Wednesday, January 27, 2010

Kuih Talam Gandum



Ada lebihan santan pekat semasa saya buat rendang tempoh hari dan saya telah masukkan dalam peti dan dah jadi air batu. sayang santan tu kalau tak buat apa-apa....so saya godek2lah MYR dan jumpa resepi ini yang disumbangkan oleh mama kastam tioman. Dulu mak saya suka buat kuih nie....so saya pun keluarkan air batu santan pekat tu dan biarkan cair. Jam 8.30 mlm baru buat bancuhan supaya boleh dibawa ke ofis keesokkan paginya.




Sekarang nie tengah bersemangat dok mencuba pengukus trio nie so sbb tu resepi kuih talam nie jadi pilihan lagipun bahan2nya mudah dan dah ada kat umah. Hasil kukusan cantik dan licin....saya tak perlu risau pengukus kekeringan air sebab pengukus nie ada 'exterior water level indicator' bagi membolehkan kita mengetahui takat air yang tinggal dalam bekas pengukus. Kalau nak tambah air pulak tak perlulah angkat tray pengukus cukup sekadar masukkan air panas di bahagian 'water inlet' yang terletak ditepi bahagian pengukus. bekas khas untuk memasukkan air disediakan bersama pengukus so ianya senang sangat tambahan pulak kita tak rasa terlalu panas berada didapur berbanding dengan pengukus biasa. So kalau anda berminat untuk mengetahui hasil kukusan ini dengan lebih lanjut atau berminat untuk menempah bolehlah melawat blog chef Asma (ewahhh...tolong promote pulak).Ok inilah resepinya...terima kasih mama kastam tioman sbb tak kedekut resepi dan sukatannya pulak tepat.
Kuih Talam Gandum
Sumber: mama kastam tioman, myresepi.com
Bahan-bahannya:-
Bahagian bawah(A)
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan air gula merah(1/2 kilo gula merah + 2 cwn air = dimasak dan disejukkan. ambil 1 1/2 cawan sahaja....bakinya boleh disimpan)
  • 4 cawan santan cair

Bahagian atas(B)

  • 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa atau 200g santan dalam kotak + air = 4 cawan)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam

Cara-caranya:-

  1. Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
  2. satukan adunan bahagian bawah (A) dan masukkan kedalam blender dan blend sekejap sehingga sebati kesemuanya. Masukkan kedalam loyang dan kukus 20 minit atau sehingga ia nampak keras. Buka kukusan dan angkat loyang tersebut dan biarkan diluar sebentar supaya baki air kukusan tersejat.
  3. Sediakan adunan bahagian atas (B). Ambil bekas dan masukkan tepung gandum, garam dan kemudian santan pekat sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga tepung dan santan sebati dan tidak berketul, Jangan di blend nanti bahagian permukaan kuih talam tidak cantik dan merekah.
  4. Ambil garpu dan buat lorekan atas permukaan lapisan bawah supaya lapisan bawah dan atas tidak terpisah. Jika masih ada air atas permukaan lapisan bawah, ambil tisu dan letakkan atas permukaan kuih supaya ia air dapat diserap dan kemudian lorekkan dengan garpu.
  5. Bila lapisan atas(B) sudah sebati, tapis dan tuang di atas lapisan bawah. Kukus selama 1/2 jam.
  6. Selepas 1/2 jam, buka penutup pengukus dan biarkan 10 minit kemudian baru tutup api. Ini petua untuk mengeringkan wap air atas lapisan atas.
  7. Selepas itu potonglah kuih ini selepas ianya agak sejuk sedikit.

4 comments:

Zie said...

salam,
ni akak nak tanya..bila pakai trio ni kan air kukusan tu akan masuk dalam kueh tu, tak pa ka cam tu.

bdaria said...

Salam Zie,
Dah ada ke trio nie kat umah?. Klu dah ada, pasti tahu mcm mana ia berfungsi. Kalau tengok semua kuih talam yg saya buat, tiada titisan air atas permukaan kuih. kalau ada trio kat umah, sila cuba kukus kuih talam dulu lepas tu tengok apa hasilnya. Sy tak boleh jwp soalan zie sbb zie kenalah cuba dahulu. kalau ada masalah air kukusan menitik atas kuih, maka letakkan kain nipis diatasnya. Setakat nie sy hanya letak kain nipis bila nak kukus apam dot-dot shj. Kuih lain sy tak letak....ok je.

Anonymous said...

salam kak..saya salin resepi akak boleh ker...

fydah

Anonymous said...

KUKUS NI GUNA LETRIK KER