Saturday, April 17, 2010

Kuih Keria dan Cek Mek Molek





Ini catatan petang sabtu. Celcom berukband buat hal semalam....sudah 2 hari 'no service'.
-----------------------------------------------------


Hujan begitu lebat diluar. Dalam keadaan hujan begini sedap kalau dapat mengunyah sesuatu. Memandangkan saya hanya mengambil beberapa keping roti sekembali dari gym tadi saya nak buat sesuatu yang telah lama saya teringin nak makan. Saya tak suka beli kuih keria kat luar sbb penjual guna banyak tepung dan letak ibu roti atau air. Lagipun kuih-kuih yang dijual diluar sekarang terlalu kecil.


Saya guna seketul ubi keledek kuning yang dibeli pada isnin lepas. Oleh kerana ia mengunakan adunan yang sama maka saya buat kuih keria dan cek mek molek. Resepinya adalah seperti berikut:-


Kuih Keria

Bahan doh:-

400gm ubi keledek ( seketul keledek tu seberat 400gm)
50gm tepung gandum
sedikit garam

Bahan untuk sira kuih keria:-

2 sudu makan gula
1/3 cawan air

Cara-caranya:-
  1. Kupas kulit ubi keledek dan potong kepada beberapa ketul kecil dan rebus. Masukkan air separas ubi keledek dan masukkan sedikit garam. Rebus sehingga empuk.
  2. Angkat dan toskan sebentar

  3. Masukkan kedalam bekas dan lenyek sehingga hancur.
  4. Biarkan sejuk sebentar

  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan keledek tidak melekat ditangan. kalau sudah tidak melekat ditangan dan boleh dibentuk....sukatan tepung tu kalau tak habis pun tak apa.




  6. Bulat-bulatkan doh seberat 40gm. Leserkan sedikit minyak atas dulang dan letakkan bebola doh ini diatas nya.

  7. Leperkan dan buat lubang ditengahnya seperti donat. letakkan minyak sikit di jari kita supaya ia tidak melekat.
  8. Goreng sehingga kekuningan

Cara untuk sira gula

  1. Guna kuali bersih dan masukkan gula dan air.
  2. Masak sehingga likat. guna api sederhana.
  3. Untuk yang pertama kali menyira gula, untuk pastikan gula betul2 likat. Guna hujung sudip, sentuh dengan hujung jari telunjuk sedikit dan jika ia melekit-lekit dan likat...tutup api

  4. Masukkan kuih keria yang telah digoreng.

  5. Kacau sentiasa sehingga naik bunga gula. Pastikan ia tidak melekat antara satu sama lain.

Kuih Cek Mek Molek


Guna doh yang sama, leperkan dan masukkan sedikit gula. Tutup rapat supaya ia tidak terbuka ketika mengoreng dan keluar air gula. jangan goreng bersama-sama dengan kuih keria sebab jika kuih cek mek molek terbuka dan air gula keluar akan mencomotkan kuih keria.

2 comments:

ferr_rose said...

Nampak selera sangat kuih keria nihh.. nyumms

Anonymous said...

mohon amek resepi .tq:)