
Post a Comment