Thursday, October 27, 2011

Popia Simpul Kasih

 Popia simpul kasih nie saya buat pada hari semalam. Inti serunding kawan sepejabat nie saya bawak balik kerumah dan tolong buatkan popia simpul kasih nie. Sedap aje namanyakan. Makan sedap tapi nak buat diaaaaa huhhhhh....mengantuk.

Popia Simpul Kasih

Bahan-Bahannya:-




  • 1 paket kulit popia
  • Serunding ikan/daging/ayam/ikan bilis secukupnya
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-

1. Ambil sedikit kulit popia dan potong 4 menjadi 4 segi kecil seperti dibawah


 2. Ambil kulit popia yang telah dipotong menjadi 4 segi kecil tadi dan potong menyerong untuk dijadikan 3 segi


3.  Ambil sehelai kulit popia dan letakkan inti serunding dibahagian hujung 3 segi tadi, rujuk gambar seperti dibawah

4. Gulung dan kemudian simpul seperti dibawah

 5. Buat sehingga habis
 6. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Goreng popia tadi sehingga kekuningan
 7. Angkat dan kemudian toskan diatas tisu masakan.

Yang ini adalah cara menyimpul popia mengunakan kulit popia yang dipotong tiga segi. Resepi inti serunding tidak dimasukkan disini sebab serunding ini adalah serunding beli dan kebetulan serunding nie tidak sedap untuk dimakan begitu sahaja.....jika dibuat popia mini begini sekejap sahaja habisnya.

10 comments:

zanafahmi/PB said...

dah tunjuk pun masih tak dpt mcmna nak simpul popia tu...kat rmh ni selalu ada serunding tak termakan, sampai bagi2 org kalau mak kirim dari kampong.

tun_telani said...

kak daria.. biasa mini popia ni kan, mmg gotong royong buat. hehe.. kalau ngadap sorang2 mmg x tahan la.. tp kan, buat punye laa lama nk siap, makan kejap je habis..

Amie said...

Selamat pagi Bdaria,
memang betul tu... buatnya berjam-jam tapi makannya kejap aje... apa pun memang sedap!

ilahjy said...

salam bdaria kak ilah cuba link ke fb ada rakan kita nak tau cara buat p0piah nie...t.kasih nmpak senang tapi kena rajen

ilahjy said...

salam bdaria kak ilah cuba link ke fb ada rakan kita nak tau cara buat p0piah nie...t.kasih nmpak senang tapi kena rajen

wasap said...

salam..
i dah try buat cmni.. simpulannya memang jadi.. tapi bile dah goreng goreng, try makan, terase inti cam hangit la... ade idea cmne tanak bg rase hangit?

Norizan Zakaria said...

salam...hehe kebtulan mlm ni ngah nk simpul popia.
hr ni sehari masak serunding..sy wat inti ikan..maklumla..asal pon terengganu...

kalau xnak bg pahit...minyk menggoreng pastikn cukup panas. n mase menggoreng tu bolehla perlahan kn api...kuning terus angkat...♥♥

Anonymous said...

Sy da pernah cuba resepi ni.. sgt sedap.. xrugi la cuba resepi ni.. sedara yg dtg g uma sibuk nk taU rahsia






Hafshah Muhamad said...

Tumpang tanya, macam mana nak bagi popia ni kekal ranggup.saya try buat dalam sehari je dah lemau walupun simpan dalam bekas

Hafshah Muhamad said...

Tumpang tanya..macam mana nak bagi popia ni kekal ranggup.dah try buat lepas sehari dah lemau walaupun simpan dalam bekas