Thursday, April 22, 2010

Cucur Badak




Cucur badak nie saya buat untuk sarapan pagi semalam. Sejak akhir2 nie suka pulak beli keledek setiap kali singgah pasar malam. Kali nie saya beli keledek berwarna oren. Keledek nie paling sedap buat kuih tapi ia agar serap air sikit so akan lembik dan melekat di tangan jika bubuh tepung sikit. Ini resepi yang biasa emak saya buat.

Cucur Badak

Bahan-bahannya:-

Bahan Inti

1/2 biji kelapa parut
5-6 biji lada kering - dipotong dan direndam dengan air panas terlebih dahulu *
1/2 tsp jintan manis*
1/4 tsp ketumbar*
2 batang serai-dihiris halus*
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
20gm udang kering-dibasuh terlebih dahulu
2 tbsp gula
sedikit garam
sedikit minyak masak
1/2 cwn @ lebih air

Cara-cara membuat inti:-
  1. Blender bahan yang bertanda * sehingga lumat.
  2. Masukkan udang kering dan putar sekali sahaja
  3. Masukkan dalam bekas. masukkan kelapa parut dalam bahan yang diblender tadi kacau rata. Masukkan gula dan garam.
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Bila minyak sdah panas, masukkan kelapa tadi. Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan sehingga kering. Kacau dan pastikan ia masak sehingga kering
  5. Angkat dan sejukkan

Bahan Doh keledek

2 biji keledek ( saya beli seberat 700gm)
150gm - 200gm tepung (lebih kurang 20-30% berat keledek)
50gm tepung ubi
sedikit garam
1 sudu minyak dimasukkan dalam piring


Cara-caranya:-


  1. Kupas dan potong kecil keledek. Rebus keledek sehingga empuk. Masukkan garam dalam air rebusan. Sentiasa jaga jangan sampai ia terlalu empuk sbb keledek oren agak serap air dan lembik.
  2. Angkat dan toskan sehingga air kering dan biarkan sejuk sebentar
  3. Masukkan dalam bekas dan tumbuk hancur
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis atau sehingga adunan boleh dibentuk. Jika adunan masih melekit ditangan wp tepung sudah habis, jangan risau.
  5. Basuh tangan dan keringkan. Sapu minyak di tangan dan bulat2kan adunan kepada bebola doh kecil yang seberat 40gm (ikut suka anda)
  6. Leperkan doh dan masukkan inti dan tutup rapat.
  7. Bulat-bulatkan dan kemudian leperkan sedikit. Sapu minyak ditangan jika doh melekat.
  8. leserkan minyak atas dulang dan letak cucur anda
  9. Goreng sehingga keperangan.

No comments: