Tuesday, December 6, 2011

Ais Krim Goreng

Ais krim goreng ini saya buat beberapa hari lepas. Ais krim goreng nie nampak macam dah cair sikit sebab lepas buat saya terus nak goreng tapi terlupa panaskan minyak terlebih dahulu. Dibiarkan diluar sementara menunggu minyak panas....itu yang menyebabkan ia sedikit cair.

Resepi simple sahaja.....asal ada bahan kat rumah bila-bila masa boleh buat.

Ais  krim goreng

Bahan-bahannya:-
  • 4 keping roti putih (roti gardenia)
  • Serbuk roti secukupnya
  • Ais krim apa-apa perisa yang anda suka
  • 1 biji telur
Cara-caranya:-
  1. Pecahkan telur dan pukul sedikit. Ketepikan.
  2. Masukkan serbuk roti dalam pinggan dan ketepikan.
  3. Sediakan zip lock bag atau aluminium foil di meja kerja anda.
  4. Sediakan satu mangkuk kecil air bersama dengan berus sapuan untuk disapu di permukaan roti supaya ia lebih melekat.
  5. Ambil roti putih dan kemudian leperkan sedikit.
  6. Ambil pemotong bulat dan potong roti dalam bentuk bulat atau guna bekas sandwich seperti saya guna ini untuk cara yang lebih mudah.
  7. Letakkan satu scoop ais krim diatas nya dan kemudian sapu sedikit air disekitar tepi potongan roti bagi membolehkan ia melekat.
  8. letakkan sekeping roti diatasnya dan tekan
  9. Buang kulit tepi roti (jika guna acuan macam saya-bila kita tekan acuan ini, lebihan roti akan terpotong sendiri)
  10. Celup roti dalam telur dan kemudian letakkan pula diatas serbuk roti. Pastikan ia bersalut rata
  11. Masukkan roti tadi dalam bekas zip lock atau balut dengan aluminium foil dan masukkan ketempat beku dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam. Ulang proses diatas untuk 2 keping roti lagi
  12. Jika hendak makan, panaskan minyak penuh dengan api sederhana. Pastikan ia betul-betul panas
  13. Keluarkan roti ais krim dan kemudian terus goreng.
  14. Goreng sehingga kelihatan garing di kedua-dua belah.
  15. Angkat, toskan dan terus hidang.
Nota:-
  • Bekas acuan sandwich diatas saya beli di Daiso dengan harga RM5.

1 comment:

qisanni said...

Mudah dan sedap untuk dicuba Tq
http://cocoapinky.blogspot.com