Saturday, June 19, 2010

Pankek


Ini sarapan saya pada pagi nie. Saya buat pankek lagi pagi nie.....pankek nie gebu dan lembut. Pankek dimakan bersama madu....emmmm memang sedap sekali.

PANKEK
Recipe & photo by resepidaria.blogspot

Bahan-bahannya:-

1 cawan tepung naik sendiri-diayak
1/2 tsp baking soda-diayak
1 cawan susu cair/susu segar (saya guna susu HL rendah lemak)
30gm gula (saya guna raw cane sugar)
1 biji telur - dipukul sedikit
2 sudu makan butter/marjerin - cairkan terlebih dahulu
1/4 tsp garam

Cara-caranya:-
  1. Cairkan butter/marjerin sebentar dan ketepikan.
  2. Panaskan susu segar sebentar supaya ia suam. Rasakan dengan jari anda, jangan terlalu panas....agak2 ye
  3. Satukan tepung naik sendiri, baking soda, garam, telur dan butter
  4. Masukkan susu suam dan kacau dengan whisk sehingga sebati.
  5. Anda juga boleh masukkan semua bahan dalam blender dan blender sehingga sebati.
  6. Rehatkkan sebentar selama 15 minit
  7. Panaskan small non stick pan.
  8. Tuangkan 1/2 cawan bancuhan, biarkan sebentar sehingga ia berongga. Terbalikkan dan biarkan sehingga masak.
  9. Guna api perlahan supaya ia berwarna kuning keemasan.
Note:
  • Susu harus dipanaskan supaya suam bagi membolehkan bahan penaik berkembang. langkah ini penting supaya pankek gebu dan lembut



1 comment:

chong fong said...

saya suka makan pankek, tetapi pankek yang saya agak kering dan tidak berapa lembut. saya akan cuba resepi anda. terima kasih kerana berkongsi.