Wednesday, June 16, 2010

Pau, resepi 2

Ini resepi kedua yang saya cuba untuk membuat pau. Ini entry tertunda, pau nie dibuat pada petang ahad lepas. Pau saya frozenkan dan hari nie bawa ke ofis sebagai sarapan bersama rakan2 sekerja. Saya mengunakan resepi pau ayam mini, tapi kerana virus m melanda hari tu, pau saya tak jadi pau mini sbb besar dan inti pulak saya guna serikaya pandan yang saya buat sebelum ini. Menghabiskan stok kaya pandan.
Kononnya kali nie saya nak buat 'pau pleating'. Puaslah berulang2 kali tengok youtube cara2 nak buat bunga(pleating) pada pau. Nampak dia buat senang je tapi bila nak buat langsung tak kemas maybe coz inti kaya yg lembut dan adunan saya agak lembik sikit. Resepi nie guna tepung gandum n tepung tang mien, gambar kat majalah nampak gebu dan putih. Saya pulak buat guna tepung hong kong sbb tepung tu masih berbaki banyak lagi. Lain kali saya nak cuba buat guna tepung gandum pulak. Tepung tang mien @ wheat starch banyak digunakan dalam masakan nyonya & tonghua.
Ia merupakan bahan utama untuk membuat dim sum.Tang mien adalah sejenis tepung kanji yang berasal dari gandum.

Pau mini

Sumber: Majalah Sedap bil 24

Bahan kulit
  • 250gm tepung gandum
  • 65gm tepung tang mien (wheat starch)
  • 50gm gula aising
  • 20gm susu tepung
  • 6 gm yis segera (mauripan)
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking soda)
  • 1 biji telur putih
  • 30gm mentega putih (shortening)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 150gm air sejuk (Kurangkan kepada 100ml/110ml jika mengunakan tepung hong kong)

Note: Saya mengunakan tepung hong kong sepenuhnya. oleh itu air sejuk harus dikurangkan sebanyak 40ml. Masukkan air sedikit demi sedikit terlebih dahulu supaya bancuhan tidak terlelu lembik.

Bahan Inti

Note: inti pau saya, saya guna home kaya pandan yang saya buat sebelum ini. Boleh rujuk di sini

Cara membuatnya:
  1. Kulit. Campurkan tepung gandum, tepung tang mien, gula aising, susu tepung, yis segera dan serbuk penaik. Kacau rata
  2. Masukkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh licin. Masukkan shortening dan garam. Uli sehingga menjadi elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit.
  3. Kempiskan adunan. Timbang setiap bahagian adunan seberat 15 gram dalam bentuk bulat (ini jika anda ingin membuat pau mini). Biarkan selama 10 minit.
  4. Leperkan adunan. Masukkan inti. Bentukkan bunga dan pintal diatasnya. letakkan diatas kertas minyak atau kertas putih yg disapu dengan sedikit shortening. Biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
  5. Kukus selama 8 minit dengan api besar sehingga masak.

Inilah hasil resepi ini. kalau tengok pau yg saya buat nie mempunyai 'rongga2' yang besar. ini adalah disebabkan saya perap terlalu lama. Masa nak tunggu 45 minit, saya bacalah majalah baru yg dibeli. Asyik sangat sampai lupa pau nak dikukus. Akibatnya ia terlalu kembang. Kalau anda buat dan pau anda mengerutu itu bermakna ia juga terlebih perap.

Ini adalah bekas pengukus yang boleh dimasukkan kedalam microwave. Saya beli bekas nie kat Daiso, The Curve. Amat mudah bila guna bekas nie. Pau yg telah difrozenkan boleh dikukus mengunakan bekas nie dipejabat. Cuma masukkan 2 sudu air kedalam bekas putih dan frozen pau dibekas oren, panaskan dalam microwave dalam 4 minit dah boleh dhidangkan panas-panas.

Inilah hasilnya selepas frozen pau dipanaskan di microwave selama 4 minit. macam baru keluar dari periuk kukus sahaja. lembut dan gebu macam baru dimasak.

Inilah pau yg saya cuba nak buat bunga @ pau pleating tapi tak jadi. Hodoh betul bentuknya. langsung tak nampak kelopak. Lepas nie cuba lagi.......practice make perfect.

No comments: