Thursday, June 9, 2011

Bahulu Resepi 3

Ini bahulu yang saya buat untuk door gift masa kenduri kahwin adik saya tempoh hari. Saya guna resepi bahulu ke 2 tapi saya adjust sikit supaya ia dapat tekstur bahulu yang saya kehendaki. Seharian jugaklah saya dok menyiapkan bahulu nie. Saya ambil cuti hari rabu, bangun pagi saya terus buat bancuhan 10 biji telur dan dapatlah lebih kurang 15 biji bahulu kemboja. Oleh kerana acuan kemboja hanya ada 4 sahaja maka ia ambil masa sikit nak habiskan wp oven besar. lepas je siap satu bancuhan nie saya keluar gi shopping baju baru dan tudung. Tema ungu so pergilah shah alam untuk cari baju kurung moden yang berwarna ungu dan tudung. Habis shopping balik rumah dah jam 2 petang, sambung balik dengan bahulu. saya buat sampai malam lewat petang untuk dapatkan 60biji bahulu pecah lapan. Kalau macam nie punya susah nak siapkan 60 biji bahulu pecah lapan maka terbantutlah niat nak terima tempahan lepas nie....tak sanggup den nak duduk kat depan oven tu hehehe.


Ini resepi yang telah saya adjust dan jadilah resepi bahulu ke 3 yang telah saya cuba. Dalam bab memasak nie, tak semua yang kita cuba akan menjadi dengan sempurna.....sebab tu perlu banyak cuba dan kalau tak menjadi, cari kesalahan sendiri....jangan marah orang yang bagi resepi.

Hari nie seharian saya kat ofis menaip lapuran( tugas yg paling saya menyampah dalam kerja saya....saya lebih rela bekerja diluar pejabat daripada duduk depan komputer tulis report). Bila saya baca balik lapuran yang saya tulis, banyak betul kesalahan bahasa yg saya buat. Agaknya sebab dah terbiasa dengan singkatan masa tulis kat blog maka saya guna singkatan kat lapuran.....bercampur dengan bahasa inggeris. Saya pernah bekerja dengan bekas ketua yang berbangsa india, dia nie amat teliti. Bila dia semak fail kerja saya dia akan semak setiap perkataan yang saya tulis....kalau ada kesilapan ejaan atau ayat yang salah tatabahasa....dia akan minta saya ubah. Saya yang berbangsa melayu nie pun tak boleh nak buat ayat dalam bahasa malaysia dengan sempurna seperti boss saya tu....malukan sebab tu anda tengok ayat dalam blog nie skema aje. Kalau boleh saya nak tulis dalam bahasa malaysia yang betul (kadang-kadang terbabas jugak). Wah melalut masuk bab bahasalah pulak. Jom tengok resepi bahulu ke 3 nie. Resepi nie menghasilkan bahulu yang lembut dan ranggup kat luar tapi ia masih belum cukup bagus untuk saya. Saya nak cari resepi lain bagi mendapatkan tekstur yang saya kehendaki.



Bahulu Bunga Pecah lapan (resepi 3)


resepi by resepidaria.blogspot.com



Bahan-bahannya:-


380gm tepung gandum (disangai dengan api perlahan terlebih dahulu)


50gm tepung ubi (disangai dengan api perlahan)


1/8 st serbuk penaik (campurkan dengan tepung dan ayak bersama)


10 biji telur


550gm gula pasir


1/2 sudu teh esen vanilla


30gm coklat urai


sedikit minyak



Cara membuatnya:-


1. Putar telur dan gula sehingga kembang dan putih (saya putar dalam 30-35 minit dengan kelajuan sederhana)


2. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati


3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau perlahan.


4. Panaskan acuan kemboja dalam ketuhar pada kepanasan 220 c dengan api atas dan bawah. keluarkan acuan dan lenserkan acuan dengan sedikit minyak.


5. Isikan bancuhan separuh penuh kedalam acuan dan taburkan coklat urai diatasnya.


6. Bakar selama 8-10 minit atau sehingga kekuningan dan masak (ia bergantung kepada jenis oven, testing bakar satu acuan dulu untuk dapatkan tempoh masa yang tepat).


7. lepas bakar dan keluarkan bahulu, sapu sedikit minyak lagi pada acuan supaya ia mudah dikeluarkan. Ulang sentiasa supaya ia tidak melekat.




Bahulu yang telah siap dibakar dan dibungkus dengan plastik sebelum dimasukkan dalam kotak. Saya tak sempat nak ambil gambar kotak bahulu tu....rugi betul. Adik saya bagi door gift nie pada kawan-kawan beliau yang datang ke majlis kenduri.

6 comments:

Anonymous said...

salam

nk tnya skit kalu nk bakar adunan dlm kuantiti yg byk (kes oven kecik la ni tak muat bakar skliharung)setiap kali bakar adunan baru suhu oven kena rendahkan ke atau biar je..tq

bdaria said...

Salam Anonymous,

kalau nak buat dalam kuantiti yg banyak, sedikit telur yang dipukul gebu tadi dimasukkan dalam bekas kecil, baru masukkan sedikit tepung. Jangan campur semua tepung dalam telur. Saya tak rendahkan suhu pun, saya biarkan macam tu.

Anonymous said...

salam...

xpaham la..."jgn campur semua tepung dlm telur".???

bdaria said...

Salam,

Contoh: Mcm resepi diatas, pukul telur 10 biji sampai kembang dlm mangkuk besar. Bila nak bakar, ambil mangkuk lain yg lebih kecil dan masukkan 2 senduk telur yg dipukul tadi pastu masuklah 4-5 sudu makan tepung (agak-agaklah). Gaul rata pastu baru bakar. Jangan campurkan terus semua 380gm tepung gandum dalam telur. Ini cara kalau oven u kecil dan nak bakar sikit-sikit. kalau oven besar....tak payahlah buat macam nie.

Saya harap anda adalah org yg sama bertanya dalam komen pertama.

Made in Tronoh said...

Salaam.

Terimakaseh untuk resipinya! Tapi kami prefer resipi bahulu 2.

Apepun terimakaseh sangat-sangat. Resipi ni lah yang membantu kami menyiapkan tempahan bahulu sebanyak 900 biji.

May ALLAH bless! ^^

norfaizah mohamad said...

salam sis..xnk bt jual ke bahulu ni