Sunday, June 27, 2010

Kuih Cara Berlauk

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================



Ok ini projek saya yang kedua pada petang tadi. Beberapa hari lepas saya pinjam acuan kuih bahulu dari lela so petang nie cuba buat kuih nie dengan guna acuan tersebut. Sebelum nie saya selalu buat guna acuan yg beli kat BWY je dan tak jadi comel sangat kali nie saya betul2 puas hati sbb berjaya buat seperti yang saya kehendaki.Masa kat ofis lama dulu staff kat ofis selalu order kuih cara berlauk nie. Kuih cara berlauk tu berlainan sekali dengan yang selalu saya makan. Sejak tu saya sentiasa berexperimen resepi kuih cara supaya ia jadi seperti ini. Sejak remaja lagi memang inilah perangai saya, bila saya makan sesuatu yang sedap saya akan cuba buat sampai jadi macam yg saya makan tu. Dulu saya tak risau makanan membazir sebab ada anak2 jiran saya yang tukang habiskan semua masakan saya. Sekarang nie kalau saya berexperimen maka tong sampahlah yg kenyang. Untuk buat kuih cara seperti nie saya dah cuba hampir sepuluh bancuhan dan selalunya bila tidak jadi seperti yg saya kehendaki saya akan buang. Alhamdulillah...hari nie jadi elok sangat. Berbaloi experimen saya selama nie lepas nie kuih lain pulak.

Jika anda biasa makan kenduri di Pahang, mungkin anda pernah makan kuih bepang mihun yang berwarna-warni. Itu experimen saya seterusnya. Resepi dah ada cuma ia tidak menjadi seperti yang sepatutnya. Saya serve internet dan cari resepi bepang nie tapi tiada satu pun kecuali yg guna gula merah...itu bukan bepang yg saya cari. Bila dah berjaya nanti saya akan publishkan gambarnya.


KUIH CARA BERLAUK
Photo by resepidaria.blogspot.com
Resipi diadaptasi dari berbagai sumber


Bahan A
3 cawan tepung gandum
5 cawan santan
3 biji telur
1 sudu besar minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
200gm daging cincang
6 sudu kecil rempah kari
1 labu bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 cawan sos tiram
garam dan gula secukupnya

Bahan hiasan
3 batang daun sup-dipotong halus
2 biji cili merah-dipotong halus

Cara-caranya;-
Bahan A
  1. Campurkan semua bahan diatas dan kacau sehingga sebati. Jika anda mahu, anda boleh masukkan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.
Bahan B
  1. Tumis bawang putih, bawang besar sehingga garing dan naik bau. Masukkan daging dan rempah kari dan semua bahan2 diatas. Goreng sehingga air kering.
  2. Ketepikan.
Cara membuatnya
  1. Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak diacuan supaya tidak melekat.
  2. Tuangkan adunan tepung kedalam acuan, biarkan sebentar
  3. Masukkan sedikit bahan B ditengah-tengahnya
  4. Kemudian taburkan hirisan cili merah dan daun sup.
  5. Tutup acuan dan biarkan ia sehingga masak.
Jika anda mencuba dan ia tidak menjadi seperti yang saya buat, jangan putus asa....cuba lagi kerana saya pun mencuba berberapa kali baru dapat seperti diatas.

Apam Balik Coklat Durian

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Walau tak sihat hari nie, 2 projek nie tetap berjalan. Pertama sebab nak habiskan sepeket durian yg dalam peti tu dan kedua sebab nak pulangkan sarang kuih bahulu yg dipinjamkan oleh lela pada petang nie. Baru sebentar tadi saya kerumah lela menghantar sarang bahulu dan kuih2 yang saya buat nie...reseki anak2 beliau. Saya buat apam balik coklat durian bagi menghabiskan sepeket durian tersebut. Nak makan mentah dah tak berani nanti demam lagi sedangkan esok nak ke Sabah.Setelah menikmati apam balik nie....saya suggestkan supaya anda mencuba apam balik coklat durian ini untuk menaikmati kesedapannya. Memang sedap...tak rugi mencuba. Kombinasi coklat dengan durian memang menghasilkan satu rasa yang begitu mengasyikkan...cewah ayat. My fren kata kalau saya puji satu2 masakan memang mereka tension sbb cara saya bercerita menyebabkan meleleh air liur.


APAM BALIK COKLAT DURIAN
Photo by resepidaria.blogspot.com
Recipe by Majalah Sedap Bil 24


Bahan-bahannya(anggaran 20 keping):-

Bahan Apam Balik:
450gm tepung gandum
40gm serbuk koko
30gm susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
100gm gula pasir halus
1/2 sudu teh garam
600ml air
1 sudu teh yis segera
6 biji telur
60gm gula pasir
2 sudu teh soda bikarbonat
50gm marjerin, cairkan

Bahan inti:
200gm isi durian, kisar halus
250ml susu cair
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur
60gm gula pasir
4 sudu makan tepung jagung dan 4 sudu makan air, larutkan untuk memekat
5 titik pewarna kuning(sy tak masukkan sbb tak ada)
5 titik esen durian (saya tak masukkan sbb tak ada)

Cara membuatnya:
Inti
  1. Panaskan susu cair. Masukkan kisaran durian, pewarna kuning, garam, telur dan gula pasir. Kacau rata. pekatkan dengan larutan tepung jagung. Kacau sehingga meletup-letup. Masukkan esen durian. Kacau rata dan ketepikan. (Jangan sampai keras sangat
Apam Balik
  1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, susu tepung, serbuk penaik, gula halus dan garam. Kacau rata
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dipukul-pukul sehingga rata (saya guna whisk tangan). Masukkan yis segera dan kacau rata. Biarkan selama 30 minit
  3. Pukul ringan telur dan gula pasir. Tuangkan kedalam bancuhan tepung sambil dikacau rata. Masukkan soda bikarbonat dan marjerin cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan kedalam kuali rata anti lekat tanpa disapu marjerin. Biarkan kembang. Tutup dan biarkan masak.
  5. Sapukan inti. lipat dua. Sapukan permukaan apam balik dengan mentega
Pesan Sedap
  • Jangan sapu kuali rata dengan marjerin atau minyak kerana ia akan menyebabkan kulit apam balik berlubang-lubang.
Pesan saya
  • Anda boleh lebihkan sukatan inti sebab inti durian nie memang sedap. Anda boleh letakkan banyak sikit pada apam balik.
  • Anda boleh guna pan yang berpenutup supaya apam masak rata
  • Gunakan api perlahan supaya ia cantik

Kepak Ayam Bakar

Kepak ayam bakar nie saya buat untuk makan tengahhari nie. Masih tidak sihat lagi so saya buat yang simple ajelah untuk makan tengahari. Hari nie hanya berehat dirumah dengan harapan agar esok sihat sikit sbb esok saya akan ke Sabah seminggu untuk tugasan rasmi. Kepak ayam nie saya bakar dalam kuali sahaja sbb tu ia nampak hitam sikit, ia bukan hangit tapi itu adalah madu. Salah satu hidangan untuk orang2 yang berdiet. Kepak ayam nie sedap dan saya makan dengan brakoli dan karot yang direbus.

KEPAK AYAM BAKAR
Photo by resepidaria.blogspot.com
Recipes by Majalah Sedap bil 25

Bahan-bahannya(hidangan:6 orang)

12 ketul kepak ayam (saya guna 4 ketul sahaja)
2 sudu makan madu
50gm sos tomato
2 sudu makan kicap inggeris(sos lea n perrin)
2 sudu teh lada hitam kasar
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air perahan lemon
2 sudu makan unsalted butter
200ml air

Cara-caranya
  1. Lumur ayam dengan madu, sos tomato, kicap inggeris, lada hitam dan garam. Perap 1 jam dalam peti sejuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan masak sehingga rempah menyerap. Masukkan air perahan lemon dan mentega. Kacau rata dan angkat.
  3. Bungkus dengan kertas aluminium yang telah disapu mentega
  4. Bakar selama 35 minit dengan suhu ketuhar 180c sehingga masak
Saya tidak bakar dalam oven sebab oven kecil saya tu buat hal so saya bakar dalam kuali sahaja sbb tu kepak ayam saya terhangus.

Saturday, June 26, 2010

Serawa durian

Justify FullSaya parking kat Tesco semalam so lepas habis kelas Body Step kat gym, saya masuk tesco untuk beli something supaya parking free. Dah lama teringin nak makan durian so saya pergilah kat bahagian durian. Tengok cantik je ulas durian tu....bila salesman tengok saya dok belek2 durian dia pun terus promote baik punye...... isi dia best, manis memang tak rugilah you beli. ini durian mahal punya...dari penang. Saya pun apa lagi tergodalah dengan pujukan si salesman tu...belilah 2 paket...tu dia tamak you sampai 2 paket sbb offer kalau beli 2 dapat RM25 je. Balik rumah teruslah bukak paket...ambil seulas 'ceh tawar....tak rasa manis langsung'. saya makan seulas pastu simpan dalam petilah yg lainnya. hilang selera nak makan durian.
Bangun pagi tadi, terus demam. Masa kecil dulu sy memang 'hantu' durian dan boleh makan sebiji sekali hadap tapi sekarang makan seulas pun saya dah demam wp teringin sesangat nak makan. Pergi klinik kat Shah Alam pastu singah kat SACC. Singgah MPH, belek2 buku tertarik dengan buku Selera Ramadhan oleh Rubiah Suparman. Sudah beberapa kali saya makan di Restoran Puteri milik Rubiah Suparman....memang sedap masakan disana terutama serawa durian. Petang nie saya buatlah serawa durian, resepi dari buku tersebut. Durian 2 paket tu saya kena habiskan sbb isnin nanti sya akan outstation so ia perlu dihabiskan supaya peti ais saya tidak berbau.
Serawa durian
photo by resepidaria.blogspot.com
recipe by Selera Ramadhan, Rubiah Suparman

Bahan-bahan

10 ulas isi durian
1 buku gula melaka
1 biji kelapa (diperah dijadikan 5 cawan santan)
3 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 kilo beras pulut

Cara-caranya
  1. Masukkan santan, gula, durian dan garam dalam periuk. Masak sehingga mendidih dengan mengunakan api yang sederhana perlahan.
  2. Kacau supaya tidak berketul-ketul dan sehingga mesra dan isi durian tanggal dari biji durian.
  3. Pulut pula dibersihkan dan direndam sebaik-baiknya semalaman. Kukus ataupun tanak. Saya tanak saja pulut.
  4. Enak dimakan bersama serawa durian.
Saya buat 1/4 daripada bahan2 diatas. Oleh kerana saya masih demam, serawa durian nie terasa tawar saja.

Wednesday, June 23, 2010

Talam Keladi

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Talam keladi nie saya buat malam semalam. Singgah tesco, tengok keladi cantik je macam baru sampai....terus ambil seketul. Talam keladi nie memang dah lama nak buat, kalau tak testing buat sendiri lepas belajar tak tahu boleh ke tidak ilmu yg dibelajar. Kena juga buat untuk testing skill. Masa dalam kelas bolehlah buat sbb chef ada tolong pantau. Kalau makan talam keladi atau apa2 kuih talam saya kurang gemar kalau tepung lebih....saya suka yang lembik sikit dan lembut.

Resepi chef Asma setakat nie tidak menghampakan...memang berbaloilah masuk kelas hari tu. Kalau anda hendakkan semua resepi talam....masuklah kelas Chef. Saya mintak maaf sebab saya tak boleh bagi semua resepi talam chef. Saya sanggup berkongsi resepi Talam Roti paun.....tapi ada yang sanggup mintak(email-lepas saya email resepi talam paun, dia email balik) sampai semua resepi talam. Saya tidak ada masa nak menaip semua resepi talam semata-mata untuk dia seorang........ saya bekerja dan punya aktiviti sendiri. Chef masih mengajar mengunakan resepi2 tersebut.....takan saya nak rosakkan periuk nasi orang dengan publish semua resepi yg beliau guna untuk mengajarkan. Jadi harap anda dapat memahami mengapa ada resepi talam kelas Chef Asma yg saya publish dan ada yg saya tidak publish.

Warna purple talam nie saya guna yam paste. Saya kurang gemar colornya tapi bau dia harum sangat sbb guna yam paste. lepas nie nak kena cari jugak color yg chef guna. Pekajaran penting yg saya dapat bila buat talam nie. Kuantiti cecair (air @ santan) haruslah dikurangkan sedikit jika guna tepung beras cap gajah.

saya potong keladi agak besar sikit sbb sy suka kalau bila makan terasa ketulan keladi tapi rupanya tidak cantik jika dipotong jika potongan kiub keladi besar sangat....so lepas nie kena buat dalam bentuk kiub2 kecil seperti chef ajar. Tulah derhaka sangat dengan ajaran cikgu.

Guna pengukus Trio nie memang mudah dan hasilnya pun cantik.

Talam keladi nie saya buat lepas balik gym. Alhamdulillah jam 10.30 malam talam nie siap dan saya sejukkan sebentar. Jam 11 saya dah rasa mengantuk sangat....so saya potong sedikit untuk ambil gambar...sekadar ingin melihat hasilnya saja. Alhamdulillah...jadi elok sangat tapi masih nampak lembik sikit sbb belum cukup sejuk bila dipotong. Esok pagi dah nak bawak ke pejabat so takan nak tangkap gambar masa dihidangkan atas meja kat pantry....nanti pelik pulak ofismate. Tak ramai ofismate saya yg tahu kewujudan blog nie dan melayari blog nie. Memasak adalah aktiviti yg saya gemari dan dilakukan diwaktu lapang sahaja....saya bukan seorang isteri atau seorang ibu so memasak bukan kemestian dalam kehidupan harian saya. Memasak hanyalah satu keseronokan saja buat saya.

Boss saya pernah berkata ' u patut berhenti kerja dan buat bisness makanan'. Boss saya mungkin terlupa bahawa sebelum saya memegang jawatan sekarang....saya pernah memiliki sebuah syarikat...sebuah kilang dengan lebih 30 orang pekerja (sekarang saya hanya shareholder dan hanya terima dividen setiap tahun). Saya lebih mengetahui susah senang...sepak terajang dunia bisness berbanding beliau. Saya suka kerja saya sekarang dan tidak berniat untuk meninggalkannya. Ketika masuk kelas memasak saya sering ditanya 'u ambil tempahan kuih ke'....pelik mereka bila saya jawap ' saya masuk suka-suka je'.

Monday, June 21, 2010

Caramel Pop Corn

Ini satu lagi entry tertunggak. Saya buat hari ahad untuk kudapan semasa menonton. hari ahad line slow sangat....boring betuln nak download satu gambar pun take time. Hari isnin, balik dari gym lepas kelas body step yang dikendalikan oleh Riyo, badan rasa terlalu letih sangat. Hampir sebulan tak join kelas body step lepas lutut sakit, hari isnin baru masuk kelas balik...huh penat sehingga balik rumah asyik ingat nak tidur aje.

Resepi caramel pop corn nie saya dah pernah postkan dahulu. Anda boleh lihat disini jika berminat untuk mencuba. Dah beberapa kali saya buat pop corn. Anak saudara saya nabilah, suka sungguh makan pop corn nie terutama bila tengok kartun dia. Saya ubah sukatan bahan-bahan seperti berikut:-
  • 80gm butter
  • 1/2 cawan gula (boleh guna gula perang)- saya bubuh tak penuh pun 1/2 cawan
yang lain-lain tu sama saja lah cuma saya tak masukkan kedalam oven lepas tu.

Sunday, June 20, 2010

Ayam Paprik

Ini entry tertunggak hari sabtu lepas. Dada ayam kat dalam peti tu dah 2 minggu, tersimpan, sudah tak ingat saya beli untuk masak apa. Nak buang sayang so saya masak ayam paprik supaya rasa kurang 'fresh' ayam dapat di cover dengan rasa paprik. Saya ambil resepi nie dari buku senangnya memasak daging nukilan chef hanieliza.AYAM PAPRIK
Photo by resepidaria.blogspot
Recipes by Senangnya memasak daging bersama Chef Hanieliza

Bahan A
  • 300gm daging ayam(dipotong kecil)
  • 100gm lobak merah-dihiris
  • 100gm kacang panjang (sy tak masukkan sbb x ada)
  • 1 biji cili merah(pun tak ada)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
Bahan B (untuk sos)
  • 1 sudu besar sos tomyam
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai(diketuk)
  • 5 biji cili api(diketuk)
  • 3 ulas bawang putih(diketuk)
  • 1/2 cawan air (anda boleh tambah jika hendak berkuah sedikit)
  • Minyak masak
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan serai hingga wangi
  2. Masukkan ayam dan kacau rata.
  3. Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili, air, sos tomyam dan sos tiram. biarkan mendidih
  4. Masukkan sayur-sayuran lain dan kacau rata
  5. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan kacau rata. Kemudian tutup api
  6. Hidangkan dengan nasi putih.
Note
  • Boleh masukkan daun ketumbar bagi menambahkan wangi masakan.

Saturday, June 19, 2010

Mee Bandung

Teringin sungguh nak makan mee yang berkuah macam nie. puas fikir nak buat mee apa ye. kalau nak buat mee rebus, bahan2 tak cukup. Akhirnya buatlah mee bandung nie. mee nie kat Bandung, Indonesia tak ada ye. ia hanya ada kat Muar, Johor....yang paling sedaplah. oklah inilah resepi mee bandung yang saya buat.MEE BANDUNG
Photo by resepidaria.blogspot
recipe hasil dari carian internet tapi sy terlupa nak catatkan laman web tersebut.


Bahan-bahannya( utk 2 org makan):-

Bahan Kuah

  • 5-6 biji lada kering (rebus dan toskan)
  • 6 ulas bawang putih-diketuk
  • 3 ulas bawang merah-dimayang halus
  • 1/4 cawan udang kering (basuh dan toskan)
  • 6-8 ekor udang hidup sederhana (buang kulit dan biarkan ekor udang sahaja)
  • 1 cawan daging - direbus dan dihiris halus, air rebusan disimpan(saya guna 1 ketul dada ayam, potong dan rebus untuk dapatkan air rebusan)
  • 1-2 sudu makan gula (bergantung kepada kemanisan yg anda sukai)
  • 2-3 cawan air rebusan daging/ayam tadi
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam secukupnya dan minyak untuk menumis.
  • 2 batang sawi (asingkan batang sawi dengan daun sawi)
Cara memasak kuah:
  1. Kisar halus cili kering, udang kering dengan 1/2 cawan air rebusan ayam.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang merah dan masukkan bahan kisar. Biarkan sehingga betul-betul masak. tambah sedikit air jika kering.
  3. Masukkan air rebusan daging/ayam.
  4. Masukkan bahan perasa seperti gula, sos tiram dan garam. Masukkan batang sawi, masak sehingga batang sawi lembut.
  5. Angkat.

Bahan Mee dan bahan sampingan

  • 1/2 kilo mee
  • daun sawi (dari 2 batang sawi yg dipotong diatas-lebihkan jika anda suka)
  • 1/4 kobis - dipotong
  • daging ayam yang direbus
  • 6-8 ekor udang hidup sederhana (buang kulit dan biarkan ekor udang sahaja)
  • 1 biji telur
  • Hiasan-hirisan cili merah, bawang goreng dan daun sup
  • anda boleh tambah sayur lain ikut kesukaan anda

Cara-caranya:-
  1. Basuh mee supaya minyak berlebihan bau kapur dikeluarkan
  2. Celur mee dalam air panas sebentar dan toskan. Letakkan kedalam pinggan yang hendak dihidangkan.
  3. Masukkan kuah mee untuk anggaran satu pinggan kedalam periuk. Masukkan ayam dan biarkan sebentar. biarkan ia betul2 panas.
  4. Pecahkan telur dan biarkan sehingga ia separuh masak.
  5. Masukkan sawi, kobis dan udang.
  6. Tuangkan kuah keatas mee
  7. taburkan dengan potongan cili merah dan daun sup sebagai hiasan (sy tak bubuh pun)
Tips:-

Supaya telur cantik ketika dimasukkan kedalam kuah. Pastikan kuah betul-betul panas dan ambil sudu buat 2-3 pusingan arah jam. pecahkan telur dan masukkan ditengah2 kuah. pusingan kuah akan memastikan telur menjadi bulat seketul.

Pankek


Ini sarapan saya pada pagi nie. Saya buat pankek lagi pagi nie.....pankek nie gebu dan lembut. Pankek dimakan bersama madu....emmmm memang sedap sekali.

PANKEK
Recipe & photo by resepidaria.blogspot

Bahan-bahannya:-

1 cawan tepung naik sendiri-diayak
1/2 tsp baking soda-diayak
1 cawan susu cair/susu segar (saya guna susu HL rendah lemak)
30gm gula (saya guna raw cane sugar)
1 biji telur - dipukul sedikit
2 sudu makan butter/marjerin - cairkan terlebih dahulu
1/4 tsp garam

Cara-caranya:-
  1. Cairkan butter/marjerin sebentar dan ketepikan.
  2. Panaskan susu segar sebentar supaya ia suam. Rasakan dengan jari anda, jangan terlalu panas....agak2 ye
  3. Satukan tepung naik sendiri, baking soda, garam, telur dan butter
  4. Masukkan susu suam dan kacau dengan whisk sehingga sebati.
  5. Anda juga boleh masukkan semua bahan dalam blender dan blender sehingga sebati.
  6. Rehatkkan sebentar selama 15 minit
  7. Panaskan small non stick pan.
  8. Tuangkan 1/2 cawan bancuhan, biarkan sebentar sehingga ia berongga. Terbalikkan dan biarkan sehingga masak.
  9. Guna api perlahan supaya ia berwarna kuning keemasan.
Note:
  • Susu harus dipanaskan supaya suam bagi membolehkan bahan penaik berkembang. langkah ini penting supaya pankek gebu dan lembut



Wednesday, June 16, 2010

Pau, resepi 2

Ini resepi kedua yang saya cuba untuk membuat pau. Ini entry tertunda, pau nie dibuat pada petang ahad lepas. Pau saya frozenkan dan hari nie bawa ke ofis sebagai sarapan bersama rakan2 sekerja. Saya mengunakan resepi pau ayam mini, tapi kerana virus m melanda hari tu, pau saya tak jadi pau mini sbb besar dan inti pulak saya guna serikaya pandan yang saya buat sebelum ini. Menghabiskan stok kaya pandan.
Kononnya kali nie saya nak buat 'pau pleating'. Puaslah berulang2 kali tengok youtube cara2 nak buat bunga(pleating) pada pau. Nampak dia buat senang je tapi bila nak buat langsung tak kemas maybe coz inti kaya yg lembut dan adunan saya agak lembik sikit. Resepi nie guna tepung gandum n tepung tang mien, gambar kat majalah nampak gebu dan putih. Saya pulak buat guna tepung hong kong sbb tepung tu masih berbaki banyak lagi. Lain kali saya nak cuba buat guna tepung gandum pulak. Tepung tang mien @ wheat starch banyak digunakan dalam masakan nyonya & tonghua.
Ia merupakan bahan utama untuk membuat dim sum.Tang mien adalah sejenis tepung kanji yang berasal dari gandum.

Pau mini

Sumber: Majalah Sedap bil 24

Bahan kulit
  • 250gm tepung gandum
  • 65gm tepung tang mien (wheat starch)
  • 50gm gula aising
  • 20gm susu tepung
  • 6 gm yis segera (mauripan)
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking soda)
  • 1 biji telur putih
  • 30gm mentega putih (shortening)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 150gm air sejuk (Kurangkan kepada 100ml/110ml jika mengunakan tepung hong kong)

Note: Saya mengunakan tepung hong kong sepenuhnya. oleh itu air sejuk harus dikurangkan sebanyak 40ml. Masukkan air sedikit demi sedikit terlebih dahulu supaya bancuhan tidak terlelu lembik.

Bahan Inti

Note: inti pau saya, saya guna home kaya pandan yang saya buat sebelum ini. Boleh rujuk di sini

Cara membuatnya:
  1. Kulit. Campurkan tepung gandum, tepung tang mien, gula aising, susu tepung, yis segera dan serbuk penaik. Kacau rata
  2. Masukkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh licin. Masukkan shortening dan garam. Uli sehingga menjadi elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit.
  3. Kempiskan adunan. Timbang setiap bahagian adunan seberat 15 gram dalam bentuk bulat (ini jika anda ingin membuat pau mini). Biarkan selama 10 minit.
  4. Leperkan adunan. Masukkan inti. Bentukkan bunga dan pintal diatasnya. letakkan diatas kertas minyak atau kertas putih yg disapu dengan sedikit shortening. Biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
  5. Kukus selama 8 minit dengan api besar sehingga masak.

Inilah hasil resepi ini. kalau tengok pau yg saya buat nie mempunyai 'rongga2' yang besar. ini adalah disebabkan saya perap terlalu lama. Masa nak tunggu 45 minit, saya bacalah majalah baru yg dibeli. Asyik sangat sampai lupa pau nak dikukus. Akibatnya ia terlalu kembang. Kalau anda buat dan pau anda mengerutu itu bermakna ia juga terlebih perap.

Ini adalah bekas pengukus yang boleh dimasukkan kedalam microwave. Saya beli bekas nie kat Daiso, The Curve. Amat mudah bila guna bekas nie. Pau yg telah difrozenkan boleh dikukus mengunakan bekas nie dipejabat. Cuma masukkan 2 sudu air kedalam bekas putih dan frozen pau dibekas oren, panaskan dalam microwave dalam 4 minit dah boleh dhidangkan panas-panas.

Inilah hasilnya selepas frozen pau dipanaskan di microwave selama 4 minit. macam baru keluar dari periuk kukus sahaja. lembut dan gebu macam baru dimasak.

Inilah pau yg saya cuba nak buat bunga @ pau pleating tapi tak jadi. Hodoh betul bentuknya. langsung tak nampak kelopak. Lepas nie cuba lagi.......practice make perfect.

Sunday, June 13, 2010

Puding Cendol Nangka

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Untuk menghabiskan stok cendol dan nangka yg dalam peti ais, maka terhasillah puding cendol bersama nangka. Ok jugaklah rasanya tapi yg menarik adalah paduan warna hijau dan oren. Resepi untuk puding nie saya ambil dari tuntung@myresepi tapi sy cuma tambah nangka sahaja. Saya buat separuh dari resepi asal dan dimasukkan dalam mangkuk kecil nie.



Puding Cendol nangka
Sumber: resepi oleh tuntung@myresepi

Lapisan atas

250ml air
90gm gula pasir
150ml santan pekat (santan kotak)
5 gm serbuk agar-agar
125gm cendol
125gm nangka (dipotong kiub kecil)
sedikit garam
1/2 tsp tepung jagung (sy tambah)

Lapisan bawah

250ml air
100gm gula merah
150ml santan pekat (santan kotak)
5 gm serbuk agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-caranya:-

Lapisan Bawah
  1. Basahkan acuan yg hendak digunakan dan masukkan kedalam peti ais sementara bancuhan bahan dibuat.
  2. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar dan masak sebentar. Kacau sehingga gula larut dan kemudian masukkan nangka. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Asingkan nangka dari air gula dan ketepikan.
  4. Santan dicampurkan dengan tepung jagung dan kacau sebati. Masukkan garam sedikit didalam santan tersebut.
  5. Apabila air gula sudah mendidih, masukkan santan dan kacau sehingga mendidih sebentar. tutup api.
  6. Keluarkan acuan dari peti ais. sudukan sedikit nangka dan sedikit cendol,masukkan kedalam setiap mangkuk. bahagikan sama rata.
  7. Masukkan lapisan bawah dalam setiap acuan. Kacau sedikit dengan sudu supaya cendol dan nangka rata bersama agar-agar.
  8. Biarkan sehingga keras. Apabila keras, gores-goreskan sedikit mengunakan belakang sudu.
Lapisan atas
  1. Masukkan air dan gula melaka kedalam periuk dan masak sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
  2. Masukkan semula kedalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan telur kedalam santan dan kacau sehingga sebati. Masukkan garam sedikit.
  4. Masukkan santan setelah agar-agar mendidih. Kacau sentiasa dan biarkan sehingga agak2 hendak mendidih. tutup api dan angkat.
  5. Tuangkan keatas lapisan bawah dengan perlahan-lahan. sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya ia jatuh dengan perlahan.
Saya buat separuh dari resepi asal so jika anda hendak buat banyak sila doublekan resepi diatas.Sukatan yang saya buat ini boleh memuatkan 7-8 bekas kecil.

Nota:

lepas nie lebihkan sedikit air sebanyak 50ml bagi lapisan bawah dan atas.


Pankek Oat

Ini sarapan saya pagi nie. Pankek oat, hidangan sarapan pagi yang sihat. Dihidangkan bersama milo panas + susu rendah lemak tanpa gula sebagaimana kesukaan saya pada setiap pagi. Pagi nie tak dapat pergi gym sbb lutut masih terasa sakit dan doktor pun mintak rehat. Saya makan bersama wild blueberry spread. emmm memang enak sungguh.PANKEK OAT
sumber: Majalah sedap bil 9

Bahan-bahannya:-

100gm tepung gandum - diayak
1 st serbuk penaik (baking powder) - diayak
50gm oat, dikisar kasar
1/4 st garam
1 sudu makan gula aising (sy guna organik raw cane sugar)
2 biji telur
25gm yoghurt
100ml susu cair (sy guna susu HL, sy tambah 50ml lagi sbb batter tebal sikit)
1 susu makan margerin, dicairkan (sy guna butter)
50gm madu sebagai pelengkap (sy guna organic wild blueberry spread)

Cara membuatnya:-
  1. Campurkan tepung gandum, serbuk penaik, oat, garam dan gula. Kacau rata. ketepikan
  2. Pukul ringgan telur. Masukkan yoghurt, susu cair dan margerin cair. Kacau rata
  3. Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum. Kacau rata. Biarkan selama 15 minit.
  4. Sudukan ke dalam acuan benjo berdiameter 6cm. Biarkan setengah masak. Balikkan adunan. Biarkan masak. Guna api perlahan.
  5. Hidangkan bersama madu atau apa2 saja kegemaran anda
Masa saya remaja dahulu saya begitu berminat dengan pankek yg bulat cantik. saya selalu tertanya2 bagaimana hendak membuat pankek yg bulat dan cantik. dalam resepi langsung tidak disebut sehinggalah saya mengetahui sendiri. Rupanya terdapat pelbagai acuan gegelang pankek yang pelbagai bentuk ada bentuk love, bintang, binatan dan macam2 lagi. Kenapa saya suka Majalah sedap, inilah keistimewaannya, biarpun gambar presentation tidak segah majalah masakan lain tapi resepinya detail.

Saturday, June 12, 2010

Roti jala

Masa nak post entry nie tengok rumah chik mimi pun buat roti jala. Nie pengaruh roti jala rumah kak Asma....teruja tengok roti jala kat kak asma yg cantik tu. Saya tak pernah buat roti jala, kalau nak makan selalunya beli saja. Enam tahun lepas kat ofis kalau ada 'operasi' selalunya untuk sarapan pagi, pejabat akan order roti jala dengan kari ayam....roti jala kari ayam....roti jala kari ayam sebab my male ofismate gila dengan roti jala. oleh kerana saya seorang female kat situ kenalah ikut majoriti....sampai naik muak tengok roti jala. akibat fobia dengan roti jala, saya tak pernah makan lagi selepas tu sampailah tengok entry roti jala kat rumah kak asma sampai teringin nak makan. So first time saya 'menjala' hari nie....tak kemas dan cantik sangat roti jala yg dibuat.

Roti Jala dengan kari ikan

Bahan-bahannya:-

200gm tepung - diayak
325ml air
2 biji telur1/2 cawan susu cair
40gm margerin/butter (sy guna butter)-dicairkan
sedikit garam
pewarna kuning @ warna kesukaan anda
sedikit esen vanilla (untuk hilangkan bau hanyir telur)

Cara-caranya:-


  1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk adunan dan kacau sehingga sebati. Anda boleh mengunakan blender bagi memastikan adunan tepung sebati dengan air.

  2. Rehatkan adunan sebentar. lebih kurang 15 minit atau lebih.

  3. Masukkan adunan kedalam bekas acuan roti jala

  4. Panaskan non stick fry pan, guna acuan bentukkan sesuka hati anda.

  5. Apabila sudah masak, anda boleh gulung atau lipat roti jala anda.
Resepi kari ikan tak boleh bagi sbb saya beli kari nie kat kedai. Agak terkejut jugak bile owner restoran tu kata harga kari kepala ikan nie RM12. bayar jugaklah sbb teringin nak makan kari kepala ikan merah. mahal pun mahallah....asalkan sedap saya tak berkira sangat.

Ok ini adalah acuan roti jala seperti mana yang digunakan. 3 hole dispenser nie saya beli kat Daiso, 2nd Floor, The Curve. Tingkat atas border atau Cosway the curve. Kedai nie 'always RM5' so harga 3 hole dispenser nie RM5 lah. Ada 1 hole, 2 hole dispenser untuk anda pilih. Saya suka pergi sini cari benda2 yg unik yg tak ada kat kedai lain macam pengayak tepung nie. Cute n simple, sy tak perlu bekas besar untuk ayak tepung. begitu juga bekas penapis nie....unik sangat. klu nak guna just sangkut kat tepi periuk. Tapi jangan teruja sgt sbb semua item harga RM5 tapi kebanyakannya item kecik2. Ada sesetengah item hanya berharga RM2 kat luar so pandai2lah pilih.



Friday, June 11, 2010

Roti Kismis Yogurt

Roti kismis yogurt nie saya ambil dari majalah sedap bil 24. Saya memang suka makan roti kismis bila nampak gambar roti nie, nampak macam sedap aje. Sanggup tarik oven Fagor keluar hanya semata-mata nak baking. Oleh kerana masih tidak biasa lagi membaking guna oven nie maka saya bake roti sedikit garing. So apa ulasan saya tentang roti nie....emmmmm memang sedap. Kombinasi yogurt dengan kismis memang menghasilkan rasa yang tersendiri. Harum roti selepas dibakar telah menyebabkan saya boleh menghabiskan 2 ketul pada malam nie. Habis diet. Saya buat roti nie untuk sarapan esok sbb pagi2 nak pergi klinik. Lutut saya sakit semula.


Inilah resepi yang saya ambil dari majalah sedap bil 24 untuk kita kongsi bersama. Cubalah memang tak rugi.

ROTI KISMIS YOGURT
Sumber: Majalah Sedap bil 24

Bahan-bahannya(anggaran 17 ketul)

300gm tepung gandum protein tinggi (tepung roti)
100gm tepung gandum protein sederhana (tepung gandum biasa)
20gm susu tepung
75gm gula pasir
8gm yis segera
1 biji telur, pukul ringan
50gm yogurt
150ml air sejuk
75gm marjerin
1 sudu teh garam
50gm kismis, potong dua, celur dan toskan

bahan sapuan:
2 sudu makan susu sejat (sy guna susu pekat)

Cara membuatnya:
  1. Campurkan tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.
  2. Masukkan telur, yogurt dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit.
  3. Kempiskan adunan. Masukkan kismis. Uli sehingga merata
  4. Susun adunan, setiap adunan seberat 50gm. Bentukkan bulat-bulat dan biarkan selama 10 minit.
  5. Canai adunan memanjang dan gulung-mcm nak buat kuih gulung tu. Kemaskan bahagian akhir gulungan tu supaya ia tak terkeluar bila mengembang.
  6. Letakkan didalam cawan kertas yang memanjang. Biarkan selama 70 minit sehingga kembang.
  7. Sapukan susu sejat.
  8. Bakar selama 12 minit dengan suhu ketuhar 190C sehingga masak.

Nampakkan ada bentuk gulungan, saya kemaskan bahagian bawah dia supaya bila kembang dia bulat cantik.


Pesanan
  • Suhu ketuhar haruslah bergantung kepada jenis ketuhar yg anda guna. Tidak perlu 190C sbb jika oven saya, ia cepat perang wp baru 8 minit didalam oven.
  • Jangan guna tepung roti semua sbb adunan ini agak lembik, sy guna tepung roti kesemuanya terpaksa tambah 1 tbsp tepung lagi supaya ia boleh diuli. Bancuhan mengikut resepi nie agak lembik so anda tambahlah tepung sedikit supaya ia boleh diuli dan tidak melekat ditangan.
  • Sapukan sedikit marjerin diatas cawan kertas supaya ia tidak melekat.
  • Supaya adunan tidak kering ketika direhatkan, tutup dengan plastik
  • Perah kismis sehingga kering sebelum dicampurkan kedalam adunan supaya adunan tidak terlalu lembik. Saya letakkan kismis diatas tisu masakan terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam adunan.

Thursday, June 10, 2010

Kaswi Nyonya


Lama saya dok simpan resepi kaswi dari Kak Fida @ myresepi nie. Ramai komen kata sedap so malam nie saya cubalah mengukus tapi saya buat separuh bahan saja. Hasilnya amat memuaskan...anda boleh lihat gambar yg sy sertakan. kenyal dan lembut memang best. Sukatan bahan tepat sekali....sikit pun tak lembik atau keras...sedang2 saja. Terima kasih buat kak fida kerana sudi berkongsi resepi yang bagus nie. Cuma ia agak manis pada saya, mungkin lepas nie kena kurangkan gula sikit.
KASWI NONYA
sumber: Kak fida@myresepi.com

Bahan-bahan (loyang 11 x 11 inci)

Bahan A
250gm gula pasir (lps nie kena kurangkan kpd 200gm shj)
250gm gula melaka (lps nie kena kurangkan kpd 200gm shj)
600gm santan cair (drp 2 biji kelapa untuk santan pekat dan cair)
1 sk garam2-4 helai daun pandan-disimpul

Bahan B
140gm tepung beras (cap gajah)

140gm tepung ubi
55gm tepung jagung
600gm santan pekat
1 sk rata kapur (yg pekat)
1 sb pewarna choc (tak de, sy gantikan capuccino coffee emulco)

Cara-caranya:-

  1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan kemudian sejukkan. Tapis.
  2. Bahan B disatukan didalam sebuah mangkuk
  3. Kemudian bahan A dan B disatukan dan digaul rata, tapis kedalam periuk.
  4. Masak adunan sehingga naik wap
  5. tuang kedalam loyang yg disapu minyak dan dipanaskan sebentar didalam kukusan (Sy guna plastik sebagai pelapik).
  6. Kukus selama 30-40 minit
  7. Sejukkan kuih kaswi dulu baru potong
  8. sajikan bersama kelapa parut putih. Sy kukus sebenar kelapa parut dan kemudian masukkan sedikit garam. gaul rata.

Saya guna plastik sebagai pelapik loyang supaya senang hendak dikeluarkan dari loyang. Loyang yg saya gunakan nie adalah kecil saiznya iaitu 6 x 6. Plastik pulak saiz besar sbb tu bhg tepinya tidak kemas sikit dan berlipat.

Kuih kaswi dikeluarkan dari loyang selepas disejukkan. Memang senang guna plastik sebagai pelapis, cuma tarik bahagian atasnya dah boleh keluarkan kuih.


Bahagian tepi kuih tidak kemas dan nampak berlipat sikit sbb saya tak lipat plastik dengan kemas.


Kuih kaswi yang telah dipotong. kenyal dan lembut sekali...tak keras dan tak lembik sangat. memang sedap. Saya bubuh capuccino coffee emulco kedalam adunan sebagai tambahan...memang sedap kaswi berperasa capuccino nie.

Tuesday, June 8, 2010

Ais cendol nangka

Cendol dah buat so jom kita makan ais cendol pulak. Selalunya kita makan ais cendol dengan kacang merah @ pulut. Kali nie jom makan ais cendol dengan nangka. resepi nie saya dapat kat majalah sedap. Oleh kerana tiada gelas cantik untuk dihidangkan....saya guna mangkuk saja. Tak begitu menarik sangat presentationnya tapi rasanya boleh tahan....harum nangka menyedapkan lagi cendol tersebut.


AIS CENDOL NANGKA

Sumber: majalah sedap bil 23
Anggaran: 12 orang makan

Bahan-bahannya:-

600gm cendol, toskan
650gm ais kisar (sy guna ais ketul je)

Bahan sirap gula:-
500gm gula merah/gula melaka - kikis
6 ulas nangka, potong dadu
3 helai daun pandan, ikat
200ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan kuah santan:-
2500ml santan daripada 2 1/2 biji kelapa
5 helai daun pandan
1 1/4 sudu teh garam

Cara-cara membuatnya:-
  1. Sirap gula. Rebus gula merah, nangka, daun pandan, air dan garam sehingga larut dan pekat. Kacau rata dan sejukkan.
  2. Kuah Santan. Rebus santan, daun pandan dan garam sehingga mendidih. sejukkan
  3. Hidangkan cendol bersama sirap gula, kuah santan dan ais kisar.
  4. Masukkan sirap gula dan ais ketika mahu dihidangkan supaya rasa manisnya tidak akan hilang.
Cendol yang yang saya buat kekurangan gula melaka, tinggal seketul sahaja kat umah nie so ia tidak begitu merah sangat.Saya bahagikan bahan diatas kepada 4 sbb hidangan diatas untuk 12 orang. Masukkan


Monday, June 7, 2010

Homemade cendol






Ini entry tertunda yang saya buat pada petang ahad. Dalam usaha menghabiskan daun pandan yang dibawa balik dari t'ganu, saya buat cendol. Lamanya tak makan cendol buatan sendiri. Rindu pulak pada cendol yang mak buat. Ok inilah resepi homemade cendol yang saya buat. Sukatan bahan2 nie hanya untuk 2-3 orang makan sahaja, jika keluarga anda ramai doublekan bahan2nya.


CENDOL

Bahan-bahannya:-

1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
10-12 helai daun pandan
3 cawan air
secubit garam
(jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

Cara-caranya:-
  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
  2. Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
  3. Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
  4. Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
  5. Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
  6. Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
  7. Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
  8. Jika hendak simpan pastikan cendol + air
Ini bekas penapis berlubang yang saya guna. Jika ada bekas penapis macam nie, sangat senang nak buat cendol banyak2, letak sahaja bekas penapis nie atas bekas berisi air (seperti baldi bersih yang sama muat dengan bekas nie supaya bekas nie berada kemas diatas baldi). Ambil botol kosong yg bersih, tekan bancuhan sehingga ia keluar mengikut lubang2 bekas ini. Jgn sampai bancuhan terkena air nanti ia akan cepat jadi keras dan berketul. Saya beli bekas nie kat Ikea....alah yg seperti dalam iklan Ikea kat TV utk bulan nie. bekas nie dijadikan topi oleh budak lelaki tu.

Masa mak saya berniaga cendol dahulu, dia guna periuk yang ditebuk lubang sebesar sebilah paku dan lubang2 itu ditebuk tersusun rapi. Dibahagian tepi periuk dia akan tebuk 2 lubang dikanan dan kiri kemudian dia akan ikat dengan 2 bilah kayu mengunakan dawai.
Mak saya pakai sampailah periuk tu rosak lepas tu dia jumpa bekas penapis berwarna hijau, lubang2 penapis tu bulat2 sebesar paku so dia gunalah sampai sekarang. Saya cari tak jumpa pulak bekas penapis berwarna hijau macam tu. Yg saya jumpa bekas penapis kat Ikea nie tapi lubang bekas nie besar sikit so cendol saya jadi gemuk2 macam kat atas tu.