Saturday, July 31, 2010

Kuih dadar/Ketayap/gulung

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Pagi nie saya hanya melepak kat rumah je sbb malam semalam saya cirit birit yang agak teruk, pagi nie rasa lemah sangat badan. Sepatutnya saya balik Pahang pagi nie sbb mak dan adik no 2 saya balik ke rumah Pahang dan mak saya pesan yg dia ada bawak balik banyak durian kampung untuk saya. this morning terpaksa call mak dan bagitau yang saya tak boleh balik sbb badan rasa lemah sangat sbb cirit birit semalam. Saya buat kuih dadar @ ketayap @ kuih gulung nie sbb terasa sangat nak makan dan yang paling senang...inti kelapa dah ada just bancuh batter saja.

Kuih Dadar/kuih gulung/kuih ketayap
photo and recipe by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahan:
200 g tepung gandum (diayak)
1 butir telur
350 ml santan kelapa cair (saya guna 100ml santan kotak + 250ml air)
sedikit pewarna hijau
100ml minyak jagung

Inti kelapa:
1 biji kelapa (parut bahagian putih)
150 gm Gula Melaka (dilarutkan dalam air panas 100 ml)
1 1 / 2 sdm gula
1/2 sudu makan tepung gandum/tepung jagung
1/4 sudu garam

Cara-caranya:
1. Campurkan setengah daripada santan kedalam tepung. Tambah telur, pewarna hijau dan minyak jagung. Gaul sehingga sebati.

2. Tuang sedikit demi sedikit baki santan dan terus mengacau selama 5 minit.

3. Biarkan adunan selama 30 minit.

4. Panaskan kuali leper/pan/kulai omelet. Tuang sesenduk adunan ke kuali.

5. Sendengkan kuali agar adunan tersebar merata dan nipis. Anda harus lengangkan sikit adunan supaya ia bulat dan nipis. Apabila adunan sudah masak dan bahagian tepi2nya sudah nampak garing, angkat dan ulang proses ini sehingga bancuhan habis.

6. Sesudah kulit dadar masak anda boleh letakkan 2 sudu teh inti kelapa dan mengulung sementara ia panas.

7. Untuk membuat inti: Masukkan kelapa parut dalam kuali, masukkan gula melaka yang dicairkan, garam dan gula. Kacau sehingga sebati dan biarkan ia sehingga kering air. Ketika hampir kering air masukkan tepung gandum/jagung dan gaul rata. Biarkan sehingga betul2 kering dan angkat serta sejukkan.

Wednesday, July 28, 2010

flaky layered egg tarts

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================

Sebelum keluar rumah pagi tadi saya buat doh untuk egg tarts berdasarkan resepi dalam buku Delicious Asian Baked Treats by Oi Lin. Tengok gambar dalam buku tu menarik sangat dan mengoda untuk dicuba. Kulit tart ikut resepi nie sepatutnya akan jadi berlapis dan ranggup...itulah yang dinyatakan dalam resepi tu....yang sepatutnya jadi. Mari kita tengok bagaimana hasilnya tart yang saya buat......tarrrrra



Rasa nak lempar ke semuanya dalam tong sampah....tapi ambil jugaklah satu untuk rasa....sedap jugak. memang jadi berlapis kulit dia tapi terlalu rasa oily. Dia punya inti tu dah ikut time dalam resepi tapi tetap tak keras malah masih cair wp time bake ditambah jadi 35 minit. Akibat geram saya naikkan suhu dan tambah lagi 30 minit barulah keras tapi jadi mengelembung.

Dalam resepi ada sebut masukkan setitik pewarna kuning tapi terambil pewarna oren so tart saya nie jadilah tat telur berwarna oren. Tak tahulah saya silap ke atau resepi tu silap....saya ikut step by step ikut resepi tu......oleh kerana ini kegagalan percubaan pertama maka sayalah yang silap. Saya ambil gambar sekali dengan acuan tart sbb tart tidak boleh dikeluarkan dari acuan....melekat dan kulit tart berderai bila pegang.

Adik perempuan saya sms saya tadi suruh tengok rancangan 'aduan rakyat' di TV3 yang disiarkan jam 9.00 sehingga 9.15 malam sebentar tadi. Masalah air dikawasan daerah kami telah masuk dalam rancangan aduan rakyat. Adik saya bagitau krew TV3 datang buat buat interview & liputan 2 minggu yang lepas so selepas TV3 buat liputan air ada 24 jam tanpa berhenti setiap hari sampailah sekarang. Tengok bukannya tak boleh selesai tapi dasar manusia dot...dot....

Diharapkan YB kawasan kami tu yang sekarang nie dah bergelar menteri (amat terkenal tapi tak pasti samaada dia lebih terkenal atau anak lelaki dia yang cun melecun tu yang lebih terkenal). Kita lihat sampai bila air tersebut akan ada 24 jam lepas nie bila dah reda kekecohan tu...masalah tersebut akan datang balik.

Fragrances Warehouse Sale

Hari nie saya ambil cuti rehat. Beberapa minggu lepas saya terima sms yang meminta supaya saya mengambil hadiah yang dimenangi dalam tempoh sebulan dan tarikh akhir adalah 30hb nie. So walaupun hadiah tu cuma bernilai RM165 tapi sapa nak bagi kan. Jadi ambilah cuti hari nie. Cewah alasan tapi yang sebenarnya kan saya tergedik-gedik nak gi kat sini ......Fragrances and cosmetics warehouse sale yang diadakan di Corus Hotel, Cyristal Ballroom 1, level 1. Tarikh warehouse adalah dari hari nie 28hb sehingga 30hb nie bermula jam 10 pagi sehingga 6.30 petang. Diskaun sehingga 70% dan jenama yang ditawarkan adalah seperti dibawah.

Kalau anda naik LRT, turun di Ampang Park dan naik tangga yg menghala ke citibank building. Lalu kat citibank pastu wisma MCA dan kemudian anda akan jumpa jejantas. Naik jejantas nie dan turun depan Corus hotel. 2 tahun lepas warehouse nie diadakan di armada hotel PJ, sekarang nie kat KL pulak. Memang saya tak pernah miss warehouse nie. Maklumat detail tengok kat senarai warehouse yg terletak dibahagian kanan blog nie.


Saya sampai jam 10.10 pagi.....orang masih tak ramai so bolehlah pergi kat setiap satu booth test minyak wangi sampai penuh tangan disembur sampai tudung yg saya pakaipun disembur jugak
. Jam 10.40 saya pi barislah untuk bayar kalau tak tak tau berapa banyak yg saya akan ambil......rambang mata. Ada perempuan kat depan saya beli lebih RM1400...wow nak meniaga ke apa sampai banyak macam tu dia beli. Sepanjang jalan balik orang pakat paling kat saya bila lalu sbb penuh dengan bau minyak wangi. Gi bangunan citibank ambil hadiah pastu balik rumah.

Ni jenama yang ditawarkan. Jenama paris hilton for ladies dah habis wp baru 15 minit berlangsung. Harga kat bawah tu....itu utk item yg saya belilah. Banyak lagi terutama cosmetics tapi saya tak minat sbb tak pakai.


Antonio Banderas
Banana Republic
Ferrari

Gap

Givenchy

Guess

Jessica Simpson

Kate Moss

Kylie Minogue

Loewe

Miss Sixty

MNG

Morgan

Moschino

Paris Hilton

Paul & Joe


Yang nie pulak adalah hadiah yang saya menangi dari peraduan San Remo. periuk nie tebal dan stainless steel. Dah lama nak beli periuk nie masa tengok kat Ikea, sekarang saya dah dapat periuk nie.



Saya nak ucapkan terima kasih buat Jiya atas watermark yang cantik nie. Saya suka watermark yang simple tapi bila fikir tak kan nak kosong je...... hanya tulisan. Kat atas meja rakan sekerja saya ada mug yg ada ukiran lebah-lebah (bees) so saya pun bagitau jiya saya nak ada ikon bee kat watermark tu. Jadi inilah hasilnya. Jika anda berminat dengan hasil kerja Jiya boleh ke blog beliau


Tuesday, July 27, 2010

Rich Sugee Cake

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Kek nie saya buat malam semalam. Dah 2 bulan saya dapat buku delicious Asian Baked Treads oleh Oi Lin tetapi belum pernah sekali pun saya mencuba resepi didalamnya. Saya cuba resepi kek suji nie sbb ini kali pertama saya makan kek suji. Ok jugak resepi kek suji nie, resepi yang saya pernah tengok guna banyak telur tapi resepi nie guna 5 biji sahaja. Dari segi rasa memang sedap.....bau semerbak kek yg baru keluar dari oven pasti menganggu jiran2 saya hehe...tapi memang betul harum je bau kek nie.







Rich Sugee Cake
photo and publish by resepidaria.blogspot.com
recipe from delicious Asian baked Treats by Oi Lin

Bahan-bahannya

220 unsalted butter, diced dan dibiarkan lembut pada suhu bilik
120gm caster sugar
1 tbs milk @ air
100gm tepung suji @semolina
3 biji telur dan 2 biji telur kuning
120gm gula caster (saya kurangkan kepada 90gm sahaja)
2 tsp esen vanila
80gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 tsp garam
120gm serbuk badam
50gm badam cincang (almond nibs)-saya guna badam hiris

Cara-caranya:-
  1. Pukul butter dengan gula dalam mixer untuk 1 minit dengan kelajuan sederhana. Dengan mixer yang masih on, tambah susu sedikit demi sedikit dan diikuti dengan tepung semolina/suji. Pukul sehingga sebati. Tutup mixer dan biarkan bancuhan tersebut selama 1 jam. Ini bagi membolehkan tepung suji menyerap kelembapan.
  2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. sapu sedikit minyak masak atau butter cair dibawah dan tepi dulang kek (bulat yg berukuran 7 inci). Alaskan pula dengan kertas greaseproof
  3. Pukul telur dan telur kuning didalam mixer sehingga gebu. Tambahkan gula caster 120gm (sy guna 90 gm) dan pukul pada kelajuan sederhana tinggi selama 5 minit sehingga ia bertukar warna pale. Masukkan esen
  4. Ayak tepung, baking powder dan garam. Tambahkan serbuk almond dan almond cincang. Kacau rata
  5. Masukkan separuh campuran telur kedalam bancuhan butter. Kaup perlahan sehingga sebati. Kemudin tambah lagi setengah dan kaup perlahan dan ulang sehingga habis. Jangan terlalu 'overmix'
  6. Masukkan bancuhan kedalam tin kek dan ratakan permukaan adunan dengan spatula
  7. Bakar selama 45 minit. Jika bahagian atas kek sudah mula nampak nak hangus, keluarkan kek selepas 35 minit dan tutup tin kek dengan aluminium foil dan kemudian bakar semula selama 10 minit lagi.
  8. Biarkan kek sejuk pada suhu bilik selama 10 minit sebelum ia dikeluarkan dari tin.
Nota
  • Susu menambahkan rasa dan lemak pada kek. Jika tak suka susu boleh gantikan dengan air tetapi ia akan hilanglah rasa lemak sedikit.
  • Telur kuning lebih akan menambah kelembapan dan rasa kepada kek
  • Adalah penting memukul telur dengan kembang supaya kek naik semasa membakar.
  • Saya rasa almond perlu dibakar terlebih dahulu sebelum digunakan bagi menambah rasa wangi dan keranggupan almong cincang atau almond hiris.
  • Almond cincang menambah rasa dan memberikan rasa ranggup kepada kek. Jangan tinggalkan almond cincang.
  • Jangan ganti tepung gandum dengan tepung suji kesemuanya kerana tepung gandum penting dalam memberikan struktur pada kek
  • Ketika mengaul tepung dan bancuhan telur kedalam butter jangan terlampau lama mengaul/mengaup kerana ia akan menyebabkan kek jadi berat.
  • Untuk hiasan atas kek anda boleh susun badam hiris atau taburkan dengan badam cincang atau ayak gula ising diatas permukaan kek yang telah dibakar.

Saturday, July 24, 2010

Pulut bersama ikan masin

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================


Petang semalam, buat temujanji dengan lela nak kerumah dia untuk menghantar kain bagi dibuat baju raya. Tahun nie tak banyak hanya dua pasang sahaja(kain yg dibeli diBandung) untuk dijahit oleh Lela. Lela nie muda lagi rasanya dalam lingkungan 25 tahun, berhenti kerja kerana hendak menjaga anak yang masih kecil dan menjadi surirumahtangga sepenuh masa. Dia ambil upah menjahit bagi menambah pendapatan. Kerja jahitannya kemas sangat....saya suka tempah baju kat lela nie.

Semasa lalu kat kedai india kat bawah apartment A untuk ke apartment B(rumah Lela) saya pesan kelapa parut sebiji sbb ingat nak buat inti kelapa. Sebiji kelapa parut RM1.80....mahal betul. Balik ke rumah teringat nak makan pulut kukus dengan ikan masin. ikan masin nie saya beli semasa di Sandakan, saya tak tahu nama ikan nie sbb saya "buta nama ikan".
Tentu ramai yang teringat pulut kukus nie dimakan bersama kelapa parut dan ikan masin....tambah pulak bila time hujan fuhhhh boleh habis seperiuk. Teringat masa kecil2 dulu....bila cuti sekolah kami balik ke Changlon jumpa arwah tok (nenek) dan tok wan. Arwah Tok akan kukus pulut lepas tu dia gaul dengan kelapa dan dikepalkan bersama-sama dengan isi ikan masin dan bagi kami makan. Sedapnya bila tok kepal pulut tu.....sebab teringatkan arwah so saya pun kepal2 kan pulut nie.


Pulut bersama ikan masin
Photo and recipe by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya
1 cawan pulut (dibersihkan dan ditoskan)
Air secukupnya
1/4 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
secubit garam (sikit saja....jangan sampai masin sangat)
Ikan masin kesukaan anda

Cara-caranya:-
  1. Bersihkan pulut dan tanak seperti masak nasi. Masukkan air sama paras dengan pulut dan tanak sehingga masak. Saya masak guna rice cooker. sebenarnya pulut nie sedap dikukus tapi saya buat tanpa perancangan so saya tanak saja supaya lebih cepat. Jika nak kukus....rendam dulu pulut lepas tu kukus sehingga masak.
  2. Gaulkan kelapa parut dengan secubit garam. Saya masukkan satu jari dalam bekas garam dan baru gaulkan garam yang terlekat di jari dengan kelapa supaya saya tidak terlebih letak garam.
  3. Goreng ikan masin
  4. Pulut digaul denga kelapa dan dimakan bersama ikan masin.
Psst.....kelapa yang saya guna bukan kelapa parut putih sahaja sbb kedai india kat rumah saya nie tak pandai parut kelapa. Bila minta kelapa putih sahaja .....dia akan parut betul2 bahagian putih dan hanya dapat sejemput sahaja ....kemudian bahagian lebih tu dia akan parut untuk dijual kepada orang lain pulak. kelapa dah lah mahal so rasa rugi sangat kalau mintak kelapa parut putih sahaja

Tuesday, July 20, 2010

Jemput-jemput ikan bilis

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================

Malam nie lepas balik dari gym terasa nak makan jemput-jemput bilis. Saya ada beli 1 kilo ikan bilis dari sandakan dan masih belum digunakan lagi. Ikan bilis dari sandakan nie putih cantik je, hanya RM18 sekilo. Jenuhlah lepas nie nak fikir masakan apa nak kena buat untuk menghabiskan sekilo ikan bilis nie. Resepi simple saya untuk buat jemput-jemput ikan bilis.


Jemput-jemput ikan bilis
photo and recipe by http://resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya
150gm tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung beras
1 ulas bawang putih, ditumbuk/kisar
20gm ikan bilis, dibersihkan dan direndam sebentar kemudian ditumbuk/kisar
1/2 biji bawang besar-dihiris nipis
3 tangkai daun kucai, dipotong
1 ulas bawang putih; dikisar
50gm tauge (saya tak guna sbb tak ada)
1 biji telur
100ml air sejuk/air suam
sedikit garam
minyak secukupnya untuk mengoreng

Cara membuatnya
  1. Satukan semua bahan diatas dan gaul rata. Jika boleh biar lama sedikit mengacau adunan ini.
  2. Rehatkan sebentar selama 10 minit
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana. Biarkan betul-betul panas sebelum memasukkan adunan
  4. Sudukan adunan kedalam kuali dan buat sehingga habis
  5. Masak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan dengan tisu masakan.

Bahan sos

3 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, buang biji dan hiris halus
1 biji tomato, buang biji dan potong dadu
50gm sos cili (boleh guna sos tomato jika anda suka)
sedikit garam
2 sudu teh gula pasir
4 titik cuka
200 ml air
1 sudu makan tepung ubi + 1 sudu makan air, larutkan
1 sudu makan minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:-

  1. Tumiskan bawang putih dan cili merah sehingga terbit aroma. Masukkan tomato, sos cili, garam, gula dan cuka. Kacau rata
  2. Masukkan air. Didihkan
  3. Pekatkan dengan larutan tepung ubi yg dibancuh tadi
  4. Masak sehingga meletup-letup kemudian angkat

Monday, July 19, 2010

Sepetang di Fitness First

Sejak mula minat memasak nie, berat badan saya naik balik. frust betullah.....habis duit hire personal trainer 3 tahun lepas....berat turun 10 kg tapi la nie rasanya naik lebih dari tu kot. Dulu memang saya control sungguh makan nie....la nie pantang ada masa sikit asyik nak masak and makan.

Oleh kerana banyak cup cake yang dibawa balik dari kelas maka saya pun makanlah....kononnya nak rasa cup cake tu. Resepi coklat moist chef memang sedap....malam tu saja saya boleh habiskan 4 biji cup cake. Resepi fondant dan gum paste chef pulak tak terlalu manis sangat dan perasa mint yang dimasukkan membuatkan ada kelainan dan tidak muak apabila dimakan. Hari nie pulak ada jamuan perpisahan ofismate so makan lagi.....makan sedap pulak tu. hai habislah kalau macam nie.....

Petang nie walaupun penat dan mengantuk sbb boss buat meeting sebelah petang ...lepas makan jamuan pulak tu....rasa amat mengantuk dan ingat nak balik rumah je. Tapi bila memikirkan kalori yang masuk sbb makan banyak sangat cup cake terpaksa jugak gi gym. Kena lompat2 selama sejam untuk keluarkan 300 kalori (nie untuk 2 biji cup cake je....saya dah makan dekat 8 biji utk 2 hari nie)


Body step....nie kelas yang saya paling suka masuk. Kelas 45 minit nie amat meletihkan sebenarnya. Setiap kali habis kelas....semua peserta yg keluar dari kelas nie macam udang kena bakar. Merah padam muka masing-masing. Hari isnin special sikit sbb Ms Ryo yg berasal dari jepun yang mengajar. Gambar nie diambil guna handphone masa kelas nak bermula....kami tengah tunggu ryo adjust sound system. Kan best kalau dapat body macam perempuan2 kat depan saya nie....boleh makan apa saja tanpa risau kalori.

Sunday, July 18, 2010

Kelas cup cake fondant, gum paste & butter cream

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Ini aktiviti saya pada sabtu 17hb julai 2010. Memasuki kelas cup cake fondant, gum paste dan butter cream kelolaan chef asma. Saya nie kurang meminati kerja2 yang memerlukan ketelitian sebab tu dari dulu saya tak suka join kelas decoration cake guna fondant atau butter cream. lagipun saya bukan nak bukak tempahan....that why saya fikir kenapa saya harus belajar. Bila saya lihat anak saudara saya minat kat cup cake deko nie maka saya belajarlah untuk buat bila birthday mereka.

Saya suka belajar dengan Chef Asma sbb mudah faham bila dia ajar. Lagipun saya dah biasa dengan kendalian chef. Inilah hasil kerastangan saya. Tak kemas sangat...jangan kutuk, ini hasil kerja orang amatur. Baru pertama kali belajar bentuk bunga guna gum paste.





Masa saya nak ambil gambar baru saya sedar yang rama-rama saya terbalik. Kesian kat rama-rama tu sbb tersembam kat lantai. Nak buat macammana...masih amatur kan. Tapi saya enjoy kelas nie.


Friday, July 16, 2010

Puding Roti Coklat Panas

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Puding roti coklat nie saya baru buat saja tadi, selepas balik kerja dan tidak pergi gym hari nie sbb hantar kawan ke stesyen LRT. Sedap makan panas-panas. Jika anda ada anak yang suka makan coklat, puding nie memang betul2 bercoklat. Bagi pendapat peribadi saya, saya kurang mengemari puding nie sbb rasa muak....mungkin sbb saya tak suka terlalu banyak coklat atau sbb bila makan tu teringat akan kalori/lemak yang masuk dalam badan sbb tu bila masuk sesudu dalam mulut....rasa bersalah tu melebihi rasa sedap puding. Wbp anda boleh cuba.....saya tak suka mungkin anda suka kan. Selera kita berbeza.

Puding Roti Coklat Panas (Roti coklat puding panas)
Recipe by Majalah sedap bil 26
photo by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya (anggaran :6 orang makan)

600ml susu cair coklat (saya guna susu coklat)
200gm coklat masak hitam (coklat masakan)
150gm roti tawar, dikisar halus
50gm gula pasir halus
1/2 sudu teh garam (saya masukkan 1/4 st sahaja)

Bahan Topping:
1 sudu makan aising untuk taburan

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan susu. Matikan api. Masukkan potongan coklat dan kacau sehingga larut
  2. Campurkan bahan kisar roti tawar, gula pasir dan garam. Kacau rata
  3. Masukkan campuran susu sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
  4. Tuang dimangkuk tahan panas kecil yang telah disapu marjerin
  5. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 180 c sehingga masak
  6. Hidangkan panas dengan taburan gula aising
Pesanan.

  • Supaya roti tawar lebih mudah dikisar, biarkan roti tawar terdedah udara luar beberapa minit supaya ia mudah dikisar. Roti tawar yang segar akan bergumpal jika tidak dibiarkan terdedah pada udara.
Saya masukkan puding dalam bekas tin macam nie so ia tidak cantik sangat. Saya tak ada bekas tahan panas yang cantik so pakailah bekas nie kemudian saya ceduk masuk dalam gelas berkaki nie untuk ambil gambar sahaja.

Kek Mangkuk Keladi



Keladi masih banyak lagi....wp dah buat 2 jenis masakan tapi masih berbaki lagi. Bila tengok resepi nie dalam majalah dan kebetulan semua bahan ada, saya cubalah buat resepi nie.Tengok gambar dalam majalah nampak menarik sangat....nampak gebu dan lembut. Bila saya buat ia tidak menjadi seperti yang sepatutnya....rasa dia lebih kepada apam kukus saja tidak rasa macam kek langsung. Saya tak pasti samaada saya salah atau resepi nie terkurang sesuatu. Apa-apapun inilah resepinya.....



KEK MANGKUK KELADI
Recipe by Majalah Sedap Bil 26
Photo by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya(10 mangkuk)

Bahan A
  • 20gm tepung gandum
  • 35ml air
  • 1 sudu teh yis segera
Bahan B
  • 100gm gula pasir
  • 150gm keladi, dikukus dan dilecek halus
  • 1 biji telur
  • 130gm tepung gandum
  • 85ml santan suam dari 1/2 biji kelapa (saya guna santan segera)
  • 1/2 sudu teh garam (masin sangat, kurangkan kepada 1/4 sahaja)
  • 1 titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh pes keladi (saya guna yam paste)
Cara membuatnya:-
  1. Bahan A. Kacau rata tepung gandum, air dan yis. Biarkan selama 30 minit
  2. Bahan B. campur gula dan keladi. gaul rata sehingga gula hancur
  3. Masukkan telur dan bahan A. Gaul rata. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan santan suam dan garam sambil diuli rata/gaul rata
  4. Tuangkan baki santan suam sedikit demi sedikit sambil di gaul dan dipukul perlahan dengan mengunakan pemutar spiral selama 15 minit.
  5. Masukkan pewarna ungu dan pes. Kacau rata. Biarkan selama 45 minit
  6. Panaskan acuan muffin kecil yang disapu nipis minyak dalam periuk kukus selama 10 minit atas api besar. Tuangkan adunan setinggi acuan
  7. Kukus selama 20 minit dengan api besar sehingga masak.
Note:-
  • Kek mangkuk nie lebih kepada apam kukus so jangan marah saya tak beritahu yang rasanya bukan kek wp namanya kek
  • Saya guna magkuk muffin besar sbb tu kek mangkuk saya tidak cantik sangat.
  • Untuk kukusan kali ke 2 saya guna bekas lompang so nampak cantik sikit dan masak kukusan saya kurangkan kepada 10 minit sahaja.
  • Saya tidak pasti jika masa kukusan 20 minit tu perlu sbb mula2 kek akan naik tinggi dan gebu tapi bila lebih dari 15 minit ia mendak kebawah dan jadi mampat.
  • Adunan kek nie pekat semacam dan rasa susah nak masukkan dalam acuan, so anda boleh masukkan adunan dalam plastik dan potong hujungnya dan tekan dalam acuan supaya ia mudah dimasukkan.
Pesan Sedap
  • Kacau-kacaukan adunan sebelum dituang supaya permukaannya tidak berlubang

Ciplak dan lunch stories

Saya ada menemui satu blog masakan nie, rasanya masih baru. Entry yang dimasukkan kebanyakan adalah resepi2 yang diambil dari blog masakan lain seperti dari blog mamafami, blog saya dan lain2 lagi. Bukan resepi saja tapi juga gambar2 masakan. Bagi mamafami, gambar2 masakan beliau ada watermark so senanglah nak cam itu dari blog mamafami tapi gambar dari blog saya tiada watermark (hanya baru2 nie saja saya letak watermark) so bila tuan punya blog nie copy n paste termasuklah ciplak gambar masakan saya maka entry yang dipaparkan seolah2 beliaulah yang buat sbb beliau tidak meletakkan sumber atau darimana gambar tu diambil. Anda boleh lihat disini, disini, disini, dan disini, anda boleh bandingkan dengan melihat entry yang sama dalam blog saya ini iaitu disini, disini dan kat sini pun. Rasa geram sangat tadi bila tengok gambar2 masakan saya senang2 di ciplak macam tu. Macammana Cik Mat gebu terkilan sbb gambar dari blog beliau diciplak begitu juga perasaan saya.

Kepada tuan blog tersebut rasanya tidak susah kalau letakkan ayat pendek nie dalam setiap entry yg anda ciplak dari blog orang lain. Tulis saja "gambar dan resepi diambil dari", kan senang tak ada sapa nak marah. Hanya taip 5 perkataan nie aje...tak patahpun jari tangan anda.....kami susah2 menaip resepi, ambil masa berjam2 nak download gambar...anda senang2 ciplak dan buat entry dalam blog anda. lepas nie saya kenalah rajin letak watermark kat gambar yang hendak didownload. Kadang2 lupa sbb saya tak suka guna netbook (kat netbook ada photoshop) tapi lebih suka guna laptop sbb besar. Netbook hanya diguna bila nak outstation saja. Satu lagi kalau nak CnP tu link lah dengan blog tuanpunya resepi tu....saya tak minta anda jadi follower atau masukkan blog saya dalam list blog anda....tak perlu, saya tak kejar semua tu.....cukuplah jika anda dapat tulis 'resepi di ambil disini(link)"...cukuplah. Jangan salah faham maksud saya.

Hari nie hari jumaat, so masa rehat panjang. Saya tak pernah berbelanja lebih dari RM10 bila makan tengahhari tapi hari nie cipta sejarah betul.....selalunya bila saya susah hati @ sedih atau 'period pain' saya akan makan banyak. Ada saja yang saya mengidam nak makan. Hari nie saya teringin sangat nak makan ikan kerabu mangga...macam sedap je tengok orang order bila kami masuk ke kedai nie. Jom tengok hidangannya....

Saya order ikan kerabu mangga nie. Kerabu mangganya agak manis sikit....ikannya pulak terlalu garing sampai rasa keras bukan ranggup. So hidangan nie hanya layak 3 bintang je. Kalau anda hendak cuba masak...senang je. Ikan siakap digoreng kemudian letakkan kerabu mangga diatasnya. Itu saja.


Ini pula desert yang saya order. ABC Santai. Special dia sbb letak inti kacang merah. Kesedapannya tidak boleh lawan ABC kat shah alam tu. Gambar tak clear sbb pakai hp je.


Ok ini pula bilnya.....terkejut koi bila tengok bil nie. Sorang makan nie.....kalau mak koi nengok bil nie mesti dia berleter sepanjang hari.


Kalau anda hendak makan di Restoran nie....cuba order tom yam dia....boleh tahan sedap tapi kenalah sabar menunggu sbb orang ramai setiap kali time rehat tengahhari.

Wednesday, July 14, 2010

Talam Lapis Keladi

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com/ @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
====================
Balik dari ofis semalam saya pergi kekedai kat bawah apartmen untuk beli kelapa tapi kelapa pulak habis. Niat dihati nak buat pulut dengan inti pedas kelapa sbb udang kering yg dibeli di sandakan tu ada sekilo. Oleh kerana kelapa tak ada, saya tukar plan dan rancang nak buat Talam keladi berlauk. Siap dah kukus keladi tapi bila nak bancuh adunan...tepung gandum pulak tinggal sedikit saja. Kena tukar rancangan lagi maka terhasillah talam lapis keladi nie.

Saya nak jawap pertanyaan ijip berkenaan adakah cucur kembong tu adalah kayu keramat. Nak tulis dalam chatbox, terhad sangat. Saya buat talam lapis keladi nie guna resepi talam lapis caribbean. ia dinamakan sbg talam lapis caribbean sbb guna pisang, kalau masukkan jagung ia dipanggil talam sri kedah, kalau letak nangka di panggil talam puspita so saya letak keladi maka saya pangil talam nie talam lapis keladi. Bahannya sama saja.


Begitu juga dengan cucur kembung, bahan sama cuma bezanya atas bancuhan. Bancuhan kayu keramat seperti doh, ia dicanai dan dipotong lepas tu digoreng. Cucur kembong bancuhannya cair dan digoreng bulat2. Satu lagi kuih yg guna resepi yg sama, ia dibancuh menjadi doh dan dicanai nipis, dipotong serong dan digoreng kemudian dihiris tepi dan dimasukkan kuah kacang tanah (sorry tak ingat nama kuih). Pernah makan tak?.....nanti saya buat dan publishkan di blog nie. Samaada cucur kembong tu adalah kayu keramat....ya tapi kalau orang utara untuk doh yang dicanai dan dipotong kami panggil pak tongko.



Oklah inilah resepi talam lapis keladi jika anda berminat hendak buat. Cuma diminta jasa baik anda jika hendak copy n paste tu, buat link dengan blog saya nie.

TALAM LAPIS KELADI
Diubahsuai dari resepi talam chef asma
Photo and publish by resepidaria.blogspot.com

LAPISAN BAWAH

160gm tepung beras
100gm gula castor (sy guna 80gm gula pasir)
1/2 tsp garam
300ml santan pekat
500ml santan pekat (kurangkan 50ml jika guna tepung beras cap gajah)
250 gm keladi, potong kiub dan kukus

Cara-caranya;-
  1. Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali keladi dan gula. Tapiskan kedalam periuk dan baru masukkan gula. Masak sehingga naik wap. Angkat dan masukkan keladi. gaul rata.
  2. Tuangkan kedalam loyang 10 x 10 x 3 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik. Jika anda tidak mengunakan plastik, sapu sedikit minyak dan masukkan dulang kedalam periuk kukus sebentar dan kemudian keluarkan.
  3. Kukus selama 30 minit, apabila masak cakar sedikit dengan garfu.
Nota: pewarna terpulang kepada anda. saya masukkan yam paste dengan sedikit sirap ros supaya warnanya pink purple. Anda boleh buat putih sahaja dan lapisan tengah purple serta atas kuning. Terpulang kepada citarasa anda.

LAPISAN TENGAH

50gm tepung gandum
120gm gula castor (saya guna 100gm gula pasir)
1/2 tsp garam
3 biji telur(saya guna 2 biji saja)
300ml air
100ml santan pekat
sedikit pewarna pink (saya guna sirap rose-anda boleh guna yam paste jika lapisan bawah dibuat putih)

Cara-caranya:-
  1. Satukan semua bahan-bahan, kacau rata dan tapis kedalam periuk. Masak sehingga naik wap.
  2. Tuangkan keatas lapisan bawah.
  3. Kukus selama 25 minit. Apabila masak cakar dengan garpu.
LAPISAN ATAS

50gm tepung kastard
150gm gula halus (saya guna 100gm gula pasir)
1/4 tsp garam
2 biji telur
100ml santan
300ml air
(tidak perlu pewarna)

Cara-caranya:-
  1. Ikut cara seperti lapisan tengah
  2. Kukus selama 25 minit.
  3. Jika mengunakan pengukus elektrik, sentiasa buka penutup setiap 5 minit dan lap penutup kukus supaya permukaan talam tidak mengelembung.
  4. Jika guna pengukus biasa, balut tudung penutup kukus dengan kain. angkat tudung penutup setiap 5 minit juga untuk menghasilkan permukaan talam yang cantik.

Acuan tray 10"x10 x 3

Jika anda mencuba dan ia tidak menjadi seperti sepatutnya, ini adalah kerana anda kurang mahir 'masak sehingga naik wap' so jangan putus asa cuba lagi. Belajar dari kesilapan. sukatan bahan nie dah ok, memang akan menjadi dan ia lembut dan sedap.

Saya beli bunga nie pada hari selasa lepas dan letakkannya dalam bilik pejabat pagi tadi. Kekwa purple nie merimbun betul....memang tergoda sungguh masa lihat kat Tesco. Saya letak ditepi pintu bilik pejabat. Pagi nie 3 orang cleaner lady sanggup datang kebilik saya untuk belek bunya kekwa ungu nie. Jadi pujaan rupanya kekwa nie. Sepasu bunga nie hanya RM7.90 tapi kalau kat Ikea ia lebih murah cuma tidak subur dan merimbun macam nielah.

My ofis mate pulak cakap saya nak buat kebun dalam pejabat. Belum sampai tahap kebun lagi (tak lama lagi jadilah kebun) sbb pokok hidup belum banyak lagi. Nanti saya penuhkan pokok hidup dalam bilik nie....nak buat macammana kalau dah tiap2 hari parking kat Ikea, mahunya tak berkenan dengan pokok2 hidup kat situ tambah pulak murah.

Kan belum banyak lagi, masih banyak ruang yang perlu dipenuhkan. Bilik nie berdinding kaca so kalau tak letak something memang nampak kosong sangat.


Cantik tak beg nie, tergoda dengan beg nie lah saya sanggup tambah sebotol shower oil berharga RM90 hanya semata-mata nak cukupkan jumlah belian RM500 supaya saya dapat 2 beg nie dan barangan L'Occitance (yg botol kecil dan 1 ketul sabun) secara percuma. Berkenan sungguh dengan beg nie.

Sunday, July 11, 2010

Kelas bahulu dan Swissroll

Saya sudah buat tempahan untuk memasuki kelas masakan di Aniz Baking Centre kelolaan Chef Noraini beberapa minggu yang lepas. Sebab itulah saya terpaksa jugak balik ke KL pada petang semalam. Pertama kali memasuki kelas chef noraini....saja nak cuba. Sebelum nie saya sudah biasa dengan kelas kelolaan Chef Asma ....so nampak perbezaan dari segi teknik mengajar. Chef asma sudah biasa mengajar di Unitar so cara penyampaian dan kendalian kelas lebih efektif.


Saya suka makan kuih bahulu sebab tu saya masuk kelas nie. Saya pernah makan bahulu yg amat sedap dan saya tengah cari resepi yang boleh buat bahulu macam tu...setakat nie belum jumpa lagi.


Yang ini adalah Kek Gulung Benji @ Benji Roll. Cantik kan.....dah ada satu resepi ntuk raya nanti. Resepi mesti buat nie sbb sedap.
Yang nie biasalah swiss roll. Saya belum pernah buat swissroll lagi sbb tu nak cuba buat.

Ada satu perkara yang saya nak bualkan sikitlah....saja je nak luahkan rasa terkilan tapi bukan terhadap kelas nie. Ini berkaitan dengan panggilan 'kakak' terhadap orang lain. Kebanyakkan kita yg meminati masakan adalah dalam lingkungan 30an keatas kan. Saya juga dalam lingkungan 30an so saya juga tidak suka kalau orang anggap kita tua kan. Semua perempuan tak sukakan. Kenapa kita cenderung nak panggil orang kakak kalau kita tahu umur mereka tidak jauh berbeza dengan kita....lupa tengok cerminkah pagi tadi sehingga lupa kedut kat muka tu...dah ada cucupun masih terasa diri muda dan panggil orang 'kakak' sesuka hati. Meluat sungguh....geram je tadi. Mula2 saya layan dia berbual tapi bila dia panggil saya 'kakak' terus saya dah malas nak layan pastu saya mula bilang kedut kat muka dia...tengok kedut kat tangan dia....tak malukah dia panggil saya 'kakak' sedangkan kedut dia banyak kat muka.

What a big deal jika seseorang tu tua 10 tahun dari anda pun..... sedapkan hati mereka dengan panggil nama mereka. Apa ingat nie zaman asrama dulu ke...penting sangat tua @ muda. Satu lagi orang kita nie kalau pergi ke kaunter perkhidmatan awam...kenapa nak panggil org yg berkhidmat kat kaunter tu dengan panggilan kakak, makcik, abang, pakcik....mereka bukan saudara-mara anda...profesionallah sikit...panggillah cik, puan dan encik. Jangan kampung sangat.

Sebab itulah saya tidak panggil orang dengan panggilan kakak wp dia tua beberapa tahun dari saya....panggillah nama mereka, tak payah nak ingatkan mereka bahawa mereka tua....bila dah masuk usia 30an, 40an kita sama saja. Kalau kita pergi kepasaraya besar, jurujual bangsa kita cenderung nak panggil kita dengan panggilan "kakak atau makcik". Niat nak beli terus terbantut...tak bijak kan. Tak pandai bab2 marketing nak tarik pelanggan cuba tengok bangsa lain ada mereka buat macam tu. Nak beradap konon...beradapkah kalau kita menyakitkan hati orang lain.

Alamak panjang pulak celoteh saya...sorilah geram sangat tadi sbb yg panggil saya tu dah bercucu. Klu dia tu mak2 datin yg bergaya muda ...boleh tahanlah tapi macam mak saya kat kampung je, tu yg sakit hati sangat tu. Kalau ada cermin tadi nak je saya hadiahkan pada dia.

Gulai lemak ikan masin

Minggu lepas saya dah balik Pahang untuk bawa balik buahtangan yg saya beli dari Sandakan. Oleh kerana saya terlupa hendak membawa balik kotak ikan masin yg mengandungi ikan bilis, udang kering kiriman kawan dan buah tangan untuk rakan-rakan sepejabat maka hari jumaat saya terpaksa ambil cuti dan balik semula ke Pahang. Kebetulan mak saya pun balik ke Pahang so bolehlah ambil kesempatan nie untuk berjumpa beliau tak payah nak drive balik T'ganu lagi bulan nie. Malas betullah nak drive skrg nie...asyik kena saman ekor je terutama kat Karak highway tu....sy bukan bawak laju sgt kdg2 hanya lebih 2-3 km shj tapi tetap kena....klu tak bayar.... kena blacklist tak boleh renew roadtax.

Satu saja masalah yg tidak berkesudahan sehingga kami malas sgt nak balik Pahang....tak ada air. Nak minum kena beli air mineral water.....kami nie dah tak larat nak buat aduan kat JBA, adik saya boleh buat satu folder tebal untuk surat aduan dan surat reply dari JBA berkaitan ketiadaan air nie. Dah bertukar-tukar YB dari parti pemerintah hingga ke parti pembangkang tetapi masalah tetap sama...kali nie YB BN naik....nasib penduduk kat situ tetap sama....2 bulan sebelum pilihanraya bekalan air tidak putus-putus dikawasan kami....YB datang kononnya nak dengar masalh kami...oleh krn air dah ada apa lagi kami nak adu kan. Tukang jilat jxxxr YB duduk depan sekali, bila YB tanya "ada apa-apa masalah'. Tukang jilat nie cepat2 jawap " tak ada YB". penduduk yg lain melopong je tak terkata apa2. Lepas habis pilihanraya....bekalan air tak ada semula. Seksanya duduk kat sini....sbb tulah family kami pindah ke Tganu. Adik perempuan saya pulak dpt mengajar di Kg kami so dia pindahlah duduk kat rumah pusaka arwah ayah 4 thn yg lepas. Sebab tulah saya sekejap balik Pahang...sekejap balik Tganu.

Saya pujuk mak saya buat pulut panggang sbb udang kering yg dibeli di Sandakan banyak dan dah lama tak makan pulut panggang yg mak buat tapi mak saya kata "mak malaslah nak masak kalau tak ada air nie...rasa serabut sangat'.hmmmm kesian kat saya tak dapatlah makan pulut panggang...kempunan kejap tapi mak saya buat gulai lemak ikan masin nie untuk saya dan dimakan bersama ikan kering keropok yg dibeli di Sandakan.

Kalau orang utara, gulai tu adalah kari so ini adalah kari ikan masin. Gulai nie tidak ditumis sbb itu ia dipanggil gulai lemak ikan masin.

Gulai lemak Ikan Masin
photo n resepi by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:-

1 paket serbuk kari ikan
3 ulas bawang putih-dimayang
3 ulas bawang merah-dimayang
2 keping asam keping
1 cawan santan pekat
1 cawan air-lebihkan klu nak cair sikit
tulang ikan masin secukupnya (mak sy guna i ekor tulang ikan masih yg sederhana besar)
2 biji terung-dipotong serong (mak sy guna terung yg ditanam sendiri so ia agak kecil)
Garam (jika perlu-jgn masukkan jika ikan masin sudah masin tp ikan masin sandakan kurang masin so mak sy masukkan sedikit)
2 sudu makan minyak masak
sedikit daun kari- jika ada

Cara-caranya:-
  1. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Masukkan bawang yg dimayang, asam keping dan minyak masak. Masukkan kedalam periuk dan guna api perlahan reneh sehingga naik minyak dan berbau wangi.
  2. Masukkan santan dan air.
  3. Masukkan ikan masin dan masak sehingga agak pekat dan kemudian masukkan terung.
  4. Angkat apabila terung sudah masak.
paling sedap masakan macam nie dimakan bersama dengan ikan masin. Ikan masin keropok Sandakan nie sgt sedap so jika anda ke Sandakan atau Tawau jangan lupa beli sekilo sebagai buah tangan.

Ikan masin keropok nie ranggup dan tidak masin sangat. memang bestlah dimakan bersama nasi panas.

Thursday, July 8, 2010

Cucur kembung lagi

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Ini entry tertunggak sebenarnya. Saya buat hari isnin petang sebab nak habiskan kari udang yg saya bawak balik dari pahang. Kari udang tu adik perempuan saya yang masak. Sy prepare semua bahan-bahan lepas tu mintak dia masak. Kadang kala kita teringin nak makan masakan orang lain.

Puas fikir nak buat apa ye untuk digandingkan dengan kari tu. So saya try buat cucur kembong...tempohhari mak saya yg masak kali nie biar saya cuba buat pulak. Ini resepi yg saya buat....ikut resepi dulu cuma ubah sikit ikut kesesuaian.


Cucur kembong
photo n recipe by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya

80gm gula
500gm tepung gandum
1 biji telur
40gm marjerin/butter-cairkan
1/2 tsp ibu roti
1/2 tsp soda bicarbonat
sedikit garam
380ml air

Cara-caranya
  1. Masukk tepung kedalam bekas kemudian masukkan ibu roti, gula, butter cair, telur, garam dan air. Bancuh sehingga sebati. Bancuh macam nak buat adunan jemput-jemput.
  2. Tutup bekas dengan penutup atau tutup dengan kain bersih atau plastik. Biarkan selama 45 minit sehingga kembang 2 kali ganda.
  3. Setelah kembang, ayak soda bicarbonat kedalam adunan dan biarkan 10 minit
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Guna minyak banyak supaya kuih bulat cantik.
  5. Sedap dimakan bersama pencicah kari, sambal atau dimakan kosong bersama kopi panas.