Sabtu, 6hb Februari 2010 saya join kelas membuat talam dengan Chef Asma dengan bayaran RM180 yang bertempat di putra perdana, puchong. First time nak drive ke tempat nie....mujur ada Mr Garmin yang menunjuk arah......turn right, turn left in 300m (wp tersesat sikit sbb tak dengar cakap, garmin suruh terus tapi saya turn left sbb tengok signboard puchong perdana, keliru dengan putra perdana) memang mudah betul ada GPS nie kalau tak berpusing saya nak cari kawasan perumahan nie.
Saya sampai ke tempat belajar dalam jam 10.05 pagi, mujur kelas belum mula lagi dan kami tunggu 2 orang peserta lagi yang belum sampai. Bila kesemua 6 orang dah sampai chef mulakan kelas. Chef dah sediakan sarapan dan minuman....so kami bersarapan dulu sebelum mula. Sehingga jam 1 tgh, kami dah sediakan 9 jenis talam. Kami berhenti rehat sebentar untuk makan tengahari dan sembahyang. Sambung balik dan buat lagi 4 jenis talam. Wp agak memenatkan bagi saya sbb dah lama dah tak berada didapur dari pagi sampai jam 5 petang tapi ia pengalaman yang amat-amat berbaloi. inilah serba sedikit gambar yang boleh dimut turun dalam blog ini.

Gores macam nie....supaya lapisan bawah dan atas melekat. chef menunjukkan cara yang betul untuk mengores dengan garpu.

chef menunjukkan cara 'membuang' lebihan air diatas permukaan talam. Kata chef guna tisu masakan jangan guna tisu toilet hehehe.

Chef menunjukkan cara menuang bancuhan atas seri muka sebelum kami semua membuat bancuhan dan menuangkan atas pulut. Pulut yang bercampur warna merah tu disediakan oleh saya dan kawan sekumpulan. Serimuka delima yang kami buat tak jadi cantik pada hari nie sbb kami terbuat keras sikit bahagian atasnya.

Sebahagian dari para peserta. Satu kelas 6 orang so senang Chef nak berikan perhatian dan tunjuk ajar. Satu kumpulan 2 orang dan setiap kumpulan dapat membuat sendiri 4 jenis talam berlainan. Banyak tip-tip yang chef berikan.......pertama kali saya tengok begitu banyak jenis talam dapat dibuat dengan sedikit kreativiti.

Chef Asma mengajar cara memotong dan mengeluarkan talam dari loyang. best betul tengok sbb semua talam-talam keluar cantik dari loyang. resepi chef memang bagus betul....tak lembik dan tak keras sangat.

Ini adalah Talam Jagung. Saya paling suka talam nie. Sedap

ini adalah Talam Puding Marble Kacang Merah.

Ini pula adalah Talam Puding Marble

Inilah Talam sekodeng...ooopsss sorry...sebut betul2 SEKOTENG......TALAM SEKOTENG....cantikkan bila dah dipotong. Yang berwarna pink kat bawah tu....itulah talam sekoteng.

Chef ajar cara menyusun kuih talam.....ini hanya sebahagian dari 13 jenis yang telah dibuat dalam kelas.

Ini lagi. cantikkan.......
Sebanyak 13 jenis kuih talam yang dibawa balik, mujur ada kawan tinggal berdekatan so bolehlah berkongsi rezeki. Chef Asma nie memang pemurah dengan ilmu.....so amat-amat berbaloilah kelas tu. Saya cuma rasa talam2 tu semasa di rumah kawan makan dengan anak2nya. Sesampai di rumah akibat terlalu letih, lepas mandi dan sembahyang saya terus tidur. Semua kuih talam tu saya simpan dalam peti. yang saya sempat rasa adalah talam roti paun....paling sedap.