Monday, June 7, 2010

Homemade cendol






Ini entry tertunda yang saya buat pada petang ahad. Dalam usaha menghabiskan daun pandan yang dibawa balik dari t'ganu, saya buat cendol. Lamanya tak makan cendol buatan sendiri. Rindu pulak pada cendol yang mak buat. Ok inilah resepi homemade cendol yang saya buat. Sukatan bahan2 nie hanya untuk 2-3 orang makan sahaja, jika keluarga anda ramai doublekan bahan2nya.


CENDOL

Bahan-bahannya:-

1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
10-12 helai daun pandan
3 cawan air
secubit garam
(jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

Cara-caranya:-
  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
  2. Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
  3. Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
  4. Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
  5. Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
  6. Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
  7. Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
  8. Jika hendak simpan pastikan cendol + air
Ini bekas penapis berlubang yang saya guna. Jika ada bekas penapis macam nie, sangat senang nak buat cendol banyak2, letak sahaja bekas penapis nie atas bekas berisi air (seperti baldi bersih yang sama muat dengan bekas nie supaya bekas nie berada kemas diatas baldi). Ambil botol kosong yg bersih, tekan bancuhan sehingga ia keluar mengikut lubang2 bekas ini. Jgn sampai bancuhan terkena air nanti ia akan cepat jadi keras dan berketul. Saya beli bekas nie kat Ikea....alah yg seperti dalam iklan Ikea kat TV utk bulan nie. bekas nie dijadikan topi oleh budak lelaki tu.

Masa mak saya berniaga cendol dahulu, dia guna periuk yang ditebuk lubang sebesar sebilah paku dan lubang2 itu ditebuk tersusun rapi. Dibahagian tepi periuk dia akan tebuk 2 lubang dikanan dan kiri kemudian dia akan ikat dengan 2 bilah kayu mengunakan dawai.
Mak saya pakai sampailah periuk tu rosak lepas tu dia jumpa bekas penapis berwarna hijau, lubang2 penapis tu bulat2 sebesar paku so dia gunalah sampai sekarang. Saya cari tak jumpa pulak bekas penapis berwarna hijau macam tu. Yg saya jumpa bekas penapis kat Ikea nie tapi lubang bekas nie besar sikit so cendol saya jadi gemuk2 macam kat atas tu.

1 comment:

DF Collections said...

terima kasih kak sebab kongsi resepi buat cendol ni...