Friday, December 31, 2010

10 perkara dalam 2010

Saya memulakan blog ini pada 31/08/2009, dan sekarang sudah 1 tahun 3 bulan usianya dengan 311 entry. Lagi beberapa jam 2010 akan meninggalkan kita dan menambahkan 1 lagi angka diusia kita. Dikesempatan ramai yang akan meraikan ketibaan tahun baru, saya juga ingin kongsikan 10 perkara yang berlaku dalam tahun 2010 yang berkait dengan blog ini....cerita2 yang saya paparkan diblog ini.


Perkara 1


Perkara ini saya letakkan ditempat pertama sebab ia benar-benar buat saya terlalu sedih dan amat-amat kecewa. Disebabkan ini maka saya banyak serve internet cari jalan penyelesaian namun gagal bila langkah terakhir iaitu buat aduan kepada admin domain 'pencuri' itu tapi harus bayar us150 dollar untuk keluarkan semua entry saya dari blog pencuri tersebut. Wbp ia boleh juga dianggap berjaya kerana sipencuri berhenti mencuri entry blog saya dan satu blog foods blogger dari indonesia selepas paparan topik ini diblog saya. Biarpun 45 entry masakan saya dan lebih 10 entry celoteh saya masih didalam blog ini tapi disebabkan perkara inilah maka saya juga buatkan satu blog mengunakan domain sendiri dan dalam bentuk paparan majalah iaitu http://www.resepidaria.com.


Perkara 2



Apabila saya mula aktif memasak maka berat badan saya pun mulalah naik....aktiviti digym pun mula kurang selepas kecederaan lutut apabila jatuh ketika di sarawak maka berat badan sayapun naik...jadi pada 12/10/2010 saya mendaftarkan diri sebagai member Thebiggestloserclub.asia dan menjalani diet mengikut menu dan latihan yang disertakan dalam TBLC. Berat pada 12/10/2010 adalah 79.4kg dan sekarang setelah 10 minggu, berat saya sudah turun kepada 70.8kg pada ahad lepas. Paling mengembirakan apabila ukur lilit pinggang turun 14cm, lengan 4 cm dan paha 4 cm. I can do it so can U.

Perkara 3


Didalam blog ini juga saya mula paparkan cerita-cerita perjalanan diet saya di kategori Diet Program dan mula memasak makanan2 yang mengandungi banyak sayur serta rendah kalori. Wp saya tahu entry begini tidak boleh menarik minat para pengunjung blog tapi saya cuba untuk tunjukkan bahawa diet bukan bererti kita perlu berlapar dan hidangan diet bukan hidangan rakyat negara ketiga dan kita tidak perlu layan diri kita sebegitu hanya kerana kita ingin kurus.


Perkara 4


Dalam tahun 2010, saya telah menyertai 6 kelas masakan dari 3 chef. Memasak adalah minat saya. Semasa hendak memasuki sekolah menengah, arwah bapa saya telah meminta saya memasuki aliran perdagangan wp saya minat sains rumah tangga. Saya teruskan aliran itu sehinggalah memperolehi ijazah perakaunan dan seterusnya menubuhkan syarikat sendiri dan sekarang saya berkerja makan gaji tapi dalam bidang yang berkaitan dengan accounting jugak tetapi memasak tetap menjadi minat saya no 1.


Perkara 5


Dalam tahun 2010, saya telah mencuba beberapa resepi dari kelas yang saya hadiri. ada berjaya dan ada juga kurang berjaya tapi alhamdulillah kesemuanya sedap.


Perkara 6


Dalam tahun 2009, saya sangat admire dengan kesedapan kuih cara berlauk yang di order setiap kali ofis buat jamuan. Dalam hati, saya tekad akan cuba cari resepi yang boleh menghasilkan sebijik rasa kuih cara yang di order itu. Setelah beberapa kali percubaan gagal dapat tekstur yang dikehendaki akhirnya saya berjaya juga dapat kuih cara berlauk yang diimpikan itu.


Perkara 7


Setiap bulan saya akan habiskan lebih RM50 untuk membeli majalah-majalah masakan dari dalam dan luar negara. Ini adalah salah satu resepi yang paling saya gemari dari satu majalah. Ia amat sedap dan unik.


Perkara 8


Tahun nie saya banyak buat kuih-kuih melayu lama untuk berbuka puasa wp terpaksa kelam kabut terutama apabila lepas balik kerja jam dah 4.30 dan kemudian jam lagi so sampai ke rumah jam 5 lebih. Tapi alhamdulillah menjadi jugak kuih muih saya dalam bulan puasa ini.

Perkara 9



Tahun 2010 ini amat mengembirakan saya apabila adik perempuan ke 4 saya berjaya memperolehi pekerjaan wp sekadar kerani sekolah dan melangsungkan pertunangannya dalam bulan 11. Mak saya done a good job dalam membesarkan anak-anaknya. Dia berjaya penuhi impian arwah ayah saya yang ingin melihat salah seorang anaknya menjadi pendakwah apabila 3 orang adik saya adalah ustat dan ustazah yang memiliki ijazah dalam pengajian al-quran dan hadis. Adik kedua saya berjaya membuka sekolah tahfiz dan mempunyai beberapa rangkaian tadika islam. Saya dah tak bimbangkan mereka lagi tapi hanya adik yg ke 4 ini dan adik lelaki bongsu saya. Mrk tidak berjaya dalam pelajaran tapi mereka anak yang sangat baik dan patuh.



Perkara 10

Oklah yang terakhir sekali dalam list 10 perkara berlaku dalam 2010. Perkenalkan inilah Amira, anak saudara saya yang lahir dalam pertengahan tahun 2010. Amira adalah anak ke 3 kepada adik ke 3 saya. Adik perempuan saya nie berkahwin dengan orang perak yang mempunyai saiz badan yang kecil dan rendah. Anak sulung dan kedua dia ikut saiz badan keturunan suaminya. Wp dah 7 tahun tapi badan seperti umur 4 tahun. Jadi bila Amira lahir lahir, kami happy sangat sebab Amira ikut badan keluarga kami...tinggi. Ini gambar dia ketika 6 bulan...... besarkan dan muka dia iras muka mak dan adik bongsu saya. psstttt......saya boleh tunjuk gambar anak orang sajelah, anak sendiri tak ada lagi




Selamat Tahun Baru 2011

Tuesday, December 28, 2010

Chocolate Mice with oreo and cherry


Kiut tak tikus kecil yang berekor panjang nie @ bahasa omputehnya mice. Nie entry masakan saya yang terakhir untuk tahun 2010.....uhhhhhh ayat cam nak tutup blog je. Chocolate mice nie saya buat untuk bagi idea kepada ibu-ibu yang nak buat birthday party untuk anak2 kecil mereka pada tahun depan.



Kebiasaannya pada hari selasa adalah hari rest saya drp gym so balik je umah memang niat nak buat chocolate mice nie memandangkan ada buah cherries fresh yg dibeli. Lepas siapkan semua bahan, pisahkan biskut oreo, potong coklat untuk dicairkan maka saya cubalah bakar almond slice....konon-kononnya nak bagi rangguplah sikit. Lepas je masukkan almond slice dalam oven, saya pun terus gi cairkan coklat. Tiba2 terbau bau hangit, berlari gi kat oven tapi terlambat sebab telinga tikus saya dah hangus @ almond slice hangus. Pastu bersemangat beb....sanggup salin pakaian, bawak payung gi mini market kat umah wp hujan lebat kat luar. Sampai je kat minimarket, dia tak jual pulak almond slice....termenung sekejap kat situ....macammana nak buat telinga tikus nie....tiba-tiba terpandang kat kuaci...wahhhh ok jugak kalau buat telinga tikus dari kuaci so belilah. Buat jugaklah coklat mice tapikan memang huduh bebenor telinga tikus tu pastu biji mata tikus saya nie terjembul besar pulak tu sbb gatal2 gi bubuh pati sirap rose dalam coklat putih hanya nak buat biji mata. So pengajaran 1) jangan bakar almond slice anda. 2) Guna jelly gel/coklat putih dan guna pewarna yang sesuai utk coklat bukan pati sirap.



Oklah jom kita tengok macam mana nak buat chocolate mice nie. Kalau anda buat mesti anak-anak anda tak sabar nak makan. Oh ye jangan judge chocolate saya tu ye, chocolate sicao yg masih banyak stoknya kat umah tapi mungkin dah masuk angin kot maka bila cairkan ia dah tak begitu elok. Chocolate tu dah lama sangat dan saya hanya simpan diluar....sayang pulak, mahal tu....nampaknya lepas nie kena habiskan buat kek atau muffin sahajalah.




Chocolate Mice with oreo and cherry
Photo and publish by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:-

  • 24 ketul biskut oreo yang berinti (inti apa ikut suka anda)
  • 24 biji buah cherry yang masih mempunyai tangkai @ cherry merah yg diletakkan atas kek tu tapi yang bertangkai
  • 24 biji coklat kisses
  • 100gm milk chocolate (coklat masakan)
  • 48 keping almond slices
  • sedikit butter untuk kilatkan coklat ( tak nak bubuh pun tak pe)
  • Red decorating gel atau coklat masakan putih dan ditambah dengan pewarna merah.

Cara-caranya:-

  1. Pisahkan coklat oreo berhati-hati supaya bahagian intinya berada dalam keadaan elok. Kita nak guna bahagian oreo yang berinti ini sahaja, sebelah lagi boleh simpan.
  2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
  3. Keluarkan coklat kisses dari pembalutnya dan kemudian celup cherry kedalam bancuhan coklat dan letakkan diatas coklat kisses.
  4. Letakkan berhati-hati cantuman cherry dengan coklat kisses atas inti biskut oreo.
  5. Letakkan almond slice dicelah cantuman coklat kisses dengan cherry menjadi telinga mice
  6. Picit decorating gel sedikit diatas coklat kisses sebagai biji mata.
  7. Buat sehingga habis dan kemudian masukkan kedalam peti ais selama 5 minit sahaja untuk mengeraskan coklat sedikit. Keluarkan dan kemudian simpan ditempat yang kedap udara.

yang nie tercomotlah sikit...so pastikan bila anda buat ia tak comot macam nie ye.

Masukkan dalam tupperware untuk diberikan kepada anak kawan. Anak sendiri tak ada so kena bagi kat anak orang.....kesian kat saya.

Note:-
  1. Saya dapat idea nie ketika blogwalking blog masakan barat tapi dah lama rasanya awal tahun lalu tapi saya tak ada cherry so saya pendamkan sahaja niat nak buat. Bila nak buat semalam saya dah tak jumpa blog tu so saya tak boleh nak letakkan sourcenya dari mana.
  2. Kerjatangan saya nie kurang kemas sikit sbb kesilapan teknik kat telinga tikus tu dan biji mata tikus...hope anda dapat buat dengan lebih cantik lagi, so bagitau saya kalau anda dah cuba buat anak tikus nie.
  3. Kalau anda tiada coklat masakan atau coklat masakan dah habis dalam almari anda, anda boleh gantikan dengan chocolate chips yang dicairkan.
  4. Kalau tak ada cherry segar, anda boleh guna cherry merah yg bertangkai yang jual kat kedai bahan kek tapi harganya mahallah sikit.
  5. Pastikan cherry segar anda dilap kering sebelum dicelup dengan coklat.
  6. Jika anda lihat gambar chocolate mice tu....ingat ye telinga mice tu patutnya adalah almond slice bukan kuaci ye....saya terpaksa ganti sebab almond slice saya hangus. Jangan guna kuaci sbb tak cantik

Monday, December 27, 2010

Laksa Utara

Laksa utara dimakan sebagai lunch dan merangkap dinner sekali semalam sebab pulang lewat ke rumah. Kuah laksa yang buat pada malam ahad dan rendam laksa semalaman, pagi isnin tu kukus laksa sebelum bawa ke pejabat. kalau tengok dalam mangkuk laksa saya tu, tak banyak ulam-ulaman sebab terlupa.....terlupa timun, potong bunga kantan lagipun kan saya nie tak suka banyak benda yang menserabut kat atas laksa saya.


Resepi simple mak saya.....mak saya nie orangnya jenis sempoi. Sempoi gila-gila sampaikan kadang2 saya risau dengan dia. Masa nak letak wang hantaran adik saya, dia boleh kata 'ikut kemampuan pihak lelaki' pada rombongan lelaki. Saya cakap kat dia "kalau diaorang hantar RM2 ribu, cam mana nak buat kenduri...janganlah macam tu", dia boleh jawap "tak pelah, kita buat kenduri makan bihun". Hal-hal masak pun dia sempoi.....bubuh apa yang ada je, dia jenis tak ikut resepi.



Ok inilah resepi mak saya, dia buat macam nie dan laksa dia nie memang hidangan wajib bila hari raya. Cucu-cucu dan menantu dia memang akan makan berpinggan-pinggan wp bahan hiasan dia tak semeriah orang lain. Kadang-kadang hanya telur rebus, limau dengan cili potong sahaja, macam dalam mangkuk anak dia jugak.....pengaruh mak.


Laksa Utara


resepi dan publish by resepidaria.blogspot.com



Bahan-bahannya:-


  • 1/2 kg ikan sardin/kembung/selayang (saya guna ikan sardin segar)
  • 4-6 biji cili kering, direbus dan dimesin
  • 1/2 labu bawang besar-dimesin
  • 6 ulas bawang merah-dimesin
  • 4 ulas asam keping (masukkan 4 dulu lepas tu tambah jika perlu)
  • 1 batang bunga kantan
  • segengam daun kesum
  • 1/2 bungkus laksa
  • 200gm udang segar
  • garam secukupnya
  • 1 1/2 - 2 liter air

Bahan hiasan

  • Ulam-ulam kegemaran anda seperti pucuk gajus
  • telur rebus
  • sebiji timun, dihiris halus
  • bawang besar-dihiris halus
  • bunga kantan-dihiris halus
  • cili padi - dihiris halus
  • nenas-dihiris nipis (jika suka)
  • limau

Cara-caranya:-

Laksa

  1. Rendam laksa terlebih dahulu supaya ia sedikit lembut dan kemudian baru kukuskan selama 30 minit. Angkat dan masukkan kedalam bekas yang berisi air dan biarkan ia terus kembang. Bila nak makan baru masukkan dalam penapis dan tapis sehingga kering air.

Kuah:-

  1. Bersihkan ikan dan udang. hanya buang isi perut ikan sahaja dan basuh bersih. Bersihkan udang dan pisahkan antara isi dan kulit serta kepala udang. Isi udang masukkan kedalam bekas lain dan ketepikan
  2. Rebus ikan dengan 800ml air dalam 20-30 minit bersama-sama dengan 2 keping asam keping. Keluarkan ikan dari periuk tapi air rebusan tu jangan dibuang. Pisahkan isi ikan dengan tulang dan kepala ikan. Pastikan isi ikan itu tiada tulang yang kecil-kecil tu. Masukkan isi ikan dalam bekas yang lain.
  3. Masukkan air rebusan, tulang ikan, kepala ikan, kulit udang serta kepala udang kedalam blender dan blender sehingga lumat. Tapis ambil pati yang pekat. Pastikan anda tapis elok2. Bersihkan blender anda.
  4. Blender pula cili, bawang dan isi udang sehingga lumat.
  5. Masukkan cili yang diblender dan pati tulang ikan dalam periuk. Masukkan air selebihnya dan asam keping. Masak dengan api yang sederhana perlahan sehingga ia mendidih.
  6. Lenyek2 isi ikan anda dengan belakang sudu. Masukkan kedalam periuk.
  7. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  8. Biarkan ia sehingga betul-betul masak dan berasa asam. Masukkan garam dan tambah asam keping lagi jika anda rasa perlu.
  9. Angkat dan boleh dihidangkan bersama laksa dan bahan hiasan yang lain.

Nota:-

  1. Tentu anda tertanya-tanya, apa fungsinya udang. Macam mana dia buat laksa bubuh udang?. Family kami tak guna bahan perasa seperti ajinomoto atau yang lain-lain dalam masakan. Tak pernah ada didalam dapur kami. So itulah fungsinya udang disini iaitu sebagai bahan pemanis dalam kuah laksa. Supaya kuah laksa lebih manis. Udang adalah rahsia mengapa kuah laksa mak saya sedap. So saya dah bocor rahsia dia hahahah.
  2. Anda boleh tambah belacan jika suka.
  3. Rahsia utama untuk laksa sedap adalah asam dan kuah haruslah dimasak dengan api sederhana dan biar mereneh lama. kuah laksa nie kalau lagi lama lagi sedap sebab asam keping tu dah betul2 sebati dengan kuah. Oleh itu sentiasa rasa kuah anda dan jika terasa kurang asam, tambah lagi jangan ikut sangat kuantiti kat atas tu. Ikut lidah anda.
  4. Laksa pula jangan patah-patahkan. Biar ia panjang sebab itu yang buat laksa lagi kick.
  5. Bahan tambahan untuk dimakan dengan laksa tu ikut suka selera anda lah. selalunya kalau keluarga kami timun, cili, telur rebus (jangan rebus lama cukup 10 minit sahaja) dan limau dah cukup.
  6. Kalori semangkuk laksa yang berukuran 16.5cm adalah 376 kalori. So ia amat-amat sesuai sangat untuk orang diet ye tapi dalam semangkuk tu aje ye jangan nak menambah pulak.
  7. Ikan sardin segar (bukan yg dalam tin tu) adalah sejenis oily fish maka ia amat bagus untuk otak. Jadi sangat2 elok dimakan selalu terutama untuk anak-anak kecuali wanita hamil kurangkan hanya kepada 2 kali seminggu sahaja.
  8. Sempoikan resepinya so janganlah tanya mengapa tak bubuh lengkuas, bawang putih, halia atau apa-apa sahaja sbb nie resepi laksa utara sebetulnya. Jika anda hendak bubuh dan ia sedap di lidah anda, silakan sebab dalam resepi tak ada salah atau betul asalkan ia jadi sedap. Kita buat dia bukan dia buat kita.

Oh ya saya nak tunjukkan satu gadget yang saya beli baru-baru nie. oleh kerana saya selalu bawa bekal lunch ke pejabat sebab saya masak ikut menu diet. Saya akan panaskan dalam microwave. Untuk elakkan makanan dipanaskan direct dalam microwave yang mana kita tahu bahayanya sinaran tu dan penyebab kanser maka saya guna periuk nie untuk memanaskan makanan saya. Ia berfungsi seperti periuk yang dimasak diatas api malah ia boleh digunakan untuk memasak dalam microwave. Empress microwave cooker dari Cosway nie boleh digunakan untuk steam sayur, pau, grilled salmon, steak, boleh buat stew daging, buat sup malah saya pernah buat mee bandung mengunakan periuk nie di ofis.



Kuah laksa saya masak semula dalam periuk nie dalam masa 10 minit. memang panas mengelegak bila tudung periuk dibuka. So saya tak adalah makan makanan sejuk wp bawak bekal.

Talam Kacang Hijau

Saya buat Talam Kacang Hijau nie pada malam ahad dan bawak ke ofis pagi semalam. Bawak 1 tray tanpa dipotong, jika dilihat bahagian atasnya keras cantik tapi bila potong dengan pisau kat pantry ofis tu yang potong jaripun tak luka, maka terlihatlah kelemahannya iaitu lembik dibahagian bawah. Masing-masing terpaksalah makan guna sudu. Walaubagaimanapun Talam nie memang sedap dengan rasa lemak-lemak masin dilapisan atas dan lemak manis kacang hijau dibahagian bawah. Saya suka makan talam nie, kalau tak kerana kalori mungkin 3-4 potong habis tapi nak jaga kalori maka hanya ambil 2 potong sahaja sebagai sarapan pastu dah tak tengok dah. Bila masuk pantry tengahhari, tengok talam nie dah licin.....rupanya boss pun minta supaya talam nie dihidangkan kepada tetamunya....huhhh merasa Datuk/Tan Sri tu makan talam kacang hijau saya nie.



Bila fikir kat mana silap saya bila buat talam nie, baru teringat yang saya tersilap ketika merebus kacang hijau. Dalam resepi kata rebus hingga lembut dan kemudian tapis hingga kering airnya tapi saya rebus kacang hijau hingga empuk pastu biar kacang dalam periuk bersama baki air rebusan. Saat2 akhir baru nak tapis maka sebab tu kacang hijau serap lebihan air dan talam saya lembik.....so after this bdaria jangan buat mistake nie lagi.



TALAM KACANG HIJAU



Bahan-bahannya:-



Lapisan bawah
:

  • 250gm gula kastor
  • 150gm tepung beras
  • 40gm tepung hong kew hijau
  • 1/2 tsp garam halus
  • 200ml santan pekat
  • 650ml air (mungkin anda perlu kurangkan air nie dalam 50ml)
  • 200gm kacang hijau (rebus hingga lembut dan tapis airnya)
  • sedikit pewarna hijau @ anda boleh dapatkan pati dari daun pandan jika tak suka pewarna.

Cara-caranya:-

  1. Satukan semua tepung, garam, santan dan air kemudian tapis supaya tidak berketul. Masukkan pula gula, kacang hijau dan pati pandan.
  2. Masukkan dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga naik wap
  3. Tuangkan dalam loyang 10"x10"x2 dan kukus selama 30 minit

Lapisan atas:

  • 70gm tepung beras
  • 50gm tepung hongkew atau tepung jagung
  • 2 tsp garam halus
  • 200ml santan pekat
  • 800ml air

Cara-caranya:-

  1. Satukan semua bahan diatas dan kacau rata
  2. tapiskan kedalam periuk dan masak sehingga naik wap
  3. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Nota:-

  1. Jangan kurangkan sukatan gula dan garam sebab memang dah ngam.....tak terlalu manis atau masin. Just nice, kalau anda kurangkan rasanya akan lari dah tak sedap.
  2. Pewarna hijau saya gantikan dengan pati pandan sebab my ofismate ramai cina maka mereka tak makan makanan yang guna pewarna begitu juga saya so saya tukarkan pewarna dengan pati pandan sbb tu kurang hijau sgt sbb saya tak guna daun pandan serani.
  3. Kalau tak ada tepung hongkew boleh gantikan dengan tepung jagung.
  4. Rebus kacang hijau jangan terlalu empuk just lembut sahaja dan kemudian tapis baki airnya.
  5. Resepi diatas tu untuk loyang 10" x 10" ye, utk org business @ utk makan 30 orang so kalau kat umah anda tu ada 3/4 orang, janganlah buat ikut resepi tu nanti pengsan nak makan. Buatlah separuh dan guna loyang yg kecil sikit.



Buah-buahan

Seronok hari isnin sebab today saya akan dapat bekalan buah-buahan yang segar yang dibawa oleh my ofismate Mr Chan. Jika anda lihat Mr Chan, anda tidak dapat menduga umur dia, diusia hampir pencen beliau masih kuat lagi bermain tennis. Hobi Mr Chan adalah beli buah-buahan segar yang diambil direct dari pemborong buah so Mr chan akan dapat harga yang agak murah tapi yang paling penting kualiti buah tak boleh lawan dengan buah kat pasar malam. Beliau akan beli berkotak-kotak dengan pelbagai jenis buah dan kemudian dibahagiakan dengan rakan-rakan sepejabat. Buah adalah wajib dalam keluarga Mr Chan, ketika menonton 5-6 biji epal akan habis dimakan beliau sekeluarga untuk semalam so that why beliau membeli stok yang banyak untuk kegunaan keluarga beliau terutama bagi 2 anak lelaki beliau yang sedang meningkat remaja.


Setiap minggu saya akan peruntukkan RM20-RM30 untuk pelbagai jenis buah. Ini adalah snack saya. Hari nie saya habis RM50 untuk beli buah-buah kat bawah nie. Huhhhh terlebihlah pulak.




Buah Cherry nie RM36 sekilo. Masam-masam manis. emmmm nak buat apa ye selain dari makan. Tak terhabis nak makan seorang sekilo nie......buah pun ada kalori tau sebab tu bila makan buah saya bilang berapa biji yang boleh dimakan untuk kalori dibawah 200 kalori. teruk betul bdaria nie.....semua benda nak dikira.




Buah pear nie RM3 sebiji. Sooooo sweet.....suka sangat makan pear jenis nie. yang nie tak perlu risau sekejap aje boleh habis.


Anggur hijau nie lebih dari sekilo dapat dengan harga RM14. Mr Chan bahagikan berdasarkan berapa harga yang dibeli sekotak dan dibahagikan berapa kilo dalam sekotak so jatuhlah RM14 untuk sekilo lebih nie. Segarnya ranggup krup...krup dengan sedikit masam manis. Minggu lepas saya dah beli anggur hitam so minggu nie anggur hijau.

Sunday, December 26, 2010

Ikan Cencaru Bakar resepi 2

Hujung minggu nie, saya habiskan masa kat rumah mak cik saya di Selayang Baru, belajar buat beberapa gubahan untuk hantaran perkahwinan adik saya bulan 6 nie. Pada pagi tadi kami pergi ke pasar Borong Selayang, geram tengok ikan2 segar saya beli seekor ikan cencaru dan ikan sardin untuk buat kuah laksa. Bila pulang kerumah pada petang tadi entah datang dari mana mood rajin masak maka terhasillah ikan cencaru bakar, sayur bayam goreng sempoi dan nasi kukus untuk dinner, kuah laksa untuk bekal lunch esok dan kuih talam kacang hijau untuk dibawa ke ofis pagi esok.


Hari nie saya tak paparkan weight in results untuk minggu ke 11 sebab dah lewat petang baru sampai rumah. Berat saya tidak berkurangan minggu nie mungkin sebab saya kurang buat senaman. Minggu lepas saya memang tak pergi gym sbb the curve diwaktu petang hari2 terakhir sebelum krismas memang sesak teruk. Wp ofis saya dengan The Cuve hanya 5 minit jika lampu isyarat tak buat hal tapi minggu lepas saya nak ke Curve ambil masa dekat 1 jam, that why saya u turn dan patah balik ke Kelana Jaya.


Saya suka memasak dan saya suka mencuba sesuatu resepi yang belum pernah dibuat. Dalam masakan tiada salah atau betul, asalkan hasilnya bersesuaian dengan lidah kita maka ia betullah tu. Mak saya bermula dari seseorang yang tidak tahu membuat kuih tetapi bila keadaan mendesak maka beliau cuba pelbagai resepi kuih.....anda tak tahu berapa banyak percubaannya gagal. Dia pernah berjalan kaki hantar sebakul kuih ke kedai diwaktu pagi dan bila petang dia bawak balik sebakul penuh lagi kuih sbb kuih dia tak laku. Masa tu tak ada internet dan tak ada orang ikhlas membantu, ramai yang bagi resepi tapi resepi itu bohong.....mak saya try, adjust setiap resepi kuih sehinggalah berjaya dapat kuih yang sedap. Sebab itu dia simpan resepi rahsia dia. Dia orang meniaga.....jangan tanya resepi pada orang meniaga....ingat tu. Mak saya selalu pesan jangan tanya resepi pada orang meniaga kerana ia akan buat orang itu serba salah. kami ada jiran, dia nie minat sangat makan kuih apam beras yang mak buat. Satu hari dia datang tanya resepi pada mak, mak bagitahu resepi.....bila dia balik buat tapi tak jadi seperti yang mak buat. So keesokkannya dia datang lagi kerumah dengan bawa besen, tepung dan segala kelengkapan membuat apam beras. Dia buat mak saya serba salah, dia paksa mak saya ajar dia buat apam beras depan dia. Sejak tu mak saya pesan pada saya ' hormat hak orang meniaga....mereka cari duit dengan resepi rahsia yg mereka usahakan sendiri hasil dari susah payah". Anda juga boleh cipta 'ramuan rahsia' anda sendiri jika anda rajin mencuba. jika buat hari nie dan tak menjadi, cuba lagi lain kali cari mana silap kita.....mak saya kata ' kita buat dia, bukan dia buat kita' sbb tulah mak saya tak pernah halang saya bila saya nak memasak resepi yang pelik2 malah percaya tak kalau saya kata saya ada dapur saya sendiri kat rumah masa saya remaja supaya saya tak ganggu mak bekerja didapur. Mak saya tak pernah marah kalau masakan saya tak menjadi malah dia bagi duit lagi suruh beli bahan cuba lagi.


Sebab itulah saya amat menjaga hak orang meniaga. Mana2 resepi yang bukan milik saya dan saya tak paparkan resepinya.....tolonglah jangan minta. Terlalu ramai yang email mintak resepi yang saya tak papar siap bagi 'syarahan' bahawa tak elok kedekut ilmu dan ajar saya tentang pahala berkongsi ilmu.


Wah melalut pulak panjang pulak......oklah jom tengok dinner saya malam nie. saya bakar ikan cencaru nie...sedap bakar ikan cencaru yang masih segar, bestnya terutama kalau dapat makan dengan air asam. Oh ye ikan cencaru nie untuk 2 kali makan....wp sedap ikan segar tapi 'portion' kena jaga nanti lari had kalori.



Walaupun nampak tidak mengiurkan sbb tuan rumah tak ada bakat nak menghias elok2 dan masa tu dah pukul 6.30 pm so dah time dinner jadi dah tak kira gambar elok ke tidak....pakai snap aje tapi ikan cencaru bakar guna resepi nie memang sedaaaappp. Ini hasil try and error ok, kalau anda buat guna resepi nie dan nak tambah apa-apa silakanlah sebab saya suka orang kreatif dengan resepi....entah2 anda buat lebih sedap lagi.


Ikan cencaru bakar 2


Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ikan cencaru - agak besar, dibelah belakang dan dibersihkan

Bahan inti

  • 2 biji lada besar*
  • 1 biji cili padi - jika anda hendak pedas, jika tidak abaikan*
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1 biji buah keras*
  • 1/2 sudu makan udang kering, direndam sebentar*
  • 1/2 sudu makan asam jawa + sedikit air = dapatkan jus pekat*
  • 1/2 sudu makan rempah kari*
  • 1/2 sudu teh gula (ini ikut selera anda, saya nie jenis kurang manis)*
  • garam secukupnya*
  • sedikit minyak
Cara-caranya:-
  1. Ikan cencaru dibersihkan dan dilap dengan tisu masakan supaya lebihan air diserap dan benar2 kering
  2. Bahan yang bertanda (*) dikisar halus atau ditumbuk sehingga lumat. Setelah selesai, lumur pada keseluruhan ikan dan masukkan lebihan inti kedalam belahan ikan. perapkan dalam 1/2 jam atau lebih.
  3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak
  4. Masukkan ikan dan bakar selama 6-7 minit kemudian terbalikkan bahagian yang satu lagi dan bakar lagi selama 6-7 minit. Tutup kuali dan guna api perlahan supaya ia masak merata.
  5. Angkat dan hidangkan


Saya makan ikan bakar bersama sayur bayam goreng sempoi. Tengok lada besar langsung tak ada. Bubuh apa yang ada saja lah....tak perlu remeh2 yang penting sedap jugak.

Ini nasi kukus.Nasi nie untuk 2 kali makan ye sbb ia melebihi 1/4 cawan. lebihan nasi nie saya simpan untuk buat nasi goreng esok for dinner. Kesiankan orang bujang nie, nak masak dalam periuk nasi tak berbaloi sebab sikit sangat....so kukus lah yang paling berkesan. Untuk kukus, rendam 1/2 cawan beras selama 2 jam dan kemudian masukkan dalam bekas kukusan dan tambah 1/2 cawan air dan kukus selama 30 minit. So anda boleh kukus dengan nisbah 1: 1 iaitu 1 cawan beras bersama 1 cawan air dan seterusnya.


Ini kuah laksa yang saya buat dengan ikan sardin segar.....bestnya lunch esok makan laksa. Saya tengah rendam laksa dan kukus pagi esok sebelum gi ofis.


Ini kacang hijau yang saya rebus untuk buat talam kacang hijau. Kacang hijau tu dah lama bebenor dalam almari....risau rosak. tengah mood memasak kan so buat ajelah atleast ada reseki kawan-kawan saya kat ofis esok.

Thursday, December 23, 2010

Talam Jagung




First time saya bersetuju untuk menerima tempahan. Ini adalah tempahan kuih pertama yang saya buat, inipun sebab my ofismate tak sempat order kuih dari luar. hari nie ada 'operasi luar' so selalunya kami akan mengambil sarapan berat sebab selalunya kami tak tahu pukul berapa tugasan kami akan habis kadang-kadang sampai jam 3 petang baru kami lunch. Jadi heavy breakfast memang terpaksa ambil. Kerani akan order makanan dan kuih untuk sarapan, semalam dia tak sempat order kuih so dia mintak saya tolong buatkan.


sebenarnya itulah salah satu sebab mengapa badan saya mudah naik. Tugasan saya menyebabkan waktu makan saya tidak menentu. kami memang terpaksa ambil sarapan berat setiap kali ada 'operasi' sebab ia perlu kerana tugasan kami kadang-kadang berlarutan sehingga melepasi tengahhari dan kami tidak boleh berhenti sehingga ia selesai. Bila dah makan lunch lewat kadang2 jam 2.30 atau 3 petang, maka selalunya saya akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sbb terlalu lapar. kebiasaannya bila selesai tugasan, pegawai yang incharge akan bawa kami makan direstoran yang bagus2. Inilah perkara-perkara yang menyebabkan pengambilan makanan saya tidak seimbang dan sebenarnya ia sentiasa 'menakutkan' saya. Bila kekedai makan selalunya saya amat bermasalah untuk mendapatkan healty food terutama jika dah lewat waktu lunch. inilah sebab utama mengapa badan saya mudah naik.


Sepulang sahaja dari ofis, saya singgah supermarket beli barang2 yang diperlukan. saya terfikir untuk menyediakan talam jagung sebab ia paling senang hendak dibuat lagipun boleh disediakan malam dan dibawa ke ofis keesokkan harinya. saya bawak sekali dengan dengan tray sbb kat rumah nie langsung tak ada bekas yang muat kuih tu.



Harap maaf sebab resepi tidak disediakan sebab resepi nie bukan milik saya dan ia kepunyaan Chef Asma dan beliau masih mengunakan resepi nie untuk mengajar.

Tuesday, December 21, 2010

Moist Chocolate Cake 1



Moist chocolate cake nie saya buat malam isnin lepas. Entah mengapa tiba-tiba teringin sangat saya nak makan chocolate cake. Saya bake chocolate cake nie pada jam 11 malam dan siap bakar pada pukul 12 lebih. Esok paginya, saya bangun awal pagi hanya untuk cairkan coklat dan tuangkan diatasnya. Oleh tu faham-faham sajalah keadaan kek apabila di hias dalam keadaan tergesa-gesa macam tu.....memang tak cantiklah nak ambil gambar sebiji macam tu. Ini saja gambar terbaik yang saya dapat ambil sebab jam dah tunjukkan kul 6.30 tapi saya mandi pun belum lagi. Gambar memang tak cantik tapi rasa memang sedap....mestilah sedapkan sebab dalam tu coklat.....coklat sicao pulak tu.


Chocolate cake nie lebih kepada rasa brownnie sebab tekstur kek agak padat tapi memang sedapppp sbb dalam kek dimasukkan coklat masakan sicao. Saya beria-ia buat sampai tak cukup tidur tapi yang saya makan adalah sepotong kecil kek (sepotong kek didalam gambar tu dibahagikan dua), yang lain-lainnya dihabiskan oleh rakan-rakan sepejabat. Hanya sebesar itu sahaja, kalorinya sudah 341 kalori atau bersamaan dengan 103 minit ( 1jam 43 minit) berjalan kaki untuk membakar kalori sepotong kek tersebut. Oklah ini resepinya kepada sesiapa yang hendak mencuba.
Kek Coklat Lembab

Sumber: Majalah Nur Dis 2010
Gambar dan publish oleh: resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:-


  • 125gm mentega
  • 180gm gula perang
  • 220gm tepung gandum
  • 30gm serbuk koko
  • 1/4 tbsp soda bikarbonat
  • 2 biji telur
  • 90gm coklat masakan (cairkan bersama air panas)
  • 125gm air panas
  • 1/2 tin susu cair- saya guna susu Ideal
  • 1 sudu esen vanila

Cara membuatnya:-

  1. Gaulkan tepung bersama koko dan soda bikarbonat dan ayak

  2. Sementara itu pukul mentega bersama gula sehingga kembang

  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul

  4. Masukkan tepung dan selang seli bersama bancuhan coklat dan susu. Aduk rata. Akhir sekali masukkan vanilla.

  5. Tuangkan adunan kedalam acuan bersaiz 9 inci x 9 inci.

  6. Bakar selama 45 minit pada suhu 175 darjah celsius

Bahan Topping

  • 150gm coklat masakan (milk chocolate)
  • 150gm dark chocolate
  • 3 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air

Cara menyediakannya:-

  1. Saya guna double boiler. Cairkan coklat masakan dan kemudian masukkan susu cair. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebati.

  2. Kemudian masukkan mentega

  3. Kacau sehingga pekat.

Nota:-

  1. Saya kurangkan sukatan gula dan gantikan dengan gula perang. So kek ini tidak begitu manis. Jika anda hendak manis, masukkan lagi 90gm gula kastor.

  2. Saya guna coklat masakan sicao dan guna kaedah double boil untuk cairkan coklat. saya cairkan dahulu coklat masakan kemudian baru masukkan air panas atau susu cair.

  3. Bahan topping ini banyak so anda harus kerat dua kek dan sapu sedikit topping dilapisan tengah dan kemudian cantumkan sebelum disapu dipermukaan kek. Saya tak sempat nak buat macam tu.

  4. Anda boleh taburkan almond cincang sebagai hiasan.

Kari Ikan ala mamak

Ikan bawal nie sebenarnya dah seminggu dalam peti ais saya. Saya dah siap bersihkan dan potong 4 kemudian masukkan kat tempat beku. Buat kari ikan untuk dimakan bersama lempeng. Kari nie kurang minyak dan santan so rasanya ala-ala kari mamak lah. Kari kalau nak cantik memang kena masukkan minyak banyak semasa menumis tapi sekarang saya kenalah buat kari yang kurang minyak. Bila saya masak kari ikan nie, saya teringat kepada arwah pak cik saya (meninggal di usia 24 tahun akibat barah tulang) amat gemarkan kari. Selang sehari harus masak kari.



Ada satu tip untuk anda. Selalunya ikan yang telah lama simpan didalam peti ais akan tidak segar dan sesedap ikan baru so untuk mendapatkan kembali kesegaran ikan yang disimpan dalam peti ais, rendam ikan tersebut didalam susu segar sebelum digunakan.





Oh ya kari ikan saya nie kosong sebab banyak bahan yang tak ada dalam peti ais tu tapi resepi yang saya bagi adalah lengkap semua bahan. Saya tak boleh beli bahan mentah banyak sebab jarang guna nanti membazir....bukannya masak tiap2 hari hanya hari minggu sahaja.


Kari Ikan ala mamak
Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ikan bawal-dipotong-potong
  • 40gm serbuk kari ikan (anda boleh guna baba's untuk dapatkan rasa kari mamak)
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 biji tomato dipotong 4 @ 6
  • 50gm santan pekat (saya guna santan kotak)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu besar halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 cawan air @ secukupnya (ikut suka anda)
  • 1 susu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Bahan tumis

  • 2 ulas bawang putih-dihiris
  • 1 biji bawang merah-dihiris

Cara-caranya:-

  1. Masukkan serbuk kari, bahan dikisar dan 1 cawan air kedalam mangkuk dan bancuh sehingga jadi pes. Biarkan ia sebentar supaya bahan-bahan mesra bersama.
  2. Panaskan satu sudu besar minyak, kemudian masukkan bahan tumis, halba, daun kari dan biarkan ia sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes serbuk kari serta air asam jawa dan perlahankan api. Biarkan ia mereneh sehingga naik minyak selama 10 hingga 15 minit. Tutup tudung periuk tapi sentiasalah tengok supaya bahan tumisan tak hangit.
  4. Masukkan santan dan baki air serta ikan. Masak lagi selama 15-20 minit.
  5. Masukkan kacang bendi, tomato dan garam. Masak sehingga bendi lembut.
  6. Angkat dan hidangkan.

Jemput-jemput sayur/lempeng sayur



Entry tertunggak lagi, nie hidangan lunch merangkap dinner sekali pada hari ahad lepas. Makan sekeping lempeng sayur nie dah buat saya kenyang seharian. Untuk dinner saya goreng lebihan tepung bancuhan lempeng sebab tu jemput-jemput saya nampak nipis sbb nak buat lempeng saya tambah sikit air. Bahan bancuhan adalah untuk buat jemput-jemput tapi nak kurangkan minyak so saya tuang sikit adunan atas non stick pan.



Saya makan lempeng sayur nie dengan kari ikan bawal ala mamak. Saya kurangkan pengunaan minyak dan santan dalam kari so jadilah macam kari mamak.



Jemput-jemput sayur


Bahan-bahannya:-
  • 50gm carrot-dipotong sebesar batang mancis
  • 50gm taugeh (sy tak masukkan sbb tak ada)
  • 5 tangkai daun kucai, potong 2 cm
  • 1 biji lada besar, dihiris nipis
  • 150gm tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 ulas parutan bawang putih
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada sulah
  • 1 biji telur
  • 100ml air sejuk
  • minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-

  1. Campurkan semua bahan diatas menjadi satu dan gaul rata
  2. Biarkan selama 15 minit
  3. Panaskan minyak. Sudukan adunan kedalam minyak yang telah dipanaskan. Goreng sehingga masak.
  4. Hidangkan bersama sos kegemaran anda atau kari
  5. Jangan potong sayuran terlalu besar supaya sayuran masak dengan sempurna.

Note: Jika nak buat lempeng, tambahkan sedikit air kedalam bancuhan.



Vegetable Cutters




Salah seorang pengunjung blog resepidaria.com telah meminta saya untuk menunjukkan alat yang digunakan untuk memotong karot yang dibuat sup sayur.


Inilah vegetable cutters yang saya beli di Daiso dengan harga RM5 bagi 1 pek (1 pek ada 3 cutters). Kadang-kadang singgah jugak kat Daiso selepas gi surau kat tingkat 2 The Curve. Selalunya ada sajalah gadget kecil-kecil yang saya akan beli. Memang gatal tangan nak membeli kalau masuk kat sini sbb tengok benda2 yang comel-comel belaka wp sebenarnya bukan guna sangat pun.

Sunday, December 19, 2010

Daging bersama sayur campur



Sebenarnya resepi nie diambil dari majalah GoodFood Asian Edition Nov 2010 tapi saya ubah suai sikit. Nama resepi sebenarnya adalah beef with leek, saya tukar leek kepada sayur-sayur campur. Resepi mudah yang lengkap dengan daging dan segala sayur....so sekali masak dah ada semua protein dan fiber.


Daging bersama sayur campur

Bahan-bahannya:-
  • 250gm daging - dihiris nipis
  • 2 tbsp minyak masak
  • 2 ulas bawang putih-dihiris
  • 4cm halia muda-dihiris nipis

Untuk perapan

  • 1 tsp tepung ubi
  • 1 tsp kicap cair
  • 1 tbsp air
  • serbuk lada putih secukupnya

Untuk sos

  • 1 tbsp sos tiram
  • 2 tbsp kicap manis
  • 1/2 tsp lada hitam-ditumbuk
  • 1/2 cawan air

Sayur-sayuran-dicelur telebih dahulu

  • 1/2 batang Karot- dipotong membulat atau memanjang
  • 2 ketul kecil brakoli hijau
  • 6 biji snow pea atau kacang sepat
  • 1/4 biji lada bengala (capsicium)- dihiris memanjang (tak perlu celur)

Cara-caranya:-

  1. Campurkan daging dengan bahan perapan. Perap selama 30 minit.
  2. panaskan 1 tbsp minyak didalam kuali dan bila minyak sudah panas, masukkan daging yang diperap dan goreng sehingga daging berubah warna. Tutup api dan keluarkan daging. ketepikan.
  3. Bersihkan kuali dan masukkan 1 tbsp minyak. panaskan minyak, masukkan halia dan bawang putih. Tumis sehingga wangi lebih kurang 1 minit. Masukkan semua bahan sos dan kacau sebentar. Masukkan sedikit air supaya ia tidak begitu kering. Masukkan daging dan kacau rata.
  4. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan kacau rata. Masukkan garam jika perlu. rasa dulu sebelum masukkan garam sebab sos tiram dah masin.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.

Hidangan ini untuk 2 @ 3 orang makan.

Week 10, weight in results


Minggu ke 10, pengurangan minggu nie hanya 0.4 kg sahaja menjadikan berat saya pada minggu nie 70.8kg. Hope minggu depan, berat saya akan mencecah angka 6, dah lama tak beraa di angka 6.
Dari segi penurunan berat badan kurang sikit minggu nie, wp pengambilan kalori agak berlebihan dalam 2 hari bila saya makan nasi kukus dengan ayam goreng serta ais krim fruit lolo tapi saya 'bayar' lebihan kalori tu dengan extra excersice. Minggu nie saya habiskan 5 hari digym dan satu hari naik turun tangga. Oleh kerana lutut saya dah ok, saya mula join semula kelas bodystep dan body pump.....agaknya sbb terlalu kerap sangat join kelas nie dalam minggu ke 10, saya dapati pengurangan cm hanya pada bahagian lenggan dan paha. lengan saya dah kecil dah tak ada lagi gelebeh yang kat bawah lengan tu.

pita pizza



Ini adalah resepi yang diperolehi dari laman web thebiggestloserclub. resepi simple dan hanya 15 minit menyediakan hidangan ini. Satu keping pita pizza nie untuk 2 hidangan atau 2 orang makan sebab satu keping pita pizza nie mengandungi 600 kalori sebab saya masukkan 1 ketul sosej dan mayonis tapi jika dikeluarkan sosej, kalori pita pizza hanyalah 400 sahaja.
Pita Pizza
Bahan-bahannya:-
  • 1 keping roti pita
  • 40gm tomato paste
  • 40gm nenas-dipotong kuib (saya tak bubuh sbb tak ada)
  • 1/4 capsicum merah-dipotong dadu atau memanjang
  • 1/2 biji bawang -dihiris nipis
  • 1 cubit oregano kering (sy terlupa bubuh)
  • 30gm cheddar cheese, reduced fat 25% - diparut
  • 1 ketul sosej-dihiris nipis (saya tambah dari resepi asal)
Cara-caranya:-
  1. Panaskan oven adan pada 200 C.
  2. Sapukan tomato paste diatas roti pita
  3. taburkan nenas, capsicum, sosej, bawang
  4. taburkan oregano dan cheese
  5. Bakar selama 10 minit sehingga masak

Nota: cheddar cheese saya gantikan dengan cheese slice yang gunting memanjang dan sedikit mayonis.


Friday, December 17, 2010

lempeng dan fruit lolo


Ini adalah sarapan saya pagi tadi. Kawan saya bawak lempeng bersama gulai ayam yang dibuat oleh ibunya. Memang lari had kalori saya untuk sarapan. Nampak menarikkan lempeng tu ditambah pulak dengan kari ayam yang enak ini. Memang beselera makan terutama bila makan beramai-ramai.

Enak kan...terliur tak, esok pagi boleh buat lempeng untuk sarapan. Tak susah buat macam kuih dadar guna tepung, telur sebiji, garam, sedikit kunyit dan air secukupnya macam nak buat kuih ketayap.


Ini desert kat Fruit Land, kedai baru yang dibuka di Ikano Power Centre. Saya dan kawan nak mencuba makan dikedai baru nie. Yang sedap kat sini hanya dessert sahajalah seperti ini fruit lolo (RM9.90)....kombinasi ais krim keladi yang dibuat seperti ais sagat dimakan bersama buah-buahan. Rasanya ini sajalah yang agak sedap sikit, makanan yang lain adalah masakan readymade yang hanya dipanaskan di microwave. My friend bengang bila tengok spagetti cendawan seafood yang dia order. Dia kata macm sos dalam tin dituang atas spagetti, masukkan isi ketam yang kat supermarket dan sehiris cendawan......yang dipanaskan dalam microwave dan kemudian hidangkan. Service.....OUT...teruk. Time kami pergi waktu makan tengahhari....kedai agak sibuk, pekerja dia jadi kelam kabut...tak terurus, ada pelanggan order 3 pinggan keow teow tapi sampai 2 pinggan je setelah tunggu lebih 30 minit. panggil pelayan tapi pelayannya macam datang dari planet asing sbb tak paham sepatah haram pun kita cakap.....jangankan bahasa melayu tapi bahasa english pun dia tak faham....memang nampak sangat bukan orang malaysia.
Lepas ambil begitu banyak kalori hari nie kenalah bakar lebih sikit......hari nie tak pergi gym tapi saya naik turun tangga apartment 9 tingkat nie sebanyak 3 kali. Rasa macam nak merangkak bila nak habis pusingan ke 3 tu. Kalau nak makan sedap... boleh tapi lepas tu kena bakar baliklah kalori tu, kalau saya tak exersice saya akan susah hati sampai esok harinya.