Wednesday, April 18, 2012

Donat


Dah lama betul tak up-date blog. Masak bukan tak masak tapi sekarang saya dah tak macam dahulu lagi.....dah malas nak hidang cantik2 pastu ambik gambar. Masakpun yang simple-simple sahaja. Saya buat donat nie hari ahad lepas. Ambik gambar pastu terperap dalam kamera.....pagi nie baru rasa nak download gambar masuk komputer.

Pagi nie dapat result exam paper Law 1, seperti yang saya jangka....saya tak lulus dan kena ambil exam sekali lagi. Mak aiiiiii malunya kat kawan-kawan sebab saya banyak bagi tips kat diaorang.....last-last saya yang tak lulus.....saya tak sedih sebab saya dah jangka dari awal.....lepas bangun dari meja exam saya dah tahu result yang akan saya dapat.....jika hari nie dalam list result tu kata saya lulus maka memang ajaib sungguh. Kena study lagilah jawapnya. Bulan depan kena masuk kelas lagi untuk Law 2 pulak.....so tahun nie 2 exam kena ambik.

 

Resepi donat nie saya ambik daripada buku Bijak Memasak oleh Norzailina Nordin. Buku yang saya beli semasa pameran buku popular baru-baru nie....diskaun sehingga 25%. Normally, setiap tahun saya akan cuba beli buku-buku sehingga mencecah RM1 ribu bagi mendapatkan pelepasan cukai. Orang tak ada anak.....macam nielah....kalau ada anak lain cerita, buku-buku sekolah sahaja boleh capai RM1 ribu. Setiap resit pembelian....saya akan simpan rapi dalam fail supaya bila audit cukai, bukti resit tu boleh ditunjuk.

Donat
Sumber: Buku Bijak Memasak oleh Norzailina Nordin

Bahan-bahannya:-
  • 300gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)
  • 200gm tepung serba guna (tepung gandum)
  • 60gm gula kastor
  • 20gm susu tepung
  • 1/2 sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu besar yis segera
  • 2 biji kuning telur
  • 280ml air suam
  • 50gm lemak sayuran (saya guna butter sahaja sbb shortening tak ada)
  • garam secukupnya
Nota: Saya tak pakai tepung roti, saya guna semua tepung gandum so ada sikit tambahan air diperlukan.

Cara-caranya:-
  1. Masukkan ibu roti dan 20gm gula kedalam air suam dan biarkan ia berbuih selama 30 minit
  2. Gaulkan semua bahan kecuali air(bancuhan ibu roti di no. 1) dan lemak sayuran/butter
  3. Masukkan bancuhan ibu roti perlahan-lahan dan uli sehingga menjadi doh lembut
  4. Tambah lemak sayuran/butter dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan.
  5. Tutup dan biarkan ia kembang (dalam anggaran 45 minit)
  6. Uli dan tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli doh semula ke saiz asal.
  7. Canai dan terap dengan penerap donat dan susun atas dulang yang ditabur tepung. Saya tak guna penerap donat....saya bulat-bulatkan doh dalam anggaran 30gm setiap satu dan kemudian buat lubang ditengah.
  8. Tutup dengan kain bersih dan biarkan sehingga ia kembang sekali ganda.
  9. Goreng donat sehingga keperangan.
  10. Angkat dan toskan minyak dengan tisu masakan.
  11. Taburkan gula pasir yang telah dimesin halus ketika donat masih suam. Hidangkan.
Selain buat donat, separuh daripada adunan saya buat kuih inti kacang merah.

Kuih inti kacang merah


Cara-caranya:-
  1. Bulat-bulatkan doh seberat 25-30gm setiap satu. Leperkan dan masukkan inti kacang merah ditengah doh dan tutup rapat.
  2. letakkan atas papan canai yang telah ditabur dengan sedikit tepung, ambil pencanai doh dan canai leper sedikit
  3. Ambil gunting dan gunting dibahagian tepi doh untuk jadikan ia seperti bentuk bunga.
  4. Letakkan atas dulang dan biarkan ia kembang
  5. Goreng sehingga kekuningan.
Komen saya terhadap resepi nie. memang lembut dan sedap. Tapi saya lebih suka donat yang agak garing dibahagian luar dan lembut didalam bukan yang terlalu lembut sangat seperti resepi nie. Sebab itu saya akan goreng donat separuh masak dan kemudian bekukan. Bila saya goreng semula....donat tu akan jadi garing diluar dan lembut didalam.

9 comments:

tun_telani said...

salam kak daria.. owh.. beli buku2 resepi pun blh dpt pelepasan cukai ye. kalau beli novel pun mesti dpt pelepasan jugak kan? xpernah amik tau pasal cukai. hehe..
dh lama tun x mendonat, skrg tun tgh mood menge-pau. blh guna x bahasa tu? ;p

bdaria said...

Salam Tun,

Utk individu, tuntutan pelepasan cukai atas pembelian buku/majalah utk diri sendiri atau anak adalah dibenarkan terhad kpd RM1000. So saya nie kena cukai tiap2 tahun banyak....jadi selalunya saya beli buku/majalah setaip tahun sampai RM1000 utk kurangkan pendapatan bercukai.

kena ambik tahu semua benda nie supaya kita boleh manage cukai sendiri.

quinnie said...

wahhh gebunya donut daria..pakai t, gandum je ye...nak cuba lah..salin dulu resepi..:)

lama betul tak singgah sini..sihat ke daria?

~~zana@pb~~ said...

Assalammualaikum bdaria, akak pun baru tau pasal cukai tu. Nanti nak tnya hubby.
Takpelah kalau tak lulus pun, itu semua pengalaman supaya jadikan pengajaran, betul tak?

Rohah said...

salam kenak kak,
cantik gebu donatnyee..rindu juga nk mendonat bila nampak donat org gebuss2

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Daria..

Hehehe..dulu datang skodeng kuih2 talam yg Daria buat.. Lama pula rasa tak jengah sini..

Cantik montok donut2 yg daria buat tu..Dan anak buah yg baru tu sangat cumil.. So cute and sweet...

Ami said...

aduhh....terliur sungguh tengok donut gebu2 ni...bilalah nak buat pulak!

Nor Azian Ahmad Zawawi said...

Kak daria .resepi yg same blh buat roti pizza kan?kalo blh nk try buat.

Nor Azian Ahmad Zawawi said...

Kak daria ..resepi yg same blh buat utk tapak pizza kan?