Wednesday, May 26, 2010

Kuih Lapis Pisang



Ada beberapa biji pisang montel sudah terlalu lembik dan tidak sedap lagi hendak dimakan. Saya cadang nak buat kek pisang sbb anak saudara saya minat sungguh dengan kek pisang. Malangnya telur dan minyak sayur tak ada. Saya teringat kuih lapis pisang semasa jenguk rumah kak ummi. Tak pernah makan lagi kuih lapis pisang so saya decide nak buat kuih nielah memandangkan baki santan kotak masih ada separuh kotak lagi dalam peti.
Semasa buat bancuhan, terkhayal agaknya saya masukkan 3 cawan air dalam bancuhan sedangkan dalam resepi air + santan hanya 2 cawan sahaja. Alamak nak buat macammana nie...terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak bubuh air.....alamatnya rosaklah bancuhan. Nak tambah tepung lagi....isk tebal sangat nanti. Akhirnya saya cuba masak adunan seperti kuih talam iaitu masak sehingga naik wap. Alhamdulillah....ok jugak wp agak lembik sikit. itulah masa memasak berangan....inilah jadinya. ok inilah resepinya...resepi nie diambil dari rumah kak ummi. Resepi nie terdapat dalam buku Aneka Talam & kuih Lapis Chef Hanieliza.



Kuih Lapis pisang (loyang bulat 7 inci)
Sumber: Aneka Talam & kuih lapis Chef Hanieliza, disumbangkan oleh kak ummi (ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com)

Bahan-Bahannya:-

Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (saya guna gula castor)
2 sm tepung beras
2 sm tepung kastard/jagung (saya guna tepung kastard)

Bahan B
1 cawan pisang - dilecek
1/4 cawan air

Bahan C
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah (saya guna sirap rose)

Cara-caranya:-
  • campurkan semua bahan A dan kacau sehingga sebati. bahagikan kepada 2 bahagian.
  • campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata
  • campurkan satu bahagian lagi dengan bahan C dan kacau rata
  • Guna loyang bulat 7 inci, sapu sedikit minyak.
  • Tuang hampir 3/4 cawan adunan B. kukus selama 8 minit
  • Kemudian tuang 1/3 cawan adunan merah dan kukus selama 8 minit.
  • ulang sehingga habis.

jika anda hendak detail sila ke blog kak ummi. beliau menerangkan dengan terperinci. saya guna kukus elektrik dan dulang saya alas dengan plastik. saya juga masak adunan terlebih dahulu maka cara saya agak berlainan dengan cara diatas. Saya terpaksa buat begitu sebab saya tersilap masukkan air dalam adunan. sirap rose saya guna sedikit sahaja sebab kat ofis saya ada kawan-kawan berbangsa cina dan mereka tidak suka kepada pewarna tiruan.

My fren puji kuih lapis pisang nie sedap. mereka kata pertama kali makan kuih lapis macam nie. saya pun suka dan memang sedap.

No comments: