Monday, November 15, 2010

Agar-agar kering


Ini adalah salah satu resepi yang saya buat untuk hantaran pertunangan adik perempuan saya pada 20hb nie. Jika anda pernah terbaca post ini dahulu, adik perempuan saya ini telah bertemu jodohnya bukan dengan lelaki itu tetapi dengan orang lain.

Saya terfikir nak buat gubahan bunga dari agar-agar kering tapi semalam penyakit L.A.Z.Y menyerang so sayapun ubah fikiran dan hanya buat agar-agar kering dalam bentuk sempoi nie.

Saya dah packing buku-buku masakan dan resepi saya sbb ingat akan pindah rumah tahun nie so resepi agar-agar kering berada dalam salah satu kotak tu. Saya serve internet cari resepi agar-agar kering sbb malas nak bukak kotak, saya tengok ada resepi yang guna terlalu banyak gula, terlalu banyak air, ada yg guna sukatan satu jag air, 2 bungkus agar-agar (agar2 ada dlm 20gm @ 30gm/pek....so yg mana satu) dan ada satu blog tu dia ciplak siap dengan resepi dan gambar dari sumber lain dan tampal dalam blog dia (dia tak mencuba so boleh caya ke resepi nie). Akhirnya saya terpaksa bukak jugak kotak buku-buku resepi tu dan inilah resepinya untuk kita kongsi bersama.



Agar-agar kering
Recipe and publish by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:-
  • 60gm agar-agar bertali ( sy guna agar-agar cap kijang-30gm satu pek)
  • 1300ml air
  • 150gm gula batu
  • 1200gm gula pasir
  • pewarna makanan pilihan anda (saya guna merah, hijau dan kuning)

Cara-caranya:-

  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.

  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.

  3. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata
  4. Masak sehingga gula batu hancur. Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.
  5. Angkat dan bahagiakan mengikut warna pilihan anda
  6. Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk2 yang menarik.
  7. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Inilah agar-agar kering yang telah saya buat. Agar-agar nie belum kering lagi ye sebab baru buat semalam. Lepas buat baru saya terfikir nak jemur kat mana ye....saya duduk kat apartment dan rumah saya mengadap matahari turun. Saya tarik sofa dan susun kerusi makan pastu letak dulang.....tengoklah boleh kering ke tidak jemur macam tu. Bila dah kering dan bergula nanti saya akan tunjukkan gambarnya.

Ini agar-agar berwarna hijau




Ini pula yang berwarna merah. Merah nie guna sirap rose so tak bubuh banyak dan nampak pucat sikit.





Yang nie berwarna kuning.....cantik warna kuning nie.







Saya dah rasa sikit agar-agar nie, so far taklah manis sangat-sangat. Ngam-ngam je, ia tak melekat, licin je. Bila dah kering nanti saya up date ok. Kita tengok samaada resepi nie bagus ke tidak.

6 comments:

moklong said...

agar-agar kering mmg x sedap jika tlalu manis. lg pun ia x elok utk kesihatam tp lbhkn aje manis dalam senyuman. hehehe...

bdaria said...

Buat sebagai hantaran saja. Klu nak makan, mmg saya tak makan agar2 kering sb tengoklah gula yang dimasukkan tu....banyak sungguh. Klu buat tak bubuh gula banyak, tak jadi halwa lah pulak. Semlm ambik sikit rasa, taklah rasa manis 'membunuh', manis ala-ala halwalah. Oklah sukatan gula tu.

Siti Jaidon said...

Salam, saya mohon izin copy gambar dan share link blog puan untuk diletakkan di fb page saya http://www.facebook.com/photo.php?fbid=508677569195292&set=a.380793381983712.87705.378879428841774&type=1&theater sebagai rujukan untuk kuih-kuih tradisional

Siti Jaidon said...

Salam, saya mohon izin copy gambar dan share link blog puan untuk diletakkan di fb page saya http://www.facebook.com/photo.php?fbid=508677569195292&set=a.380793381983712.87705.378879428841774&type=1&theater sebagai rujukan untuk kuih-kuih tradisional

deja said...

bagaimana cara untuk mengubah agar agar kering ni supaya boleh melekat

deja said...

bagaimana cara untuk mengubah agar agar kering ni supaya boleh melekat