Tuesday, May 11, 2010

Kuih Keria/Kuih gelang

Keledek yang dibeli 2 minggu lepas yang sepatutnya dibuat inti karipap pusing terbiar begitu saja. Terpaksalah saya buat sesuatu yang mudah bagi mengelakkan ia terbuang. So semalam saya rebus keledek dan buat kuih keria @ kuih gelang. Bangun pagi jam 5.45 saya goreng kuih dan sira gula. Agak terburu2 sira gula sebab dah agak lewat. Jam 6.20 pagi saya belum mandi lagi sedangkan jam 6.45 kena bertolak ke ofis. So akibat tergesa2, gula yang disira tidak begitu cantik. Ini adalah kuih keria keledek oren so saya lebihkan tepung(keledek oren lebih lembik) berbanding dengan resepi lepas yang pernah saya masukkan disini.




Kuih Keria/kuih gelang

Bahan-bahannya:-


Keledek oren (650gm)
160gm tepung gandum ( untuk keledek oren saya guna 35% tepung x berat keledek)
40gm tepung ubi
sedikit garam

4 sudu makan gula
1/2 cwn air @ kurang


Cara-caranya:-
  1. Rebus keledek + garam sehingga empuk

  2. Toskan keledek sehingga kering air

  3. Lenyek keledek dan masukkan tepung, uli sehingga sebati

  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil dan bentukkan seperti donat

  5. Goreng sehingga kekuningan

  6. Untuk sira gula, masak gula + air dalam kuali sehingga pekat.

  7. Apabila pekat, tutup api dan masukkan kuih gelang tadi. Kacau sehingga keluar bunga gula.

1 comment:

salmiah said...

Salam...nk tnya baru baru ni sy buat cucur keria tp lembik melekat2 kt tangan.bila tambah tepung adunan dh jd keras tp masih juga melekat kt tangan.mana lebih baik ubi warna oren atau ubi warna purple?dulu pernah buat jd elok tp kali ni tk jd plk.kalau nk buat 1/2 kilo tepung agak2 tepung ubi byk mana?tk keras ke adunan ltk tepung ubi?