Sunday, August 15, 2010

Agar-agar laici



Ini pula hidangan manisan yang dibuat. Kalau bulan puasa je mesti nak kena ada hidangan utama, manisan dan minuman. Sebab tulah agaknya trafik blog masakan akan naik bila tiba first puasa. Semua ibu-ibu mencari idea untuk hidangan berbuka kepada keluarga terutama kalau anak-anak yang masih kecil berpuasa mesti ibu nak reward dengan hidangan kesukaan anak. Masa adik kedua saya dan suaminya ke Mekah tahun lepas saya ambil cuti untuk jaga anak saudara dibulan puasa. Memang perkara pertama di fikiran, nak masak apa ye hari nie...along suka makan apa, angah suka makan apa...kalau boleh semua kesukaan mereka saya nak buat.


Hari nie saya buat agar-agar kesukaan saya. First time makan agar-agar nie masa ofis buat jamuan 6 tahun lepas. Saya suka sungguh dengan agar2 laici yang ditempah tu....tak makan hidangan lain asyik ambil agar2 tu je. lepas pada tu saya try and error .......akhirnya saya dapat resepi yang tepat. Agar-agar nie memang best tapi semalam sbb lewat balik rumah...so lewat sikit buat agar2 nie....tak sempat makan untuk berbuka. Ia hanya sempat dimakan selepas terawih. So masa tu sedap je makan sejuk-sejuk. Jom tengok resepi agar-agar nie.


Agar-agar laici
photo & recipe by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:

1 paket agar-agar (saya guna agar-agar bertali cap tiga ros)
1500ml air
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair (saya guna susu Ideal)
1 tin laici
secubit garam

Cara-caranya;
  1. Basuh agar-agar sebelum dimasukkan kedalam periuk. Masukkan agar-agar dan air
  2. Masak sehingga agar-agar larut.
  3. Apabila sudah larut baru masukkan gula. Apabila semua telah sebati, angkat dan tapis
  4. Masukkan kembali kedalam periuk dan masak semula.
  5. Blender laici bersama-sama dengan airnya sekali sehingga hancur dan sehingga tiada ketulan laici.
  6. Masukkan susu cair, garam dan laici yang telah diblender tadi. Kacau rata
  7. Tuangkan kedalam tray atau acuan yang anda gemari
  8. Biar sehingga ia keras baru dipotong.

No comments: