Showing posts with label Kelas masakan/cake. Show all posts
Showing posts with label Kelas masakan/cake. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Kelas memasak lagi

 Ahad yang lepas, pertama kali menjejakkan kaki ke kelas masakan ini. Oleh kerana lokasinya tidak jauh dari rumah....maka hari ahad jam 2 petang saya drivelah ke sini. Walaupun tiap-tiap pagi saya lalu kat depan The Strand tapi tak pernah masuk area nie....tambah pulak saya bukan peminat tudung ariani so sebab tu jarang ke The Strand. Hari jumaat, call Daphne untuk join kelas Chef Azli nie dan terus tranfer duit kelas RM40 melalui maybank2u.

Hari Ahad, jam 2 petang drive dari rumah.....dalam 5 minit dah sampai ke The Strand....berpusing-pusing cari jalan PJU 5/22. Tanda jalan semua ditutupi oleh iklan-iklan along......tak pasti mana satu jalan 5/22....2 kali pusing asyik jumpa 5/20 je. Setelah 10 minit berpusing-pusing, akhirnya jumpa jugak dgn tempat nie. Kawasan nie sepi dan sunyi sebab tak banyak kedai yang beroperasi. Naik tangga dan pergi ketingkat 2, bila masuk tengok hanya ada 2 orang peserta sahaja......ambik goodies dan duduk tunggu kelas bermula. Chef Azli datang tegur saya tapi saya langsung tak cam dia sebab dia nampak lain sungguh berbanding dengan gambar kat blog. Orangnya kurus tinggi.....bila dia pergi ke depan barulah saya terkejut 'ohhhh dia ke Chef Azli".  

 Inilah kelas demo yang berada ditingkat 2. Dapur berkonsep moden.....cantik dan menarik kelas nya

 Ini pula kelas 'hand-on' ditingkat 3. Periuk belanga dan peralatan dapur, pinggan mangkuk tersusun kemas dirak-rak besi ditepi dinding dan setiap station ada dapur sendiri bersama singki. Memang agak selesa suasana kelas 'hand-on' disini.

 Kebanyakan produk elektrik dan dapur disini mengunakan produk Leben. Agak mengkagumkan sebab pusat memasak ini mendapat banyak sponsor produk dari jenama terkenal.
 Saya amat tertarik dengan bilik makan bersebelahan dengan kelas hand-on. Disini terdapat 2 meja makan yang digunakan untuk peserja makan selepas mereka memasak. Saja suka ambik gambar meja nie.....kebanyakannya produk Ikea
Yang nie pun saya ambik gambar.....tujuannya nak pergi cari benda alah nie. nak buat konsep nie jugak kat meja makan kat rumah tu. Saya kan jenis yang suka putih, hitam dan hijau.

Tentang masakan apa yang saya belajar.....sebenarnya biasa-biasa sahaja seperti sup cendawan, roti dan fruit tart. Oklah tu dengan bayaran RM40 dari jam 2.30 hingga 5.00 petang. Nie kelas dalam bulan October chef Azli jika anda berminat

Tarikh: 08/10/2010
Hidangan : Salad Mangga Thai, Ayam panfried, sos lada hitam, kek ceri frosting

Tarikh: 22/10/2010
Hidangan: Kek Keju bakar, roti roll, chicken chop sos BBQ

Tempat: Food Recipes Cooking Club 12A-12/m Jalan PJU 5/22 The Strand Kota Damansara,47810 Petaling Jaya Selangor

Untuk maklumat lanjut pergi ke blog Chef Azli disini.

Sunday, January 16, 2011

Kelas talam Chef Asma part 2


Semalam saya join kelas talam 2, kelolaan Chef Asma. Banyak talam-talam baru dan menarik yang telah dipelajari. Kami buat 13 resepi talam dan chef bagi 20 jenis resepi talam. Ini adalah sebabahagian talam-talam yang telah dipelajari, saya banyak ambil gambar tapi semalam kamera saya tiba2 problem....banyak gambar jadi blur. So hanya ini sahajalah gambar yang elok sikit.


Semalam identiti saya sebagai owner this blog terbongkar. Sebenarnya saya tak begitu selesa dengan keadaan itu....dan saya berdoa ia tidak berlaku ketika mula melangkah masuk. Saya cuba sedaya upaya tidak memperkenalkan diri saya malah saya tak pernah beritahu "oh ini blog saya" pada sesiapa pun. Saya tidak boleh expose diri saya sebab kerja saya. Saya pernah tukar gym apabila salah seorang pengunjung gym kenal dan tegur malah memperkenalkan saya kepada kawan2 dia "inilah puan yang siasat......". Bila keadaan itu berlaku saya terpaksa keluar dari gym tu dengan segera dan terpaksa tukar gym lain....mujur saya mempunyai keahlian platinum so saya boleh pergi mana-mana club lain. Memang tak selesa bila orang kenal saya "oh inilah dianya bdaria....". Problem mungkin akan timbul apabila orang mengenali saya terutama apabila saya bertugas dan akan bertembung dengan mereka.


Oklah jom tengok apa yang telah saya pelajari dalam kelas talam tahap 2 nie ok. Talam-talam nie cantik dan sangat sedap.....bestnya.


Ini Talam Mak Dara. Cantikkan warna oren digabungkan dengan coklat.


Ini Talam Sri Sarawak. talam nie saya dan kawan sekelas yang buat tapi bila saya balik rumah, talam nie tiada dalam kotak kuih.





Ini koleh kacang. Maybe ia resepi biasa yang boleh dicari banyak kat internet tapi inilah koleh kacang yang paling sedap yang pernah saya makan. Balik aje dari rumah semalam, terus makan nie dulu. habis semua 5 ketul yang chef masukkan dalam small paket tu.



Ini pula adalah Talam Serimuka lapis berinti.




Ini pula Talam lapis berinti





Ini talam yang paling cantik dan sedikit rumit untuk membuatnya sebab banyak layer. Talam Permata.



Talam Sago Banjar....paling sedap. Saya suka sbb sedap sangat.



Selain talam chef juga ajar buat bingka. Ini adalah bingka ubi kayu. Mungkin ia biasa bagi anda tapi resipi chef special dan talam ubi kayu nie sangat sedap dan lain dari yang pernah saya makan. saya suka sangat bingka nie, tak keras dan lembik sangat. Sedang2 saja.



Ini pula bingka labu.

Ok itulah sebahagian gambar-gambar talam yang dapat saya publishkan. Jika anda berminat untuk belajar talam-talam ini semua silalah ke blog Chef Asma. Enjoy kelas nie sebab banyak ilmu yang dipeolehi dan dapat kenal kawan-kawan yang sama minat.

Friday, August 20, 2010

Homemade Chocolate

Semalam kena duty kat luar lagi, after habis kerja jam dah menunjukkan jam 12.30. Oleh kerana dalam kereta tu semua lady so we decide untuk singgah ke kedai kotak kat Puchong. Lagipun memang tak jauh dari tempat kami bertugas. Saya beli mould untuk buat coklat. Before puasa saya ada masuk kelas coklat so raya nie decide nak buat coklat untuk raya. Saya dan kawan-kawan agak teruja jugak bila tengok macam2 jenis design kotak, kotak hantaran, kotak coklat, kotak hadiah dll yang terapat kat kilang kotak nie. Mould coklat pun ada dijual. Jadi saya apa lagi angkutlah 6 keping mould coklat nie dan kotak coklat. Anak saudara saya suka sungguh makan coklat yang dibuat dalam kelas tempohhari. Bila saya bagitau yang saya nak buat coklat untuk raya nie....meloncat seronok. Kelas coklat yang saya masuk diadakan pada hari sabtu dan saya bawak balik banyak coklat yang telah dibuat semasa dalam kelas. Bila sampai rumah...nak makan tak tertelan sbb teringat anak saudara yang berumur 2 tahun yg gila coklat. Esok harinya terus drive balik pahang sbb nak bagi mereka makan bersama.

Seronok pulak bila dapat buat coklat sendiri nie. Excited sungguh bila tengok coklat-coklat yang cantik dan pelbagai perasa. Saya paparkan beberapa gambar coklat yang dibuat dalam kelas.
Sebenarnya kami belajar buat macam2 termasuk lolipop, oreo dll.

Nie 6 keping mould coklat yang saya beli kat kilang cum kedai kotak tu. Mould yang saya beli nie adalah untuk semua design coklat kat bawah nie tapi ada jugak yg tak ada sbb chef ada guna mould yg agak mahal dan bila tengok harga....ishhhh tak sanggup nak beli lainlah kalau saya nie buat bisness...kalau setakat nak buat makan...mould kat atas tu cukuplah.

Nie semua adalah hasil dari kelas coklat kelolaan chef asma.





Sunday, July 18, 2010

Kelas cup cake fondant, gum paste & butter cream

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Ini aktiviti saya pada sabtu 17hb julai 2010. Memasuki kelas cup cake fondant, gum paste dan butter cream kelolaan chef asma. Saya nie kurang meminati kerja2 yang memerlukan ketelitian sebab tu dari dulu saya tak suka join kelas decoration cake guna fondant atau butter cream. lagipun saya bukan nak bukak tempahan....that why saya fikir kenapa saya harus belajar. Bila saya lihat anak saudara saya minat kat cup cake deko nie maka saya belajarlah untuk buat bila birthday mereka.

Saya suka belajar dengan Chef Asma sbb mudah faham bila dia ajar. Lagipun saya dah biasa dengan kendalian chef. Inilah hasil kerastangan saya. Tak kemas sangat...jangan kutuk, ini hasil kerja orang amatur. Baru pertama kali belajar bentuk bunga guna gum paste.





Masa saya nak ambil gambar baru saya sedar yang rama-rama saya terbalik. Kesian kat rama-rama tu sbb tersembam kat lantai. Nak buat macammana...masih amatur kan. Tapi saya enjoy kelas nie.


Saturday, May 22, 2010

Kelas biskut chef Asma


Hari nie satu hari saya kat bake with yen. Pagi jam 10 saya masuk kelas biskut chef asma. Kami belajar 6 jenis biskut. So inilah aktiviti saya seharian hari nie.
























6 jenis biskut yang kami belajar pada pagi nie. Tayang gambarlah dulu, nanti bila saya dah cuba resepi nie saya akan paparkan kat blog.



Spa Q Cookies

Cashewnut drizzle


Raferro Nutty

Coconut Melting Cookies
Hazelnut Praline Cluster

French Rocher