Wednesday, January 11, 2012

Pemenang giveaway pertama dari blog resepidaria.com


Alhamdulillah.....semalam dalam jam 4.59 petang, ada pemenang giveaway pertama dari blog ini yang merupakan pengunjung yang ke 500,090. Sebenarnya saya tidak sedar bahawa nombor pageview tersebut telah hampir sebab lama sungguh tidak bukak blog sendiri. Bila tengok email pada pagi nie....ohhhhh dah ada pemenang. Tahniah.

Masalahnya ada 2 orang yang menghantar print skrin untuk pageview yang ke 500,090. Saya tidak terfikir bahawa akan ada 2 orang yang akan menjadi pengunjung ke 500,090. Saya ambil masa agak lama pagi nie untuk tentukan pemenang sebab saya tidak mahu mengecewakan sesiapa.

Cara pertama yang saya lakukan adalah tengok siapa yang hantar email dahulu. Email pertama yang diterima adalah dari Rozilah adalah pada jam 5:05pm manakala email kedua adalah pada jam 5:09 pm. Jadi email dari Rozilah adalah yang pertama diterima.


Cara kedua adalah dengan lihat time pada print skrin yang dihantar. Bila anda tekan print screen....time print dicapture akan ditunjukkan sekali. Oleh itu print skrin yang dihantar oleh Rozilah menunjukkan ia diambil pada jam 4:59pm manakala print skrin kedua hanya berbeza 1 saat sahaja.

Oleh itu pemenang giveaway pertama blog ini adalah Rozilah Binti Arib dari Putrajaya. Tahniah buat anda. Hadiah saya akan tunjukkan diblog pada esok dan hadiah akan dihantar segera kepada anda.

Walaubagaimanapun saya tidak mahu mengecewakan pengirim kedua iaitu Nurul Syikin. Ada hadiah juga buat anda. Hadiah saya akan tunjukkan di blog esok.

1 comment:

Syikin said...

salam.... hrrrmmmm.. mcm mn leh ada 2 org viewers yg ke 500 090 ni ek.... apa2 pun x per... it's ok for me.... mungkin dah bkn rezeki kot.... walau apa pun, sy akan terus jenguk blog ni utk info2 yg best... keep it up ya! ;)