Sunday, June 26, 2011

Cucuq Tuang/Cucur Jawa

Saya buat cucur jawa atau cucuq tuang (mak ngah saya panggil kuih nie sebagai cucuq tuang) ikut resepi yang diberikan oleh minah kepoh kat kampung saya tu. Minah kepoh tu buat kuih nie meniaga.....cucur jawa yang dia buat memang sedap....lembut walaupun disimpan lama. Masa dia bagi resepi tu....tertanya-tanya jugak 'betul ke resepi yang dia bagi....biasanya peniaga tak akan bagi resepi yang tepat hanya yang basic saja?'. So kenalah cuba dulu.... baru tahu betul ke tidak resepi yang dia bagi tu.

Inilah hasilnya.....walaupun ia tak sesedap yang minah tu buat tapi rupaparasnya dah sikit-sikit nak sama walaupun bibir kuih tu tak menjadi sangat, ada kekurangan dari segi rasa dan kelembutan kuih......itu yang kena saya cari.





Inilah resepi yang saya dah cuba untuk kuih nie. Kuih lama yang sangat sedap. Oh ye sukatan kuih nie guna mangkuk ye, biasalah bila dapat resepi dari orang lama....dah tentu macam nie sukatannya. Anda boleh guna apa-apa jenis mangkuk yang ada kat rumah tu.....kalau nak buat sikit boleh guna mangkuk kecil.....kalau nak buat banyak boleh guna mangkuk yang besar sikit....so tak ada ketetapan nak guna mangkuk jenis apa pun asalkan semua sukatan bahan harus guna mangkuk yang sama.

Cucur Jawa/cucuq tuang


photo and publish by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:-


1 mangkuk tepung beras


1 mangkuk tepung gandum


1 mangkuk gula merah


1 mangkuk air (saya tambah lagi 1/4 cawan air)


sedikit garam


Cara-cara membuatnya:-


1. Masak gula merah dan air sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan sejuk sedikit.


2. Masukkan semua tepung dan garam dalam bekas dan tuang air gula tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati. Tambah air jika terasa bancuhan pekat. Kacau dengan whisk tangan dan pukul sedikit sehingga ia nampak berbuih buih sikit.


3. Perapkan selama minima 4 jam atau yang paling bagus, bancuh malam dan buat pagi esoknya.


4. Panaskan kuali (jangan guna kuali leper, ia harus kuali yang melengkung) dengan api sederhana sehingga betul-betul panas, tuangkan sesenduk bancuhan dan tunggu sehingga bahagian sudah masak baru di terbalikkan. Guna minyak sebanyak 3/4 cawan sahaja. Bila minyak berkurangan, tambah sikit lagi.


5. pastikan anda tos betul-betul kuih ini supaya ia tidak terlalu berminyak. Guna tisu masakan supaya lebihan minyak diserap.



6. Kuih jawa kira menjadi jika bibir kuih ini tebal. Yang saya buat nie kurang menjadi sangat.

Nota:-


- Kuih nie tak berapa manis sangat sebab saya guna 100% gula merah tapi anda boleh guna 1/2 mangkuk gula merah dan 1/2 mangkuk gula putih. Terpulang kepada anda. Mak saya kata kalau guna gula putih, kuih nie akan jadi lebih rangup.


- Jenis tepung beras yang digunakan mempengaruhi kelembutan kuih ini. Saya guna tepung beras cap 3 gajah sebab tu kuih nie kurang lembut sikit. Jenis tepung beras juga mempengaruhi jumlah air yang digunakan....so saya tambah lagi 1/4 cawan air sebab saya guna tepung beras cap 3 gajah.




Tuesday, June 21, 2011

Chocolate Chip Banana Muffin




Semalam saya masih demam so lepas kelas saya terus balik ke Kota Damasara. Saya lebih selesa tidur di rumah berbanding diasrama sebab sejak di asrama saya hadapi masalah sukar untuk tidur. Sampai kat rumah dalam jam 5.30 petang, saya cuba baring tapi jiran kat tingkat atas asyik dok buat kerja grinding....bunyi bising menganggu saya nak berehat....saya ke dapur tengok apa makanan yang ada....peti ais kosong....hanya tinggal beberapa biji pisang emas yang dah kehitaman dan telur. Saya buat muffin....ini adalah dinner saya semalam.




Susah ke nak buat muffin, bagi saya muffinlah yang paling senang sekali nak buat....tak rumit....tak perlu dikeluar mesin segala...hanya campur-campur dan gaul pastu bakar. Baki muffin saya bawa ke kelas pada hari nie. Resepi muffin nie saya ambil dari allrecipes yang dikongsi oleh Lois Gordon. Sedap....simple dan mudah.




Chocolate Chip Banana Muffin


Sumber : dari sini



Bahan-bahannya:-



220gm tepung gandum
150gm gula halus - (saya kurangkan kepada 130gm sahaja)
5 g baking powder
5 g baking soda
3 g garam
1 biji telur
120 ml minyak sayur (saya guna majerin cair)
120 ml plain yogurt (saya gantikan dengan susu segar + 1 sudu cuka = perap sebentar)
5 ml esen vanilla
150gm pisang yang dilenyek (saya guna 4 biji pisang emas)
125gm chocolate chip



Cara-caranya:-



1. Ayak semua bahan kering kecuali garam dan ketepikan



2. Pecahkan telur, pukul sedikit dalam bekas. Masukkan plain yogurt atau susu, minyak atau majerin/butter cair.



3. Masukkan semua bahan kering yang diayak tadi kedalam bekas tadi, gaul rata. Masukkan garam dan esen vanilla. gaul.



4. Masukkan pisang yang dilenyek dan chocolate chip (tinggalkan sedikit untuk ditabur diatasnya)



5. Panaskan oven pada suhu 160 darjah selama 10 minit terlebih dahulu.



6. Masukkan mufin papercup dalam acuan dan guna scoop aiskrim untuk memasukkan bancuhan dalam papercup sehingga 3/4 penuh



7. Bakar dalam 15 minit.



Nota



- Jika mencairkan butter/majerin, jangan terlampau cair atas api sebab ia akan membantatkan muffin. Cukup jika dah separuh cair dan kemudian tutup api dan kacau dengan senduk kayu sehingga semua cair.

Monday, June 20, 2011

Apam Blossom/Apam Dot-Dot

Saya buat sekali lagi apam blossom/apam dot-dot untuk dibawa ke kelas sebagai buah tangan untuk rakan-rakan sekuliah. Sebenarnya hujung minggu, hari sabtu saya habiskan masa digym setelah seminggu dok makan makan sedap-sedap kat asrama.....hari ahad bila bangun pagi, saya rasa tak berapa sihat badan....seharian duduk berbaring dikatil......kepala berdenjut-denjut dan panas badan. Bila seharian tak buat apa-apa, bila sudah malam....saya baru jenguk dapur dan teringin sangat nak makan apam dot-dot..... semua bahan-bahan untuk buat apam dot-dot ada....terus buat bancuhan.


Lepas saja habis mengukus, saya sejukkan dan kemudian masukkan kedalam plastik packing yang saya tersilap beli maa nak buat goodies adik saya dulu. Saya masukkan satu packing, 5 pcs untuk setiap rakan-rakan kat kelas tu. Cantikkan kalau buat goodies macam nie.



Kali nie saya tetap guna resepi entry yang lepas cuma kali nie ada sedikit adjustment yang saya buat. Saya ada beli acuan muffin yang kecil-kecil (24 lubang) dan cuba nak kukus dalam pengukus Trio.


Coconut Blossom Cake-Versi 2
Recipe from The Joy Of Baking
Diubah suai oleh resepidaria.blogspot.com



Bahan untuk kek:-



3 biji telur sejuk (saiz A)
230gm gula halus/gula kastor
280gm tepung blue key
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh ovalet
170gm pati santan (saya guna santan kotak)
1 sudu teh esen vanilla


Inti : Inti Kelapa, Blueberry, coklat, kaya, jem kesukaan anda dll



Cara membuatnya:-
- Masukkan semua bahan diatas kedalam mangkuk pengadun
- Pukul semua bahan diatas kecuali esen vanilla selama 6-7 minit dengan kelajuan yang tinggi sehingga kembang dan putih gebu. kemudian barulah dimasukkan esen vanilla dan pukul 1 minit lagi sehingga sebati.


- Masukkan cawan kertas kedalam loyang aluminium.
- Bahagikan bancuhan mengikut warna kegemaran anda dan masukkan kedalam plastik tiga segi/pipping bag. paipkan adunan separuh bekas kertas.


- Jika anda guna inti kelapa, bulat-bulatkan inti tersebut sebesar jari manis. Jika anda guna inti lain selain kelapa....masukkan inti tersebut dalam pipping bag dan gunting kecil dihujung bag tersebut.
- Masukkan inti, dan kemudian tutup inti dengan bancuhan tadi dan hiasi dengan dot-dot.



- Kukus selama 15 minit dengan api yang perlahan.



- First time kukus apam dot-dot nie guna pengukus Trio sebab loyang 24 hole tu muat-muat je dalam pengukus nie.









- Cantikkan bila guna pengukus Trio nie (wahhhh bukan promote ye...memang betul pun sbb saya berjaya buat apam dot-dot kecik-kecik nie (sebesar ibu jari saya sahaja))







-Saya packing dalam plastik door gift nie. Amat-amat sesuai untuk dijadikan goodies.

Saturday, June 18, 2011

Tidbits dan cerita minggu lepas

Dalam jam 8.02 malam tadi, satu gegaran berlaku mungkin dalam 2-3 saat. Saya tengah duduk kat sofa di tingkat 10 memang terasa gegeran tapi sekejap.


Dah seminggu tiada entry baru kat blog nie, saya berkursus lagi...kali nie hanya 2 minggu. Minggu depan baru habis. Kursus undang-undang nie sambungan dari kursus yang lepas....akan ada satu sesi lagi untuk paper 1 ini dan exam akhir tahun. Paper 2 akan diadakan tahun depan dan saya perlu habiskan 4 paper supaya lengkap.


Bila study, inilah benda yang ada dalam laci meja saya kat bilik asrama tu dan juga dalam beg saya....tidbits, masa diet saya dah buang semua makanan nie...saya tak lalu kat rak-rak tidbits bila pergi shopping tapi bila dah mula belajar semula nie....kena juga simpan stok tidbits. Topik yang dibelajar berat....pensyarah pulak bila bagi kuliah mendatar je baca nota.....beberapa kali saya tersengguk-senguk....jadi asamlah yang menyelamatkan saya daripada tertidur terus masa dalam kelas. Nampaknya lepas nie naik lagilah sekilo berat badan saya sebab banyak makan tidbits.....aduhhhh dahlah nak turun 1/2 kilo seminggu pun kena kerja keras.


Masa balik dari asrama, saya sengaja singgah kat Bandar Baru Bangi sebab nak cari murtabak singapore yang dijual kat sebuah restoran nie. Saya ambil yang selapis sahaja berharga RM5. Besarkan.......


tapikan rupanya dia hanya lipat je....murtabak tu dibuat memanjang dan kemudian dilipat dua. Ini rupanya murtabak Singapore....yang nie selapis, ada 2 lapis dan ada yang tiga lapis yang berharga RM12. Saya tak ambillah yang 2-3 lapis tu nanti pecah perut nak habiskan.



Anda pernah menonton Nanny 911 kat channel NTV7 pada setiap malam selasa. Kat asrama tak ada astro sebab tu kena tengok channel nie kalau tak jangan haraplah saya nak tinggal cerita korea pada setiap malam. Dalam epised Nanny 911 kali nie ia berkisar berkenaan dengan sebuah keluarga 'young couple' yang ada 4 anak, 3 lelaki dan seorang perempuan. Bila tengok kehidupan keluarga nie rasa macam tak percaya begitu teruk sekali. Sibapa menurunkan sikap yang paling teruk kepada anak lelakinya yang berusia 9 tahun. Anak lelaki nie sangat-sangat kurang ajar dan tidak beradap.....dia buli adik perempuan dia, dia gomol adik dia nie, dia jatuhkan adik dia, dia hempap dan dia buat macam-macam sehingga budak nie sentiasa menangis....ayah dia pulak tak tolong bila anak perempuan dia nie dibuli sebaliknya salahkan anak perempuan tu sebab terlalu 'dramatik' dan selalu cakap 'that my boy' atau 'itulah yang sepatutnya dilakukan oleh budak lelaki'. Dia tak ambil kisah bila anak lelakinya cuba gomol adik perempuan nie sebab nak tiru aksi bercium dalam filem. Sibapa pula buli si isteri.....isterinya dilayan macam orang gaji dan dihina macam-macam perkataan yang teruk dihadapan anak-anak beliau. Yang dia tahu hanyalah duduk didepan TV tengok bola sepanjang hari. Dua orang anak lelaki yang lain masih kecil, si baby pulak baru boleh merangkak dan akan merangkak keseluruh kawasan rumah tanpa dipeduli atau disedari oleh ibu dan ayah.....kadang-kadang siabang akan hempap baby nie......menjerit baby nie sakit....keluarga nie memang teruk dan ganas.

Satu scene yang buat saya bengang adalah bila sianak lelaki yg berusia 9 tahun nie cuba jatuhkan mak dia. Mak dia hendak ambil sikecil baby tadi, si anak lelaki nie buat aksi pemain ragbi dan meluru jatuhkan siibu. Siibu tersungkur jatuh atas lantai tak puas lihat ibu tersungkur ke lantai, anak lelaki tadi buat aksi macam pemain gusti dan melompat atas badan mak dia sambil bergomol dengan mak dia. Bila mak dia nak bangun dia akan tarik dan jatuhkan mak dia semula.....badan mak dia kurus amat mudah dijatuhkan oleh anak lelaki yang merupakan pemain ragbi kat sekolah. Si ibu tak tegas dia hanya kata 'stop.....stop....stop' tapi anak lelaki dia makin galak....siayah pulak hanya tengok dari sofa...tengok anak lelaki sendiri buli siibu. Dalam satu scene yang lain, si anak lelaki yg tengah menonton TV dengan siayah...sianak tadi jerit dari sofa diruang tamu dan siibu pula yg berada di dapur tengah masak..... dia minta supaya amilkan dia air (dia tiru perbuatan ayah dia) tapi si ibu buat tak dengar dan minta si anak ambil sendiri. Sianak degil dan mintak supaya dibawakan air kepada beliau.....setelah beberapa kali tidak dilayan oleh siibu maka anak tadi bangun dan ke dapur....'ini air kau tak nampak ke' katanya pada siibu kemudian dia balik semula ke sofa dan kata pada ayah dia 'nampaknya awak kena hantar isteri awak ke hospital mental, isteri awak dah gila....apa yang dah rasuk isteri awak tu...dah tak tahu nak ambilkan air untuk saya". Siayah hanya ketawa.....setan betul.....mendidih darah saya tengok ayah dia nie. SiNanny mula-mula hadapi masalah nak solve problem keluarga nie tapi 2 hari kemudian siayah dan anak lelaki nie berubah.....nampak sangat berlakon....tak mungkin sikap yg dah sebati dalam diri siayah akan berubah dalam 2 hari. Kalau tak berubah maka gagallah si nanny nie dan tak jadilah Nanny 911 kan.


Ada satu lagi kisah, ini berlaku pada adik saya 9 tahun yang lepas. Masa adik sy baru kahwin, suami dia nie ambil anak angkat lelaki sebab sekolah anak yatim tu tak mampu nak jaga....mak budak nie kristian, bapa islam (islam warisan).....bapa dia nie jahat.....lepas bercerai dgn bini dia nie tadi, dia bawak lari 2 anak yg masih kecil dan tinggalkan depan rumah anak yatim....tak lama kemudian bapa dia masuk lokap. Besarlah anak dia nie dirumah anak yatim sehingga usia 9 tahun.....adik saya ambil dan bela budak nie sehingga umur 14 tahun. Budak nie sangat-sangat nakal....dia mencuri, merokok, menipu, buli dan macam-macam lagi. Allah kurniakan budak nie suara yang sangat merdu terutama bila dia lagukan ayat-ayat alquran dan azan. Dia hampir hafal 15 juzuk al quran bila dia lakukan kesalah besar sehingga adik ipar saya tak mampu nak kawal lagi sebab para pelajar tahfiz mula terpengaruh untuk jadi jahat seperti budak nie. Adik ipar saya putus asa terhadap budak nie. Setelah jaga selama 5 tahun dan beri didikan agama tapi budak nie tak jadi baik sebaliknya bertambah teruk....dia amat pakar dalam membuka pintu-pintu rumah guru2 malah dia ceroboh bilik adik ipar saya dan kopak peti besi.....bukan sedikit duit yg adik ipar saya hilang malah barang kemas saya dan adik saya juga hilang. Akhirnya adik ipar saya hantar dia balik ke rumah anak yatim sebab tiada pilihan lain demi menjaga tahfiz.


Baru-baru nie adik saya tanya saya ' yong, awak ingat lagi tak kat Fendi', adik saya bagitau yang Fendi telah telefon adik ipar saya dan kata 'ustaz, boleh fendi balik jumpa ustaz......dulu ustaz kata kalau fendi berubah...fendi boleh jumpa ustaz dan balik rumah ustaz....fendi dah berubah...fendi dah masuk U', kalau betullah Fendi berubah seperti yang dia kata.....tentu ia berita yang amat mengembirakan keluarga kami terutama mak saya yang amat sayangkan fendi. Tapi bolehkah manusia berubah dengan begitu mudah....hanya Allah sahaja yang tahu.

Monday, June 13, 2011

Kuih penderam yang tak menjadi

Kuih penderam nie saya buat pada hari ahad lepas. Saja nak testing resepi yang terbaru yang diperolehi. Tuan punya resepi nie seorang yang agak kuat mengumpat dan mengata orang. Kalau dapat satu cerita, dia akan jaja sampai habis satu kampung. Kalau dia datang kat rumah, kami memang tak berapa nak layan sangat bila dia berbual. Pada pagi hari kenduri dia datang kerumah dengan bawa sebalang kuih penderam. Kuih penderam tu saya ambillah rasa....lembut dan gebu sangat....tekstur kuih penderam yang saya cari tapi saya diam jelah tak nak puji-puji lebih2 sangat. Saya dan adik-adik yang lain buatlah kerja kami masing-masing, taklah peduli sangat dengan dia. Mak ngah saya nie memang orang yang bermulut ramah atau PR dia memang baguslah. Mak ngah puji kuih penderam dia nie sedap betul dan duduk berbual mesra dengan dia nie....apa lagi bukan main seronoklah dipuji macam tu....dia siap bagi resepi dan cara-cara membuatnya kepada Mak Ngah. Saya yang berada kat dapur hanya dengar je resepi tu......bila balik ke Kota Damasara, apa lagi teruslah mencuba. Siap pergi cari tepung beras cap teratai sebab dia guna jenama tu untuk buat kuih penderam tersebut. Sehari lepas kenduri, dia bawak pulak cucur jawa.....sedap cucur jawa tu....dapat lagi satu resepi tapi resepi cucur jawa tu belum cuba lagi.


Saya pun buatlah ikut resepi yang diberikan tu tapi bancuhan lembik. lepas peram semalaman nak bentuk pun susah sebab terlalu lembik sehinggakan saya terpaksa tambah tepung lagi. Saya call adik saya tanya 'betul ke resepi dia kata 3 cawan air', adik saya jawap ' betullah 3 cawan air tapi yong guna cawan apa'. opppppssss baru teringat saya guna cawan sukatan....dia duduk kampung mana nak ada cawan sukatan rupanya dia guna cawan kaca arcopal yang putih tu. Bila saya sukat air guna cawan sukatan = 200ml tapi kalau guna cawan kopi biasa hanyalah 170ml sahaja. Jadi sebab tulah bancuhan saya lembik. Susah sungguh kalau dapat resepi yang tak guna sukatan yang betul dan gram nie. Main agak-agak dengan guna mangkuk, cawan, jug yang ada kat dapur mereka aje. Lepas nie kenalah cuba lagi sampai dapat jugak tekstur yang saya nak tu.

Nanti saya cuba sekali lagi....kalau menjadi saya kongsikan resepinya. Tapi percubaan saya kali nie tak menjadi sebab kuih peneram tu tak gebu dan lembut.


Sekarang nie saya berada di asrama sebab ikuti kursus undang-undang selama 2 minggu. Saya nak mintak maaf banyak-banyak kepada pengunjung blog nie yang tinggalkan mesej untuk mintak saya emailkan resepi2 talam. saya mintak maaf jika anda salah faham bila membaca entry yang saya tulis....saya tak pasti dari mana anda dapat idea yang menyatakan saya akan bagi resepi talam tu. Saya masuk kelas, bayar mahal bukan untuk dapatkan resepi dan kemudian publishkan kat blog atau diberikan kepada orang lain. Saya memang ikhlas dalam perkongsian resepi tapi yang mana saya tak publish kat blog tu.....tolonglah jangan mintak. Setiap hari saya rasa sedih sangat sebab terpaksa tidak menghiraukan permintaan untuk resepi talam. Jikalau anda sangat berminat untuk dapatkan resepi dan ilmu talam nie....masuklah kelas. Saya letak entry yang mengatakan saya masuk kelas bukan saya tulis 'saya dah masuk kelas talam....sesiapa yang hendak resepi talam yang saya bayar nie...mintaklah'. Puas saya cari kat mana saya tulis perkataan tu sampaikan setiap hari ada je orang mintak resepi talam. Saya mintak maaflah kalau anda salah faham ye......saya dah tak email pada sesiapa pun mana-mana resepi talam......oleh itu janganlah minta.


Satu lagi yang mengecilkan hati saya, baru-baru nie saya adalah blogwalking kat satu blog nie. Dia ambil satu resepi kat blog saya nie dan kemudian dia cuba buat dan menjadi......dia copy and paste resepi, tips dan nota yang saya letakkan kat resepi tu tapi dia boleh kata 'entah kat mana saya ambil resepi nie'. U boleh CnP semua resepi termasuk tips dan nota-nota yang saya tulis tapi u tak boleh nak copy nama blog saya....sedih saya. Kalau u tulis bahan-bahan kuih tu atas kertas dan kemudian kata 'ohhhhh saya lupalah ambik kat blog mana'....saya fahamlah sebab u tulis tapi kalau u copy sebijik2 tulisan saya dan kemudian paste kat blog u dan kemudian kata'ohhhh saya lupa kat mana saya ambil resepi nie'.....itu dah tak patutlah.


Saya tahulah blog saya nie tak terkenal dan u boleh lupa kat mana u ambik resepi tu, bila saya tengok entry masakan yang lain kat blog dia nie....pandai pulak dia letakkan link tapi hanya blog-blog blogger yang terkenal sahajalah. Benda nie remehkan tapi biar saya ceritakan satu cerita nie.


Saya suka baca buku motivasi tulisan Dale Carnegie. Dalam salah satu buku dia, dia ada ceritakan satu kisah. Ada seorang lelaki yang berkelulusan menengah sahaja tapi mampu jadi CEO terkenal dan terima gaji yang paling tinggi dalam sejarah Amerika. Dia tiada kelulusan dalam industri elektronik dan kejuruteraan tapi mampu menguruskan industri ini dengan berjaya. Anda nak tahu apa rahsia beliau. Beliau tidak pernah lupa menghargai jasa orang disekeliling beliau....beliau ucapkan terima kasih hatta kepada tukang sapu dikilang beliau. Beliau mampu ingat nama semua pekerja-pekerja beliau malah beliau mampu ingat nama anak dan isteri/suami pekerja beliau. Bila bertemu dengan para pekerja tanpa mengira pangkat dan kedudukan wp tukang cuci beliau akan berhenti dan berkata ' anda apa khabar John, bagaimana dengan anak anda, saya dengar beliau sakit minggu lepas, beliau sudah sihatkah". Bagaimana perasaaan seorang tukang cuci bila CEO besar syarikat menegur begitu? Sudah tentu tukang cuci itu terasa terharu dan mengenang budi CEO tersebut....itulah rahsia bagaimana beliau berjaya. beliau tahu bagaimana hendak menghargai orang lain....beliau tak perlu tabur duit untuk beli penghormatan yang beliau perolehi itu cukuplah sekadar beri perhatian dan hargai orang lain.

Saturday, June 11, 2011

Gulai Rebung Madu bersama ayam

Gulai rebung bersama ayam nie dimasak oleh adik perempuan saya. Dia nie kalau masak kari memang best....saja je saya dera dia supaya masak gulai sementara saya cuma goreng ayam sahaja. Rebung madu nie dibawa oleh Mak Ngah saya dari Changloon. Rebung nie dah direbus dan dijerukkan oleh Mak Ngah saya supaya ia boleh tahan lama. Mak Ngah saya bawa hampir setengah guni besar rebung....mak saya kemudiannya mengagih-agihkan kepada saudara mara kami yang datang masa kenduri tersebut biar semua merasa, maklumlah merekapun dah lama tak balik ke Changloon. Sebenarnya mak saya mempunyai ramai adik beradik...yang satu mak ada di pahang dan di selangor manakala yang mak lain pula berada dibeberapa tempat lain jadi masa kenduri mak jemput mereka semua datang....sebab tulah hari kenduri ramai saudara kami berkunjung kerumah. Datuk saya kahwin empat dan saya ada lebih kurang 24 orang bapa dan mak saudara. Ada yang saya kenal dan ada yang saya tak pernah jumpa...malah ada yang lebih muda daripada saya (saya cucu sulung datuk).


Dekat ofis tempohari kami ada berbual berkenaan dengan perbezaan gulai dan kari. Bagi orang utara gulai adalah kari dan masak lemak santan adalah masak lemak tapi bagi kawan saya yang berasal dari N9 pula kata gulai adalah masak lemak dan kari adalah kari. Confuse tak......apa2 pun bagi orang utara ini adalah gulai atau kari. Masa adik saya masak, sibuk je saya dok ambik gambar sambil goreng ayam...sempat lagi tu. Saja je nak buat satu entry berkenaan dengan gulai rebung madu nie.


Panaskan minyak 3/4 cawan dan kemudian tumiskan bahan-bahan dibawah iaitu

8 biji bawang merah-dihiris
4 ulas bawang putih-dihiris
daun kari-jika ada
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci halia
4 sudu makan serbuk kari-dibancuh sedikit dengan air hingga jadi pes.

Tumis sehingga naik minyak.


Kemudian masukkan rebung yang telah dipotong. Mak ngah saya bagi petua supaya rasa masam rebung yang telah dijeruk tidak kuat adalah dengan memasukkan air batu kedalam rebung tersebut. Rendam seketika dan kemudian toskan rebung tu. Tujuannya supaya rebung yang telah dijeruk tidak terlalu masam.




Biarkan seketika sehingga rebung sebati dengan bahan tumisan. Masukkan ayam yang dipotong kecil dan masukkan 4 sudu makan kerisik. Biarkan seketika sehingga ayam sedikit lembut sebelum dimasukkan santan dari 1 biji kelapa. Rasa masin nya, kalau perlu masukkan garam. Rebung nie sudah dijerukkan sebab tu tak perlu masuk asam keping dan garam dahulu.


Gulai rebung madu bersama ayam nie sudah masak. Memang hari tu best betul makan nasi sebab ada sambal tempoyak petai, ikan sepat perkasam, gulai rebung madu dan ayam goreng. Kami makan ramai-ramai sebelum semua orang balik meninggalkan rumah di Pahang. Sekarang nie rumah tu hanya tinggal adik saya yang batu kahwin tu bersama suaminya. Rumah tu hanya penuh dan meriah dengan oarng bila tiba masa raya sahaja lepas tu sunyi saja.

















Sambal Tempoyak Petai

Sambal tempoyak petai yang dibuat oleh mak cik saya masa lepas kenduri. Mak Ngah saya dari Changloon datang bersama adik sepupu saya telah membawa petai dan rebung madu.

Hari isnin, 2 hari selepas kenduri Mak ndak saya buat sambal tempoyak petai untuk dibawa balik sebagai bekalan oleh kami semua. Mak ndak saya nie pandai masak....seronok rasanya bila dia masak sebab dah lama sungguh tak rasa masakan dia. Saya sempat ambil gambar masa dia masak...dia tanya saya kenapa nak ambil gambar....kan resepi mudah je. Saya bagitau dia yang saya nak masukkan dalam blog. Dia tanya 'blog tu apa?'. Jomlah tengok resepi simple nie tapi sedap....kalau makan dengan ikan perkasam....huhhhh masa tu dah tak ingat diet....boleh berpinggan-pinggan tambah nasi.





Petai dikeluarkan isinya dan dibelah dua. Buang kulit nipis yang menyaluti petai...nampak isi hijau sahaja.


Ikan bilis dibersihkan dan ditos, anda boleh gantikan dengan udang hidup jika suka.





Blender beberapa ulas bawang merah kecil (shallot), 3 ulas bawang putih, 1 inci kunyit hidup dan cili padi (mak ndak saya guna agak2 segengam-itupun dah pedas sangat), beberapa sudu makan tempoyak dan campur dengan sedikit air. Blender sehingga hancur dan halus.


Masukkan bahan yang diblender dalam kuali dan tambah sedikit air, masak sehingga lada betul-betul masak. Masukkan 1 batang serai-dititik, ikan bilis dan petai.




Masukkan garam dan gula secukup rasa. Hiris sehelai daun kunyit halus-halus dan taburkan diatasnya. Masak sehingga separuh kering. Angkat dan hidangkan.


Kalau lada betul-betul masak, sambal nie boleh tahan sehingga beberapa hari. Tengahhari nie saya makan nasi bersama sambal nie dan ikan perkasam goreng....simple tapi sangat sedap.





Friday, June 10, 2011

Chocolate Chip Muffin

Inilah muffin yang saya buat untuk dimasukkan kedalam gift box. Chocolate chip muffin resepi dari Nigella yang telah kongsi oleh Junjs11 kat myresepi. Dari awal pagi hari khamis lepas sehinggalah jam 3 petang barulah siap beratus-ratus muffin tapi dalam tempoh tu sempat jugaklah pergi Tesco untuk beli buah-buahan untuk hantaran kat Tesco.


Muffin nie sedap dan kaya dengan rasa coklat dan coklat chip. Kalau nak meniaga kenalah adjust resepi nie.....tak untung nanti tapi kalau nak makan.....memang puas hatilah kalau buat. Saya guna muffin cup yang jenis nie supaya senang nak buat banyak-banyak.






Sebahagian dari beratus-ratus muffin yang saya susun diatas tikar. Nampak cantik kan......tapi sebelum muffin nie jadi elok macam nie....ada jugak masalah....tak terus jadi elok. Cuba tengok nie




Ini adalah batch pertama bancuhan muffin saya. Untuk satu tray nie muat 35 biji muffin sekali masuk kedalam oven...boleh muat 2 tray tapi saya lambat nak masuk bancuhan dalam cup so hanya sempat siapkan satu tray bagi setiap masa.


Inilah hasil 'kejadian'nya batch pertama bancuhan muffin saya. lepas je masak 35 biji nie saya dok termenung fikir sebab mengapa begitu huduhnya 'kejadian' muffin nie. Tinggi sebelah....muffin tidak sekata...nampak tak menarik wp lembut dan tidak begitu moist. Masuk tray yang kedua.....hasilnya masih sama. lepas lama berfikir....saya adjust suhu oven...mula-mula saya letakkan ia pada 190 c lepas tu untuk tray ketiga saya turunkan suhu pada 160C......lepas dah adjust suhu barulah muffin saya jadi elok seperti yang diatas tu.







Kalau buat dalam cawan muffin yang bersaiz sederhana seperti ini, boleh dapat banyak biji untuk sekali bancuhan. Muffin saya nie sedap sebab coklat chip banyak dan saya guna susu kotak....saya tak adjust langsung resepi sebab memang niat saya supaya tetamu-tetamu saya dapat makan muffin yang sedap. Kalau tempah dah tentu tak akan dapat muffin coklat chip yang 'mewah' dan 'kaya' dengan rasa coklat. Coklat chip bukannya murah...1 kg hampir RM10.




Ini muffin yang telah di packing. Mujur kawan-kawan pejabat saya datang ke rumah untuk tolong saya bungkuskan muffin nie.


Dah puas tengok muffin tu....jom tengok resepinya pulak.


Chocolate Chip Muffin

Resepi diambil dari sini

photo & publish by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:-


250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak (saya gantikan dengan margerin cair)
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla


Cara membuatnya:-


1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas. Campurkan gula kedalam tepung.

2. Pecahkan telur kedalam bekas lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur putih dan kunig telur

3. Masukkan susu cair kedalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan senduk kayu. Masukkan telur, minyak dan esen vanilla. Gaul rata.

4. Panaskan oven dengan kepanasan 160-170 c selama 10 minit terlebih dahulu.

5. Masukkan bancuhan kedalam cawan muffin 3/4 penuh.

6. Taburkan sedikit coklat chip diatasnya sebagai hiasan. Tak letak pun tak apa sebab coklat chip dalam adunan dah terlalu banyak.

7. Bakar selama 20 minit (untuk cup besar seperti gambar diatas sekali). Bakar selama 16 minit untuk cawan muffin yang bersaiz sederhana.


Nota:-


- Jika anda lihat muffin anda naik tidak sekata, gemuk/tinggi/mengembang sebelah....itu disebabkan oven anda terlalu panas. kurangkan suhu oven.

- Untuk mengetahui berapa minit muffin anda perlu dimasak, cucuk muffin dengan pencucuk kek/lidi pada 16 minit pertama, jika tiada bancuhan melekat kat lidi maka dah boleh angkat.....jika melekat teruskan kepada 20 minit. Tujuannya adalah supaya muffin anda moist. Jika terlebih tempoh bakar dalam oven atau suhu terlalu panas....tekstur muffin akan jadi kering dan tidak moist.

- Masukkan bancuhan muffin dalam jug plastik untuk memudahkan ia dimasukkan kedalam cawan muffin.

- Untuk bancuhan yang banyak, saya gandakan resepi diatas dengan 4 kali. Sekali bancuhan dibuat saya guna 1 kg tepung dan 1 kotak susu. Saya gaul dengan mixer.



Thursday, June 9, 2011

Bahulu Resepi 3

Ini bahulu yang saya buat untuk door gift masa kenduri kahwin adik saya tempoh hari. Saya guna resepi bahulu ke 2 tapi saya adjust sikit supaya ia dapat tekstur bahulu yang saya kehendaki. Seharian jugaklah saya dok menyiapkan bahulu nie. Saya ambil cuti hari rabu, bangun pagi saya terus buat bancuhan 10 biji telur dan dapatlah lebih kurang 15 biji bahulu kemboja. Oleh kerana acuan kemboja hanya ada 4 sahaja maka ia ambil masa sikit nak habiskan wp oven besar. lepas je siap satu bancuhan nie saya keluar gi shopping baju baru dan tudung. Tema ungu so pergilah shah alam untuk cari baju kurung moden yang berwarna ungu dan tudung. Habis shopping balik rumah dah jam 2 petang, sambung balik dengan bahulu. saya buat sampai malam lewat petang untuk dapatkan 60biji bahulu pecah lapan. Kalau macam nie punya susah nak siapkan 60 biji bahulu pecah lapan maka terbantutlah niat nak terima tempahan lepas nie....tak sanggup den nak duduk kat depan oven tu hehehe.


Ini resepi yang telah saya adjust dan jadilah resepi bahulu ke 3 yang telah saya cuba. Dalam bab memasak nie, tak semua yang kita cuba akan menjadi dengan sempurna.....sebab tu perlu banyak cuba dan kalau tak menjadi, cari kesalahan sendiri....jangan marah orang yang bagi resepi.

Hari nie seharian saya kat ofis menaip lapuran( tugas yg paling saya menyampah dalam kerja saya....saya lebih rela bekerja diluar pejabat daripada duduk depan komputer tulis report). Bila saya baca balik lapuran yang saya tulis, banyak betul kesalahan bahasa yg saya buat. Agaknya sebab dah terbiasa dengan singkatan masa tulis kat blog maka saya guna singkatan kat lapuran.....bercampur dengan bahasa inggeris. Saya pernah bekerja dengan bekas ketua yang berbangsa india, dia nie amat teliti. Bila dia semak fail kerja saya dia akan semak setiap perkataan yang saya tulis....kalau ada kesilapan ejaan atau ayat yang salah tatabahasa....dia akan minta saya ubah. Saya yang berbangsa melayu nie pun tak boleh nak buat ayat dalam bahasa malaysia dengan sempurna seperti boss saya tu....malukan sebab tu anda tengok ayat dalam blog nie skema aje. Kalau boleh saya nak tulis dalam bahasa malaysia yang betul (kadang-kadang terbabas jugak). Wah melalut masuk bab bahasalah pulak. Jom tengok resepi bahulu ke 3 nie. Resepi nie menghasilkan bahulu yang lembut dan ranggup kat luar tapi ia masih belum cukup bagus untuk saya. Saya nak cari resepi lain bagi mendapatkan tekstur yang saya kehendaki.



Bahulu Bunga Pecah lapan (resepi 3)


resepi by resepidaria.blogspot.com



Bahan-bahannya:-


380gm tepung gandum (disangai dengan api perlahan terlebih dahulu)


50gm tepung ubi (disangai dengan api perlahan)


1/8 st serbuk penaik (campurkan dengan tepung dan ayak bersama)


10 biji telur


550gm gula pasir


1/2 sudu teh esen vanilla


30gm coklat urai


sedikit minyak



Cara membuatnya:-


1. Putar telur dan gula sehingga kembang dan putih (saya putar dalam 30-35 minit dengan kelajuan sederhana)


2. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati


3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau perlahan.


4. Panaskan acuan kemboja dalam ketuhar pada kepanasan 220 c dengan api atas dan bawah. keluarkan acuan dan lenserkan acuan dengan sedikit minyak.


5. Isikan bancuhan separuh penuh kedalam acuan dan taburkan coklat urai diatasnya.


6. Bakar selama 8-10 minit atau sehingga kekuningan dan masak (ia bergantung kepada jenis oven, testing bakar satu acuan dulu untuk dapatkan tempoh masa yang tepat).


7. lepas bakar dan keluarkan bahulu, sapu sedikit minyak lagi pada acuan supaya ia mudah dikeluarkan. Ulang sentiasa supaya ia tidak melekat.




Bahulu yang telah siap dibakar dan dibungkus dengan plastik sebelum dimasukkan dalam kotak. Saya tak sempat nak ambil gambar kotak bahulu tu....rugi betul. Adik saya bagi door gift nie pada kawan-kawan beliau yang datang ke majlis kenduri.