Monday, September 14, 2009

Biskut Bunga Cina



Biskut ini dibuat semalam. Adik gie sangat mengemari biskut nie, tahun lepas dia tempah 2 bekas dari kawan dia tapi biskut tu keras dan langsung tak sedap.

Tahun nie aku cuba buat sendiri ikut resepi ini. Biskut bunga cina nie memang sedap cuma sakit tapak tangan sajalah sbb menekan acuan dan resepi nie memang best.


Sumber: Nor_57@myresepi.com

BAHAN-BAHANNYA

100gm mentega ( aku guna anchor butter)
90gm gula caster/halus (just nice, tak manis sangat)
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi
ceri merah untuk hiasan (potong kecil2)

CARA-CARANYA

1. Pukul mentega dengan gula hingga putih/gebu. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.

2. Masukkan kedua-dua tepung sikit demi sedikit sehingga habis.

3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yang dah digriskan.

4. Satu acuan dapat 2 kuntum bunga cina, Jika rasa adunan keras dan susah nak tekan, ambil sedikit mentega dan campurkan dalam adunan sehingga sebati.

5. picit sehingga habis dan letakkan ceri diatasnya

6. Bakar pada kepanasan 175 c (bergantung pada oveb anda) dan bakar dalam 15 minit bergantung pada saiz bunga anda. Kalau saiz yang anda tekan kecil, tukar pada 10-12 minit saja. pastikan jangan sampai kuning sbb biskut nie akan berubah menjadi putih dan kalau kuning dah tak cantik.

7. Bila dah masak keluarkan dari oven dan jangan terus usik sbb ia akan berderai. Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk.

8. Kalau lepas bakar biskut nie dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh anda dah terlembek, so tambahkan tepung jagung sikit.

Monday, September 7, 2009

Anchor Butter







Aku selalu guna jenama Anchor untuk buat biskut. Jenama Golden Churn aku guna untuk buat tat Gulung sebab harganya agak mahal lebih kurang RM7.99 seketul. Jumat lepas aku telah pergi ke Giant dan beli 5 ketul butter Anchor dan 2 ketul Golden Churn. Aku beli Butter Anchor dengan harga RM5.99 seketul so habis RM30. Pagi tadi aku pergi ke Bake With Yen sbb baru teringat nak beli kacang gajus. WP cuti, Bakewithyen Puchong penuh dengan orang, sampai nak bergerakpun berlaga dengan orang.

Di BakewithYen harga Anchor hanyalah RM4.30 untuk salted butter dan RM4.10 untuk unsalted butter. macammana aku boleh terlupa pasal nie sedangkan tahun lepas aku memang beli kat sini semua bahan biskut. Untuk butter saja aku dah rugi RM1.69 X 5 = RM8.45. Aku boleh dapat lagi 2 ketul butter anchor kalau beli diBakewithyen. Bezanya kan.

Tahun depan kena ingatlah jangan beli lagi butter di Giant.

Roti gulung sardin


Ini jaudah untuk berbuka hari. Tiba dari Pahang jam 3.30 petang tadi. Ada roti sandwich dan 1 tin sardin, so aku decide nak buat Roti Gulung saja. Malas nak start kereta gi pasar ramadhan. Call mak kat umah, dia kata dia buat Kuih Talam dan cucur udang sebagai jaudah berbuka hari nie untuk adik2 kat umah sbb esok dia dah nak bertolak ke Mekah.
Roti Gulung Sardin
BAHAN-BAHANNYA
Roti sandwich gardenia 5-6 keping
2 ketul sardin
2 biji bawang merah-dimayang halus
2 ulas cili padi-di potong halus
1/2 sm jus limau kasturi
garam secukup rasa
gula sedikit
2 biji telur-dipukul sedikit
bread crumbs
2 sm tepung gandum + sedikit air
CARA-CARANYA
1. Satukan sardin, bawang, cili, garam, gula, jus sehingga sebati dan secukup rasa.
2. Potong sedikit bahagian tepi roti sandwich dan letakkan inti sardin dan gulung.
3. Letakkan sedikit tepung gandum yg dibancuh dihujung roti, gulung roti.
4. Celupkan dalam telur dan salut dengan bread crumb
5. Goreng.


Friday, September 4, 2009

celoteh 2

Ok aku dah masukkan semua resepi biskut yang diperolehi dari kelas masakan yang aku hadiri 2/3 tahun yang lepas. Sebenarnya aku dapat hadiri 2 kelas saje untuk biskut tapi banyak kelas untuk roti dan kek. Resepi biskut ini telah di buat dihadapan kelas oleh pengajar dan aku dapatlah rasa sample biskut tu tapi terus terang selepas tu resepi nie dok dalam fail tak keluar-keluar.

letih je gi belajar tapi tak pernah praktis, tahun nie disebabkan aku kena jaga anak-anak saudara kat Tganu selama 2 minggu so aku ada masa nak try resepi biskut nie dan resepi biskut lain dalam internet, nanti bila dah cuba aku masukkan gambarnya dalam blog nie. Adik aku baru pindah kerumah barunya dan ada kabinet dapur yang cantik, untuk menyesuaikan dengan kabinet tu dia belilah oven baru. Ustazah tu tak pernah lagi baking biskut kat oven baru dia so ada peluang nak try test dulu.

Sebenarnya risau jugak sebab selama nie tak pernah nak kena bangun awal pagi sediakan jaudah untuk sahur dan kemudian kejutkan budak2 kecil tu untuk bersahur. kalau hidup bujang senang je, bangun jam 5.10minit pastu ambil mangkuk, masukkan oat 7 sudu, madu satu sudu, potong kurma 5 biji, masukkan kekacang dan last sekali susu. kacau dan terus makan. Tak sampai 15 minit dah siap bersahur. Anak saudara yg sulong darjah 4, kedua darjah 2, ketiga tadika dan keempat umur 3 tahun serta baby umur setahun. Yang sulung dan kedua dah puasa penuh...yang ketiga tu puasa setakat jam 4.30 petang, dia bukak puasa bila dengar azan asar.

Bila hendak menyambut raya tahun nie lagilah sedih sbb mak, bapak saudara, adik dan suaminya pun ikut gi umrah. Aku tak pernah buat ketupat sendiri, kalau setakat balut ketupat tu oklah. Selalunya mak yang sediakan bahan-bahannya pastu dia sediakan adunannya, bila dah siap dia tolak besen kat aku untuk balutkan ketupat tu. Kalau rendang pulak tugas aku cuma sediakan bahan-bahan mentahnya dan mak jugak yang masak. tahun nie padan muka semua kena buat sendiri...kalau tak buat kesian kat budak-budak kecik tu nak beraya juga mereka. Lagipun adik-adik aku yang lain semua berkumpul kat rumah dikampung tahun nie wp tanpa Emak. Pertama kali dalam hidup kami berlima beraya tanpa mak disisi dan pertama kali bagi cucu-cucu mak yang lima tu beraya tanpa nenek dia dan tanpa ibubapa dia sekali. jenuhlah nanti aku nak kena pujuk bila 2 anak adik aku yang kecil tu melalak nak emak dia.

Almond Nutty Bar

Sumber: Nota kelas masakan

BAHAN-BAHAN

Bahan A
125gm Butter
50gm Majerin palffy(Vivo)-307
85gm majerin palffy (vivo)-300
(kalau tiada, anda boleh ganti dengan majerin jenama biasa-majerin palffy adalah utk buat
biskut lebih gebu)
120gm icing sugar

Bahan B
320gm Tepung red rose
40gm corn flour
40gm potato flor
20gm custrad powder
1/2 tsp baking powder
(ayak semua bahan diatas)

Bahan C
100gm almond - bakar dan mesin

Hiasan: kuning telur, whole almond (potong 2), chocolate collata(green chocolate)

CARA-CARANYA

1. Putar bahan A sehingga sebati
2. Masukkan bahan B dan gaul sebati
3. Rehatkan adunan selama 20 minit
4. Canai, terap dan sapu kuning telur
5. Bakar sehingga masak dan sejukkan
6. Hias biskut dengan coklat

Kabak Tatshi Cookies

Sumber: Nota kelas masakan

BAHAN-BAHAN

Bahan A
200gm Butter
50gm Shortening/crisco
120gm Brown Sugar

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
300gm Tepung gandum + 1/8 tsp baking powder
50gm Cornflour

Bahan D
50gm Sugee Flour
50gm Walnut-bakar dan kisar halus

Hiasan: Kuning telur, colour flakes, sunflower seed

CARA-CARANYA

1. Putar bahan A selama 4 minit dan masukkan telur
2. Ayak bahan C dan satukan dengan bahan D
3. Masukkan bahan C & D kedalam adunan A. Putar sehingga sebati sehingga menjadi doh
4. Rehatkan selama 15 minit, canai dan terap dengan acuan
5. sapu kuning telur dan hiaskan dengan colour flakes & sunflower seed

Thursday, September 3, 2009

Singgang Ikan Aye/Tongkol



Menu berbuka puasa aku pada hari nie. Masak singgang, goreng sawi dan buat tauhu bakar. Balik kerja jam 5 tadi, singgah kat Bintang beli ikan dan asam jawa. Sepanjang bulan puasa nie aku tak pergi lagi jenguk2 pasar ramadhan. Wp banyak belanja terpaksa dikeluarkan sbb kena beli semua barang dapur tapi aku rasa berbaloi. inilah masanya nak praktis ilmu memasak. Emak pernah perli aku bila dia tahu dalam setahun aku hanya memasak dalam bulan puasa aje. Masa dia datang rumah aku, dia tak jumpa beras dan gula. 2 - 3 tahun yang lepas rajinlah ikut kelas memasak tapi bila badan naik....aku mula diet dan aktif kat gym terus tak berasap dapur tu.


Aku mula tahu masak singgang bila adik aku Sabariah kawin dengan orang tganu. Dia kena belajar masak singgang sbb itu lauk wajib suami dia.


Singgang Ikan Tongkol

Bahan-bahannya
1 ekor ikan aye/tongkol
3-4 ulas bawang putih dimayang
2 cm Lengkuas - hiris nipis sekeping-sekeping
2 cm kunyit hidup
4-5 keping asam keping
4 cawan air
garam
cilipadi
Cara-caranya
1. Masak semua bahan dalam periuk dan reneh dengan api sederhana.
2. Bila mendidih, masukkan garam dan masukkan cili padi
3. hidangkan
Masak singgang nie, makin lama dipanaskan makin sedap. Aku buat dengan mengunakan 4 ketul ikan, alamatnya 2-3 hari baru nak habis sbb aku berbuka baru makan nasi tapi bila bersahur aku hanya makan oat. Itulah yang malas nak masak sbb makan sorang tapi bila bulan puasa kenalah masak jugak. Aku agak cerewet pasai makanan so kalau beli jaudah kat pasar ramadhan ada je yang tak kena tambahan pulak mahal sangat.

Double Chocolate Chips Cookies


Dah cuba buat resepi nie, memang sedap dan ranggup...sangat2 berasa coklatnya. Gambar tak begitu terang sbb guna kamera hp saja.


Sumber: Nota kelas masakan

BAHAN-BAHAN

Bahan A

150gm Butter
50gm majerin 300
50gm majerin 307
160gm Brown sugar

Bahan B

1 biji telur
¼ tsp esen vanilla

Bahan C

250gm tepung red rose/tepung gandum cap kunci
40gm serbuk koko
40 gm tepung jagung
1/8 tsp soda bicarbonate
1/8 tsp baking powder
1/8 tsp emplex

Bahan D

150gm chocolate Chips
50gm Walnut-bakar (cincang kasar)
50gm Kacang tanah – bakar dan cincang kasar

CARA-CARANYA

1. Putar bahan A hingga sebati dan masukkan bahan B
2. Ayak bahan C dan gaul bersama bahan D
3. Satukan semua bahan-bahan dan gaul sebati
4. Bulatkan adunan, letak atas dulang
5. Bakar pada suhu 150C hingga masak selama 10 minit

Biskut Sarang Burung

Sumber: Nota kelas Masakan

BAHAN-BAHAN

Bahan A

150gm Butter
20gm Crisco/shortening
100gm icing sugar
2tbsp penut butter
2 biji kuning telur

Bahan B

20gm tepung red rose/plain
100gm tepung naik sendiri
50gm tepung jagung
1 tbsp susu tepung
1/8 tsp baking powder

Bahan C

50gm oat-jangan kisar
20gm black raisin
30gm kacang tanah – dibakar dan dicincang
30gm gajus-dibakar dan dicincang
100gm kacang sotong/kacang botak

Hiasan: Paper cup, coco crunch & white coklat

CARA-CARANYA

1. Putar bahan A sehingga sebati & ayak bahan B
2. Satukan bahan B dan C. Satukan dengan bahan A
3. Gaul hingga sebati dan bulatkan adunan, masukkan kedalam paper cup dan bakar hingga masak
4. Sejukkan
5. Panaskan coklat dan paipkan coklat atas biskut dan tabur hiasan.


Nota:
- Apa-apa kekacang yang hendak dimasukkan dalam tepung hendaklah dibakar terlebih dahulu.

Chocolate Dipped Macaroon Cookies

Sumber: Nota kelas masakan Bakewithyen

Resepi untuk tidak membazir telur putih

BAHAN-BAHAN
60gm telur putih
100gm gula castor
4 tsp corn flour
2 cawan kelapa kering – bakar dulu

Hiasan: Dark Chocolate

CARA-CARANYA

1. Putar putih telur sehingga kembang dan masukkan gula
2. Akhir sekali masukkan corn flour dan kelapa kering
3. Bulatkan adunan dan bakar sehingga ‘golden brown’
4. Bakar pada suhu 140C selama 15 minit atau hingga masak
5. Sejukkan
6. Panaskan coklat dan celup separuh biskut kedalam coklat
7. Biarkan coklat keras dan susun dalam bekas kedap udara

Biskut Semperit Dumai

Sumber: Nota kelas masakan BakeWithYen

BAHAN-BAHAN

Bahan A
250gm Butter
150gm majerin 300
100 gm majerin 307
(kalau tak de gantikan dengan marjerin )
250gm icing sugar

Bahan B
1 biji kuning telur

Bahan C
260gm Corn Flour
260gm Plain Flour/red rose flour or tepung gandum cap kunci
260gm custard powder

Bahan D
150gm Dessicated coconut – bakar dulu

Hiasan: Kuning telur, almond strip dan red love

CARA-CARANYA

1. Putar bahan A sehingga sebati dan masukkan bahan B
2. Ayak bahan C dan gaul bersama dengan bahan D
3. Gaul hingga sebati dan rehatkan adunan selama 15 minit
4. Canai, terap dan letak hiasan
5. Bakar pada suhu 150C selama 15 minit atau sehingga masak
6. Apabila masak sejukkan dalam bekas kedap udara

Nota:
- Untuk disapu atas biskut. 1 biji telur kuning + 1 biji telur putih + pewarna kuning sedikit
- tanpa baking powder, doh kena lembut sikit
- Biskut yang diterap doh kena keras sikit
- Biskut yg dibuat secara drip, doh kena lembik sikit

Neschino Cookies

Sumber: Nota kelas masakan, BakeWithYen

BAHAN-BAHAN

Bahan A

130gm Butter
1tbsp Crisco
80gm Brown Sugar
20gm Gula castor
½ tsp Cappucino Emulco
½ tsp Coffee emulco
1 biji kuning telur

Bahan B

180gm Superfine Flour
1/8 tsp Baking powder
1/8 Emplex
2 tbsp cocoa powder
2 tbsp potato flour

Bahan C

20gm bertih jagung
2 tbsp nestum – mesin
30gm coco crunch – dimesin

Hiasan: Kuning telur, oats & Chocolate Rice

CARA-CARANYA

1. Putar bahan A sehingga sebati dan ayak bahan B
2. Satukan bahan B & C
3. Masukkan kedalam adunan A
4. Gaul hingga sebati dan rehatkan 15minit
5. Canai, terap dan letak hiasan
6. Bakar pada suhu 150 c selama 15 minit atau hingga masak
7. sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Roll Puteri Jawa Cookies

Sumber: Chef Asma Baking Class, BakeWithYen Puchong

BAHAN-BAHAN(230pcs)

Bahan A

300gm Butter
50gm Crisco/shortening
175gm gula castor

Bahan B

1 biji telur

Bahan C

350gm Plain flour/red rose flour
50gm corn flour
1 tsp baking powder

Hiasan: Bahagian pink campurkan 1/2 tsp strawbery paste dan sedikit warna pink
Bahagian plain campurkan 30gm halwa kundur (cincang)
Untuk salut gunakan almond nib digaul sedikit warna pink

CARA-CARANYA

1. Putar bahan A sehingga 'creamy' (sebati tapi jangan kembang sangat) dan masukkan bahan B
2. Ayak bahan C dan gaulkan bersama bahan A & B
3. Gaul hingga sebati dan bahagi 2 bahagian. 1 bahagian dicampur warna pink dan 1 bahagian 'plain'.
4. letakkan pink diatas bahagian 'plain' dan gulung dengan plastik. Selepas itu ambil sedikit adunan (cubit tepung)/kalau nak potong pun boleh jugak dan celupkan kedalam almond nib dan bakar apada suhu 150C selama 15 minit (sehingga masak).
5. Apabila masak, sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara

Nota
- Shortening boleh digantikan dengan marjerin 307 sebab shortening mudah hapak.

Strawbery Shortbread

Sumber: Chef Asma baking class, Bakewithyen 2005

BAHAN-BAHAN

Bahan A

200gm butter
100gm castor sugar
1 tsp strawbery essence
1 tbsp ais peti sejuk

Bahan B

200gm tepung red rose
40gm tepung jagung
30gm tepung kastard
50gm nestum-bakar dan mesin
2 tbsp bijan

Hiasan : Pink Chocolate Collata & hundred thousand

CARA-CARANYA

1. Putar bahan-bahan A sehingga sebati
2. masukkan bahan-bahan B dan gaul rata
3. Canai dan terap dengan acuan
4. Hiaskan dengan kuning telur
5. bakar hingga masak
6. Hias dengan coklat dan tabur hundred thousand sedikit

Cashewnut Ice-cream Cookies

Sumber: Bakery classes-June 2005, BakeWithYen

BAHAN-BAHAN

Bahan A

250gm Butter
100gm majerin palffy (vivo) -307
170gm majerin palffy (vivo) -300
240gm gula icing
1/8 tsp egg yellow colouring

Bahan B

640gm tepung red rose
80gm corn flour
80gm potato flour
40gm custard powder
1 tsp baking powder

Bahan C

100gm cashewnut - bakar dan mesin

Hiasan : Kuning telur, dark chocolate, star flakes

CARA-CARANYA

1. Putar bahan A sehingga sebati
2. Masukkan bahan B dan gaul sehingga sebati
3. Rehatkan adunan selama 20 minit
4. canai, terap dan sapu kuning telur (acuan berbentuk ice cream)
5. Bakar sehingga masak dan sejukkan
6. celup biskut dengan coklat dan tabur star flakes (celup dibahagian atas ais cream)

Drizzled Cornflakes Crunchy

Sumber: Nota kelas masakan chef Asma di Bakewithyen

BAHAN-BAHAN

Bahan A

150gm butter
100gm gula castor

Bahan B

1 tsp esen vanilla
1/4 cup air sejuk

Bahan C

170gm tepung gandum
1/8 tsp cinnamon powder
1 tsp bicarbonate of soda
(ayak semuanya)

Bahan D

80gm cornflakes - dikisar
30gm chocolate rice

CARA-CARANYA

1. Bahan A diputar sehingga kembang dan masukkan bahan B
2. Ayak bahan C dan digaul bersama bahan D
3. campurkan kedalam bancuhan A. Adun sehingga sebati
4. Ambil 1/2tbsp dan bulatkan. letakkan atas loyang dan tekan dengan garpu
5. Bakar sehingga masak dan sejukkan
6. Apabila sejuk. hiaskan dengan white chocolate

Hiasan : White chocolate dipipping halus

Mocha Casablanca

Sumber: Nota kelas masakan di bakewithyen

BAHAN-BAHAN

Bahan A

210gm unsalted butter
80gm gula aising
2 tsp cappucino emulco
1/8 tsp garam

Bahan B

200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
20gm tepung kentang
2 tbsp susu kentang
1/8 tsp baking powder

Bahan C

50gm chocolate rice

Hiasan : Chocolate Chip

CARA-CARANYA

1. Pukul bahan A sehingga sebati atau dalam 5 minit
2. Masukkan bahan B dalam adunan A dan adun sehingga sebati
3. Masukkan dalam noodle '4ft (size 4) dan paipkan bentuk bunga atau acuan bunga samperit
4. Letakkan hiasan dan bakar sehingga masak

Wednesday, September 2, 2009

Almond London

Sumber: Nota kelas masakan BakeWithyen

Bahan-bahannya

(A)

210gm butter (anchor)
210gm majerin
1/2 tsp esen vanilla
160gm gula aising

(B)

550gm tepung gandum @red rose flour
100gm corn flour
40gm potato flour
1/4 tsp baking powder
4 tbsp susu tepung

(C)

Whole almond secukupnya - bakar terlebih dahulu

Hiasan: Almond nip, white dan dark chocolate, papercup

Cara-caranya

1. Putar bahan A sehingga kembang dan ayak bahan B
2. Masukkan bahan B kedalam adunan A dan uli sehingga menjadi doh
3. Rehatkan adunan selama 15minit dan ambil adunan dalam anggaran 1/2 tsp, masukkan
almond dan bulatkan
4. Bakar sehingga masak dan sejukkan
5. Hiaskan dengan dark chocolate dan ditaburkan dengan almond nip atau dihiasi dengan white chocolate.


Nota: Saya dah buat biskut almond london guna resepi nie masa raya puasa lepas, hasilnya memang sedap dan ranggup sangat. Ramai puji sbb ranggup dan anak2 saudara asyik berulang je makan sampai tak sempat nak dihidangkan pada tetamu. So memang tak rugi anda cuba resepi ini. Gambar tak sempat nak ambik sbb sibuk sangat.

Crunchy Finger Cookies

Sumber: kelas masakan di bakewithyen

Bahan-bahannya

(A)

3 biji kuning telur
10gm gula castor

(B)

3 biji putih telur
70gm gula castor

(C)

70gm tepung gandum
20gm tepung jagung

Hiasan : Gula castor

Cara-caranya

1. Pukul bahan A sehingga kembang
2. Dalam bekas yang berlainan putar bahan B sehingga kembang
3. Akhir sekali satukan bahan A dan B dan campurkan bahan C. Paipkan adunan kedalam tray dan tabur gula.
4. bakar sehingga masak

Nota:
Jangan cair nanti tak jadi

Bskut Sangkar Emas @ Burung

Sumber: kelas masakan di BakeWithYen

Bahan-Bahannya

Bahan (A)

140gm butter (unsalted anchor)
30gm Gula Castor
30gm Brown Sugar
1/4 tsp esen vanilla

Bahan (B)

200gm tepung gandum or red rose flour
1/4 tsp soda bicarbonate
1 tbsp serbuk koko
secubit garam

Bahan (C)

30gm Chocolate Chips
20gm Almond Nib - bakar dulu
20gm cornflakes - ramas halus
2 biji ceri merah -cincang halus
20gm mixed fruit
(gaulkan kesemuanya)

Hiasan : White coklat, colourful rice

Cara-caranya

1. Putar bahan A sehingga sebati.
2. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan C
3. Gaul hingga sebati dan bulatkan adunan, masukkan kedalam acuan.
4. bakar sehingga masak 160C 15 minit
5. Bila sejuk, panaskan coklat dan hiaskan dengan hiasan

Mushroom Carrie Cookies

Sumber: Kelas masakan bake with yen

Bahan-bahannya

Bahan (A ) 250gm Butter
100gm gula aising
1 tsp Butter Emulco

Bahan (B ) 400gm Tepung Gandum
20gm Tepung Jagung
20gm Susu Tepung

Cara-caranya

1. Putar bahan A sehingga sebati.
2. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan A
3. Gaul hingga sebati dan rehatkan selama 15 minit dalam chiller
4. Canai, terap dan bakar. Bila sejuk letak hiasan

Hiasan (Royal Aising)

360gm gula aising
2 biji putih telur @ secukupnya
secubit cream of tartar
pewarna pink @ merah secukupnya

bancuh ikut lembut, kalau cair tambah lagi gula.





Tuesday, September 1, 2009

Florentines Cookies

Sumber: Kelas masakan Bake With Yen

Bahan-Bahan

Bahan (A)

200gm Butter
200gm gula castor
150gm UHT Whipping Cream
50gm Glucose (white colour)

Bahan (B)

250gm Almond Flakes - bakar
50gm Mixed peel
50gm Red Glace Cherries - potong kuib
1 tbsp tepung gandum - optional

Cara-caranya

1. Masak butter & gula hingga cair dan campurkan whipping cream dan glucose (dlm kuali)

2. Satukan bahan B dan kemudian masukkan dalam bahan A dengan api yang perlahan.

3. Kacau hingga rata dan tutup api. Sudukan bancuhan ke atas tray yang dilapik 'partchment paper'.

4. Bakar hingga masak pada suhu 160 c @ 170 c

Mee Rebus Ala Terengganu


Hari nie perut meragam saje. Dari pagi tak selesa betul.....habis kerja terfikir nak buat mee rebus terengganu. Resepi nie Sabariah yang berikan....mee rebus yang dia sediakan memang sedap.

Bahan-bahannya

2 ketul ayam - dipotong kecil

1/2 - 1 inci halia- hari nie saya lebihkan halia untuk buang angin

1 sudu makan lada hitam - ditumbuk

6-8 ulas bawang putih-dihiris

2 ulas bawang merah - dihiris

4 batang sawi

1/2 batang karot

1 biji tomato - dipotong 6

3-4 ketul fish ball

2-3 ketul fish cake

Udang @ sotong - ikut suka kalau nak masuk

taugeh - kalau suka

telur - kalau suka

Mee kuning

air secukupnya

garam secukup rasa


Cili padi

seulas bawang putih

garam

kicap manis


Cara-caranya

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehinggan naik bau. Masukkan air, lada hitam, halia, ayam dan renehkan dengan api yang sederhana.

2. Masukkan fish ball, fish cake, karot, tomato, udang, sotong dan sawi. Kalau suka pecahkan telur dalam kuah tapi dah terlalu banyak bahan so saya tak bubuh. Jangan lupa garam. Kalau anda suka bubuhlah 1/2 kiub ayam.

3. Basuh mee dan celur dengan air panas sebentar. Tapis dan hidangkan

4. Tumbuk cili padi + garam + lada putih hingga lumat. Masukkan kicap manis.

5. Hidangkan bersama taugeh yg telah dicelur.
======================
Saya suka mee rebus nie bila perut meragam. Lada hitam yg banyak, bawang putih dan halia direneh perlahan-lahan menghasilkan kuah yang menyegarkan. Bagus untuk buang angin.