Saturday, February 6, 2010

Kelas Talam Chef Asma

Sabtu, 6hb Februari 2010 saya join kelas membuat talam dengan Chef Asma dengan bayaran RM180 yang bertempat di putra perdana, puchong. First time nak drive ke tempat nie....mujur ada Mr Garmin yang menunjuk arah......turn right, turn left in 300m (wp tersesat sikit sbb tak dengar cakap, garmin suruh terus tapi saya turn left sbb tengok signboard puchong perdana, keliru dengan putra perdana) memang mudah betul ada GPS nie kalau tak berpusing saya nak cari kawasan perumahan nie.
Saya sampai ke tempat belajar dalam jam 10.05 pagi, mujur kelas belum mula lagi dan kami tunggu 2 orang peserta lagi yang belum sampai. Bila kesemua 6 orang dah sampai chef mulakan kelas. Chef dah sediakan sarapan dan minuman....so kami bersarapan dulu sebelum mula. Sehingga jam 1 tgh, kami dah sediakan 9 jenis talam. Kami berhenti rehat sebentar untuk makan tengahari dan sembahyang. Sambung balik dan buat lagi 4 jenis talam. Wp agak memenatkan bagi saya sbb dah lama dah tak berada didapur dari pagi sampai jam 5 petang tapi ia pengalaman yang amat-amat berbaloi. inilah serba sedikit gambar yang boleh dimut turun dalam blog ini.



Gores macam nie....supaya lapisan bawah dan atas melekat. chef menunjukkan cara yang betul untuk mengores dengan garpu.


chef menunjukkan cara 'membuang' lebihan air diatas permukaan talam. Kata chef guna tisu masakan jangan guna tisu toilet hehehe.





Chef menunjukkan cara menuang bancuhan atas seri muka sebelum kami semua membuat bancuhan dan menuangkan atas pulut. Pulut yang bercampur warna merah tu disediakan oleh saya dan kawan sekumpulan. Serimuka delima yang kami buat tak jadi cantik pada hari nie sbb kami terbuat keras sikit bahagian atasnya.




Sebahagian dari para peserta. Satu kelas 6 orang so senang Chef nak berikan perhatian dan tunjuk ajar. Satu kumpulan 2 orang dan setiap kumpulan dapat membuat sendiri 4 jenis talam berlainan. Banyak tip-tip yang chef berikan.......pertama kali saya tengok begitu banyak jenis talam dapat dibuat dengan sedikit kreativiti.


Chef Asma mengajar cara memotong dan mengeluarkan talam dari loyang. best betul tengok sbb semua talam-talam keluar cantik dari loyang. resepi chef memang bagus betul....tak lembik dan tak keras sangat.

Ini adalah Talam Jagung. Saya paling suka talam nie. Sedap


ini adalah Talam Puding Marble Kacang Merah.


Ini pula adalah Talam Puding Marble
Inilah Talam sekodeng...ooopsss sorry...sebut betul2 SEKOTENG......TALAM SEKOTENG....cantikkan bila dah dipotong. Yang berwarna pink kat bawah tu....itulah talam sekoteng.
Chef ajar cara menyusun kuih talam.....ini hanya sebahagian dari 13 jenis yang telah dibuat dalam kelas.
Ini lagi. cantikkan.......


Sebanyak 13 jenis kuih talam yang dibawa balik, mujur ada kawan tinggal berdekatan so bolehlah berkongsi rezeki. Chef Asma nie memang pemurah dengan ilmu.....so amat-amat berbaloilah kelas tu. Saya cuma rasa talam2 tu semasa di rumah kawan makan dengan anak2nya. Sesampai di rumah akibat terlalu letih, lepas mandi dan sembahyang saya terus tidur. Semua kuih talam tu saya simpan dalam peti. yang saya sempat rasa adalah talam roti paun....paling sedap.

14 comments:

latnah said...

Assalamualaikum wm wbt.

Puan, saya baru terjumpa blog ni.
Kalau tak menjadi keberatan saya nak minta puan tolong emelkan resipi talam roti paun tu.
Terima kasih.
latnah53@gmail.com/
latnah@utem.edu.my

syairah said...

salam.. saya suka blog Puan. boleh x bg tau mcmana nuk ikuti kelas kuih talam chef Asma

Mya Home Made Cookies said...

salam..
puan hari2 saya tengok blog ni...kalau ada masa lapang...sya suka kuih2 talam ni...

ciknorkueh said...

assalam,saya pun ada pi ke kelas chef asma,best betul.

Noredah Samsudin said...

Salam. Seronok pulak baca bkog u pasal talam kelas 1 & 2. Teringin pula I nak join kelas talam chef Asmah. Boleh tlg bagi no tel & address kelas Chef Asmah. Tq

bdaria said...

Salam Noredah,

Selalunya kalau saya nak masuk kelas chef, saya akan ke blog chef iaitu chefasma.blogspot.com dan tengok jadual kelas. Kemudian saya email kat dia, tanya tentang kekosongan kelas. Kalau ada kosong dia akan email balas, kalau tak ada kosong dia akan masukkan dalam waiting list. Chef akan sms no akaun beliau dan tarikh akhir bayaran. Lepas buat bayaran, dia akan sms/email alamat kelas. Harap anda ke blog beliau untuk dapatkan no hp dan email address.

AiDah said...

Assalamualaikum,

Boleh CT tanya bagaimana nak keluarkan kueh talam dari loyang. Kalau kita lapikkan pelastik dlm loyang. Plastic nya tidak melekat ke pada kueh talam.

Terima kasih

bdaria said...

Salam Aidah,

Plastik yg agak tebal digunakan. Sebelum letak plastik, letakkan sedikit minyak diatas permukaan loyang pastu letak plastik. Bila nak keluarkan talam, just tarik plastik keluar dari loyang. Susah nak terang dgn perkataan, klu u tengok sendiri mcm mana org buat sebenarnya senang shj. Kuih talam tak melekat pd plastik.

hajar said...

salam..nak tanyalah..berapa potong kuih yg boleh kita dapat dengan loyang 10x10x2 tu..1 loyang tu boleh jual berapa ringgit..tq

bdaria said...

Salam Hajar,

Maaf ye tak boleh nak jawap. Sy tak meniaga so sy tak tahu berapa hg talam dan berapa potong boleh dapat. Chef ada ckp kat kelas tp sy tak salin sbb sy x niat nak meniaga.

Sy belajar hy utk diri sendiri dan ilmu shj

Nor Mursydah said...

Salam puan nk mintak resepi boleh

Nor Mursydah said...

Saya teringin nk Cuba buat kueh2 talam tuew... Nampak sedap...

asritermizi said...

assalamualaikum...saya berminat utuk belajar buat kueh2 nie..bagai mana cara untuk saya mendaftar yer...kalo bole nak jadual bila hari dah tarik kelas dlm masa yg terdekat nie..sekian terima kasih..
email saya asritermizi@gmail.com

asritermizi said...

assalamualaikum...saya berminat utuk belajar buat kueh2 nie..bagai mana cara untuk saya mendaftar yer...kalo bole nak jadual bila hari dah tarik kelas dlm masa yg terdekat nie..sekian terima kasih..
email saya asritermizi@gmail.com