
Homemade Pandan Kaya nie
saya buat selepas melawat blog nasilemaklover.blogspot.com. Homemade
Pandan Kaya nie dibuat secara teknik double boiled. Nampak menarik sangat
kaya pandan di blog nasilemaklover. Petang tadi lepas pulang dari pejabat
saya singgah di supermarket beli daun pandan dan santan. Seperti mana yang
dinyatakan oleh penyumbang resepi, teknik ini sangat mudah. Saya tidak
perlu kacau selalu dan boleh biarkan di dapur dan kemudian buat kerja
lain. Cuma sekali sekala saya akan kacau kaya pandan ini dan selepas 1
jam, kaya saya telah pekat dan boleh diangkat. Dengan kemanisan yang
sederhana, bau harum daun pandan dan tanpa pewarna tiruan.....kaya nie
memang sedap.Cara-caranya:-
- Blender daun pandan dengan sedikit air, tapis dan ambil 150ml pati pandan. Campurkan dengan santan dan kacau sebati
-
Masukkan telur dan gula dalam bekas tahan panas dan kacau rata dengan handwhisk sebentar.
-
Panaskan kuali dan masukkan air secukupnya. letakkan bekas bancuhan kaya diatas kuali yang berisi air tadi.
Bancuhan kaya dimasukkan
kedalam bekas tahan panas dan diletakkan diatas kuali yang berisi air.
Teknik dauble boiled. Guna api sederhana.
Bancuhan kaya selepas 15 min
berada diatas dapur, warna hijau pandan mula menyerlah.
Bancuhan kaya selepas 30 minit.
Tidak perlu kacau selalu hanya sekali sekala sahaja. Apabila sudah pekat,
boleh angkat dan sejukkan sebelum disimpan didalam bekas dan dimasukkan
kedalam peti. Tempoh memasak adalah lebih kurang sejam
lebih.
Selepas kaya saya sudah
pekat, saya tidak sabar-sabar lagi terus menyapukan sedikit keatas roti
bersama butter. Memang best....tak rugi
mencuba.
Saya masukkan kedalam bekas container plastik kecil nie. Bahan diatas boleh dapat 1 1/2 bekas kecil ini. Mungkin hujung minggu nie saya boleh buat pau inti kaya pandan. Jika ahli keluarga anda hanya 2 @ 3 orang, buat separuh dari bahan diatas dah cukup banyak, boleh dapat 1 bekas kaya yg macam dijual kat kedai.
0 comments:
Post a Comment