Wednesday, August 18, 2010

Kuih pelita

Ini entry tertunggak...jaudah berbuka hari isnin. Hari selasa memang sibuk sikit sbb kena kerja luar so tak boleh post entry untuk hari tu. Semalam saya tak masak sbb balik ofis dah terlalu letih...bila tengok jam dah 6.30 ptg sy cuma goreng ikan masin dan masak sardin untuk berbuka. Mujur ada lebihan tepung pelita so ada jugak manisan. Selalunya dalam bulan puasa kami tak buat kerja luar tapi tiba2 boss bagi kes urgent so kenalah jugak keluar. sampaikan my non muslim ofismate cakap ' why buat operasi dalam bulan mulia nie'. What to do dah arahan. Dalam menjalankan tugas,kami berdepan dengan orang yang bersikap kurang ajar, kena marah, kena ugut dah jadi sesuatu yang biasa. Bila kami terima kes yang mana orang yang perlu kami berurusan adalah melayu....kami dah risau sbb melayu yang akan kami jumpa nanti mesti akan bertindak beremosi....merasakan mereka hebat disebabkan mereka kenal 'orang atasan/orang politik'...ugut kami dengan 'orang atasan/orang politik'. Terus terang kami lebih suka berurusan dengan bangsa yang satu lagi tu berbanding dengan bangsa sendiri. Dah buat salah....tapi masih nak tunjuk hebat...herdak kami macam budak2, hentak meja. Dalam hati ' marahlah puas-puas nanti kita tengok langit tinggi atau rendah'. Malu saya pada rakan kerja bukan melayu dengan sikap melayu yang kami jumpa semalam. Selama saya berkerja dibidang nie....saya hanya jumpa seorang dua orang melayu yang saya boleh banggakan(melayu tahap super2 jutawan)...yang lain tu hanya gah di akhbar/majalah tapi bernanah didalamnya (jenis melayu kep**** yang sanggup jual hak melayu untuk penuhkan perut sendiri).

Melalut pulak.....kita pergi ke tajuk asal iaitu tepung pelita. Lepas balik ofis on monday, saya teringin sungguh nak makan kuih pelita. Biasalahkan bualan2 puasa nie semua teringin. Teringat daun pisang buat lopes ada lagi so lepas mandi dan sembahyang saya pun mulalah buat kelongsong tepung pelita. Tengok jam dah 5.45 ptg, so nak cepat saya buatlah kelongsongnya agak besar2 sikit (kalau kena dengan mak saya, kelongsong nie dah kena reject awal2) supaya cepat habis dan cepat siap. Jam 6.15 barulah terhegeh2 nak sukat tepung.....tapi bila dah siap kukus semua....jam dah 7 petang so sempatlah berbuka dengan tepung pelita yang masih panas2.
Saya guna sukatan bahan dari resepi tepung pelita oleh yani@myresepi.com tapi saya buat ikut cara mak saya. Saya suka makan kuih pelita yang gulanya cair dibawah tepung berbanding yang sudah bercampur dengan tepung. Cara nie kena kukus sbb tulah kelongsong bila buat cantik, kemas tapi bila dah dikukus dia herot2lah sikit ye. Inilah resepi yang mana bahan-bahannya saya ikut resepi yani sbb sama dengan bahan yang mak saya buat. Nak mintak resepi kat mak susah sbb resepi mak main agak-agak .


Tepung Pelita

Lapisan bawah

1 cawan tepung beras
5 cawan air
5-7 helai daun pandan (dikisar bersama dengan 1 cawan air diatas)
sedikit pewarna hijau epal (jika anda kekurangan daun pandan)
1/2 tsp air kapur
gula secukupnya

Lapisan atas

4 sudu besar tepung beras (ratakan)
4 cawan santan (saya guna 1 1/2 santan pekat + 2 1/2 cawan air)
1 tsp garam (ratakan)

Kelongsong daun pisang secukupnya @ bekas plastik

Cara-caranya:-

  1. Bahagian Bawah. Tepung, air, jus pati santan dan air kapur disatukan. Tapis dan masukkan kedalam periuk
  2. Masak bancuhan tepung sehingga naik wap. ( Kacau dengan senduk kayu sehingga nampak ada ketulan tepung yg pekat pada senduk. angkat dan guna whisk tangan, ratakan adunan tersebut supaya tidak berketul)
  3. Masukkan 1 sudu makan gula(lebih jika anda suka manis) kedalam kelongsong daun pisang/bekas dan barulah dituangkan bancuhan lapisan bawah (separuh dari kelongsong). Buat sehingga habis.
  4. Kukus selama 25 minit sehingga masak.
  5. Bahagian Atas. Satukan tepung, garam dan santan sehingga sebati. Tapis dan masukkan kedalam periuk.
  6. Masak sehingga pekat. Jika nampak berketul guna whisk tangan untuk ratakan.
  7. Masukkan keatas lapisan atas.
  8. Kukus sebentar. (jika bancuhan dah terlalu pekat tak perlu kukus lagi)
  9. Sejukkan.
Jika tak hendak guna cara kukus, sila lihat resepi asal dari yani@myresipi.

No comments: