Sunday, April 4, 2010

Kuih Tiram/Lidah buaya

Alang-alang dah keluarkan mesin pasta/noodle machine semalam maka saya buatlah kuih tiram pada hari nie. Dah lama tak makan kuih nie. Masa saya remaja, bila musim cuti sekolah saya terima banyak tempahan kuih tiram nie dari orang yang hendak buat kenduri kahwin. Inilah caranya saya nak cari duit saku lebih. Satu kuali besar berada didepan saya, satu kerusi dan 2 batang ranting. Saya akan duduk didepan kuali tersebut dan goreng kuih nie sampai bertin2 ikut tempahan. Masa tu tak terasa pulak panas dapur tersebut tapi sekarang nak siapkan doh yang sikit nie pun dah berpeluh sakan.





Inilah resepi yang saya buat. Sebenarnya bahan kuih nie simple saja cuma 'teknik' yang penting. Saya pernah bancuh tepung dengan sedikit garam dan air saja tanpa bubuh bahan tambahan lain, ia tetap menjadi. Jika anda lihat orang buat jadi cantik..itu sebab mereka dah mahir dan selalu buat. Anda pun boleh kalau selalu mencuba...jangan kecewa kalau percubaan pertama kurang menjadi.


KUIH TIRAM
recipe and photo by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:-

3 cawan tepung gandum
150ml air (+/_) (nak bagi lemak lagi, guna santan dalam kotak)

sedikit garam

sebiji telur

Gula pasir yang dimesin halus secukupnya

1/2 cawan tepung beras@ tepung jagung (saya guna tepung beras)

3/4 cawan minyak masak


Cara-caranya:-

  • Masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan telur dan sedikit garam.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Jangan terlalu lembik (seperti doh karipap). Jangan terlalu ikut sangat kuantiti air diatas sbb ia boleh kurang/ lebih bergantung pada jenama tepung yang anda guna.
  • Rehatkan sebentar.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang kecil.
  • Guna mesin pasta. Mula guna no 8. Leperkan doh memanjang dan masukkan kedalam mesin. Tukar kepada no 6 dan kemudian kepada no 4 dan akhir sekali no 3. Biar sehingga ia menjadi sekeping doh panjang yang nipis.
  • Sapu sedikit minyak di belakang talam atau meja kerja anda. letakkan doh.
  • Bancuh tepung jagung/beras dengan minyak dalam bekas kecil. kacau rata
  • Guna sudu dan renjis bancuhan tepung jagung/beras dengan rata. Guna hujung jari, ratakan bancuhan atas doh.
  • Gulung dan potong kecil sebesar jari manis/ jari kelingking (kalau anda kurus, jari telunjuklah)


  • Tekan dengan ibu jari untuk leperkan dan ambil pengelek, gelek memanjang. Jangan tekan terlalu kuat.

  • Panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak. Guna api sederhana.

  • Apabila telah panas, masukkan satu keping doh dalam kuali dan guna 2 btg chopstik/2 ranting pokok bunga raya yang telah dibuang kulit dan dipotong rata bawahnya @ senduk yg bukan jenis besi, ketuk doh tersebut secara perlahan2. Jangan kuat. Ini supaya lipatan kuih tiram terbuka. Teknik ini adalah penting untuk anda dapatkan kuih tiram yang terbuka cantik. Lepas tu barulah masukkan doh yg lain. Ulang proses.
  • Angkat dan toskan dengan tisu masakan.
  • Blender gula pasir sehingga halus dan tabur atas kuih satu persatu.
  • 15 comments:

    Avatar Cun said...

    uih sedapnya... akan dibuat... definitely. thanks yaa

    bdaria said...

    Avatar Cun. Cubalah memang kuih nie sedap.

    About Nur Syukriah Butik said...

    Saya telah mencubanya.Memang menjadi.Sangat ranggup.Teknik yang di tunjukkan di dallam gambar juga mudah difahami dan detail.Saya pernah mencuba resepi dari blog lain tetapi tidak menjadi.Terima kasih for sharing the recepi.

    About Nur Syukriah Butik said...

    Saya sudah mencuba recepi ini.Memang sedap.Teknik gambar juga jelas jadi memudahkan cara pembuatan difahami dengan mudah.Saya pernah mencuba resepi di blog lain tetapi hampa tidak menjadi.Terima kasih kerana share recepi ini.

    quinnie said...

    salam daria....saya dah buat kuih tiram ni...memang best sgt2...saya ikut step menggoreng awak tu...walaupun gigil jugak memula nak goreng guna chopstik ni sebab tak pandai pegang chopstik...hehhehe...thanks daria sebab tunjukkan step yg jelas nak buat kuih ni....

    anak melayu said...

    wah..x sabar nak mencuba

    sha abd rahim said...

    wah,....x sabar nak buat

    anak melayu said...

    wah..x sabar nak mencuba

    As time passed by.... said...

    saya da cuba.....ringkas tapi sedap...terima kasih.

    rozana razlan said...

    Alhamdulillah...menjadi,simple & sedap...terima kasih...

    mastura mustafa said...

    terima kasih awak..saya dah cuba...rapuh betul...saya try tak buh telur..hasilnya masih memuaskan hati..Alhamdulillah menerima tempahan sikit2...terima kasih banyak2 atas ilmu yg diberi...

    Norhayati Mohd Ramli said...

    Salam....Bdaria.
    Akak dah buat kuih ni sedap dan cantik, terima kasih berkongsi resepi dan teknik membuatnya.

    Anonymous said...

    Sedapnya kak badria....

    ombon awea said...

    dah test dah..memang sedap...

    ombon awea said...

    memang sedap...test la..aq da test...mnjadi tau...tq yg membuatny..